After Almost A Week...

Dah hampir seminggu aku kat IPTeknik KL...
Kami dah pun lalui hari2 orientasi dengan penuh sabar pasai hampir semua aktiviti kami di IPT tu sepanjang minggu orientasi hampir2 menjelakkan kami...
Dengan keadaan dewan besar yang agak kurang kondisinya...
Sebab dewan tu dewan lame...tapi tak ape sebab kami MESTI membiasakan diri dengan segala macam rencah akan datang sebagai PENDIDIK...

Hari atau aktiviti yang aku paling suke adalah masa sesi belajar menyanyikan lagu Maktab, Lagu Wilayah dan Lagu Guru Malaysia...
Pasai lagu Guru Malaysia nih kalau dulu2 cumer dinyanyikan bersempena dengan Hari Guru je tanggal 16 Mei setiap tahun, kali ni merasalah kami menyanyikan setiap minggu...
Secara peribadi lagu ni membawa satu semangat yang susah nak digambar...
Semangat nak menjadi Pendidik nih semakin berkobar2 lagi2 kalau menyanyikan lagu nih...
Tatau nak describe camaner...
Perasaan tu lain macam...
Kalau dulu mase kat sekolah masa Hari Guru kami sebok dok nyampok time cikgu2 nyanyi lagu nih...
Siap boleh buat backup singer lagi...


Dan kami baru je habis minggu Orientasi pelajar baru dan sepanjang tempoh beberapa hari tu kami telah diberi beberapa sesi briefing berkenaan dengan subjek yang bakal kami pelajari, GERKO dan beberapa aktiviti jadual kami yang agak padat...

Dan dari situ kami tahu yang kami tak punye banyak masa untuk berseronok danmemang terlalu lain berbanding masa di U dulu...
Tapi itulah resminya kalau nak bergelar seorang pendidik dimana kami dikehendaki untuk menjadi seorang yang versatile...
Boleh menari, boleh menyanyi, boleh berlakon, boleh bersukan..
Pendek kate semua laa....

Sepanjang sesi orientasi nih kami banyak dilayan seperti budak yang lebih muda dari kami..
Kalau ikutkan hati tak mahunyer kami nak dilayan seperti tu...
Tapi dek kerana tuntutan maktab yang berkehendakkan kami untuk mengikuti segala yang telah diatur untuk kami sepanjang minggu oleh barisan JPP (Jawatankuasa Perwakilan Pelajar) yang usia mereka jauh lebih muda dari kami Abang2 dan Kakak2 KPLi nih...(ye ker muda???) taklah....:p
Nak buat camaner..Ikut jer..Layaannn....

Yang masuk sekali KPLi ngan aku nih kalau yang boys memang ramai yang rupe cam dah kahwin...
Yang rupe macam dah kahwin dan memang dah kahwin, ngan rupe cam orang dah kahwin tapi bujang lagi, ngan rupe yang cam belum matured pon ader...
Yang kecik sampai orang tak percaye yang budak tu KPLi pun ader...
Macam2 jenis yang masuk...

Klassmet aku aderla dalam 18 orang..10 boys plus 8 girls...
Bakal2 cekgu Sains ni akan bersama kurang lebih setahun...
Kami major dalam subjek Sains dan minor dalam Kemahiran Hidup dan Bahasa Inggeris...

Yang pasti lepas nih, aktiviti kami akan memenuhi segala masa2 kami dengan kuliah. ko-kurikulum...
Dan pasal penginapan nih kami menghadapi kesulitan skit sebab kemudahan asrama yang tak mencukupi yang menyebabkan kami menggagau jugekk la nak cari rumahsewa di luar Maktab...
Kadang2 rase cam hampeh jer...
Tapi mengenangkan yang ini baru dugaan kecil dan lepas nih ada lagi dugaan yang lebih besar yang berbeda dari yang ini...

Aku mungkin terpaksa menyewa di rumah Pakcik Has aku kat Pantai Dalam...
Dan umah tu Pakcik tak bagi pun nak duduk ramai2..
Kalau boleh bawak member pun cume sorang je yang boleh dibawak sekali...
Aku kesian ngan budak2 yang lain sebab kalau nak menyewa bukan murah...
Kalau dok ngan aku kat umah Pakcik aku nih, sewa boleh dirunding laa...

Cume yang slack Pakcik aku tak bagi bawak lebih2 member...
Yang menggusarkan aku cume takut terlambat jer nak ke Maktab lebih2 kalau hari Isnin sebab hari tu ader assembly...
Kite tunggu dan lihat je laa...
InsyaAllah akan dipermudahkan olehNya urusan aku sepanjang aku menjalani latihan untuk menjadi insan yang menjalankan kerja mulia ini...

Agreement pun belom setel lagi nih...
Risao betui aku...
Ni dalam process nak setelkan...
InsyaAllah akan dibuat secepat yang mungkin...

Okla, jumpe sehingga di lain blog...
Syukran...

Comments

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Jangan fikir lama-lama nanti dikebas orang...