Setegar, Seketegaq-nya Abah...

lihatlah tangan ber-bandage itu.
jangan risau, Abah memang kental.

Salam semua.
Kisah ni kisah semalam.
Lepas dah bermalas2 di ruang tv lepas makan malam sambil merelakskan diri, Abah baru balik dari kerja.

Abah, biasalah kalau jam 8-9 malam baru sampai rumah. Abah bukan kerja ofis. Abah kerja gasar, kerja yang orang2 kasar buat. Orang yang agak kurang sasa dan kurang tough tak mampu dek badan nak buat semua nih....

Abah dah biasa. Dari muda sampailah ke usia senjanya, abah berhempas pulas mengerah keringat membanting tulang buat kami sekeluarga. Dari kami sebesar tapak tangan, sampailah kami mampu berdiri sendiri, tak pernah henti abah berjasa.

Harapan abah agar kami tak hidup sepertinya. Harapannya agar kami lebih baik dan lebih senang darinya sekarang. Aku kagum dengan abah. Walau macam mana sempit dan sukarnya memenuhi kehendak dan keperluan kami, abah akan cuba dapatkan walaupun berhempas pulas.

Kami bukan orang senang, kami sederhana; sekarang.

Dulu, segalanya kami kene bercermat, tak sesenang dan semudah budak2 sekarang yang nak dapatkan sesuatu dan akan dapat.

Kami orang susah. Belanja sekolah tak seberapa, kasut sekolah kami pun dibeli mase jualan gudang di Kilang Bata Kapar, baju sekolah pun akan diturunkan dari abang sampailah ke adik.

Kalau nak dapat makanan segera mcm KFC, McD etc, kami hanya dapat secara bermusim. Itu pun time kami shopping setahun sekali di Globe Silk Store di Jalan TAR untuk baju raya dan baju sekolah baru; lepas shopping barulah kami buat2 merengek nak makan makanan ringan tu semua.

Dah la, itu kisah silam kami. Sekarang, kehidupan kami bertambah baik. Kami pun semua dah besar2. Dah ade keluarga sendiri, dah pandai buat anak beranak-pinak dah pun...Yang bujang trang tang2 pun ade jugak...hehe

Bukan ape, aku cume nak cerita satu sifat abah ni. Dan aku rase kebanyakkan para bapa atau ayah2 di DUNIA ni mungkin ade sifat yang sama.

Abah adalah jenis yang tak pernah nak mengaku sakit, mengaduh atau sebagainya.
Abah akan pendam, akan diam, akan mengaduh tanpa kami sedar.
Hatta sampai kadang2 bende tu akan memudaratkan diri sendiri, makan diri pun, semuanya akan kekal diam. Jadi rahsia dalam dirinya.

Mungkin itu sifat natural dan lumrah lelaki kut. Ego.
Tak mungkin akan disebarkan ke seantero dunia, lagi2 kalau ade benda yang akan merisaukan orang disekelilingnya atau yang dinaunginya.
Takut2 benda itu akan jadi kerisauan yang akan menggusarkan orang lain?

Alasan: tak mahu orang lain risau...

Betul tak PARA BAPA ayam SEDUNIA?

Semalam, sejurus pulang dari kerja Abah mengelap2 tangannya. Di perut tapak tangannya, terkoyak akibat jatuh di ladang ikan keli. Jatuh dan tangannya mengena skru dan luka daging tertusuk besi.
Besar koyaknya. Dalam.

Kami dah risau.

Mama? Mama....lagi la risau. Bukan risau je, SUPER-DUPER risau...
Kalut disuruhnye Abah ke klinik.

Abah?
Jawapan klise yang keluar dari mulut abah;

Dah okay dah nih...
Letak minyak gamat ni, oke laa nih..
Tak payah klinik....

Kami mendesak. Bukan sekali, tapi berkali2...
Bukan ape, sebab kami risau. Abah dah tak setegar dan setegap dulu.
Penyakit keturunan Si Kencing Manis tu dah datang menyinggah...risau kalau bende yang lagi buruk akan berlaku.
Mintak simpang.

Abah enggan juga.
Enggan.
Dan terus menjawab guna jawapan klise tu berkali2, sebijik macam budak kecik yang takmo jumpa doktor.

Jenuh jugak kami pujuk.
Abah bukan tak tau macam mana sayangnya kami pada dia. Kami semua sayang.
Tapi korang taulah, orang tua kan?
Bukan budak2, aku pun jenuh buat taktik macam mane nak bagi dia pi jugak klinik.
Siap aku start enjin kereta nak bawak dia pi klinik, tapi abah takmo jugak.
Lama jugak nak pujuk abah...

Mama tak bagi Abah klinik sendiri, sebab takut2 abah menyimpang ke tempat lain. Tak pegi klinik.
Tapi akhirnya, aku mengalah.

Kami biar Abah pegi klinik sendiri. Dengan harapan dia akan pergi jugak akhirnya.
Aku nak ikut sekali, tapi Abah ugut takkan pergi kalau aku ikut sekali.

Aku tau. Abah segan barangkali.

Akhirnya Abah pergi jugak.
Dan balik dengan tangan berbalut selepas dijahit 5 jahitan.
Alhamdulillah.
Doakan tangan Abah akan lekas sembuh.

Susahnya melawan degil dan ketegaq seorang Abah kan?
Kalau kita sakit, beriya suruh pegi berubat. Tapi kalau dia....
Huhu

Oke la, habis dah kisah Abah.

Sebelum habis, kat bawah ni pic yang aku snap mase dok berdiri dalam perjalanan dalam komuter dari KL Sentral - Shah Alam.

komuter dulu tak sama komuter sekarang.

Dah lama aku tak naik komuter.
Dah berubah sket wajah tren skang nih ek?
Pintu tren dah kat kiri dan kanan. Bukan kat tengah2 cam dulu kan?
Huhu..
Sesak tak hingat nih....

Oke laa...
terima kasih semua.


jalur gemilang kibar banihassim

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Di Blog
sempena Kemerdekaan Malaysia ke-52
1Malaysia, 1Bendera


Comments

  1. memang sifat bapa sebegitu. mempunyai ciri pelindung..biar dia sakit jgn kita yg sakit. seolahnya jgn diusik anak dlm jagaan, kalo tak nahas la.. mcm tu la ibaratnya kasih sayang insan bergelar bapa. jagalah dia sementara dia masih bersama.

    emm..teringat pula pd arwah ayah...
    huhuhu...

    ReplyDelete
  2. Teringat arwah abah yg pergi meninggalkan aku dan keluargaku seawal aku baru beberapa minggu masuk darjah satu..mak lah yang menggantikan peranan abah..kerja mcm2 utk sara keluarga

    ReplyDelete
  3. NuR
    takpe la nur.
    doakan yg terbaik utk mereka nur.
    semoga arwah tenang di sana.
    insyaallah...

    ReplyDelete
  4. semoga abahmu cepat sembuh lukanya.

    ReplyDelete
  5. selalunya golongan2 bapak mmg cool

    ReplyDelete
  6. n@m@n
    peranan ibu dah jadi bapa tu yg kdg2 susah tu...
    apepun dia dah berjaya bsrkan korg kan?
    salute kat mak ko...

    ReplyDelete
  7. hayad
    mudah2an...

    Zamz
    kool, kool jugak...jgn smpai mudarat dah le...

    ReplyDelete
  8. aduh.... arwah ayah hanya akan dengar kata kalau anak kesayangannya ini yang bersuara

    sayangnya ayah pergi tanpa sempat aku berjasa... semacam x sempat2 tgu aku grad, dia telah pergi menemui penciptanya

    mungkin abah ko akan dengar permintaan anak kesayangannya... kadang2 sengaja nk tgk sejauh mana kita usaha nk jaga dia...

    aduh..rindunya pada ayah

    ReplyDelete
  9. zonaku
    ayuh kite sedekahkan alfatihah buat para bapa yang telah pergi meninggalkan kita...

    saya beruntung kerana masih punyai bapa...

    ReplyDelete
  10. tuh la kan. teringat aku kata2 interview arwah yasmin ahmad. dia cakap dalam hidup cuma ada 3 adjer yang penting - work hard, doa dan be nice to your parents. nampak senang je kan. hehe :)

    ReplyDelete
  11. KNizam
    btol laa...
    ibubapa adalah kunci segalanya...
    taatilah mereka, berkat dan selamat hidup kita...

    ReplyDelete
  12. eh ko pun beli Bata masa ada sale kat kilangnya mcm aku jugak?

    Kalau Bata mahal aku dulu pakai kasut Fung Keong aje huhuhu

    ReplyDelete
  13. Yunus Badawi
    kalau beli kat kilang tu, jual longgok je YB...
    murah la jadinya...
    yg rejek sket2 tu...
    fungkeong yg kasut tapak hijau tu ek??
    yg simple tu je kan??
    aku tak pnh pakai...

    ReplyDelete
  14. Salam chekgu baniHasim...
    Q: kenapa eja ikut ejaan lama...mak akak kalau tulis masih ikut macam ejaan awak...

    Tahniah!
    mungkin duduknye cikgu sekarang atas didkan 'abah'...justeru...teruskan membelai 'abah'...walaupun dia ego ...kan dia abah!

    ReplyDelete
  15. hazeleyed
    abah mmg gitulah sikapnye...
    mak pulak lain sifatnye kan??
    huhu

    erm, ejaan lame tu kunun2 trademark...hehe

    ReplyDelete
  16. hope ur dad cpat sembuh..

    KOMUTER?
    xsuka..sesak sangat..
    dah la lama kena tunggu..

    ReplyDelete
  17. org2 tua mmg camtu agaknya peel mereka..
    bapak aku pun, klu sakit pun, kena habis paksa baru nak pergi klinik/hospital..

    tu pun pergi sendiri... taknak menyusah dan mengkalutkan org..
    haaaaaaaaaiiihhh... mungkin bila kita tua pun, camtu gak...


    .
    .
    .


    ko shopping kat globe??
    dah takde skrg kan...

    ReplyDelete
  18. beruntunglah mendapat ayah macam abah chekgu.alhamdulillah.byk dgr kisah ayah yang tak bertanggungjawab semenjak dua menjak ni.
    tapi, ape yang saya boleh cakap, ape2pun dia adalah bapak kita.soal tanggungjawab antara dia dan Allah untuk selesaikan.kita sebagai anak, laksanakan tanggungjawab n peranan sebagai anak sebaiknya.
    .
    .
    .
    globe??hehe.teringat waktu kecik2 dlu. tu jugaklah tempat bershopping raye.sekarang dah tua, malas dah nak shoping.
    .
    .
    .
    wonder macam mana agaknya suasana komuter dr kl-shah alam.sbb dr klsentral-seremban, it's ridikeles!!!dah macam kat indonesia gayanya..i hate comuter, but that's the only way to go back home~~~pasrah~

    ReplyDelete
  19. Tq...membuatkan aku teringatkan abah kat kg.Semoga Allah berkati dan panjangkan umur abah2 kita, bagi yg telah pergi semoga ditempatkan disisiNya.

    ReplyDelete
  20. Salam CikguBH...akak pasti kamu juga mewarisi antara sifat2nya...& akak agak terkilan sebab sejak berusia 9 hari telah terpisah dari ibubapa kandung...namun ibu angkat yang memelihara akak juga tidak berkahwin...sehingga lah akak telah tamat Ting. 5...namun jodoh mereka tidak panjang...dan akak tak pernah merasai NIKMAT sebenar mempunyai seorang ayah...sehingga menjadi menantu kepada seorang ayah yang menerima akak seadanya...bagi akak ibu & bapa mertua akak telah memberi pengalaman yang akak tidak pernah ada itu...Syukur kehadratnya...AMIN!!!

    ReplyDelete
  21. ChekguSekolah
    btol tu, sesak gile...
    aku pon tak suke

    ku tak sempurna
    aku harap, nnti aku tua aku tak akan menyusahkan sape..

    erm, dah takde dah globe tu...
    dah tutup kedai...

    ♥chentatiku♥
    sy pon tak suke, tapi dah itu pilihan paling baik, sy amik je....
    globe dulu fofuler...
    skg dah takde dah...

    aleh
    mudah2an....

    Watierman
    Amiin...
    kdg2, berda yg kite tak dpt tu, bile kita ade, kita akan hargai sgt2...

    ReplyDelete
  22. semoga tangan ayahanda ko cepat sembuh yek. x rugi kalau kita sentiasa setiap detik, saat dan waktu menghargai dan menyayangi ibubapa kita selagi hayat dikandung badan.

    ReplyDelete
  23. Fly
    jasa dorg pada kie tak terhingga...
    sampai akhir hayat pon tak terbalas

    ReplyDelete
  24. aderk! den dah sampai ni ha cikgu.. tapi ngantuk lah pulak lopas tolan duo biji ubat selemo.. nanti bilo sonang laie den baco kisah abah2 ni .. hehehe

    ReplyDelete
  25. salam..

    ada award untuk anda...sila ke blog saya untuk ambil..:))

    ReplyDelete
  26. sy pun pakai bata.. dr dulu sampai sekrang..

    bapa sy pun mcm tu..ingat masa xcden dulu, budak yg langgr hantr spital klu ikut dia mintak hantr balik rumah aja..pas2 dok spital 1 hari aja.. mintak balik lak...

    klu sakit demam puas pujuk nk g klinik @ hspital.

    ReplyDelete
  27. bertuahnya orang2 yang masih ada ayah...
    saya tak merasa pun semua tu...=>.
    tak dak kenangan sangat pun dengan dia...
    dia meninggal masa saya 5 tahun...

    ReplyDelete
  28. Salam Cikgu BH...dah baik ke tangan ayahanda kamu tu???

    ReplyDelete
  29. maza
    takpe...relaks dulu...

    anak laut
    okeh..noted..tq..

    kuIna LadyInRed
    huhu..
    org tua mmg gitu kut...
    takpe, kite kene pandai pujuk laa...

    ~keMBarAabdi~
    takpe...kita carik ayah mertua pulak lepas nih.. :P

    Watierman
    dah...dalam peringkat penyembuhan...

    mademoiselle azieshakespeare
    saya pon same... :P balik...

    ReplyDelete
  30. Abah haku dah tak de ... Huu huuu huuuu! Al Fatihah utk abah!

    ReplyDelete
  31. Precious
    alfatihah...
    kita doakan mereka bahagia di sana...insyaAllah..

    ReplyDelete
  32. Entry yang sungguh menginsafkan. Harap ayah cekgu beransur pulih tangannya.

    ReplyDelete
  33. ya lah weh.lelaki kan ego. aku rasa semua ayah mcm tu kot.segan nak bgtau satu.taknak org2 kat umah risau hehe.

    even tgh bercouple pon aku rasa,laki demam2 pon rilek je kot. x mcm pompuan ni.pening sikit, dah mengadu mcm otak nak pecah. hahahha

    ReplyDelete
  34. Kakak
    erm...terima kasih...insyaAllah...

    yOnnA
    hahaha...tau takpe...
    tpi pompuan ni pun ade egonye...

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood