Setegar, Seketegaq-nya Abah...
lihatlah tangan ber-bandage itu.
jangan risau, Abah memang kental.
jangan risau, Abah memang kental.
Salam semua.
Kisah ni kisah semalam.
Lepas dah bermalas2 di ruang tv lepas makan malam sambil merelakskan diri, Abah baru balik dari kerja.
Abah, biasalah kalau jam 8-9 malam baru sampai rumah. Abah bukan kerja ofis. Abah kerja gasar, kerja yang orang
Abah dah biasa. Dari muda sampailah ke usia senjanya, abah berhempas pulas mengerah keringat membanting tulang buat kami sekeluarga. Dari kami sebesar tapak tangan, sampailah kami mampu berdiri sendiri, tak pernah henti abah berjasa.
Harapan abah agar kami tak hidup sepertinya. Harapannya agar kami lebih baik dan lebih senang darinya sekarang. Aku kagum dengan abah. Walau macam mana sempit dan sukarnya memenuhi kehendak dan keperluan kami, abah akan cuba dapatkan walaupun berhempas pulas.
Kami bukan orang senang, kami sederhana; sekarang.
Dulu, segalanya kami kene bercermat, tak sesenang dan semudah budak2 sekarang yang nak dapatkan sesuatu dan akan dapat.
Kami orang susah. Belanja sekolah tak seberapa, kasut sekolah kami pun dibeli mase jualan gudang di Kilang Bata Kapar, baju sekolah pun akan diturunkan dari abang sampailah ke adik.
Kalau nak dapat makanan segera mcm KFC, McD etc, kami hanya dapat secara bermusim. Itu pun time kami shopping setahun sekali di Globe Silk Store di Jalan TAR untuk baju raya dan baju sekolah baru; lepas shopping barulah kami buat2 merengek nak makan makanan ringan tu semua.
Dah la, itu kisah silam kami. Sekarang, kehidupan kami bertambah baik. Kami pun semua dah besar2. Dah ade keluarga sendiri, dah
Bukan ape, aku cume nak cerita satu sifat abah ni. Dan aku rase kebanyakkan para bapa atau ayah2 di DUNIA ni mungkin ade sifat yang sama.
Abah adalah jenis yang tak pernah nak mengaku sakit, mengaduh atau sebagainya.
Abah akan pendam, akan diam, akan mengaduh tanpa kami sedar.
Hatta sampai kadang2 bende tu akan memudaratkan diri sendiri, makan diri pun, semuanya akan kekal diam. Jadi rahsia dalam dirinya.
Mungkin itu sifat natural dan lumrah lelaki kut. Ego.
Tak mungkin akan disebarkan ke seantero dunia, lagi2 kalau ade benda yang akan merisaukan orang disekelilingnya atau yang dinaunginya.
Takut2 benda itu akan jadi kerisauan yang akan menggusarkan orang lain?
Alasan: tak mahu orang lain risau...
Betul tak PARA BAPAayamSEDUNIA?
Semalam, sejurus pulang dari kerja Abah mengelap2 tangannya. Di perut tapak tangannya, terkoyak akibat jatuh di ladang ikan keli. Jatuh dan tangannya mengena skru dan luka daging tertusuk besi.
Besar koyaknya. Dalam.
Kami dah risau.
Mama? Mama....lagi la risau. Bukan risau je, SUPER-DUPER risau...
Kalut disuruhnye Abah ke klinik.
Abah?
Jawapan klise yang keluar dari mulut abah;
Dah okay dah nih...
Letak minyak gamat ni, oke laa nih..
Tak payah klinik....
Kami mendesak. Bukan sekali, tapi berkali2...
Bukan ape, sebab kami risau. Abah dah tak setegar dan setegap dulu.
Penyakit keturunan Si Kencing Manis tu dah datang menyinggah...risau kalau bende yang lagi buruk akan berlaku.
Mintak simpang.
Abah enggan juga.
Enggan.
Dan terus menjawab guna jawapan klise tu berkali2, sebijik macam budak kecik yang takmo jumpa doktor.
Jenuh jugak kami pujuk.
Abah bukan tak tau macam mana sayangnya kami pada dia. Kami semua sayang.
Tapi korang taulah, orang tua kan?
Bukan budak2, aku pun jenuh buat taktik macam mane nak bagi dia pi jugak klinik.
Siap aku start enjin kereta nak bawak dia pi klinik, tapi abah takmo jugak.
Lama jugak nak pujuk abah...
Mama tak bagi Abah klinik sendiri, sebab takut2 abah menyimpang ke tempat lain. Tak pegi klinik.
Tapi akhirnya, aku mengalah.
Kami biar Abah pegi klinik sendiri. Dengan harapan dia akan pergi jugak akhirnya.
Aku nak ikut sekali, tapi Abah ugut takkan pergi kalau aku ikut sekali.
Aku tau. Abah segan barangkali.
Akhirnya Abah pergi jugak.
Dan balik dengan tangan berbalut selepas dijahit 5 jahitan.
Alhamdulillah.
Doakan tangan Abah akan lekas sembuh.
Susahnya melawan degil dan ketegaq seorang Abah kan?
Kalau kita sakit, beriya suruh pegi berubat. Tapi kalau dia....
Huhu
Oke la, habis dah kisah Abah.
Sebelum habis, kat bawah ni pic yang aku snap mase dok berdiri dalam perjalanan dalam komuter dari KL Sentral - Shah Alam.
Dah lama aku tak naik komuter.
Dah berubah sket wajah tren skang nih ek?
Pintu tren dah kat kiri dan kanan. Bukan kat tengah2 cam dulu kan?
Huhu..
Sesak tak hingat nih....
Oke laa...
terima kasih semua.

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Di Blog
sempena Kemerdekaan Malaysia ke-52
1Malaysia, 1Bendera
memang sifat bapa sebegitu. mempunyai ciri pelindung..biar dia sakit jgn kita yg sakit. seolahnya jgn diusik anak dlm jagaan, kalo tak nahas la.. mcm tu la ibaratnya kasih sayang insan bergelar bapa. jagalah dia sementara dia masih bersama.
ReplyDeleteemm..teringat pula pd arwah ayah...
huhuhu...
Teringat arwah abah yg pergi meninggalkan aku dan keluargaku seawal aku baru beberapa minggu masuk darjah satu..mak lah yang menggantikan peranan abah..kerja mcm2 utk sara keluarga
ReplyDeleteNuR
ReplyDeletetakpe la nur.
doakan yg terbaik utk mereka nur.
semoga arwah tenang di sana.
insyaallah...
semoga abahmu cepat sembuh lukanya.
ReplyDeleteselalunya golongan2 bapak mmg cool
ReplyDeleten@m@n
ReplyDeleteperanan ibu dah jadi bapa tu yg kdg2 susah tu...
apepun dia dah berjaya bsrkan korg kan?
salute kat mak ko...
hayad
ReplyDeletemudah2an...
Zamz
kool, kool jugak...jgn smpai mudarat dah le...
aduh.... arwah ayah hanya akan dengar kata kalau anak kesayangannya ini yang bersuara
ReplyDeletesayangnya ayah pergi tanpa sempat aku berjasa... semacam x sempat2 tgu aku grad, dia telah pergi menemui penciptanya
mungkin abah ko akan dengar permintaan anak kesayangannya... kadang2 sengaja nk tgk sejauh mana kita usaha nk jaga dia...
aduh..rindunya pada ayah
zonaku
ReplyDeleteayuh kite sedekahkan alfatihah buat para bapa yang telah pergi meninggalkan kita...
saya beruntung kerana masih punyai bapa...
tuh la kan. teringat aku kata2 interview arwah yasmin ahmad. dia cakap dalam hidup cuma ada 3 adjer yang penting - work hard, doa dan be nice to your parents. nampak senang je kan. hehe :)
ReplyDeleteKNizam
ReplyDeletebtol laa...
ibubapa adalah kunci segalanya...
taatilah mereka, berkat dan selamat hidup kita...
eh ko pun beli Bata masa ada sale kat kilangnya mcm aku jugak?
ReplyDeleteKalau Bata mahal aku dulu pakai kasut Fung Keong aje huhuhu
Yunus Badawi
ReplyDeletekalau beli kat kilang tu, jual longgok je YB...
murah la jadinya...
yg rejek sket2 tu...
fungkeong yg kasut tapak hijau tu ek??
yg simple tu je kan??
aku tak pnh pakai...
Salam chekgu baniHasim...
ReplyDeleteQ: kenapa eja ikut ejaan lama...mak akak kalau tulis masih ikut macam ejaan awak...
Tahniah!
mungkin duduknye cikgu sekarang atas didkan 'abah'...justeru...teruskan membelai 'abah'...walaupun dia ego ...kan dia abah!
hazeleyed
ReplyDeleteabah mmg gitulah sikapnye...
mak pulak lain sifatnye kan??
huhu
erm, ejaan lame tu kunun2 trademark...hehe
hope ur dad cpat sembuh..
ReplyDeleteKOMUTER?
xsuka..sesak sangat..
dah la lama kena tunggu..
org2 tua mmg camtu agaknya peel mereka..
ReplyDeletebapak aku pun, klu sakit pun, kena habis paksa baru nak pergi klinik/hospital..
tu pun pergi sendiri... taknak menyusah dan mengkalutkan org..
haaaaaaaaaiiihhh... mungkin bila kita tua pun, camtu gak...
.
.
.
ko shopping kat globe??
dah takde skrg kan...
beruntunglah mendapat ayah macam abah chekgu.alhamdulillah.byk dgr kisah ayah yang tak bertanggungjawab semenjak dua menjak ni.
ReplyDeletetapi, ape yang saya boleh cakap, ape2pun dia adalah bapak kita.soal tanggungjawab antara dia dan Allah untuk selesaikan.kita sebagai anak, laksanakan tanggungjawab n peranan sebagai anak sebaiknya.
.
.
.
globe??hehe.teringat waktu kecik2 dlu. tu jugaklah tempat bershopping raye.sekarang dah tua, malas dah nak shoping.
.
.
.
wonder macam mana agaknya suasana komuter dr kl-shah alam.sbb dr klsentral-seremban, it's ridikeles!!!dah macam kat indonesia gayanya..i hate comuter, but that's the only way to go back home~~~pasrah~
Tq...membuatkan aku teringatkan abah kat kg.Semoga Allah berkati dan panjangkan umur abah2 kita, bagi yg telah pergi semoga ditempatkan disisiNya.
ReplyDeleteSalam CikguBH...akak pasti kamu juga mewarisi antara sifat2nya...& akak agak terkilan sebab sejak berusia 9 hari telah terpisah dari ibubapa kandung...namun ibu angkat yang memelihara akak juga tidak berkahwin...sehingga lah akak telah tamat Ting. 5...namun jodoh mereka tidak panjang...dan akak tak pernah merasai NIKMAT sebenar mempunyai seorang ayah...sehingga menjadi menantu kepada seorang ayah yang menerima akak seadanya...bagi akak ibu & bapa mertua akak telah memberi pengalaman yang akak tidak pernah ada itu...Syukur kehadratnya...AMIN!!!
ReplyDeleteChekguSekolah
ReplyDeletebtol tu, sesak gile...
aku pon tak suke
ku tak sempurna
aku harap, nnti aku tua aku tak akan menyusahkan sape..
erm, dah takde dah globe tu...
dah tutup kedai...
♥chentatiku♥
sy pon tak suke, tapi dah itu pilihan paling baik, sy amik je....
globe dulu fofuler...
skg dah takde dah...
aleh
mudah2an....
Watierman
Amiin...
kdg2, berda yg kite tak dpt tu, bile kita ade, kita akan hargai sgt2...
semoga tangan ayahanda ko cepat sembuh yek. x rugi kalau kita sentiasa setiap detik, saat dan waktu menghargai dan menyayangi ibubapa kita selagi hayat dikandung badan.
ReplyDeleteFly
ReplyDeletejasa dorg pada kie tak terhingga...
sampai akhir hayat pon tak terbalas
aderk! den dah sampai ni ha cikgu.. tapi ngantuk lah pulak lopas tolan duo biji ubat selemo.. nanti bilo sonang laie den baco kisah abah2 ni .. hehehe
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteada award untuk anda...sila ke blog saya untuk ambil..:))
sy pun pakai bata.. dr dulu sampai sekrang..
ReplyDeletebapa sy pun mcm tu..ingat masa xcden dulu, budak yg langgr hantr spital klu ikut dia mintak hantr balik rumah aja..pas2 dok spital 1 hari aja.. mintak balik lak...
klu sakit demam puas pujuk nk g klinik @ hspital.
bertuahnya orang2 yang masih ada ayah...
ReplyDeletesaya tak merasa pun semua tu...=>.
tak dak kenangan sangat pun dengan dia...
dia meninggal masa saya 5 tahun...
Salam Cikgu BH...dah baik ke tangan ayahanda kamu tu???
ReplyDeletesaya benci naik komuter...
ReplyDeleteeh, tetibe :p
maza
ReplyDeletetakpe...relaks dulu...
anak laut
okeh..noted..tq..
kuIna LadyInRed
huhu..
org tua mmg gitu kut...
takpe, kite kene pandai pujuk laa...
~keMBarAabdi~
takpe...kita carik ayah mertua pulak lepas nih.. :P
Watierman
dah...dalam peringkat penyembuhan...
mademoiselle azieshakespeare
saya pon same... :P balik...
Abah haku dah tak de ... Huu huuu huuuu! Al Fatihah utk abah!
ReplyDeletePrecious
ReplyDeletealfatihah...
kita doakan mereka bahagia di sana...insyaAllah..
Entry yang sungguh menginsafkan. Harap ayah cekgu beransur pulih tangannya.
ReplyDeleteya lah weh.lelaki kan ego. aku rasa semua ayah mcm tu kot.segan nak bgtau satu.taknak org2 kat umah risau hehe.
ReplyDeleteeven tgh bercouple pon aku rasa,laki demam2 pon rilek je kot. x mcm pompuan ni.pening sikit, dah mengadu mcm otak nak pecah. hahahha
Kakak
ReplyDeleteerm...terima kasih...insyaAllah...
yOnnA
hahaha...tau takpe...
tpi pompuan ni pun ade egonye...