Review DVD Mukhsin

Aku baru jer habis nonton DVD original termurah pernah aku beli...Maser jalan2 kat Plaza Alam Sentral (PAS) haritu aku teringin masuk kedai video Speedy kat saner, sajer jer nak drop by, ternampak DVD Mukhsin dan yang best DVD Ori dijual dengan harga murah...Cuma RM13.90 dan bile dah beli aku tercari2 maser yang sesuai nak nonton DVD tu...Padahal aku bukan baru beli DVD tuh...

Maybe akan ader orang yang bertanya, "Ape kejadahnya Hazren tu baru nak update cerita Mukhsin tuh, cerita dah basi laa...Takkan dah takder idea lain!!"....

Aku sebenarnya baru tertarik dalam erti kata yang sebenar tentang keikhlasan Yasmin dalam karyanya...Scene yang betul2 menarik perhatian aku maser last plot dalm DVD tu maser Mak Inom dan Pak Atan yang dengan "sporting" dan bersahaja mendendangkan lagu Hujan versi mereka sendiri...Aku rase part tuh yang betul2 kene...

Bukan scene lain tak kena, tapi yang lain maybe agak terlalu "santai" sampaikan aku hampir "terlayang"...Dalam DVD tu ader lagu bonus video clip lagu Keronchong Hujan by Adibah Noor dan sedikit trailer MUKHSIN....Erm, if had the to give stars for overall film, i will give 4/5 stars...Ting!ting!ting!tingg......!!

OKlaa tuh, sebab aku tgk ader certain plot dalam cerita nih yang seakan-akan agak slow...Atau aku yang slow...huhu...Bukan aper, maser nonton film nih maser scene dah nak hujung2 tuh agak mellow bagi aku..but the rest is "A" Ok!!!Cerita ada kesinambungan daripada cerita Gubra + Sepet tapi ini mungkin versi Prelude bagaimana segalanya dalam Sepet & Gabra bermula....Semua watak2 di mulakan dalam Mukhsin...Watak Kak Yam, Mak Senah "ronggeng", Rozie, watak Nurkhiriah dalam Gubra dan beberapa watak lain....Mak Senah "ronggeng" nih dilakonkan oleh pelakon bernama Mislina yang berlakon dalam "Bukak Api" by Osman Ali sebagai Pekerja Seks yang bagi aku tak kurang berkesan juga lakonannya...

Ada satu babak diselitkan penampilan Orked dewasa dan Jason yang dah berkahwin tapi mereka diperlihatkan seakan tiada pertalian cuma mungkin for special appearance saja....Yang mungkin agak tak berapa ngam bagi pendapat aku adalah umur Mukhsin yang "mengaku" baru 12 tahun tapi physical macam dah lebih 14 tahun sebab kalau dilihat dari segi suara yang dah pecah & garau seperti budak yang dah "mimpi" dan agak tinggi orangnya tapi masih bermain galah panjang ala kampung dengan budak2 kampung....Tapi tak kisahlaa....

Kisah tentang jirannya yang agak penyibuk sedangkan diri sendiri belum tentu bahagia ada ditampilkan dalam Mukhsin dan watak tambahan itu menghidupkan lagi suasana sebenar masyarakat Malaysia khususnya Melayu yang hidup berjiran. Memang Ayu (si budak penyibuk) tu sepadan dengan perangai emaknya yang jugak penyibuk...aku suka watak Ayu yang suka sangat "melaser" Orked nak-nak maser tengah main pengantin2 sama2...

Aku suka ayat Ayu yang bunyinya cam ni la lebih kurang;

"Mak kite cakap mak awak tu tak pandai jage laki, mak kite cakap yang mak awak tu memang teruk....!!".

Orked balas:
"Kenapa awak cakap macam tu?"....

Ayu jawab balik,"Haritu kan mak kite nampak ayah awak menumbuk sambal kat dapur...Ayah awak kene Queen Control ekk??"

....dengan tenang Orked menjawab,"Ayah saya sayang mak saye laa...sebab tu dier tolong mak saya kat dapur!"..."Stupid git!!!".....

Ayu dengan bengang tanya balik ape tuh "stupid git" dan bile Orked cakap takde pape Ayu marah2 cakap jangan ingat dia tak faham "stupid" tu aper....Dan disebabkan Orked dah malas nak melayan Ayu yang tengah jadi pengantin perempuan masa main pengantin2 tu terus belah nak join boys main galah panjang dan dari situ lah detik perkenalan dengan Mukhsin...

Banyak lagi scene yang menarik dalam Mukhsin nih dan bagi aku scene dan jalan cerita bertepatan dengan real life...Semua aspect digarap dalam plot2 scene dan dilakonkan "pelakon sebenar"....Memang tak dinafikan cerita Mukhsin ni penuh dengan nilai2 sebenar orang Melayu dan tergambar dalam filem ini...Tahniah buat Yasmin dan aku kalau ader masa tak akan melepaskan peluang untuk menonton balik DVD ni sebab memang tak bosan dan "pelaburan" RM 13.90 aku tuh berbaloi!!!hehehe....

My last famous word for this post is "Marilah beli DVD Mukhsin yang berharga murah tu tapi Ori dan singkaplah segala intipati dan nilai Melayu yang diselitkan dalam karya Garapan Yasmin Ahmad nih, JOM DVD MUKHSIN!!" Standing ovation skit tuk Mukhsin dan no wonder menggondol beberapa Anugerah Antarabangsa....Congretz....
Sehingga di lain blog...Maasalamah!!

1 Superb Comments!:

  1. Muksin best giler...Memang deserve memang award...Nanti kan kemenangannnyer..!!!

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

 

KRIK KRIK KRIK...

10 Terbaik !

Ads

TONE PLUS

 photo BANNERCONTESTSMALL.png