Trip Sabah Episod XII : Pasar Philipines. Shopping!

Perkara wajib buat pabila melawat sesuatu tempat dan untuk mendapatkan memoir/souvenir sebesar keychain dan sebesar keropok amplang; mestilah kita kena ber-shopping!
Dan, bila berada di Sabah, tempat terbaik untuk shopping barang-barang ni semua adalah di Kota Kinabalu.

Ikan bilis kecik-kecik tu boleh tahan harganya di sana...
 
En. ZE dengan mimik muka masa zaman mudanya dulu....huhu

Kalau di KK tu sendiri memang banyak tempat shopping. Antaranya Pasar Malam Kampung Air, Pasar Malam sepanjang Jalan Gaya dan Pasar Filipina tu sendiri. Sebut je nak apa. Semua ada....

Pasar Filipina ni beroperasi siang hari, sampailah pukul 9.00 malam. Jadi, kalau lewat sikit memang tutup lah. Tapi pasar malam ni beroperasi dari waktu petang sampailah ke tengah malam.
Kalau korang duduk di hotel-hotel berdekatan, lagilah best bershopping....2-3 kali tawaf pun takpe. Ingat, bandingkan harga dengan kualiti barang yang hendak dibeli. Jangan tergesa-gesa.....kelak, menyesal nanti.

Abang kedai tu tengah packing barang yang kita beli dalam kotak. Seal dengan selotape kemain lagi...
Dan kotak yang diseal tu memang ready untuk dibawa balik, siap ada tangkai lagi.

Macam biasalah, kalau ke pasar kraftangan ni, makanan paling gemar dibeli; amplang (ada pelbagai rasa), ikan bilis kecik-kecik tu...macam-macam lagi la. Aku pun tak berapa nak ingat....

Dan, inilah yang selalu dicari bila ke sini; mutiara.

Dan macam yang aku pesan, pergilah meronda-ronda dulu 2-3 kali di tempat lain dan dapatkan mutiara ni dengan harga terbaik. Jangan terus beli bila ternampak. Bawak bersabar. Kalau ada masa, jalanlah di sekitar Pasar Filipina ni dan di pasar malam sepanjang Jalan Gaya tu. Pasar malam tu mengikut pengalaman aku memang lebih murah. Jadi, buatlah pilihan yang paling bijak. Sebab kalau dapat murah, banyaklah yang dapat dibeli kan?
*wink wink

Mutiara ni mengikut info dari adik (macamlah aku ni tua sangat kan?) tokei tu, ada 3 jenis mutiara. 

Ikut colour; putih, krim dan biru/gelap/kelabu ni.
Dan biasanya mutiara ni ada cara nak tau original ke tak. Caranya ialah dengan memerhatikan bentuknya. Biasanya mutiara asli mempunyai bentuk yang tak sekata. Yang tiruan, bentuknya sekata dan sama je...takde berbeza. Aku pun iye-kan je info dari adik ni. Layan....

Dan kalau nak memborong, beli banyak pastinya akan jadi lebih murah. Jadi, aku pun borong jugak lah. Bukan selalu. Ada-lah dekat 3 dozen set kerongsang ni aku borong....huhu

Merenung ape tu BH?
Memang habislah leher ko "disembelih" adik ni....hehe

Sikit lah nasihat - kalau nak membeli barangan macam mutiara ni, berjalan-jalanlah di sekitar Pasar Filipina ni untuk dapatkan harga terbaik. Tapi kalau ada masa, carilah juga di pasar malam yang ada di luar tu, sebab harganya lebih murah. 
Percayalah....sebab macam aku ni; lepas dah "terbeli" dengan orang di Pasar Filipina ni dengan sekian harga, bila tanya di pasar malam, benda yang sama, jauh lebih murah! Huhu....

Jadi, untuk elakkan "sesal separuh nyawa" selepas "terbeli" yang mahal, kalau nampak benda yang sama di tempat lain, cubalah untuk tak bertanya harganya. Kelak akan menyesal dan sakit je hati, wak....hahaha.

Dan kalau berhajat nak belikan t-shirt kenang-kenangan dengan kualiti premium atau "asal ada" dan harganya murah, di bawah RM 10 untuk r-shirt dewasa, tapi kualiti kalin dan design not-bad, ada di Pasar Filipina ni. Kedainya di hujung sekali, di pintu sebelah kiri, belakang....owner dia orang filipino. Kalau bawak atau diri sendiri tu memang sweet-talker itu satu kelebihan dalam berurusan hehe...

Abam ZE pegang ape tu ?



OK, tu je. Sekian....
Nantikan entry finale untuk trip ke Sabah selepas ini. 
Daa....

Jangan lupa Contest BH ek...

Comments

  1. nampak best je kat sini, bilalah dapat jejak kaki ke Sabah ni.. hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena plan mama niza....seronok ke sini. byk tempat perlu dilawati.....

      Delete
  2. Sokong..rugi tak jejak sabah..heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. priceless experience....a lot more to explore...akan kembali, inshaaAllah....

      Delete
  3. Fuhh.. saya kalau berjalan mengembara ke mana2 mmg tak tertahan klu ke tempat2 mcm ni... rambang mata jadinya.. mcm2 nak beli. Tengok gambar2 yg BH share ni pun tak tertahan jadinya especially yg kunyah2 tu... :D

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Zarul..jika ke KK 2 tempat ni WAJIB..kalau x singgah ibarat tak pergi Sabah :-)

      Delete
    2. oo ya ka..xpa2 tunggu saya pergi nk borong habis plak hihi

      Delete
    3. jgn byk sgt nanti x muat kargo :-)

      Delete
  5. kdg2 kena servey dulu harga..law x rugi rugi... ada jauh lebih murah..menyesal dihati

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan kadang2, kena selalu survey...harga mmg berbeza byk...
      tp tu pun kalau rajinlaa...kalau jenis tak rajin survey, amik je laa....malas....huhuhu

      Delete
    2. tak pon..sebelum pergi.. cari blog2 yang pernah pergi ka, tengok apa mereka suggest tempat yang murah..

      Delete
    3. betul3x....baca dan praktik....pokoknya kena rajin bertanya dan bergerak...
      kalau malas dan tak kisah sbb duit byk, beli je laa....
      huhu

      Delete
    4. org berduit byk boleh la... tapi atleast kita ada info jugak nk beli

      Delete
  6. harga di pasar filipines mmg lebih mahal kerana tumpuan tourist...so perlu rajin check dan tanya harga tapi kalau dek kerana sempit dan bersesak dalam tu..malas jugak mau masuk dan tanya every shop kan...kalau jenis malas...ambil je mana yg berkenan di hati

    ReplyDelete
  7. jika ada kawan yg mau turun sabah or balik sabah mesti akan order ikan bilis..sbb? MURAH!!!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood