Jangan - Tinggal - Daku (JTD)....









Hear Now : Salam Terakhir - Sudirman
Sila play lagu untuk lebih feel bile membaca entri ini.

Malam sebelum...

Aku bermonolog sorang2...
mustila sorang2, kalau dua orang dah jadi dialog, dush!

Ape la aku nak buat ni, esok dah nak bla dah Kak Zarina tu...
Erm...
Lame jugak aku berfikir panjang...
Nak buat macam Puan PK aku tu dah tak fresh kut idea tu..
Tambah nak kene nyanyi2 segala bagai...Mane nak sempat...
Ting! Ting! Ting!

Idea sudah mari...
Ya, sudah mari...

Aku cuba SMS Puan SeharumMawarBerduri tapi takde jawapan, sebab aku nak mintak pertolongannya. Nak pinjam barangnya, sebab barang aku kecik...
Heheh...
dun get me wrong laa, citt!

Sebab takde jawapan, aku terpaksa jugak pakai barang aku, aku rias sket dengan barang kitar semula yang pernah digunakan untuk Persaraan Cikgu Rakayah dulu dan jugak mase perasmian Sambutan Hari Guru dulu...
Huhu...
Aku tekad je la...

Hari Langsung...

Ustaz T: Baiklah, untuk meneruskan lagi majlis kita, dipersilakan kepada chekguBH untuk tampil ke atas pentas....

chekguBH : terimakaseh Ustaz T. (Dengan nada serius) Untuk acara ini saya perlukan kerjasama daripada anda semua. Saya berharap agar anda dapat memberikan kerjasama yang penuh yea.
Boleh ???

audiens : Booooleeeh....

chekguBH : Boleh tak???

audiens : Boooleh....

Zuppp...! Roh hos no. 1 Msia dah meresap dalam badan aku...
Aku tarik nafas panjang dan lepaskan....
Aku mulakan.

Asss...salamualaikum wbt daaaannn.....selamat pagi semuaa....!
Bertemu kita lagi di dalam rancangan.....

Jangan - Tinggal - Daku!

Rancangan ape?!

Jangan - Tinggal - Daku!

Apa khabar anda semua? Bertemu kita lagi di dalam rancangan yang akan menyaksikan satu senario yang kita tak mahu nantikan.
Kalau episod yang sebelum ni kite telah menyaksikan penyingkiran 2 orang dari kalangan kita, kali ini kita juga akan menyaksikan SA-TU lagi penyingkiran....

Ini adalah BUKAN hasil keputusan anda, bukan ANDA yang SMS peserta kegemaran anda, bukan kami yang merancang untuk menyingkirkan peserta kegemaran anda...
Tapi yang DI ATAS SANA yang telah menentukannya....


Haa...
Tu dia, intro aku semasa kunun2 menghoskan rancangan realiti JTD...
Hahaha...macam haram je....
Bajet cam Pak Nil la tu...hahaha....
Ok tak??
Kalau korang jadi salah sorang audien mase tuh, korang dapat la judge aku camne...
hehe....

Bukan ape, kunun2 aku buat rancangan penyingkiran peserta akademi la nih.
Siap ade beg untuk ditarik keluar lagi...
Hahaha...
Brilliant tak idea aku??

Selamat datang ke rancangan....Jangan -Tinggal - Daku...!

Mase nak pilih seorang untuk disingkirkan keluar tu, aku siap suruh GB aku untuk buat sebijik macam rancangan realiti tu...
Aku mintak semua guru untuk berdiri untuk memulakan penyingkiran, dengan seorang demi seorang yang "terselamat" untuk duduk...
Hehe

Antara ayat2 klise Pak Nil kalau nak singkirkan orang keluar...
Tapi aku dah modified sket laa...

Baiklah, kita mulakan dengan Guru Besar kesayangan kita, Puan Jamaliah bt Ahmad.

Puan GB, sila melangkah satu langkah ke hadapan...

Puan GB, anda merupakan tulang belakang utama di dalam sekolah ni.
Anda telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan cemerlang sekali.
Puan GB, anda masih lagi diperlukan di sini...jadi....

Anda terselamat...sila duduk Puan...


Huhuhu....
Oke tak???

Seorang demi seorang aku suruh duduk berdasarkan kriteria yang tertentu laa...
Sampailah tinggal seorang yang akan tersingkir pada hari tu, Cikgu Zarina....

Ucapan "peserta" yang tersingkir pada episod JTD kali ni; Cikgu Zarina...

Dan2 name Kak Zarina yang akan tersingkir pada JTD episod kali ni, mase dier dijemput ke atas pentas untuk menerima beg keramat JTD tu, time tu la tukang jage lagu aku; Kak Maria mainkan lagu Salam Terakhir; tang nak korus tu....

Haha...
time tu la Kak Zarina makin meleleh2, syahdu-syahdan nak naik pentas sekaligus bagi menyampaikan amanat terakhirnya....
Huhu...

Aku pun yang kunun2 nak menten macho, tercalar sket imej tu sebab tak terdaya menahan sedih...tapi sampai tang mata bergenang je laaa....
Huhu...cover siut...kene menten dowh....
hahaha

Majlis pun berakhir dengan scene syahdu-syahdan sket, di kalangan cikgu ade jugak yang tak sanggup nak jumpe Kak Zarina sebab tak mau leleh2 lagi...
Sedih barangkali...sebab Kak Zarina dah lama jugak menjadi warga SK Seksyen 24.

Aku yang secara peribadinya kenal dan berkerjasama dengannya masa kami di dalam rumah Ungu dulu.
Kami berhempas-pulas memajukan rumah underdog kami sampai kami menjulang Juara Keseluruhan dan Juara Perbarisan. Ingat lagi hari sukan sekolah aku??
Memang kenangan manis....


haruslah aku aka chekguBH aka hos no 1 dunia kalah ckLah, hehe berposing
berbusana Melayu di kala hari Jumaat bersama beg keramat JTD...

peace!
ok laa...dah cukup panjang kut entry nih...
tapi ade sket laa...
Boleh la kut??
Boleh yea...??

Buat Kak Zarina,
walaupun kita berkenal mesra dalam jangka masa yang singkat tapi bermakna, saya harap akak jadikanlah ia antara kenangan dan bibit2 dan corat-coret paling manis dalam diari hidup akak sepanjang akak bernafas sebagai seorang guru.
Teruskan kerja murni kita, teruskan dedikasi, teruskan menabur bakti dan teruskan memberi aspirasi.
Sekali kita menjadi guru, selamanya GURU.
Selamat Maju Jaya.


Ini adalah majlis jamuan makan besar kami sempena perpisahan
Kak Zarina dan Kak Mira (our beloved and sweet clerk)...


Selamat maju jaya untuk anda berdua...
Semoga kalian akan terus sukses dan mekar seperti selalu...
kan???

Ok laa...
itu je kut...
Dah lame aku nk post entry ni, tapi tertangguh atas sebab kebizian untuk merangkul Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun depan haha...
Takde laaa...

Dan, lagi beberapa hari je la lagi, chekguBH akan genap setahun.
Aku sedang prepare kek besar2, parti liar dan parti buih segala bagai untuk sambutan sempena aku setahun menjadi cikgu...hehehe

Takde laa...
Oke laa...
Salam...

ps: cikgu rizal yang baru menjadi pembaca setiaku, nantikan entri2ku ini...

jalur gemilang kibar banihassim

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Di Blog
sempena Kemerdekaan Malaysia ke-52
1Malaysia, 1Bendera

Comments

  1. Precious
    dah buat dah....
    ni entry past-tense la nih...huhu

    ReplyDelete
  2. hikhik...
    cikgu nih..
    terkekek-kekek sy gelak bila cikgu kata entry past-tense..
    cikgu memang hebat la.. brilliant idea..
    ni yg kena berguru dgn cikgu bh..

    ReplyDelete
  3. Idea maut ko ni baguslah. Bajet ciput tapi penonton terhibur. Ada kelainan. Semoga ko berjaya mendapat APC tahun depan.

    ReplyDelete
  4. NuR
    apelah layaknye saya nak dijadikan guru...
    saya pun cikgu biase jugak...
    huhu

    ReplyDelete
  5. Yunus Badawi
    huhu....erm, aku harap kalau dpt la, kalau masin la mulut ko YB,
    aku takkan berubah, doakan aku akan terus istiqmah dan bersemangat spt selalu...
    amiin...

    ReplyDelete
  6. ya ampun!!! gedabak nya bunga atas beg tu...aku ingat natang apa la td...grand sungguh majlis nya!!
    **mana amik bendera gerak2 tu chekgu???

    ReplyDelete
  7. hahaha..
    tergelak sakan..
    even entry sedih..

    creative jugak ek..

    ReplyDelete
  8. penyapubaru
    mmg laaa...
    tp dah lame kan??
    yg ni baru je...
    tapi aku syg semua laaa..

    ~attahrel~
    aku google je bro...
    sape punye aku tatau..
    aku pinjam je...takmo ke??

    ChekguSekolah
    ermm...boleh laa...
    takde la kreatif ssgt...huhu

    ReplyDelete
  9. Kawan2 yang ada bukannya kekal selamanya dgn kita, ada masa diorang pergi/perpindah kerana kewajipan. Yg pergi juga akan berganti dan insyaAllah yg berganti tu mungkin boleh sebaik yg pergi.

    ReplyDelete
  10. Ada juga entri 'past tense' ya ? hehehe

    ReplyDelete
  11. TokNabe
    ye la tuh..
    mmg berat nk lepas, tapi hidup kene terus...

    Abang Long
    entry present participle pon ade...
    hahaha :P

    ReplyDelete
  12. beg keramat tu di sponsor ker?

    meh tgk pencalonan webblog populur 1malaysia.

    ReplyDelete
  13. abeh la.. lepas ni Pak Nil takleh cari makan lagi daaaa... hehee..

    tapi menarik lah idea tu chekgu. kreatif sebenarnya dan kalau akak jadi Kak Zarina tu, akak pun nanges leleh habis kot..

    errr.. barang chekgu yang kecik.. beg tu ke? hehee..

    ReplyDelete
  14. kuIna LadyInRed
    huhu...beg tu sekadar prop aka skadar illustrasi je kak...
    hehe

    Neeza Shahril
    wakaka..."brg kecik" beg saya le kak...hahaha
    saya cube yg terbaik utk mereka yang akan pergi...
    tu jea...

    ReplyDelete
  15. segak bergaya berbaju melayu noooooo..hahahha pak nil? ada bakat neh jadik pengacara AF8

    ReplyDelete
  16. chekgu BH, chekgu zarina tu dah kawin ke belum?
    sedeh bila berpisah ya..
    hu..hu..hu... tumpang sedeh..
    setiap pertemuan itu pasti penghujungnya perpisahan kan? kenapa? kenapa? oh tidakkkkkk..
    (over pulak akak ni..)

    ReplyDelete
  17. juelee
    Erm, takmo la AF8...
    nak rancangan lain...
    haha, demand pulak...

    secangkir madu merah
    cikgu tu dah beranakpinak dah kak...
    jauh terpisah dari keluarga dah tu...dgn suami kat tganu..

    takpe kak, over sket2 boleh diterima...no hal..hehe

    ReplyDelete
  18. nak gelak sikit boleh...
    bunga tu besar sangat la...
    hehehehehe...
    jangan marah yup.=>...

    ReplyDelete
  19. tuan blog sedih2..
    kami yang baca gelak2

    ReplyDelete
  20. salam..adoiii beg tu siap riben2 lagi ....sungguh tak tahan nak gelak

    ReplyDelete
  21. ~keMBarAabdi~
    tak marah...
    tu kan sekadar illustrasi je...nak bagi nmpk seri sket...hehe

    s@yangh@sni
    huhu...
    sedih time tu je laaa...

    arsaili
    hehe..gelak je...

    ReplyDelete
  22. salam...singgah,

    moga anda dirahmati allah selalu hendaknya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood