After Almost A Week...
Dah hampir seminggu aku kat IPTeknik KL... Kami dah pun lalui hari2 orientasi dengan penuh sabar pasai hampir semua aktiviti kami di IPT tu sepanjang minggu orientasi hampir2 menjelakkan kami... Dengan keadaan dewan besar yang agak kurang kondisinya... Sebab dewan tu dewan lame...tapi tak ape sebab kami MESTI membiasakan diri dengan segala macam rencah akan datang sebagai PENDIDIK... Hari atau aktiviti yang aku paling suke adalah masa sesi belajar menyanyikan lagu Maktab, Lagu Wilayah dan Lagu Guru Malaysia... Pasai lagu Guru Malaysia nih kalau dulu2 cumer dinyanyikan bersempena dengan Hari Guru je tanggal 16 Mei setiap tahun, kali ni merasalah kami menyanyikan setiap minggu... Secara peribadi lagu ni membawa satu semangat yang susah nak digambar... Semangat nak menjadi Pendidik nih semakin berkobar2 lagi2 kalau menyanyikan lagu nih... Tatau nak describe camaner... Perasaan tu lain macam... Kalau dulu mase kat sekolah masa Hari Guru kami sebok dok nyampok time cikgu2 nyanyi lagu nih......