Dah cuti?? Nak buat ape??

Salam semua. Hari ni bermula perjalanan percutian bagi budak sekolah dan cikgu-cikgi di Malaysia (kecuali K'tan, Ganu, Kedah). Dah cuti pertengahan penggal dah nih. Cuti selama seminggu.

Nak buat ape ye? Herm...Balik kampung? Aku balik kampung? Menjenguk ibu ayah, ayam itik lembu di kampung halaman yang dah lame ditinggalkan. Aku rindukan kampung halaman, desa tercinta. Masakan ibu, bau di waktu pagi. Cukup segar dan nyaman...

Sudah!
Jangan nak berangan. Aku ni mane la de kampung, dah tu hari2 aku balik kampung. Hari2 aku merasa masakan air tangan mak aku, hampir tiap2 pagi aku merasa sarapan dan titipan bekal mak aku. Tak ade ape yang aku nak rindukan.


Aku teringin feeling naik bas ke, driving jauh2 balik kampung sambil dengar lagu evergreen balik ke kampung dalam kete. Tapi tak dapat...
Tak dapat la aku nk rase feeling gitu, sebab aku dah terlalu hampir dengan mereka yang tersayang. Ape la yang aku boleh buat. Aku pasrah je laa...
Huhu...

Aku cemburu dengan abang aku, yang malam ni dah plan nak balik Perlis. Jauh tu...
Bawak anak2, bawak yang tersayang..dan yang tersayang nombor 2, 3 atau pun 4 dan lain2..haha

Dalam perjalanan musti akan berenti kat R&R mane2, untuk melepaskan hajat, untuk solat jama', untuk makan2, untuk berwifi sambil update blog "live" on line...huhu...
sape tu??

Banyak bende yang bulih dibuat sepanjang cuti ni, nak dengan taknak je. Mungkin ramai yang ingat, besh jadi cikgu ni kan? Banyak cuti, cuti budak = cuti cikgu...

Macam tu?
Mungkin ye mungkin tak.

Dalam cuti, GB kami yang dedicated tu selalu ingatkan supaya jangan off-kan henset, sebab guru2 boleh dipanggil bile2 je bile khidmatnya diperlukan di sekolah. Jadi, takde la cuti betol2 pun...dan dalam cuti ni la semua yang tak tersettle dalam hari sekolah nak dibereskan.

Dan jangan lupe, mase cuti la cikgu2 digesa untuk cover balik ape yang boleh dicover utk mempersiapkan anak2 murid tersayang untuk menghadapi pertempuran di medan perang dekat2 bulan September nanti.

Aku pun ade terlibat la dengan kelas tuisyen tu, takpe. Bukan ape pun...Bukan untuk sape, untuk anak2 didik yang dikasihi semua. Semuanya untuk sekolah jugak.

Dan kami mungkin akan ade gotong-royong hari Isnin-Khamis nanti untuk mengemaskini makmal komputer kami yang tersergam indah di bangunan 2 tingkat tu. Makmal tu baru je siap, masih kosong, tak de muralm takde dekor ape2 pun..Semuanya akan disiapkan...

Agenda aku cuti ni?
Yang pertama ialah malam ni laa...
Kami akan bertolak ke Utara tanah air, nak pi kenduri kawin member se-KUSTEM aku, Ina yang akan melangsungkannya esok.

Yang pasti, rombongan Cik Kiah kami ni terdiri daripada mereka yang masih lagi bujang2, single dan available....oke??

Doakan kami selamat pergi dan balik yea...Selamat pergi dan balik in one piece...
Huhu....


Comments

  1. semoga chekgu akan berjumpa jodoh di kampung ina tu nanti hehehee...
    manalah tahu kan.. berkat makan nasi minyak :D

    ReplyDelete
  2. selalulah jalan-jalan kat kampung...
    Kelantan, terengganu, Perlis, Kedah...
    mana tahu bertemu jodoh kat situ...he..he..
    dapatlah rasa feeling balik kampung nanti..

    ReplyDelete
  3. betul tu.
    mana tau bertemu. kalo teringin nak balik kg jauh, cari la calon yg jauh dari kg halaman anda. nanti rasa la feeling blk kg, singgah R&R sumer...
    amacam cikgu, anda setuju? :D

    ReplyDelete
  4. gambar ni macam jalan nak masuk kampung saya betul BH... teringat kat kampung

    ReplyDelete
  5. dok bawah ketiak mak je ko tu.... slmt bercoti.

    ReplyDelete
  6. selamat bercuti2 bro.. wah jalan2 ker.. ermm best kan jadi cikgu ni.. he he

    ReplyDelete
  7. Jgn cari org jauh sgt. Letih kalau nak balik kpg. Itu belum masuk duit minyak dan tol.
    psst - tiru mcm saya cari org Tg Karang - bebas tol dan tak berapa jauh. Tapi ciri2 kpg tetap mantop hehehe
    Selamat pergi dan balik.

    ReplyDelete
  8. Xpe cikgu, kampung jauh2 nanti merungut plak susah nk blk..
    Baik merungut kampung dekat dan hari2 boleh balik kg..

    Hari2 cikgu makan bekal mak wat..Sweeeeettt nye...
    Muaah!

    Tapi siyes bes kalo stil dapat makan bekal mak skrang..Besnye..
    hehehe...

    ReplyDelete
  9. slmat makan angin la yek cikgu
    mne taw nti sangkut ngn owg kat sane ke
    hohoho
    doakan slamat pergi + balik :D

    ReplyDelete
  10. hati-hati diperjalanan.
    semoga selamat pergi dan balik.

    ReplyDelete
  11. ko kene keje kat tempat lain, br leh merasa blk kg. tak pun nnt kawen pi cari calon yg ada kg yg kgnya bukan di KL or shah alam, keke

    ReplyDelete
  12. cecepat la kawin...
    dgn org jauh yg ada kg...
    br la ko dpt merasa driving smbl nyanyi lagu evergreen..
    klu ko kawin ngan org kg ko mmg takde makna... menyanyi la korang sambil kayuh basikal keliling kg...

    hikhikhik

    ReplyDelete
  13. hihi.. kire dok kampung la tu cikgu BHnyerrr..
    ape nak pening²? tak yah susah² pk duit mnyak tol bagai.. satu lagi.. beruntunglah cikgu sekurang-kurangnya time cuti biarpun hfon kena on [hehe] dapat gak bercuti bersama-sama budak-budak sekolah dan mensetelkan segala urusan dari kite yg xjadi cikgu ni.. keje la jawabnyeee.. huahuahua!!~

    ReplyDelete
  14. budak2 cuti? aduh cikgu yelah kot.
    budak2 macam kitorang ni siap dapat hadiah homework dr cikgu. tak bahagia oh cuti aku!
    WAA!! :(

    ReplyDelete
  15. selamat cuti sekolah cikgu!
    aku malas nak jalan2 cuti sekolah sebab semua tempat sesak. jalan sesak. hotel mahal. hehe

    ReplyDelete
  16. Alhamdulilah, hari2 dapat tengok mak, cium tangan mak, rasa masakan mak, tatap wajah mak, keberkatan semua tu bro.

    ReplyDelete
  17. Hm.Samala.Cuti pun tak merasa balik kampung.
    Sebab mmg dh posting terus kat kampung.
    And setiap kali cuti saya tak enjoy juga.
    Ada buku dan kertas2 yg perlu di jwb utk persediaan PTK ;(
    Tapikan, PTK cemerlang = gaji naik.hehehe.

    ReplyDelete
  18. huhu sama la...posting di tanah tumpah sndri mmang xda feeling2 jd anak perantau

    ReplyDelete
  19. cuti sekolah dah erk? jom tgk katun laa! otomen tigaa! ngeh2 :))

    ReplyDelete
  20. kawin ngan orang jauh mesti boleh balik kampung cikgu

    ReplyDelete
  21. cuti oh cuti, seronoknya! masa cuti bolehlah buat entri banyak2 ya cikgu?

    ReplyDelete
  22. wah2..cuti sekolah sudah!

    happy holidays bah!

    ReplyDelete
  23. selamat brcuti cikgu. Belum boleh amik PTK lagi kan? hehe... ramai cikgu tak dpt blik kg lama sikit sebab kena menghadiri ptk.

    ReplyDelete
  24. Ala cikguBH kita setiap hari balik kpgkan... skarang best lagi... Kalau dulu cuti memang tak sabar nak balik kpg tapi bila sek buka sakit nak balik sana balik... tapi skarang perasaan tu tak de.

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood