Kejadian Manusia.

Takde ape yang aku nak titipkan. Tapi e-tazkirah ini mungkin boleh mengisi kekosongan yang ada. InsyaAllah.

********************************************************************************

Al Quran adalah mukjizat (miracle) sepanjang Zaman. Keistimewaan al Quran kerana ia adalah kitab yang diwahyukan (revelation-based) dan bukannya dicipta atau diilhamkan oleh mana-mana professor atau pemikir.

Sehingga kini usaha-usaha untuk mendedahkan keraguan yang wujud di dalam al Quran tidak pernah berjaya dan tidak akan berjaya sampai bila-bila.

Jawapan mudah, al Quran adalah WAHYU TUHAN bukan ucapan-tulisan insan.

Salah satu contoh kehebatan Al Quran adalah tentang FAKTA PENCIPTAAN MANUSIA.

Allah SWT berfirman:

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah (‘alaqah), lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang (idham) lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.

(Surah Al Mu’minun: 12-14)

Berdasarkan kajian saintis Muslim, yang dimaksudkan di dalam Al Qur'an bahawa manusia berasal daripada "saripati yang berasal dari tanah" adalah protein, sari-sari makanan yang kita makan yang semuanya berasal dan hidup dari tanah.

Yang kemudian melalui proses metabolisme yang ada di dalam tubuh di antaranya menghasilkan hormon (sperma), kemudian hasil dari pernikahan (hubungan seksual), maka terjadilah percantuman antara sperma (lelaki) dan ovum (sel telur wanita) di dalam rahim.

Kemudian berkembang hingga mewujudkan bentuk manusia yang sempurna (seperti dijelaskan dalam ayat di atas).

Para ahli dari barat baru menemukan masalah pertumbuhan embrio secara bertahap pada tahun 1940 dan baru dibuktikan pada tahun 1955, tetapi dalam Al Qur'an dan Hadits yang diturunkan 15 abad lalu hal ini sudah dihuraikan secara detail.

Ini sangat mengagumkan bagi salah seorang saintis terkemuka dari Amerika yaitu Prof. Dr. Keith Moore, beliau mengatakan :

Saya takjub pada ketepatan ilmiyyah pernyataan Al Qur'an yang diturunkan pada abad ke-7 M itu.

Selain itu beliau juga mengatakan,

Dari ungkapan Al Qur'an dan hadits banyak mengilhami para scientist (ilmuwan) sekarang untuk mengetahui perkembangan hidup manusia yang bermula dengan sel tunggal (zygote) yang terbentuk ketika ovum (sel kelamin betina) bercantum dengan sperma lelaki. Kesemuanya itu belum diketahui oleh para saintis sehinggalah pada abad ke-18!!!

Selain daripada fakta ilmiah di atas, al Quran sekali lagi memberikan inspirasi kepada para saintis khususnya dalam bidang embriologi untuk memahami fenomena embrio secara tepat.

Sebagai contohnya, para saintis menemui bahawa selama embrio berada di dalam kandungan seorang ibu, ada tiga selubung/lapisan yang menutupinya iaitu dinding abdomen (perut) ibu, dinding uterus (rahim), dan lapisan tipis amichirionic. Ia juga disebut sebagai kegelapan di dalam perut, kegelapan dalam rahim, dan kegelapan dalam selaput yang menutup/membungkus anak dalam rahim.

Hal ini ternyata selari dengan apa yang dijelaskan oleh Allah di dalam Al Qur'an:

Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam TIGA KEGELAPAN. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan Yang memiliki kerajaan. Tidak ada Tuhan selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan?

(Surah Az Zumar: 6)


Ramai di kalangan Muslim pada hari ini mendakwa al Quran adalah rujukan dalam kehidupan mereka. Malangnya, dakwaan ini hanyalah lahir daripada lidah semata-mata dan bukannya lahir daripada keimanan dan penghayatan terhadap kebenaran Al Quran yang dibaca, difahami dan dikaji.

Mungkin kita boleh bertanya kepada diri masing:

Berapa hari dalam seminggu kita membaca AL Quran???

******************************************************************************
Sikit gambar yang aku nk tayang kat sini, team bola sepak bawah bimbingan abang aku (yang skg berada jauh nun di kampung halamannya *edited* org rumahnya di utara pantai timur dan khabarnya tengah demam teruk, suspect macam demam denggi, mintak simpang!) dan Ustaz T yang dedicated itu.
Esok diorg ade match, sempena ape aku pun kurang pasti, tapi bawah anjuran kerajaan negeri Selangor. Aku jadi tukang hantar dorg jea, takde hal...

Dan gambar ini diambil petang tadi, sempena dorg nak kene submit esok.




Semoga nasib akan menyebelahi mereka esok, Good Luck!

ps: ade petua ke nak bagi demam kebah??
pss: ade yang cakap kalau minum sup ketam, boleh kebah demam yang teruk? ye ke?? huhu

Comments

  1. amboi..ganteng2 kanak2 ribena skolah cikgu nih. semoga berjaya besok.

    haa..tul tu.. my sis in law kena denggi aritu. bila minum sup ketam, secara tak langsung membantu si pesakit.. alhamdulillah, tu semua dengan izin Allah. pastu jus kurma pun dpt membantu. kurma kan byk khasiatnya... ni sumer my sis in law yg bagitau aritu.. boleh cuba bagitau kawan cikgu BH.

    ReplyDelete
  2. subhanallah..
    Islam memang indah :)

    ReplyDelete
  3. pssstt..

    sup ketam setau aku utk demam denggi sangat mujarab...

    klu utk demam kebah, not sure..

    arini segala ilmu petua petui takmo mari..

    hikkss..

    selamat menghantar murid2 :D

    ReplyDelete
  4. NuR
    tq cikgu utk petua tu, kalau tak elok gak, nnti saya sampaikan...

    ku tak sempurna
    sup ketam tu la kut petuanya...
    okeh, tq...

    ReplyDelete
  5. ok.cuba dulu.kalo tak leh gak, kita ikhtiar cara lain..

    ReplyDelete
  6. NuR
    mintak2 tak ler kene demam denggi...
    oke, tq yea...

    ReplyDelete
  7. BH...jadi ustaz kali nih...syukran 4 the tazkirah..best...teruskan ustaz...tangkap cair dah nih...cane nih??

    ReplyDelete
  8. Muslimahsolehah
    erm...copy paste je nih...

    ReplyDelete
  9. cikgu: banyak soalan,jawapannya yang kita cari ada dalam alQuran dan al Hadith.
    Demam , selalu saya bedal 100 plus , kalau tak jalan, Air Badak.
    Selamat Berjaya cikgu.

    ReplyDelete
  10. AZANI
    bedal 10 plus tu pon pnh dgr gak...
    tq for petua tu...

    ReplyDelete
  11. baca alfatihah 7 kali, hembus dalam air dan minum.. Insyaallah.. cuba aje ya cikgu..

    ReplyDelete
  12. Demam kah cikgu?

    semoga lekas sembuh. janganlah kena denggi.

    ReplyDelete
  13. terasa sangat nikmatnya ciptaan Allah..sebab baby kita dah 7 bulan kat dalam perut..emm Alhamdulillah

    ReplyDelete
  14. Chekgu!
    Lama aku x dtg jenguk ko yek :) apa pun, tazkirah kau ni bagus. dh jd kuliah subuh utk aku di pagi ahad ni :D

    klu demam salu aku minum 100+ je. yg sup ketam tu klu demam denggi. oh ya, air kelapa pun ok gak :)
    apa pun,selawat, ayatul kursi jgn lupa :)

    ReplyDelete
  15. kalau demam tak kebah2 elok cek darah takut2 kena denggi (minta dijauhkan).
    Sup ketam utk naikkan platelet darah yg turun kalau kena denggi. Kalau demam biasa tak payah makan sup ketam. Makan sup ekor ke sup gearbox lagi sedap hehehe

    ReplyDelete
  16. minum air barli... kasi suhu bdn turun

    and tulah...sebenarnya byk maklumat dalam al quran..

    ReplyDelete
  17. mukjizat tu tak jadi kalau ko tu tak kawen2. so..kawen la. apa lagi. asyik usung anak murid je tak jadi nya.

    ReplyDelete
  18. Tazkirah yg ringkas tapi padat..
    Thanx y ustaz BH..

    Sedi demam ke?Utara??Dia bgtau aku baru ni nak blk kelantan..

    ReplyDelete
  19. aiseyman..salah identiti pulak. camana la sk tanah rata tu boleh ikut aku. syuhhh...syuhhh, gi balik. kaco je.

    ReplyDelete
  20. Wah membaca artikel tadi seumpama mengingatkan daku waktu belajar subjek Embriologi dulu..memang kalau belajar sains digabungkan dengan fakta dari Al-Quran kehebatan-Nya menakjubkan!

    p/s-kat mana cekgu dapat artikel ni..?

    ReplyDelete
  21. Neeza Shahril
    waa...simple je ek??
    tq..

    SRISUFI
    erm, kawan aku yg demam...aku tlg kecoh2 kat sini jea...

    nordee
    alhamdulillah...selamat melahirkan...insyaAllah...

    snm
    tau xpe dah lame tak mai sini, sibukkan??
    huhu

    Yunus Badawi
    erm..sup gearbox, sup ekor tu tak elok la YB...
    kolesterol mencanak2 tinggi2..seramm...

    yatie SawaNiLa
    mukjizat allah...

    Nadia Yuna
    rindu nk pegang baby?? nk ade baby?? huhu

    SK TANAH RATA @ ONE ZABA
    pelanduk 2 serupe?? hehe...
    yela , ye laa...nntila aku kawen, carik bini, baut anak...haha

    Faris Ibrahim
    eh, silap info. kelate...bukan utara...

    Kakak
    saya dpt ni dari email...
    pak ude saya yg fwdkan...

    ReplyDelete
  22. bagus berkongsi ilmu cam ni..huu (insaf jap pasal suka merapu hehe)

    ReplyDelete
  23. salam sahabat..
    Entry ilmiah yang memberi kesan kepada pembaca..tahniah bro. semoga dirahmati Allah hendaknya

    ReplyDelete
  24. waaa... mcm profesional je pemain2 bola sepak itu.. hehehe..

    oh and pasal al-quran.. cuba tny sepa2 umat islam.. brapa ayat dlm AQ? Berapa Surah? Berap Juz? kekadang.. yg basic pasal AQ pon diorg tak tahu... huhu.. omputeh lagi tahu...

    ReplyDelete
  25. bagus tazkirah cekgu...saling mengingati sesama manusia...
    ermm aku dah tukar balik komen box tuh, aku pun menyampah gak, cam menyusahkan je hahahha

    ReplyDelete
  26. ~Cinta Cukulet~
    sendiri mau ingat laa...hehe

    Fly
    erm...aku sekadar penyampaikan dan berkongsi..

    Jard The Great
    huhu...aku pun tatau gak, segann...

    juelee
    kite sekadar berkongsi jea...
    sib baik ko nk tukar..kang aku komen..

    tau xpe pasal coment box ko tu...susah nk komen..leceh...hehe

    ReplyDelete
  27. tertarik ngan entri tentang kejadian manusia tu... subhanallah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood