Jenis-jenis Tangisan : Renungkan...
Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis 1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati. 2) Menangis kerana rasa takut. 3) Menangis kerana cinta. 4) Menangis kerana gembira. 5) Menangis kerana menghadapi penderitaan. 6) Menangis kerana terlalu sedih. 7) Menangis kerana terasa hina dan lemah. 8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang. 9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis. 10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis. "..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43) Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini. Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela umpa...