Posts

Showing posts from February, 2009

Warna-warni Persaraan Itu...

Image
Kereta yang menjadi kenderaan rasmi Pn. Rakayah untuk dihantar ke terataknya.... Idea membebaskan burung merpati dari sangkar emasnya, mungkin idea yang brilliant...kan?? Ustaz T dok menyiapkan kelengkapan anak buahnya, segak! Koleksi gambar kat bawah ni rentetan peristiwa semasa jamuan perpisahan tempohari... Jemput makan! Makan lagii... Dan lagi...Jangan terlebih makan dah la ye... Time ni semua dah mengular kekenyangan...tinggal saki baki dessert je untuk dihabiskan... Sebagai entry penghabisan, aku sertakan kronologi perjalanan majlis hari-hari terakhir cikgu yang diraikna itu. 1. Punch card di pejabat sekolah. 2. pelajar dan guru berbaris di kiri-kanan jalan menuju ke pintu keluar. 3. bersalaman dan berkucupan pipi-ke-pipi sesama guru. 4. budak 2 kompang mengiringi yang dirai sampai ke akhirnya. 1. Si Penjaga Burung bersiap siaga untuk menanti dilepaskan burung peliharaannya. 2. budak 2 kompang masih lagi kelepak-kelepuk mengiringi pemergian yang dirai. 3. Si Penjaga Burung...

Biarku Terbang Bebas...

Image
Prelude: Entri ini berkaitan dengan Majlis Persaraan Pn. Rakayah Jamil. Biarkan merpati itu terbang bebas, sebebasnya. Jika ia pulang mencari sejolinya, bukan salah kita... Haha, bersasteras lagi kite...Macam bagus...Bukan ape, badan, otak dah letih semuanya. Rase macam nak terbongkang je atas katil sambil berlenggeng, tapi macam ade bende yang belum setel je. Memang ade, tapi kalau aku wat derk je bulih ke? Okla, back to main story. Selesai sudah banyak bende dalam minggu ni, dan terasa kepanjangan minggu ni, sungguh! Dan majlis persaraan ni adalah klimaks untuk minggu ni, walaupun esok masih ade kelas tambahan tahun 6, hari Sabtu. Itu lain cerita. Kredit ni aku nak kalungkan kepada semua AJK yang meringankan tulang membantu aku, sebab asalnya majlis ini bukan seliaan aku, aku dah serahkan kepada seseorang. Tapi takpe, dah memang gini laaa, aku terima je la. Yang pasti, majlis tadi aku anggap berjaya. Berjaya sebab semuanya berjalan lancar dengan kerja keras semua AJK yang dilantik da...

Menanti Hari Esok, sekali lagi???

Image
Minggu yang panjang bagi aku. Jenuh dah aku sok-sek-kan kat sini. Hanya Tuhan yang tahu. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Nak buat macam mane. Itulah rencah hidup. Cuma aku risau, main core business aku kat sekolah sedikit sebanyak akan terabai. Sian anak-anak aku tu.... Tapi, itulah cikgu...Jadi jangan sembrono cakap cikgu ni itu dan ini. Oklah, walaupun sibuk macamane, rase tak puas kalau tak update kat sini. Just a simple and nice entry la ye. Persiapan Persaraan guru kecik sekolah aku. 3 jenis persembahan dengan iringan Cikgu Azwar yang manis itu. Malang memang tak berbau. Kepala budak "baik" ni "bertelur" gara-gara hilang kawalan semasa dalam "pelarian" ke kelasnya. Besar betul benjol tu, tu dier sendiri tuam dengan ais. Moga surut cepat la ye... Taklimat dan kemasukan nama pengawas peperiksaan UPSR 2009. Tak setel lagi. Bila la nak abis.... Roti telur itu nikmat! Jangan jeles. Tiap-tiap hari, hampir setiap pagi, mak aku tak pernah ketin...

Cukup-cukuplah ye, aku dah naik mual ni...

Image
Salam. Hidup aku makin mual sekarang ni. Kalau bulih la aku luahkan segala isi perut kemualan aku nih, mau bercampur baur segala isi perut terhambur depan mate. Ade kaler putih, kuning, hijau...Bukan ape, tapi dah tak tahan rasenye nak buat "bende" tu lagi. Tapi nak buat camane, dah kewajiban aka tanggungjawab.... Bukan dengki dengan mereka yang semakin jatuh hati dengan Cikgu R yang persis Norman Hakim (kalau dilihat dari tepi itu, haha) ....Bukan naik muak sebab mungkin dier dah menjadi "heart-throb" yang baru pengunjung belog hijau ni. Walaupun Cikgu R tu dah curik lime-light aku, aku tak kisah sangat pun. Biar laa, saje je nak promotekan Cikgu R buat mase ni, sementara 3 lagi stok kosong masih ade...haha Ni belum lagi aku lagi aku promotekan Ustaz T tu, aku gerenti la orang pompuan akan cair laa...haha, entah ape la komen korang lak nanti. Nak?? Huhu Aku naik mual sebab apa yang aku tengah hadapi sekarang ni, tapi rasa mual tu makin berkurang. Hidup aku pun sem...

Dari Meja Pengarang Belog Hijau Itu...

Image
Workstation of chekguBH Itu meja aku. Meja yang banyak membantu aku. Kalau tak ade meja tu, lagi susah hidup aku. Syukur sebab aku dah ade meja sendiri tahun ni. Tahun lepas tak ade, tahun lepas kena berkongsi kasih dengan cikgu Nizam yang petite itu. Tahun ni tak lagi. Meja yang aku dok sekarang ni bekas meja jiran aku sekarang ni. Banyak jiran aku ni ajar aku selok belok pasal sekolah ni, pasal budak 2 , pasal cikgu-cekgi dsb. Aku pun dah anggap dia macam mentor aka abang aku sendiri. Terima kasih banyak 2 ye Cikgu R. Nama sebenar terpaksa dirahsiakan atas sebab 2 keselamatan rahsia kerajaan. Haha. Gambaran sebenar Chamber of Wisdom kami. Huhu... Masih kelihatan kemas lagi ke? Kalau kemas sangat kang ade orang yang tak percaya pulak...Ni pun sebelum aku snap gmbar nih, saje buat 2 sepah sikit 2 ...Barula orang percaya yang bilik guru sekolah aku memang kemas. Tengokla sape kepala Kelab Guru ni... :P Haha Canon MP145...Kawan baik kami. Kami berkongsi kasih duit hasil titik peluh ...

Bertenang, Don't Crack Under Pressure...

Image
Salam. Banyak bende dah aku cerita kan? Perihal meeting PIBG dah lepas. Dah ramai yang bagi komen, terima kasih. Ramai yang tak puas hati dengan En. A tu kan?? Ade lagi bende mendidih, membuak 2 , semakin bernanah dalam hati aku. Tapi sape yang tahu? Takpe la, aku kan penyabar, calm and relax...Kool je... Even ribut petir melanda kat luar sana, aku masih nak tenang lagi... Takpe dengan bantuan Abang 2 , ngan kakak 2 aku kat sekolah ni yang sangat 2 supportive, aku yakin dapat survive. Diorang paham, aku baru, mentah, muda dan kacak lagi bergaya ...takkan diorang tergamak biarkan aku terkontang-kanting sorang 2 kan? Tambah pulak, aku memang tak ade pengalaman dalam banyak hal... Banyak benda yang bersarang dalam benak aku nih. Beban itu dan ini tak payah cakap. Orang mane yang tak ade masalah kan? Orang gile isim pun ade masalah...Tak caye tanya orang gile. Harapnya, bile beban tu berlalu dengan sempurna dan kurang cacat celanya, aku akan kembali tenang. Takde ape la...Be positive da...

Lepas Sudah Debar Itu...

Image
Sebelum aku memulakan sok-sek kat sini, nak amik kesempatan untuk ucapkan tahniah buat pasukan Kompang Selawat SKS24 di bawah pimpinan Ustaz T dan jurulatih dari luar itu kerana telah berjaya menjadi Johan bagi peringkat Zon atau Daerah Petaling Perdana pada hari ini. Dan takziah buat Ustaz T kerana mendapat berita pemergian nenek mertuanya. 2 berita; pro dan kontra dalam satu masa. Al-Fatihah. Okla, kite terus pada agenda meeting kita pada hari ni...Huhu, macam meeting PIBG la pulok! Dah, loose ur self..Tadi punyela bapak skema mase meng-emcee-kan meeting. Jenuh jugak laa...Macam biase, adela ad-lib dan perubahan yang kena ditambah sebelum-semasa meeting, dan tak stick sgt pada skrip yang Cikgu MS buat, yang mmg dah biase meng-emcee-kan ape 2 majlis kat sekolah ni.. So far, so good la, tp berlaku sedikit kesilapan di akhir penyampaian hadiah...Itupun aku yang silap...I'm sorry...Yang penting, sepanjang separuh hari kami berjalan dengan lancar rasenya... Alhamdulillah... Nanti a...

Menanti Hari Esok...

Image
Esok mungkin hari yang SYURGA atau NERAKA bagi kami kat sekolah. Tuhan je la yang tahu. Kenapa? Sebab esok akan berlangsung 2 acara serentak, Mesyuarat Agung PIBG kali ke 19 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2008 (MAK2008) ... Hanya mereka yang menjadi GURU tahu apa yang tersirat dan tersurat dalam meeting PIBG ni...kan?? Tu dia... Tapi dek kerana bajet yang keciputan, kami sekadar bersederhana sahaja...Itu yang sebaiknya kan? Sebelum tu, kami kenalah buat preparation sebagai persediaan hari tu. Semua AJK dah dilantik, buat itu dan ini, dari hadiah, nama penerima anugaerah, pendaftaran tetamu dan penerima hadiah, pengacaraan majlis dan juga persediaan backdrop dan tempat. Semua guru terlibat. Semua guru memberikan komitmen. Bukan untuk siapa 2 pun, untuk sekolah jugak kan? Pengacaraan majlis; aku ngan cikgu MS dah setelkan, semoga akan berjalan lancar tanpa insiden tersyasyul yang terlampau. InsyaAllah... Untuk backdrop; baru je petang tadi Cikgu R [ yang baru me-launch-kan bl...

Kalau tak percaya sudah...Saya tak mintak pun awak percaya...

Image
Ini foto paparazi profesional SKS24. Kalah cikgu Halim yang ber-dslr itu. Siapa wanita bertudung kaler-krim itu??? :) Haha...Panjang kan tajuk entry aku kali ni? Macam ber-drama-swasta pulak kan? Aik, kate sibuk la, penatla, minda dah tepu la, exhausted laa, tapi masih ngepos...Ape kes?? Tu laa, aku pun tatau... Sebab aku suke kalau orang bace dan komen entry aku. Aku suke orang yang bace, tapi tak komen entry aku. Aku suke orang yang bace tapi tak komen atau tak buat ape ; tapi jumpe aku secara private untuk berkata sesuatu . Tak kisah laa... Cuma harapnya, entry 2 nakal aku tak mengganggu-gugat kehidupan sesiapa pun. Kalau ade, aku mintak maaf, sebab memang aku tak niat. Tujuan aku ngepos pasal hidup aku, bukan nak expose diri aku. Bukan nak kate aku gini dan gitu. Terpulang nak nilai macamane. Yang penting, sedikit sebanyak orang yang bace entry aku mungkin akan tau serba sikit tentang hidup seorang guru ni. Aku tau, aku bukan shiapa 2 ... Aku bukan jurulatih pasukan kompang , ...