Syukur, masih bernafas...

Menjelang tengah malam ni, hari baru.
Dan satu tahun baru buat aku.
Impian, cita2, kerjaya, keluarga dan kawan2 yang tersedia bersama di depan mata.

Mereka pendorong, mereka penyambung, mereka pelampung, mereka menyerikan lagi diari dan rutin seorang aku.

Aku bersyukur sebab masih ada yang ambilberatkan aku, ambiltahukan aku, menjadi teman aku.

Hidup selama 1/4 abad+1 ni bukanlah lama.
Hidup sebagai pendidik 1tahun+2 bulan ini pun bukanlah lama.

Harapan aku, dalam meniti satu jalanan hidup yang mungkin masih jauh adalah:

  • jalan yang terang dan bersuluh.
  • jalan yang diapiti oleh mereka yang suka dan membenci aku yang akan naik dan jatuhi aku.
  • jalan yang lurus dan sentiasa dipermudahkanNya.
  • jalan yang penuh dengan kawan2 yang sentiasa di sisi tak kira maya ataupun realiti.

Perasaan aku tatkala ni, sedikit hiba, sedikit gembira.
Sebab pelbagai dah aku lalui. Manis dan pahit.
Kalau ditelan, kalau diluah, kalau ditanggung sendiri yang untung, sendiri yang rundung.

Yang penting, Alhamdulillah kerana masih diberikan udara untuk seorang BH untuk bertapak, beraksi dan menjadi salah satu pelakon dalam watak utama di dunia ni.

Terima kasih semua.
Aku gembira.

Ya Allah, kau jadikanlah aku seorang insan yang sentiasa akan mengingati KAU. Jadikan aku insan yang sentiasa berjasa, terutama kepada kepada kedua orang tua. Merekalah nyawaku.
Kepada teman2ku, aku doakan kau jadikan mereka di dalam suasana yang sejahtera, aman dan sentosa.
Mereka semua adalah kesayanganku.
Amiin....


Terima kasih...

Comments

  1. Selamat Ulantahun kelahiran cikgu...moga sejahtera dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  2. happy birthday cikgu BH
    may all ur dreams come true


    =)

    ReplyDelete
  3. Kujie
    mudah2an kak...terima kasih atas ucapan..

    NuR
    tq...insyaAllah...

    ReplyDelete
  4. Happy Birthday,Chekgu BH.
    Semoga panjang usia, dimurahkan rezeki, dipanjangkan jodoh dgn si dia.

    Selamat m`jadi guru yg cemerlang,Insya Allah.
    :)

    ReplyDelete
  5. sebaya rupenye kite!! hikhik

    selamat ulangtahun ke 26. moga panjang umur, dimurahkan rezeki. dicepatkan jodoh

    moga hasratmu nak jadi superb teacher akan jadi kenyataan^_^ ameeeeeeen

    ReplyDelete
  6. Zyma Saad
    insyaALlah...
    terima kasih atas doa tuu..

    ~mrs azmi~
    sebaye pun takpe, yg penting kite rakyat msia...

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Kejadian.....




    moga bertemu jodoh yang terrrrrbaik...

    ReplyDelete
  8. selamat hari lahir chekgu..
    selamat panjang umur sihat bahagia selalu..

    ReplyDelete
  9. ~xiiinam~
    erk! apakah...insyaAllah...

    fiezabaiduri
    terima kasih...

    ReplyDelete
  10. entry aku adalah hadiah maya utk birthday ko tahun ni ok :D

    happy birhday again! :)

    ReplyDelete
  11. wow! mudah2an what ever you have prayed in this entry will be granted by The Almighty.. huhuhu

    Happy Birthday cikgu! huuhuh

    ReplyDelete
  12. selamat hari lahir awak...
    semoga sentiasa dirahmati Allah...

    ReplyDelete
  13. Happy belated birthday. semoga apa yg ko harapkan itu dimakbulkan Allah. semoga ko dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Jauh lagi perjalanan hidup ini (kalau panjang umurlah) dan banyak lagi dugaan dan cubaan yg menanti.

    All the best.

    ReplyDelete
  14. selamat hari lahir semuga murah rezeki dan di permudah segala urusan amin

    ReplyDelete
  15. hepy besday....

    dh tua dh tu..hehe..lagi tua drpd aku..kui..kui

    semoga yg terbaik menanti...

    ReplyDelete
  16. Yunus Badawi
    thanks YB..kalau ade umur mmg akan pnjg lagi perjalanan...

    zino
    amiin...

    n@m@n
    ye laa...ko mude lagii...
    terima kasih...

    ReplyDelete
  17. selamat ulangtahun kelahiran..moga panjang umur, murah rezeki...untuk cikgu sekeluarga

    ReplyDelete
  18. salam..semoga panjang umur dan dimurah murah murahkan lagi rezeki dalam hidup BH...=)

    ReplyDelete
  19. Masih belum terlewat untuk aku ucap tahniah, diatas ulangtahun kelahiranmu itu..semoga terus diberi kekuatan dan ketabahan untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini..Kita hanya pelakon di pentas dunia, akhirat jua penamat kita, di saat itulah lakonan kita akan ditayangkan semula........

    ReplyDelete
  20. ░♥si lampu neon♥░
    terima kasih...

    imanshah
    pelakon yg berlakon mcm real...
    unik...
    thanks for the wishes...

    ReplyDelete
  21. selamat menyambut ulang tahun kelahiran..

    ReplyDelete
  22. ehem ehem...

    dah terlewat ke aku nak ucapkan ni??

    rasanya tak kaaannn

    selamat ulangtahun..

    psssttt... ko puasa tak masa hari lahir ko tu??
    kata ustazah bahiyah, klu puasa masa hari lahir kita, cepat dpt jodoh..

    errr?? hihihi...
    selamat mencuba tahun depan :D


    i'm waiting :D

    ReplyDelete
  23. Amiin cekgu..
    semoga selamat dunia akhirat

    ReplyDelete
  24. Ass-salam
    Happy Birthday Bro...
    sorry lah ek terlewat...
    actually dah cuba komen ari tu...tapi tak boleh bukak blog ni ...jadi macam berat je...
    semuga membesar dengan sehat...
    aik ...macam iklan je

    ReplyDelete
  25. kuina
    terima kasih kak...

    ku tak sempurna
    erm, ni proposal ke ape nih?? :P

    PROFkusut
    amiin...
    insyaAllah...

    hazeleyed
    besar tapi sihat takpe kut...huhu
    tq..

    haritz
    tq..

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Jangan fikir lama-lama nanti dikebas orang...