Peladang Jaya daerah Petaling Perdana, Shah Alam. :P
Ramai lagi kengkawan aku yg sudi singgah. Sudi drop comment... Alhamdulillah... Masih ade yang merindui. Yang dah nak bacekan Tahlil Malam Jumaat untuk belog ni pun ade. Nakal ya cKLah ...cubet kang... :P hahaha Okela, hari ni terasa nak update, aktiviti semalam. Semalam kami 3 beradik terpanggil untuk berbudi kepada tanah walaupun dipaksa-rela oleh abah ... Abah mmg seorang yang sangat suke bercucuk tanam. Kawasan depan rumah yang sangat lapang yang dulunya khas untuk budak 2 main bola, kini telah dipenuhi dengan tanaman yang sangat banyak. Ade pokok nanas ke nenas... Ade bunge yang shantek sekali.... Ada macam 2 pokok kat sana. Dari sekecil daun pegaga, seunik pokok buah naga, sebesar pokok kelapa, sehinggalah ke secomel buah nona atau pun durian belanda. Daun pandan? Berlambak...kalau terasa nak tambahkan wangi dalam kari dengan dedaunan kari, petik je..banyak! Yang ni hobi terbaru abah, tapi dah agak lama la abah buat. Siap buat ladang ternakan keli kat Rawang, tapi terpaksa dibe...