Demam Kuning aka Jaundice
Salam semua...
Erm...aku dapat call dari Abang aku yang baru jadi Ayah Ahad lepas...Aku tanya la apsal call...Dier gtau yang anak dier kene masuk wad balik, baru je balik ke rumah semalam, tapi biler nurse check pagi tadi, Nabil di diagnose kene demam kuning...Tapi mengikut abang aku skit jer...
Aku pun bagtau Mama pasal cucu dier tuh dan Mama seperti tak risau...Bagi aku pun tak mengapa sebab demam kuning nih seperti perkara lazim...Aku pun dulu pernah kene demam kuning masa bayi...Masa dah dewasa nih aku stil kene demam kuning for the second time....Maser tuh aku di tingkatan tiga di SMKA Simpang Lima dulu...1stly aku tak expext aper2 pon perubahan cam demam ker tak sedap badan ker...Tapi aku perasan perubahan pada kulit aku yang tak berapa nak cerah nih...
Lepas main bola jer, aku pun tanggal la baju pasal panas sgt...Pastu posing2 kat depan cermin yang bagak btul kat dorm aku...Sekali aku perasan apasalla badan aku cam kuning2 lak nih, cam India yang baru mandi kunyit...cam tuh laa...Biler perati btol2, mate aku pun jadi kuning gak...Esoknya biler pi medical, baru tau aku kne jaundice and doctor bagi surat referal to HTAR Klang...Aku kene masuk ward tapi aku tak raser tak sihat pon, ok jer, tapi kena amik darah and "tinja" aku tiap2 hari...Geli btoll....Tapi yang syok duk hospital layanan mesra dari Nurse (pasal aku budak lagi kot...) and yang musti ader kat maner2 hospital kerajaan ialah Trainee Doctor...Memang belambak kat saner...Setaiap jam musti ader "gerombolan" doctor wannabee nih datang menanyakan macam2 kat aku...
Diorang check saner, check sini...Pegang sana pegang sini...Aku diamkan jer...cam dummy doll pun ader cemtu...aku tatau actually maser tuh...Layannn jer...Makan time kat hospital memang best...Tak berenti makan...asik makan-makan-makan....
Kalau org kampung, petua tuk baby yang demam kuning nih ialah diorang jemur je kat tengah panas or under the sun shine....Tapi kalau demam kuning yang melanda orang dewasa nih kene dapatkan medical treatment....Kalau ikut kata doctor penyakit aku nih (Hepatitis A) takkan hilang seumur hidup tapi kita sendiri yang kene jage2 la kesihatan...Sebab penyakit ni boleh berulang lagi...
Mungkin untuk panduan kiter sumer termasuk aku, aku attach sedikit panduan berkenaan Demam Kuning atau Jaundice nih....
Article adapted from website http://www.geocities.com/fakulti/hepatitis.htm
HEPATITIS B atau A
BOLEH DI SEMBUHKAN
Jika anda seorang pengidap Hepatitis. Anda tidak perlu risau atau takut kerana penyakit hepatitis jika dikesan diperingkat awal, ia boleh disembuhkan melalui ubat-ubat homeopati. Memang di akui bahawa Hepatitis, ada satu penyakit seperti 'time bomb', dimana ia boleh meletup bila-bila masa. Betul, itu sekiranya seseorang pesakit tidak berikhtiar untuk mengubatinya atau kadang-kadang pesakit itu sendiri tidak tahu bahawa penyakit ini adalah satu penyakit bahaya yang boleh membawa maut. Tetapi jika anda berikhtiar untuk mengubatinya diperingkat awal lagi, penyakit ini dapat disembuhkan dengan sempurna.
Tanda-tanda awal penyakit Hepatitis ialah; biji mata bahagian puteh menjadi kuning, bibir, tapak tangan, air kencing anda kelihatan kekuning-kuningan. Badan menjadi letih dan lesu disertai dengan demam yang berterusan, Jika anda mempunyai tanda-tanda ini, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat, apakah anda seorang pengidap 'Demam Kuning' atau jaundice, hepatitis A atau B.
Penyakit hepatitis banyak menyerang penduduk dunia ketiga atau negara-negara miskin seperti India, Pakistan, Kemboja, Filipina, Amerika Latin, Afrika dan lain-lain. Selain dari negara tersebut, Malaysia, Indonesia, Thailand juga merupakan negara-negara yang agak banyak menghadapi masalah hepatitis.
Di negara kita penyakit ini boleh dikatakan endemik dan menyerang semua golongan manusia tidak kira peringkat umur. Penyakit ini boleh bersifat kronik dan 5-10 % mereka yang dijangkiti virus ini akan menjadi pembawa penyakit tanpa disedari.
Demam Kuning dikalangan bayi
Lazimnya penyakit ini menyerang bayi yang baru lahir. Boleh dikatakan hampir 60 hingga 70 % bayi-bayi yang baru lahir mengalami penyakit kuning ini. Ini disebabkan oleh sifat semulajadi bayi yang baru lahir dimana organ-organ dalaman khususnya hati dan kulit masih belum dapat berfungsi dengan sempurna. Keadaan ini berpunca daripada penimbunan bilirubin (pigmen hempedu) yang berlebihan dalam darah dan tisu-tisu.
Hyperbilirubinemia ini boleh disebabkan oleh kelainan atau gangguan pembentukan , pengedaran metabolism atau perkumuhan bilirubin. Ini ditandai dengan kekuningan dikulit , selaput mukosa, sklera atau selaput putih mata dan berdalir tubuh seperti air kencing.
Orang-orang China amat gemar memberi anak-anak mereka memakan sejenis tumbuhan yang dinamakan 'pokok dukong anak' bagi mengatasi masalah demam kuning. Sementara orang-orang Arab suka memberi anak-anak mereka dengan minuman susu kambing.
Sementara sistem perubatan homeopati menyediakan berbagai ubat-ubat yang khusus untuk mengubati penyakit demam kuning atau hepatitis.
Diantara ubat homeopati yang sering digunakan didalam kelinik-kelinik kami untuk mengatasi masalah ini ialah: -
Jaundice Kanak-Kanak: 'Aconitum nappelus, Hepar Sulph., Chelidonium, Sulphur., Nux Vomica., Merc. Sol.'
Hepatitis A - untuk Dewasa: 'Chelidonium, China Off., Natrum Muriticum., Natrum Sulph., Podophyllum.'
Hepatitis B - Untuk Dewasa: ' Lycopodium., Beberis Vulgaris., Leptandra., Ars. Alb., Cardus Marianus.'
Jika diberi dengan sukatan yang betul, gejala-gejala demam kuning atau hepatitis dapat disembuhkan dalam tempuh satu hingga 3 bulan dengan menggunakan ubat-ubatan homeopati yang disebutkan diatas.
Hepatitis Jenis A , B atau Alkohol.
Jika Jaundice menyerang bayi-bayi, Hepatitis pula boleh menyerang kanak-kanak, remaja atau orang dewasa. Ada tiga jenis Hepatitis yang boleh menyerang manusia, iaitu Hepatitis Jenis A, Hepatitis Jenis B dan Hepatitis Jenis Alkohol.
Hepatitis Alkohol biasanya menyerang kaki-kaki botol atau orang-orang yang suka meminum arak, sementara hepatitis A menyerang sesiapa sahaja orang yang memakan makanan yang tidak bersih. Kes ini banyak juga terdapat dikalangan pelajar-pelajar, pekerja kilang dan juga orang awam. Namun Hepatitis Jenis Alkohol atau Hepatitis A boleh dikatakan amat mudah disembuhkan jika mendapat rawatan segera dari doktor.
Di antara ketiga jenis Hepatitis tersebut, Hepatitis B merupakan salah satu jenis radangan hati yang paling ditakuti dan paling sukar dihapuskan. Hepartitis B ini boleh dikatakan bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa sahaja tanpa disedari.
Oleh itu jika anda mempunyai gejala-gejala kekuning-kuningan dimana-mana bahagian badan terutama di bahagian kulit, mata, kuku, tapak tangan atau air kencing anda sedikit warna kuning. Elok sangatlah membuat pemeriksaan doktor untuk mengesahkan, apakah anda seorang pengidap Hepatitis atau tidak.
Hepatitis B ialah sejenis virus DNA yang boleh berjangkit dari seorang pembawa kepada orang yang sihat melalui darah, sentuhan kulit yang luka, cairan badan, air liur ( melalui ciuman ), semen atau mani boleh juga menjadi sumber jangkitan.
Pada peringkat awal gejala penyakit ini , khususnya Hepatitis B tidak begitu kelihatan, tetapi selepas 5 bulan pesakit mungkin mengalami sakit-sakit di abdomen, rasa mual, kadang-kadang tak lalu makan, lemah bdan,, muntah-muntah, sakit sendi, gatal-gatal kulit. Pesakit mungkin mengalami demam ringan atau demam senyit ( demam dan tidak) berselang. Air kencing berwarna kekuningan hingga ke warna kuning pekat.
Jika virus Hepatitis B tidak dikawal atau dihapuskan, ia boleh merusakkan seluruh hati sehingga membawa maut.
Kontravesi Penyembuhan Hepatitis
Ramai dikalangan ahli-ahli perubatan menyatakan bahawa Hepatitis tidak dapat disembuhkan dan hanya maut menunggu mereka. Namun pakar-pakar perubatan homeopati mempunyai pandangan yang amat berbeza, mereka berpendapat Hepatitis Alkohol, A atau B, dapat disembuhkan dengan izin Allah swt dengan rangkaian ubat-ubat homeopati yang khusus untuk gejala-gejala yang mempunyai similimum.
My famous last words...Semoga Nabil cepat sembuh dan menghiburkan hati kami semua...Amin!
Oklaaa....Sehingga di lain blog, Ma'assalamah....
Comments
Post a Comment
Terima kasih atas kunjungan
Tinggalkan komen?