Nak Raya Cepat ke Raya Lambat..?






Hear Now : Selamat Hari Raya - Rafeah Buang

animasi anak bulan

Animasi bulan 3/4 penuh ke anak bulan

Salam hari ke-24 kita berpuasa.
Kurang lebih seminggu kita akan melangkah ke bulan baru, meninggalkan bulan Rahmat penuh Barakah ni.

Di mana kita akan...beraya!
Sedih dalam gembira. Sebab kita akan meninggalkan bulan menahan segala hawa nafsu dan lapar dahaga dan menjejakkan kaki ke bulan bermaaf2an...

Ikut ramalan kalendar Kuda tu, kita akan beraya Ahad depan.
Tapi kalau ikut perkiraan kalendar Qamari pun hari Ahad, tapi kalau kite merukyah, dan terzahir anak bulan, mungkin Sabtu boleh jadi akan kite beraya....

Kalau kat sekolah aku, cikgu-cikgi dah berpakat nak apply cuti peristiwa hari Jumaat nanti, takut2 kalau ter-raya hari Sabtu nanti...
Jenuh la kalau Jumaat baru nak cuti, esoknya dah raye...
Dah la kampung nun jauh di mata, nak melayan jam lagi...Sian kat dorang...

Dan sian kat aku...
Apsal?

Sebab aku tak merasa balik kampung cam mereka...aku ter-tinggal kat sini je...
Huhu...sedih dowh....

Persoalannya: Nak Raya Cepat ke Raya Lambat..?

Musti ramai yang angkat tangan kalau aku tanye yg nak raye cepat kan???
Hahah...
Tak kisah laa...

Tapi tahukah korang macamane ditentukan Hari Raya dan hari pertama berpuasa? Ataupun Hari Raya Eidul Adha?

Selingan: Apakah nama juadah berbuka puasa aku nih?

Jawapan entry yg lepas : harga Raja Murtabak ittew adalah RM6.00 di tempat aku. Satu lagi yg lebih tebal berharga RM12.00.

Oke, sambung balik...

Sebenarnya, cara penetapannya adalah melalui kaedah rukyah (melihat anak bulan baru) dan melalui kaedah hisab (perkiraan kalendar).

Dan ada sejarahnya sebenarnya. Kalau berminat nak bace panjang2 isinya, bolehlah ke SINI.

Dan secara ringkasnya ini yang dapat aku simpulkan:

Pernah berlaku masalah di dalam penetapan tarikh bulan baru ni.

Bermula dengan kaedah rukyah (lihat anak bulan) oleh Kerajaan Johor pada 1933.
Sebelum adanya kerjasama dengan Jabatan Ukur, amalan merukyah anak bulan Ramadhan dan Syawal hanya dilakukan dengan mata kasar sahaja.

Jika anak bulan kelihatan maka esoknya di kira sebagai bulan baru dan jika anak bulan tidak kelihatan walaupun atas faktor cuaca, esoknya digenapkan 30 hari pada bulan tersebut.

Berlaku beberapa perubahan, sampailah timbul beberapa masalah. Sampaikan pernah berlaku perbezaan dalam hari raya di negara berjiran seperti Brunei, Indonesia dan Singapura. Dengan itu satu ijtimak telah diadakan.

Hasilnya Menteri-menteri Agama Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) telah bersetuju menetapkan puasa dan hari raya dengan gabungan kaedah rukyah dan hisab.

Tetapi kriteria imkanur-rukyah yang digunakan di resolusi Persidangan Negara-negara Islam di Istanbul pada 1978 telah diubahsuai dengan menetapkan anak bulan di kira nampak dan boleh di lihat jika mengikut hisab anak bulan berada di kedudukan berikut pada hari rukyah:

a. Anak bulan berada pada ketinggian tidak kurang dari 2 darjah di ufuk barat ketika matahari terbenam, dan
b. Jarak lengkung anak bulan ke matahari ketika matahari terbenam tidak kurang dari 3 darjah, atau
c. Umur anak bulan ketika bulan terbenam pada hari rukyah tidak kurang dari 8 jam selepas ijtimak berlaku.

Kesan dari penyeragaman ini, sejak dari tahun 1992 hingga sekarang ummat Islam di negara kita menjalani ibadah puasa dan berhari raya serentak dengan Indonesia, Singapura dan Brunei.

Agak rumit sebenarnya penetapan ni. Tapi kaedah yang terakhir telah mencapai kata sepakat bagi negara yang serumpun dengan negara kita.

Y.M. ENGKU TAN SRI DATO SRI IBRAHIM BIN ENGKU NGAH
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Kalau diikutkan pengalaman aku hidup selama dah dekat 26 tahun nih, rasenye sekali dalam hidup aku kita berpuasa selama 29 hari.

Kenapa aku cakap cemtu, sebab semasa menunggu pengumuman raya malam 29 tu, terus diumumkan dek Penyimpan Mohor Besar Raja2 yang tak pencen2 ittew; Esok kita akan ghaye...
Huhu..
Jenuh jugak la nak bertungkus-lumus memasak untuk raye esoknya. Tak silap aku mase tu dalam tahun 90-an kut...

Selalunya kalau kita dok tunggu pengumuman raye ni, biasanya hari lusa baru akan raya kan? Tapi hari tu lain pulak...

Satu lagi, pernah terjadi perbezaan Raya disambut kat negeri2 di Malaysia ni ek?
Ikut ape yang aku dengar akak2 senior kat sekolah aku dok bercerita.

Katenye negeri Perak pernah raya ter-paling awal berbanding negeri2 lain kat Msia ni yea??
Ini terjadi sebab kerajaan negerinya dah umumkan raya. Dah tu, ade yang masih berpuasa di hari ke-29 tu dok kalut batalkan puasa dan sambut hari raya...
Pernah jadi ye cemtu...

Erm...
Ape2 pun kita sudahkan dulu bulan yang mulia ni, kita hadapi bulan baru ni dengan kesyukuran. Semoga kita akam bertemu lagi dengan bulan yang mulia ni di tahun yang akan datang.

Oke laa...
Itu jea...
Selamat meneruskan puasa anda....


Comments

  1. besh nye nak raye...:)
    samat ari raya cekguuuu

    ReplyDelete
  2. Cikgu ittew.. janganlah bersedih kalau tak balik kampung sebab tak ada kampung..

    cikgu ittew.. boleh aje beraya dan berkampung di kampung baru, Kampung Abdullah Hukum atau kampung pasir di PD... masih dikira kampung lagi kanzzz

    psst; kalau boleh nak Ramadhan sepanjang tahun.. best gitew.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. mmg penah jadi kat perak. mak penah citer polis datang ketuk pintu umah bgtau esok raye! yg kelakarnye walaupun umah kami ngan negeri selangor +-100m esknye kami raye selangor pose lagik! wakaka

    ReplyDelete
  4. Salam Cikgu

    kak pB hari khamis dah chow dah.
    Anak anak monteng sekolah hari khamis dan jumaat ...

    nak elak jem
    bukan tak tau kalau nak balik kelantan , jauhhh tuuuu ..
    tak sah kalau tak 8 jam perjalanan.
    kalau musim musim raya ni , perjalanan boleh jadi 10 ~ 12 jam ...
    masak punggungggggggg

    ReplyDelete
  5. Jangan lupa beli tiket bas ... bas kota pun jadilah, amik semangat pulang beraya juga!

    ReplyDelete
  6. hui...baguscikgu, maklumat yang bernas dan mantap

    ReplyDelete
  7. menu tu nasi lemak yang sedaplah...

    tak kira sambut raya kat mana, yang penting ikatan kekeluargaan dan tali silaturahim antara kawan tetap terjalin...

    ReplyDelete
  8. Selamat Menyambut Kedatangan Syawal yg di nanti2. Semoga kedatangan ini, tiada nyawa yg "hilang" atas jalanraya atau lebuhraya. Semoga kita semua selamat utk menyambut Hari Raya bersama family yg tersayang,Insya Allah.

    Cikgu BH,
    Hati2 memandu balik ke kampun. Take care. :)

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Raya yang bakal menjelma... masa cuti nak raya gini teringat masa bertugas di Sarawak.. tiket awal tahun dah open... takut tak sempat... meriah dan teruja.. bila dah berada dihalaman sendiri... tak terasa pulak suasana begitu...

    ReplyDelete
  10. Cikgu BH....

    Dtg amik KAD RAYA kat blog Akak ye.

    Take care!!!!

    ReplyDelete
  11. itu mesti nasi lemak kukus kan kan kan???

    tak kesah lah raya kat ner.. sama jer asalkan beraya disisi orang2 yg tersayang..

    aku tak pernah merasa ada kampung...ok jer...

    ReplyDelete
  12. selamat hari raya...
    tak balik kampung pun tak apa...tak payah nak tempuh traffik jam!
    itu untungnya tak ada kampung!!

    ReplyDelete
  13. rasanyer raya hari ahad..
    kalau hari sabtu..
    haru arr..
    jumaat still keje lagi..

    ReplyDelete
  14. walaupun cikgu tak pernh berpeluang balik kg... tak pernh berebut nek ketapi@ bus... lagu dendang perantau tak syahdu tp sambutlah dengan kemeriahan yang ada... masih ada keduanya...

    masih nak ucap selamat berpuasa la...

    ReplyDelete
  15. dah nak beraya ke???

    .
    .
    .

    lmbt kan sikit lagi takleh ke??
    tunda 2 minggu lagi...
    errr.. baju raya tak cari lagi.. huhuhu

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Raya kat jalan raya la.. nasib baik aku cari isteri sama negeri.. huhuhu.

    dan raya nnt jemput dtg umah aku di Sunway Alam Suria.. ha promote!!

    ReplyDelete
  18. selamat hari raya..
    maaf zahir batin.
    jgn lupa mai raya kat umah aku nnt.

    ReplyDelete
  19. sELAMAt hARi rAYa cEKGu bANi dARi hARITZEr.cOm sEKELURGa

    ReplyDelete
  20. x kisah la bila pun raya cikgu..jiwa aku sgt kacau skang ni...nak release abis-abisan..hahaha
    **selalunya kita ikut yg dalam kalendar kan..cara hisab kot...lgpun susah kalau wat terkejut2 ni...
    **aku bercita2 nak jd penyimpan mohor besar raja2..bole x??..femes tu...

    ReplyDelete
  21. maza
    kpg pasir pun dah takde dah maza...
    semua dah pindah PPR...
    kmpg aku pantai dalam dah ditransformasi ke PPR jugak...

    ~mrs azmi~
    haha...tu laa...
    tak sepakat...
    takpe, kalini tak jadi lagi dahh

    pB
    tu laa, sape suh kmpg kat klatan..
    hehe
    sabar je laa...

    razifembi
    tak baik la ko...
    sian kat aku...

    AZANI
    sekadar berkongsi..

    Kcynodia
    btol la tu...

    ReplyDelete
  22. Zyma Saad
    selamat hari raya...
    thanks for the cards.. :)

    Abiey69
    benda yg lepas, itu yg kdg2 manis kalau dikenang...

    secangkir madu merah
    aku pon ok je...
    cume kdg2 cam boring sket laa...

    cikgu_math
    erm...ade hikmah tu...

    ReplyDelete
  23. s@yangh@sni
    erm...takpon raya hari senin...

    kuIna LadyInRed
    okelaa...
    kite wish time pagi raye nnti yea??

    ku tak sempurna
    mane leh tundaa...
    org dah beli tiket balik raye dah nih..
    huhu

    ONE ZABA
    huhu...
    psaraya awal2 dah raye...

    KamiKreatif
    huhu
    takpelaa..
    kalau senang aku mai...

    princess damia
    insyaAllah akan sampai...

    haritz
    selamat hr raya haritz n family!

    ~attahrel~
    waaaa...tingginye cite...
    haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood