Saya Dah Ada Peminat....Malu Ah !

Saya blogger biasa. Trafik saya pun tak cecah ribuan pageviews sehari. Total pageviews pun tak capai 1 juta. Saya berblog secara suka-suka. Saya berblog dengan niat berkongsi. Tajuk entri/topik entri saya pun bukan SEO friendly. Saya seorang blogger dan cikgu dalam masa yang sama.

 Kalau dah suka sangat, datang jenguk hari-hari pun takpe. :)

Topik yang dinukilkan dalam belog saya ni biasa-biasa. Komen pun tak datang bertimpa-timpa. Tapi itu semua bukan masalah. Bukan halangan untuk saya terus menulis.

Pendek kata : BLOG SAYA TAK POPULAR!
(saya pun tak popular...hehe)
dan saya tak kisah pun....

Tak dinafikan, ramai blogger-blogger "sezaman" dan "sebatch" saya dah tak berblog. Ramai dah "gantung keyboard" dari berblog. Mungkin kerana peredaran masa. Ada Facebook, ada Twitter, ada Whatapps, ada Instagram. ada WeChat. Semua ada. Kalau nak sebutkan mereka yang dulunya popular memang sangat banyak. Ada yang popular sebab lifestyle, pasal cara tulisan, pasal topik makan, pasal isu-semasa dan macam-macam lagi la....

Semua dah dikongsi melalui medium yang saya sebutkan di atas. Dan jujurnya saya rindui tulisan mereka yang berjela, berserta visual/grafik mereka di alam maya. Siap boleh komen, boleh tag dan macam-macam lagi.

Era smartphone dengan media sosial yang meruntuhkan populariti blog.

Eh, apa yang BH bebelkan ni?
Haha.

Sebenarnya saya cuma nak berterima kasih kepada sahabat-sahabat blogger yang sering berkunjung ke sini. Sama ada membalas lawatan saya ke belog mereka, atau ada yang DAH JATUH CINTA dengan belog saya yang biasa-biasa ni... *wink *wink
Hehehe...

Ada juga yang berkunjung ke belog saya kerana header saya yang menarik perhatian anaknya. Betul ke Puan Lya Mama Akif ??? Seronok anak dia melayan gambar koleksi gambar Lego China saya....hehehe...Terharu jugak sebenarnya.

Cikgu dari Negeri Di Bawah Bayu; cikgu Etuza yang sorang ni pun tak jemu-jemu menjengah blog saya. Terima kasih daun keladi....

Apa pun sebabnya, saya gembira. Terutama mereka yang menyahut Contest-contest saya yang bertiga itu dengan tawaran hadiah yang tak seberapa. 

Antara Contest-contest saya adalah....

Klik link di bawah untuk Contest #1

Klik link di bawah untuk Contest #2
http://banihassim.blogspot.com/2015/01/contest-2-komentarngetop.html

 Klik link di bawah untuk Contest #3

Dan saya masih menunggu pemenang yang sepatutnya.
Jangan lupa sertai ya?? 

Dan terus-terus meng-komen di ruangan komen. Saya amat alu-alukan.... :)

Okelah, saya akan tunaikan permintaan mereka yang nak tengok lagi apa yang saya ada untuk dikongsi. Sebahagian dari hidup saya sebenarnya...

Sampai di sini dulu. Terima kasih, sahabat!

Comments

  1. Wah...tahniah chekgu.. Nanti kathy join contest ni.asyik lupa je kalau da on pc.

    ReplyDelete
  2. Samalah saya pun blogger biasa je.. dgn silaturrahim yg baik, in shaa Allah kita boleh jadi yg luar biasa.. yg luar biasa mcm mana tu saya pun tak tau lah hehee.. Apa pun, saya bersyukur dpt mengenali BH & semoga ukhwah yg terjalin membawa keceriaan & kebaikan, in shaa Allah... aamiin.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok sebab kita bersahabat secara maya. Dan kalau bernasib baaik kita akan bertemu di alam nyata.
      Sy gembira dpt kenal blogger yg budiman mcm KK ni....

      Delete
  3. terima kasih kerana sudi jengah di blog JM so sudah tentu kunjungan di balas..X femes...samalah...blogger biasa2 je lain lah kalau sebut Ben Ashaari siapa yg x kenala tapi bila beli JM? ada yg kenal ke eheheheeh..

    apa2 pun keep on sharing n sharing..i will support u in sha Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq jugak sebab kunjung balas...komen pun byk....
      Sama2lah kita saling support...

      Delete
  4. wahh..tahniah. dah ada peminat dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa...peminat la sangat....biasa2 je ni...hehehe

      Delete
    2. setuju tapi JM malas nk update citer baru lately..lebih rajin BW je huhuh

      Delete
  5. Heheheehe alahai CBH dapat backlink free la kita hehehe..Tq sangat2 ... Alahai mmg anak kita tu suka sgt tgk header CBH ni..menarik tertarik dan anak2 suka ...Siap buat entri sebut nama kita lagi..TERHARU kita ... Sama la kita pon bukan blogger tak femes ..Buat blog suka2 untuk anak2 jer ..Tulisan pon tak sesedap rasa ..Main campak2 jer apa rasa nak tulis terus kita tulis..

    ReplyDelete
  6. Takpe la org tak kenal pon janji kita boleh bersahabat sebagai blogger di alam maya...Moga ukhuwah ynag terjalin berkekalan hendakNYA..Salam ukhuwah fillah..

    ReplyDelete
  7. Bercakap tentang Cikgu Etuza... Haa aaahhh memang salah seorang pengomen tegar blog kita jugak tu..Sangat mesra orangnya..Dan selalu sangat bagi hadiah untuk kita ..Cikgu penyayang la katakan hehehe .........Happy Blogging CBH.

    ReplyDelete
  8. wahhh...bukan senang tau nak ada pembaca blog yang setia memandangkan kita ni bukan blogger popular. tahniah saya ucapkan.

    cara mencegah sakit sendi

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Jangan fikir lama-lama nanti dikebas orang...