Trip Sabah Episod IX : Kinabalu Park, Ranau.

Salam post-a-thon (la sangat!).
Tak sempat pun nak marathon posting lantaran kena keluar ke jemputan kenduri berkhatan.
Baiklah, kita teruskan pengembaraan ke Kinabalu Park yang terletak di Ranau. Kawasan tanah tinggi dan berkabus. Sejuk sudah semestinya.
Macam berada di negara jiran yang ada musim sejuk.
Landmark bila sampai ke sini....
Kounsikahan Rumikot Kawagu
Terima kasih, jumpa lagi. (ye kot tu translation-nya)


Kami dan landmark. Hmmm....blurrish sikit....

Kalau datang sini, objektif utamanya ialah tengok dengan mata kepala sendiri puncak Kinabalu yang berbatu tu. Jadi, untuk merealisasikan benda tu, kita dinasihatkan untuk datang awal, sebelum puncak dilitupi awan.Kalau lewat sikit je, dalam pukul 9 cemtu; memang hampa. Dan itulah yang berlaku pada kami. Sedih!


En ZE bersosial dengan seorang local yang datang sana bawak kawan dia. 

Dia heran pun tak dengan puncak Kinabalu tu. Dari ceritanya, dia banyak travel jugak. Sampai ke Nepal pun dia pernah. Jadi, apa sangatlah Gunung Kinabalu ni kalau dibandingkan dengan Everest.
 
Berposing dari atas tempat pencerapan puncak Kinabalu. Tinggi harapan nak tengok puncaknya, tapi hampa!
Cover sikit perut tu beb. Haha

Sedikit info pasal Kinabalu Park ni: Taman ni digazet sebagai Taman Negara dan kemasukan ke sini dikenakan bayaran sebanyak RM 3 untuk dewasa dan RM 1 untuk kanak-kanak. Lepas dah masuk tu, boleh lah cari tempat letak kereta. Agak susah nak cari car park, tapi kami bernasib baik - tapi park kat bawah tu la. Dekat dengan tempat bas parking.

Dan, kalau berhajat nak tengok puncak Kinabalu dengan lebih dekat, kena drive masuk lebih dalam, menelusuri jalan bukit yang sempit. Pandulah dengan berhati-hati sampailah ke satu kawasan hentian sebelum ke checkpoint untuk mula mendaki Gunung Kinabalu dipanggil Pondok Timpohon.


Ayunyeeeee posing En ZE....haha

Gambar di ambil dari anjung tinjau yang agak tinggi. Kebetulan cuaca agak baik. Sejuk jugak....

Ini office company yang boleh bantu kita untuk sampai puncak dengan leih mudah, tapi mahal sikit...
Bersungguh En. ZE bertanya sebab nak tau....baguih....

 
Selfie dengan wall of fame - mereka yang berjaya mencatat rekod mendaki Kinabalu.

Macam takde mood ke BH?

Merenung puncak yang tak mungkin kelihatan....huhu

Ni lah checkpoint yang dinyatakan tu....



Jadilah....tak dapat naik pun takpe....

Okla. Sehingga di lain posting. 

Jangan lupa Contest BH ek...


11 Superb Comments!:

  1. Cantik suasana.. menghijau saujana mata memandang... subhanallah.. tenang jiwa...

    ReplyDelete
  2. teringin nk mndaki gunung kinabalu..tapi tahu keupayaan diri yang xmampu.. sedihnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...tak dapat naik kinabalu, tgk puncak dia dr jauh pun dah oke dah....
      takpun gi naik broga hill tu....

      Delete
    2. Zarul..u can do it...mula2 tu try dulu Broga Hill..then Gunung Datuk pastu Gunung Ledang..sis JM pernah daki ketiga2 nya dan experience mmg berbeza :-)

      Delete
    3. dulu pernah plan nk naik Broga Hill. tapi setelah servey rancg semua.. susah plak xda transport.. tunggu kerja nnt senang ckit...

      Delete
  3. nanti trylah daki gunung kinabali tu...dgr kata track nya lebih mudah sbb bertangga..kalau naik Phu Kradueng di Loei Thailand lebih mencabar..org yg pernah daki gunung KK pun surrender jika di minta daki Phu Kradueng sekali lagi. Nantikan entri JM berkaitan pendakian di Phu Kradueng Thailand :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow...hebatnye.....kaki hiking jugak JM ni yea....
      takpe...sy nntikan entri JM....

      Delete
  4. x singgah kundasang dan ladang ternakan lembu seperti di New Zealand tu?

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

 

KRIK KRIK KRIK...

10 Terbaik !

Ads

TONE PLUS

 photo BANNERCONTESTSMALL.png