Lepas Sudah Debar Itu...

Sebelum aku memulakan sok-sek kat sini, nak amik kesempatan untuk ucapkan tahniah buat pasukan Kompang Selawat SKS24 di bawah pimpinan Ustaz T dan jurulatih dari luar itu kerana telah berjaya menjadi Johan bagi peringkat Zon atau Daerah Petaling Perdana pada hari ini.

Dan takziah buat Ustaz T kerana mendapat berita pemergian nenek mertuanya. 2 berita; pro dan kontra dalam satu masa. Al-Fatihah.

Okla, kite terus pada agenda meeting kita pada hari ni...Huhu, macam meeting PIBG la pulok!
Dah, loose ur self..Tadi punyela bapak skema mase meng-emcee-kan meeting. Jenuh jugak laa...Macam biase, adela ad-lib dan perubahan yang kena ditambah sebelum-semasa meeting, dan tak stick sgt pada skrip yang Cikgu MS buat, yang mmg dah biase meng-emcee-kan ape2 majlis kat sekolah ni..

So far, so good la, tp berlaku sedikit kesilapan di akhir penyampaian hadiah...Itupun aku yang silap...I'm sorry...Yang penting, sepanjang separuh hari kami berjalan dengan lancar rasenya...
Alhamdulillah...
Nanti aku cerita sikit la apa yang dah berlaku sepanjang hari ni.

Puan Asmah was missing, di mana??

Sebelum tu, nak berkenalan tak dengan barisan pentadbir SKS24?? Erm...layan je la gambar kat atas ni. Mereka menjadi mastermind dan tulang belakang untuk sekolah, cikgu-cekgi semua sebagai pendokong dan penggerak sekolah. Huhu...

Kat bawah ni ade la 2-3-4-10 pics yang aku sempat snap sepanjang pagi tadi. Tak banyak sangat pun gambarnya, sbb aku kene terpacak kat depan dengan Cikgu MS untuk mengendalikan majlis...Sampailah habis. Dah selesai dah pun...

dari meja pendaftaran ibubapa, penerima hadiah, guru dan tetamu...

sana-sini@ mesyuarat agung pibg ke-19....

Kite cerite sikit la pasal meeting PIBG tadi...Sikit la yer....Kalau tercerita banyak pun tak pe kut...Hehe...

Korang kenal manusia yang aku senset-kan mukenye nie??
Tak kenal?? Takpe. Aku pun tak nak la kenalkan pun...

Kenapa aku beriye nak sok-sek-kan pasal org nih?
Haaa...
Inilah pakcik pengkritik nombor 1 mase meeting pagi tadi. Kalah Adlin Aman Ramli ngan Hattan. Biar aku bagi namanya En. A sahaje. Mungkin nama betol, mungkin name panggilan manje je kut.

Kebanyakan ruang lingkup meeting tadi banyak dikuasai dek En. A ni. Bukan tak bagi nak bercakap. Tapi En. A ni macam tak paham2 bahase. Naik mual dan menjengkelkan kami, para guru terutamanya. Mak ayah dan tetamu yang lain aku tak sure, tp mungkin rasa bende yang same kut macam kami...

Second mic yang diperuntukkan untuk sesi perbincangan usul tu dah dikuasai dek En. A ni. Aku pun kurang pasti samada En. A ni memang pengkritik yang kritis atau pengkritik yang nak carik publisiti. Bukan nak cakap kami tak bersikap terbuka, tapi kebanyakkan daripada mase En. A ni lebih kepada menghentam dan men-paku-dulangkan ape yang termaktub dalam handout yang diberi.

Macam2 yang dikritik, malas nak ulas kat sini. Dan mase pemilihan dan pencalonan AJK PIBG yang baru, bile name dicalonkan, banyak pulak dalihnye. Aahh, sudah laa...
Cakap pandai, tapi bile suruh bagi komitmen untuk anak2 dorg jugak, mula la bagi 1002 alasan. Dan mungkin parent yang lain pun naik mual dengan perangai En. A ni. Bende tu memang obvious mase En. A ni dicalonkan untuk jawatan Timbalan YDP kalau tak silap...
Dan orang yang menyokong cume 3 orang je daripada ratusan parent yang datang...
Dah jelas dah...

*edited
Aku sbg MC yang duk kat depan ni memang berbulu je tengok gelagat En. A ni.

Satu; berbulu sebab En. A ni banyak membuangkan mase kami yang sangat2 berharga emas tu. Meeting ni orang mane nak drag too long, kang orang jemu kan?

Dua; aku berbulu gak sebab dier nk kejenye nak hentam...Hentam dan henyak sebolehnya...sesuailah dengan saiz fizikalnya kan??

Part yang paling best bile Pn. GB kami menjawab balik soalan maut En. A ni, kami pakat2 tepuk tangan ramai2 menandakan kami setuju yang En. A ni dah di"bahasa"kan oleh Mama GB kami dek kerana sikapnya sendiri. Rasain, taste of your own medicine.

*end of editing

Ade satu usul dan komplen mase meeting tadi. Mungkin En. A ni la yang buat. Usulnya berbunyi cemni lebih kurang:

Pelajar dipaksa untuk menulis sifir sehingga 99. Ini akan membebankan pelajar. Harap sekolah dapat ambil tindakan.

Huhu...Ini pun nak kena dijelaskan ke? Erm...Sebenarnya, bende ni tak habis. Maybe anak En. A ni tak faham arahan cikgu, atau tak jelas, atau jenis tak nak dengar arahan baik2. Memang betul cikgu Maths suruh buat sifir sampai 99. Tapi bukan dalam mase 3 jam, 3 hari atau 3 minggu. Tapi 3 bulan! Takkan tak bulih siap kut...

Kite bagi latihan banyak macam tu nak bagi diorang giat lagi menghafal sifir, tu je. Maths kan lebih kepada repetition dan latih tubi. Kalau suruh hafal pun, kadang2 berjanggut nak suruh hafal. Suruh buat keje yang memang kewajiban dorg pun lebih komplen dan merungut ngan parent dorg. Bile exam, tak score, fail dan flop, cikgu jugak ke yang salah?

Bukan kami tak bagi latihan, bukan tak ajar dalam kelas, bukan tak bagi kerja rumah, bukan tak buat klinik untuk mereka yang lemah. Dah buat, cuma mereka yang ingkar, dah besar kepala tak mo datang. Salah lagi kami lagi ke?

Kalau cikgu rela berkorban dan terpacul kat sekolah seawal 7 pagi untuk luangkan mase buat klinik dari 7.10 ke 7.40 pagi; sebelum masuk ke kelas, takkan budak tak boleh? Bukan untuk sape pun, untuk dorg jugak...Kehadiran ke klinik tu memang sangat2 mengecewakan. Ape boleh kami buat?


Parent, tolonglah. Tolonglah faham tugas kami. Bukan susah nak faham. Kami pun ade silap dan celanya. Kami mendidik, dan membimbing sedaya upaya sendiri. Kami mendidik sekadar termampu, pokok pangkalnya budak2 tu sendiri.

Ibubapa pun memainkan peranan yang super-duper penting. Terutama meeting PIBG cemni. Kalau dorg tak hadir, dan tak suarakan apa yang mereka rase dan pihak sekolah tak ade ruang dan peluang untuk menjelaskan hal yang sebenarnya, selagi tu la masalah anak2 ni tak akan selesai.

En. A ni jugak turut mengkritik laporan kewangan kami yang serba tak kena tu. Maaf, kami bukan akauntan. Kami cuma cikgu biase yang belajar untuk membuat laporan kewangan. Itu yang kami mampu. Kalau rase ade kemahiran, kenapa tak hulurkan tangan membantu. Jangan tahu nak kondem je, bile suruh menghulurkan sesuatu, tak nak pulak. Jadi, perangai tu biar elok sikit.

Syukur tadi, pelantikan AJK baru ade seorang ibu yang memang banker menyertai kami. Dengan YDP yang dahulu, insyaAllah sekolah boleh dimajukan lagi. Aku kagum sebenarnya dengan GB kami. GB kami memang berhati waja. Bukan senang menjadi GB. Hanya GB tahu kerja GB.

Oklah, kite tutup buku. Dah mual dengan isu parent-guru-anak ni. Sape salah sape betul, sendiri pikir. Ok??

Oklah, sambung skit lagi pasal pasukan Kompang Selawat ni. Dorang dah berjaya satu peringkat dan akan maju ke peringkat seterusnya. Rasenya kali ni peringkat zon kut. Lepas ni peringkat daerah la...Jenuh sikit la, sebab daerah Petaling ni terlalu banyak sekolah. Tu pasal ade peringkat zon sebelum daerah. Dalam PPD Petaling ni pun ade 2 PPD, PPD Petaling Perdana dan Petaling Utama. Jenuh, jenuh...

Tahniah untuk mereka dan harap mereka akan lebih gigih lagi berlatih. Mereka mungkin diberi peluang untuk menang peringkat ni supaya lebih berusaha. Budak2 ni mase latihan aku tengok dorg agak main2, dan kurang serius...Baju dah lawa dah, memang outstanding laa...Cuma attitude boleh improvise lagik. Ustaz T kalau bulih amik perhatian ye...Huhu..
Sapela aku nak komplen itu dan ini...kan??


Itu je la. Dah cukup banyak aku membebel kat sini, dah rase cam mak-nenek la pulak...huhu...
Salam Mesyuarat PIBG!

ps: Thanks to Cikgu MS yang banyak bantu mase emceeing tadi, tak boleh nak elak, tersyasyul 2 jugak la tadi...Huhu

Comments

  1. uih! meriah amat. mcm kenduri kawen pun ado. bdk2 tu sewa persembahan brp harga. hehehe

    kt sklh aku biasa2 jek. sambut yb pun mcm sambut wak tempe balik pasar. haha!

    ReplyDelete
  2. ops.. ko jgn keliru. CJ adlh cikgu jawe. :)

    ReplyDelete
  3. kat skolah su pon ader...

    dah ler meetg ajk pibg xpenah dtg wpun sekali...

    pastu nak komplen itu ini....

    cube jelaskanlah...apelah...

    sib baek GB kat skolah pandai jwb...

    last2 dia mintak maaf sbb xpenah hadir meeting ajk pibg...huh!

    ReplyDelete
  4. tingat last year nye meeting, ms praktkm
    pg2 da kna dtg, jd receptionist :f
    then ble da start, kna jd p'catat minit mesy...
    tp yg best nye, ktorg bdk2 prktkm dpt 2 cabutn b'tuah (muke ni jugak la yg kna amek :$)

    and the same goes, mesti ade satu suara yg sm menonjol,
    and fortunately cikgu2 c2 kate 'pacik berkenaan' memg agk komited, xde la mcm en.A di ats kot :?

    ReplyDelete
  5. Salam, i need ur advice.. Nakkan pendapat dari anda disini

    Thnkx..

    ReplyDelete
  6. CJ
    mcm sambut wak tempe balik pasar??
    huhu...
    kitorg ni buat simple2 je...
    budak2 ni nak pegi bertanding, tu yg pakai lawa2 tu...

    su
    GB kitorg pun pandai jwb gak...
    malu jugak la En A tu...

    mademoiselle azieshakespeare
    cikgu besela kalau multitasking cemtu kan??
    lagi2 cikgu praktikum, kan?? haha
    sekolah azie pun ade cabutan bertuah ye??
    sekolah aku takde pun...huhu

    Luth Textile
    dah bagi dah luth...itu yg termampu...

    ReplyDelete
  7. Al-Fatihah pada keluarga Ustaz T...

    Congratez ya chekgu kerana dah berjaya dan settle...

    nak laksanakan klinik memang kena push..harap-harap ibu bapa memahaminya dengan baik..

    ReplyDelete
  8. al-hussaini
    tak susah sgt pun keje aku...
    kite buat jugak keje lain...tlg2 ape yg patut..
    kite dah keje satu sekolah, dha macam family...

    selagi kite tekun dan sabar, pasti ada jalan...

    ReplyDelete
  9. Bersemangat semacam pasukan kompang tu. tahniah sbb sampai boleh johan tu. Bukan senang tu...

    Mesyuarat agung PIBG kekadang jadi medan ibu bapa nak hentam guru/sekolah, pada hal mereka bukannya tau sangat iklim sekolah. sebenarnya mereka sengaja nak cari salah sekolah... orang yg macam ni kalau boleh diambil utk memegang peranan dlm PIBG, biar dia tau sikit suasana sekolah. Biar lepas ni dia menjawab pula bagi pihak sekolah....... tapi itulah, sekadar berani menghentam saja, bila nak diberi tugas.........

    ReplyDelete
  10. TokNabe
    ....aku sambung ayat ko ye...
    ...bila nak diberi tugas, banyak pulak dalihnya...
    hampeh!

    ReplyDelete
  11. cikgu MS...macam Ramli MS la pulok..hehehe..

    biasalah cikgu,parent memang hobinya memeningkan kepala ckgu-cikgu..dorang pk cikgu nie tak banyak kerje ker hape???

    sekolah kami baru nak latih kompang selawat..advance yer daerah petaling nih...

    ReplyDelete
  12. izzah
    kitorg mmg advance...huhu
    at certain things laaa...

    erm, cikgu MS tu singkatan utk muslimah yg solehah gitu..huhu

    ReplyDelete
  13. enchek || CAMERA™
    dier kurang celik dgn iklim sekolah kut...
    biar laa..

    Fly
    tahniah utk guru pembimbing dan budak2 nih...

    ReplyDelete
  14. kt mn2 sek aku rs mmg ada sorang dua parent yg kerek la. sek aku pun ada.

    tgk budak2 tu main kompang, terpikir, bila la aku nak belajo main kompang ni...huhu

    ReplyDelete
  15. en_me
    thanks bagi pihak dorg...

    hayad
    haha...bukan susah nk blaja kompang...
    cume kene tahan kulit tgn ko jadi kematu cam batu laa...haha

    parent yg kerek harap dpt membantu...

    ReplyDelete
  16. allo chekgu...berbulu sakan nampak..harap bole r pecah rekod mat saleh yg bulu sampai ke muka tu...hahaha...manusia mcm en A tu mmg byk atas muka bumi ni..org cakap 'anjing menyalak tak menggigit':?..hehe..xdak kena mengena..

    ReplyDelete
  17. multitasking... tu la perkataan nye, nk wat cane?
    but at the end, ble everything setel, sgt2 sronok :)
    cabutan b'tuah, tpi bukan no. aku pun, jd tukang amek jek (ahahah tak penah b'tuah)

    ReplyDelete
  18. heheheh cikgu mmg takde keje kan kan kan

    ~ayat perli bagi orang yang tak paham2~

    ReplyDelete
  19. ~attahrel~
    yg ni jenis menyalak dan menggigit gak..
    menggigit sanubari dan bulu dalam telinge nih...
    geramm je tgk..

    mademoiselle azieshakespeare
    cikgu mmg kene jadi semuanya...
    besela tu..
    lor, jadik tukang amik hadiah je...huhu

    penyapubaru
    btul tu pn penyapu. kite ni mmg takde keje, keje pun stgh hari je...
    byk mase nak tido kat umah...
    dorg je la yg kuat keje...

    ReplyDelete
  20. kalau akak la, sukanya hati bila cikgu suruh tulis sampai sifir 99 sebab anak2 ni lebih dengar cakap cikgu dari cakap mak ayah sendiri.
    Encik A tu tak suka kot anak dia pandai.

    Geram pulak akak dengan Encik A tu..

    ReplyDelete
  21. Org mcm En A tu ko pasang C4 - letupkan aje. Buat buang masa ibubapa dan cikgu2 yg lain. Hampeh :x

    ReplyDelete
  22. Neeza Shahril
    Takpe la kak, kite biarlah si luncai terjun dgn labu2nye...

    Yunus Badawi
    wah! YB bagi idea militan yg bernas nih...huhu

    ReplyDelete
  23. ko laserkan balik je en A tuh
    susah2 bagi je dia hadiah suruh dia blah....or amik video dia upload kat youtube. haha

    ReplyDelete
  24. nak kawen esok2 boleh jemput diorang nih :))

    ReplyDelete
  25. KNizam
    aku pikir aku cikgu je masetuh, kalau tak mmg dah aku bahasekan balik je..
    aku kene jage adab sopan sket masetuh, kan aku mc..
    kene poyo budiman laa...
    haha

    ~Cinta Cukulet~
    bulih, takde hal...haha

    ReplyDelete
  26. tak heran sgt dgn encik A ke B ke C
    mmg ada disetiap sekolah pun...


    suami kak jie pernah minta maktab ( thn 80'an)
    tak dapat
    dpt UTM
    ( dia sgt2lah hairan kerana kenapa rejet..sbb rasanya cikgu lelaki diperlukan..itu pilihan pertama dia..dan semestinya minat )

    kalo tidak..jadi bini cikgu la kak jie skrg ni..hahahahaha

    ReplyDelete
  27. alahai... rindunya main kompang.... ermmmm

    ReplyDelete
  28. sabor2 la chekgu BH...panjangnyer membebel..kalah kami nih orang pompuan...dah lepas pun...syukur Ahlmdlh...legaa...

    ReplyDelete
  29. sekolah aku tak buat lagi hari PIBG
    padahal mak bapak aku tahun ni dah bersemangat gila nak pegi.
    mintak2 mak bapak aku tak ubah fikiran. :)

    ReplyDelete
  30. kakjie
    kalau jadik bini cikgu mungkin akak tgh dok kuarters kut skg nih..
    bukan kat serendah la kut...

    kuIna Jentayutiara
    terima kasih bagi pihak kak...

    Adry
    rindu??
    pi la main..

    Muslimahsolehah
    lega la jugak....erm...ni akak online katne??
    tengahari nih...

    Aa
    galakkan la dorg pi..elok sgt tu...

    ReplyDelete
  31. hmm,dulu mase skolah rendah..rasenye takdela komen2 sgt dari ibu bapa..yelah..budak2 pun baru nak belajar,adatla kalau kerenah yang bermacam2..mmg mak ayah zaman tu faham la situasi cikgu cikgi camne kan..lagi berterima kasih ade..sbb tolong ajarkn anak mereka..

    *En A tu saje je tu nak interprem,yg sbnanye takde modal sgt pun..heheh.. :D

    ReplyDelete
  32. Terima kasih di atas sokongan Bh, membakar semangat kami terutama masukkan dalam blok. thank you cikgu

    ReplyDelete
  33. Ibn Hajar
    semoga sukses smpai ke peringkat tertinggi..

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Jangan fikir lama-lama nanti dikebas orang...