Hear Now : Selamat Hari Raya - Rafeah Buang Animasi bulan 3/4 penuh ke anak bulan Salam hari ke-24 kita berpuasa. Kurang lebih seminggu kita akan melangkah ke bulan baru, meninggalkan bulan Rahmat penuh Barakah ni. Di mana kita akan...beraya! Sedih dalam gembira. Sebab kita akan meninggalkan bulan menahan segala hawa nafsu dan lapar dahaga dan menjejakkan kaki ke bulan bermaaf 2 an... Ikut ramalan kalendar Kuda tu, kita akan beraya Ahad depan. Tapi kalau ikut perkiraan kalendar Qamari pun hari Ahad, tapi kalau kite merukyah, dan terzahir anak bulan, mungkin Sabtu boleh jadi akan kite beraya.... Kalau kat sekolah aku, cikgu-cikgi dah berpakat nak apply cuti peristiwa hari Jumaat nanti, takut 2 kalau ter-raya hari Sabtu nanti... Jenuh la kalau Jumaat baru nak cuti, esoknya dah raye... Dah la kampung nun jauh di mata, nak melayan jam lagi...Sian kat dorang... Dan sian kat aku... Apsal? Sebab aku tak merasa balik kampung cam mereka...aku ter-tinggal kat sini je ... Huhu...sedih dowh....