The Last Class Attended (Maybe)

Harini aku bangun cukup awal…
Pukul 430 pagi aku dah celik dan susah nak melelapkan balik mata aku yang cukup banyak berjasa…
Tatau naper…Maybe mungkin dah terlalu crowded kepale hotak aku ni memikirkan terlalu banyak benda yang mungkin bukan2…
Meninggalkan sesuatu yang sebelum ni kita tak biasa sampaikan kita menjadi terlalu biasa padanya mungkin bukan perkara mudah untuk semua orang…

Begitu jugak dengan aku….
Mendapat berita yang aku diterima ke KPLI membawa pelbagai perasaan yang bercampur-baur, caca-marba dalam hati dan benak minda aku…
Dan pastinya semasa aku mendapat berita yang aku diterima masuk ke IPT Cheras untuk KPLI nih semestinya Ratu Hati aku, My Mom…

Cuma aku yang (mungkin) kurang gembira dengan berita ni…
Nak meninggalkan sesuatu yang biasa aku lakukan kepada sesuatu yang baru memakan masa dan ruang...
Nilai sentimental apa yang sedang aku alami nih pastinye akan jadi kenangan di masa depan...
Wahwah....Melampau2 sentimental aku nih...


Bukan apa, berbalik pada history of my INSEP class…
Daripada class ni yang awalnya cume dihadiri beberapa orang yang telah menetapkan niat untuk mengukuhkan softskills sendiri…
Tak ramai bilangan orang dalam klas aku; aku, Fariz, Jack Kriel, Hisham….
Cuma 4 orang…Itu pun Jack yang tak datang sesi orientasi tibe2 je masuk klas...

Masetuh tak ade sekuntum pun “bunga” yang ada dalam klas...
Mula2 memang agak suram klas sebab masing2 belum kenal hati budi masing2...
So, semua seakan menyombongla tak hingat...
Lepas 2-3 hari our first class with Miss Annie barula masuk Teck Lye, Iema...
Dan masatu kami semakin get to used with each others dan aku rase masa tengah tak ramai orang dalam klas tu, attention yang diberikan trainer kami agak extra....


Dan lepas tu klas semakin berkembang sedikit demi sedikit dengan kemasukan member2 yang lain yang memang bermacam2 fiil....
Bukan tak seronok tapi semakin bersemangat nak teruskan kelas dengan kawan2 yang mempunyai jalancerita dan objektif yang agak sama...
Kami semakin akrab hari demi hari sebab banyak masa yang diluangkan bersama dan masing2 punye nostalgia tersendiri tentang klas ni...

Kita tengok wayang sesame, pergi makan bersama, sembahyang pun bersama...takkan itu aku boleh lupe...
Tak payahla aku nak huraikan banyak2, sebab makin diingat makin mengundang nestapa...(wah, ayat poyo nih)...
Erm....Bukan lama pun aku kat sini, Cuma 2 purnama (wahwah, bulan ler...) tapi banyak dah aku timba di sini...
Dan sayang!
Sayang aku nak tinggalkan semua yang aku dah mulakan kat sini...
Tapi inilah hidup...

Tak semua yang kita nak dalam hidup ini kita akan dapat,
Dan,
Tak semua yang kita taknak dalam hidup nih kita tak dapat...eh, betui ker aper aku bebelkan nih...
Tapi aku kene belajar, belajar untuk terima semua ketentuanNya...
Sebab ini satu petunjuk sebenarnya,
Dah 2 kali aku dapat peluang yang sama,
Tak nampak jugak aku tatau laa nak cakap aper...
Tuhan tu memang Maha Berkuasa...

Roomate aku nih orang yang pertama aku kenal di Penang akan aku tinggalkan...
Sian kat dia tapi tak boleh buat aper2...
Lepas nih dier kena carik balik roomate lain sebab nak menanggung sewa rumah nih..
Lepas nih mungkin dier akan mendapat roomate yang baru...
Tak tahu lagi...


Banyak pengalaman dan kenangan yang aku timba dan baldikan kat sini...huhu...
Tapi semua tu kenangan terindah yang tak mungkin aku dapat lupakan...
Coursemate aku semua baik2, dengan cara dan tabiat mereka tersendiri...
Semuanya mencatat kenangan yang berbeza dalam hidup aku...

Tapi cukuplah...
Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermanja...
Haha...entah ape2 la aku nih...Paperlaa mamat nih!!!

Untuk Hisham, Fareez, Jack Kriel, Sean, Iema, Del, Thana, Azizan, Mat Rem, Ijoi, Najmi, Valar, Sharmini, Maryann and Chan....U guys were such a good and nice buddies...
I won’t be able to erase all the memories created since we had knew each other...
Keep in touch and Frenz Forever ok???
AKU SAYANG KORANG SEMUA....


Nothing much to say, There’s Nothing Left to say But Goodbye...
Daa...


Comments

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Aku Jawa Saduran...Sambutan Hari Guru SK Seksyen 24.