Aktivitas Hujung Minggu...Walaupun Dalam Gerimis...

Salam.
Mungkin mulai minggu lepas, mungkin ini aktiviti hujung minggu kami.

Kalau selalu, aku akan berjogging bila "kesedaran tentang kesihatan tu tinggi" sorang2 je, kali ni nak gak ubah angin kan? Takde la boring sangat...

Kalau sorang2 bukan tak boleh buat, buat jugak. Tapi kalau berpakat2, berkawan2 kan lagi seronok.
Kan?

Segelas oren segar pengubat lelah...


Cenggini ceritanya...

Ahad lepas, aku pakat2 ngan cikgu rizal ngan cik fiza yg dok di Taman Medan, PJ tu untuk join aktiviti pagi di Dataran Shah Alam. Jauh jugak dari PJ ke Shah Alam semata2 nak senaman kan?? Takpe laa...seminggu sekali je...

Komuniti kat area dekat2 sane memang agak aktif. Biasanya diorang akan buat senamrobik dan poco2 pada waktu pagi start pukul 7.45 pagi.

Sambutan pun boleh tahan.
Siap ade instructor yang memang pakar. Senam seni pun ade gak campur sekali.
Alkisahnya pengalaman pertama kali untuk aku, dalam kol 7.45 tu baru nak kluar dari rumah. Nak ke dataran tak lama. Dalam 10 minit sampai laaa...

Keluar dari rumah, aku tengok ke langit ok je, cerah. Masa dalam perjalanan hujan turun pulak tibe2.

Dalam hati aku cakap;

Ish, dah hujan ni, spoil betol laaa...
Baru nak start bersemangat nih...Kensel la camni..


Sampai je ke dataran, lepas parking aku sempat la intai2 ke Dataran..

dari dalam kereta...dah lebat jugak hujan time tuu...

Wah, ramainya orang. Tak berganjak nih. Hujan dan rebas2 turun...
Tak berganjak walau seinci.
Aku ingat bila dah hujan diorang akan berganjak mencari teduhan. Rupanya tak.
Gila laa...Salute gua!

Buktinya hujan masih turun, masih berpayung-payungan mereka ni.

Kat tepi2 tu, ade la 2-3 orang lelaki dewasa "macho" yang berteduh dan malu2 nak join senamrobik. Mungkin rasa kurang jantan agaknya kalau join senamrobik nih.
Ditambah pulak dengan hujan yang renyai2 turun. Huhu..

Bagi aku tak kuranglah jantan kalau join senamrobik. Bezanya cuma kenalah acting keras2 sket, cam kayu sket kan?? haha...
Kalau perempuan tu, ade la lembutnya dalam senamrobik ni kan?

Aku pun cemtu gak mulanya. Segan. Hujan rebas2 lak tu. Tapi sekali kite join, kekoknya hilang bahkan seronok.
Serius.

ayuh! kite senam...

inilah cikgu rizal dan cik fiza yang memang padan ittew...seswai...haha

Hari tu sesi senamrobiknya dipendekkan sebab dah lencun habis. Biasanya akan habis pukul 9 lebih baru habis, tapi kali ni pukul dekat pukul 9 dah tutup kedai dah.
Ape pun, untuk 1stimer cam aku ni, lenguh jugak la nak terkinja2 selama dekat sejam tu...
But, it's fun.

Peluh pun tak berapa nk keluar sebab cuaca sejuk.
Lepas tu, singgah mapley sebelah dataran, sarap kejap.

Kenyang, balik singgah pasar kabut (car-boot) kat Stadium Shah Alam.

aksi cikgu rizal dengan thosainya...

Orang ramai tak hingat. Terserempak jugak dengan 2-3 cikgu yang rajin layan pasar kabut ni.
Habis jalan2, tak beli barang terus balik.
Dekat kol 11 jugak laa...matahari dah cukup terik mase tuh.
Amacam? Ok?
Minggu ni pun mungkin kami akan lakukan benda yang sama.
Jadi terisi la jugak masa kan?

Jadi, seruan kepada warga Shah Alam yang bermalas2an di pagi Ahad, silalah datang Dataran Shah Alam.

Kita join senamrobik, ade bran? ^__^

Comments

  1. wah..pas jog terus pekena thosai..????


    buang kg tambah kg..hehe

    ReplyDelete
  2. takpe ke korang senam poco² ni, takut kena buluh runcing je.hik3..

    ReplyDelete
  3. Ayuh kita senam.....1 2 3, 3 lagiiii....
    Huhuhuhu.

    :)

    ReplyDelete
  4. q(^_^)p
    good job, chekgu!!!
    sila amalkan selalu okey, untuk hidup yang sehat~

    ReplyDelete
  5. igt nak join gak la senamrobik tue..
    mcam best je chekgu..tgk la cmner nanti..
    free2x nanti..nak join gak..

    ReplyDelete
  6. Imej oren segar tu...memang nampak begitu segar!



    Slurp.....(sambil menelan air liur)

    ReplyDelete
  7. n@m@n
    erm, biase laa...
    haha

    Jard The Great
    nomon ke naman jard?? haha

    Mr PenyuBiru
    pedulik ape ngn buluh runcing...
    aku ade buluh betong...haha

    Zyma Saad
    yuk!

    ♥chentatiku♥
    huhu

    @--- Sueanne ----@
    meh la join, nnti saya belanja sarap...
    ok??

    xiiinam
    haha, terliur ek??

    ReplyDelete
  8. apa jadahnya senaman time2 hujan (*^%$@!! peluh pun dah jadik air hujan weh hahaha.

    abeh tu redah g mamak dengan baju2 lencun tu ah? hahaha gila betoi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood