Aku yang tak pandai ajar ke diorang yang kurang diajar...

Salam.
Semalam aku berperang dengan skrip jawapan anak2 murid kesayangan aku. Untuk subjek fortaire aku; Science 3 kelas (2 tahun 5, 1 tahun 6) dan 1 skrip utk tahun 4 untuk subjek minor aku, English.
Sekarang ni pun masih berperang dengan benda yang sama, dan masih belum selesai.

Esok mungkin selesai kut. Selama ni, aku rasakan apa yang aku sampaikan dah cukup untuk bekalan untuk mereka berperang dalam Ujian Bulanan yang pertama ni. Bukan nak pilih kasih la, tapi aku agak melebihkan satu kelas aku nih, 5 Cergas.

Dan harapan aku agak tinggi pada mereka. Harapan supaya dorg boleh jawab dengan baik.
Alih2 bile aku start je menanda, tak ramai, boleh dikire dengan jari berapa orang yang dapat mencapat over 10/40 untuk section B.

Geramnya toksah nak cakap la. Aku rase useless sangat. Sangat2 risau akan dorg ni. Kalau dah marks yang skit cemtu, sape yang tak risao. Jangan nak berangan la ko akan nampak kilauan bintang A dalam paper tu.

Sepanjang menanda kerta utk 5 C tu, dalam hati aku berkata2,

Apela yang dorg buat nih?
Isk, ni ko salin balik ke nih?
Huh, ko dalam kelas macam paham, tapi bile buat entah ape2...?

dan macam2 lagi la decitan dan bebelan serta ngomelan aku sorang2 mase menanda kertas tu.

Aku cukup risau, sebab dalam kelas bile aku ajar macam paham, dan sempatlah buat latih tubi. Aku cube curik2 mase sebab jadi seorang cikgu ni core business memang mengajar, tapi sub-core business tu ade je datang mencelah, menyelit dan meronta2 untuk disiapkan.

Kalaulah semua manusia di dunia ni bijak2 belaka...

Aku dah pesan banyak2 kali, kalau soalan tu tanye pasal trend, there are no other answers. Either increase or decrease je....!

Takkan tu pon susah sangat kut. Aku dah buat setegas dan segarang mungkin yang bertempat, dengan harapan diorg dapat dan sentiasa patuh dengan kerja yang aku turunkan pada mereka untuk kebaikan diorang jugak, tapi hasilnya hanya hampas belaka.

Bukan aku nak mengeluh kat sini. Cuma sedikit rase kesal sebab aku betul2 rase yang aku macam tak pandai mengajar. Budak2 ni adalah cermin guru2 mereka.

Lurus kita, luruslah mereka. Bengkok kita, bengkoklah mereka.

Nak salahkan sape? Aku ke? Diorang ke? Mak ayah diorang ke?
Ke PPSMI??

Entah la. Tapi bagi aku, ini lah cerminan sebenar untuk aku setakat hampir 3 bulan aku ngajar dorg. Dan jelas sekali, aku cemburu dengan kejayaan kawan2 aku sementelah diorg selesai tanda kertas mereka. Muka puas hati tu nampak dari riak muke dorg bile ade di kalangan anak2 murid dorg dapat kilauan A tu.

aku jeles ngan abang aku, aku jeles dengan cikgu MS, aku jeles dengan mereka yang berjaya...

Biarlah, aku takkan putus asa di situ. Aku kene fikir, subjek aku; Sains bukan subjek teknikal yang terlalu memerlukan latih tubi. Bukan macam Maths. BM dan English dalam kategori yang tersendiri. Untuk Sains, kalau asasnya ko tak paham konsep dan penjelasan di sebalik apa yang berlaku atau kite panggil "reasoning" atau "inferring" memang lah satu kegagalan dalam mempelajari Sains.


Lihatlah bahasa "Siam" mereka...aku simpati dengan nasib mereka...

Dan satu lagi ialah masalah bahasa pengantara ni. Bukan tak ade translation dalam soalan, tapi budak2 ni tak reti nak explain walaupun dalam BM tu sendiri.

Yang menulis Bahasa Siam pun ade. Aku berbulu jugak le membaca skrip jawapan tu. Lepas disoal siasat, rupenye budak tu buta huruf. Aku simpati.

Aku cukup2 pantang kalau dorg ni suka tak mo bace soalan dulu dan hantar kat aku kertas kosong sama seperti masa diberi tu.

Aku cukup hangin. Aku lepaskan angin kemarahan yang membuak2 dalam kelas 5 Jujur tadi, kelas tercorot ke-2 yang aku dapat selain 4 Jujur.

Habis ditengking setiap mereka yang hantar kertas kosong pada aku balik. WTF!
Langsung tak ade inisiatif nak buat, tak ade jawapan langsung!

Aku cukup pantang, sebab aku kesian dengan mak ayah diorg. Sekolahkan mereka bute2 je. Bagi duit belanja, belikan buku, bagi makan pakai. Percuma je. Sia2 sebab dorg sendiri tak ade minat nak belajar. The passion tu aku tak nampak.

Aku boleh terima kalau diorang cube untuk menjawab, walaupun dalam BM, walaupun Sains digesa untuk menjawab dalam BAHASA ASING tu. Ini tidak. Dorg hantar soalan kosong, tak ade kesan contengan walau satu hun pun! Hampeh. Sangat2 kecewa.

Dah la, makin lame aku kat sini, makin banyak bende yang keluar.
Cume jangan salah anggap, jangan ingat aku nak salahkan dasar itu dan ini.
Cume sekadar luahan, atas sebab kegagalan yang aku sendiri kena cari puncanya.

ps: aku simpati dengan nasib anak bangsa aku sendiri...


**************************************************************************
Jangan lupa sertai mini contest aku ye...
Untuk maklumat lanjut, sila klik link ini. Ataupun lihat iklan di sidebar.
**************************************************************************



27 Superb Comments!:

  1. budak2 skrg mmg mcm tu kot. jgn kata sek rendah, sek men yg dah besor ni pun sama. ntah mana diorang letak paler otak diorang ntah? dh ckp byk kali pun tak phm2 lg.

    aku pnh mrh giler kt budak. aku ckp,

    "where do u put ur brain? in ur ass?"

    huhu...

    ReplyDelete
  2. hayad
    amboi, kasaqnye bahase...
    sabar je laa...

    ReplyDelete
  3. sabar je la cikgu. Rasullulah lagi byk dugaan dlm menegakkan Islam. Ambik iktibar dari pengajarannya.

    ReplyDelete
  4. haritz
    sabar la ni still ade lagi smpai hari ni..ni cabaran utk aku...

    ReplyDelete
  5. Kalaulah semua manusia di dunia ni bijak2 belaka...
    aku kena cari opsyen lain.. tak bley b'cita2 jdi cikgu, eheheh

    uwh memang sakit jiwa tngok kertas kosong semula...
    kalau ngamuk pun, x nye mkn saman.. buat penat jek
    so just keep the good work je la

    ReplyDelete
  6. hahaha...sib baek le math byk main dgn nombor kalau idak...mau bahasa jawe pon masukkan! hik3!

    ReplyDelete
  7. sib baek haku aje math je...huhuhu

    ReplyDelete
  8. mademoiselle azieshakespeare
    keep on doing our job...

    su
    tersyasyul2 ye su... :P

    ReplyDelete
  9. Walaupun aku praktikal..tapi aku turut merasa tempiasnya di kala musim peperiksaan ini..

    Tak salahkan aku terkena tempias?
    Cuma agak kelu dan kaku ketika hendak menyerahkan list mark kputusan exam..Terketar2..

    "Adakah P n P saya tidak berjaya?Adakah cara penyampaian x efektif?" (adus..bermonolog plak)..

    ReplyDelete
  10. Faris Ibrahim
    ko nak terketq2 ngn sape??
    puan supervisor ko ker??
    ape la nk takut...dier pon org gak..
    tak kanibal kan lecturer ko??
    haha

    ReplyDelete
  11. sabo chem,
    ko kena ingat, student tu adalah cermin diri kita sebenarnya.

    eche che cheee, pandai aje aku nih. naseb baik aku mengajar undergrad, kalo budak sekolah sure aku down jugak kesian kat deorang. :f

    ReplyDelete
  12. salam cikgu

    sabar byk2 cikgu... ini cabaran utk cikgu..
    jadi cikgu kene buktikan yg cikgu mengajar betul...cume dorang aje lagi yg tak berape betul nak time plejaran tu... sabar yek... kuatkan smgt...caiyok...caiyok...:)

    ReplyDelete
  13. tak semua benda yang kita nak,akan kita dapat..huhu...kalau chekgu pk skolah chekgu kurang,percaya la byk lg skolah yg worst...sabau ja la...

    ReplyDelete
  14. fuh, besarnya cabaran dan tanggungjawab jadi seorang pengajar ni..

    pe yang boleh orang yang memandang ni kata; bersabar la yer..

    dulu pernah gak dengar benda yang sama macam chekguBH ckp.. dari abang yang jd cikgu sandaran.
    mengajar kelas yang belakang.
    tp masih ada murid yang ada keinginan nak belajar, cuba 'lambat' sket. mmg perlukan kesabaran.

    ReplyDelete
  15. 1)Kalau pelajar tak belajar, cikgu dikatakan tak mengajar.
    2)Kalau pelajar hantar kertas kosong, memang le cikgu sgt pandai ajar supaya berjimat cermat dan jangan membazirkan dakwat pen!
    Tak apalah cikgu, mungkin pelajar-pelajar cikgu tu nak bergurau dgn cikgu je. Kalau tak pun sesaja nak 'test' kemahiran berbahasa cikgu. Sabar ajelah! Teruskan usaha gigih.

    ReplyDelete
  16. setiap kerjaya cabarannya berbeza..

    sy dulu pun bangap gak skrang aja baru bijak... hehehe

    ReplyDelete
  17. sepanjang minggu ni blk sekolah, anak2 bg tau mcm mana dia jawap soalan..susah ke senang.

    Rasa kak jie perbincangan dgn anak2 mcm ni/perkongsian menyebabkan dia fokus dgn kehendak soalan.

    hari ni dia blk...kertas Sains & Geografi.
    Lega.........!

    ReplyDelete
  18. selagi budak-budak ni tak rasa kesusahan hidup yang sebenar,
    selagi tu kot dorang tak pernah nak berminat nak belajar.

    haih!

    ReplyDelete
  19. wakakakakaka... aku takleh tahan gelak la bila tgk jawapan dlm bahasa siam tu...

    tu la pasal aku takleh nak jadi cikgu...
    bebudak mmg klakar... hikksss

    skrg, yg aku nak salahkan adalah PPSMI... ooooppppsss terlebey sudaaaahh...


    apa pu, go go chaiyok... berusaha lagi... pastikan anak murid dpt kilauan A tu...


    peace no war :D

    ReplyDelete
  20. mrahfa
    lain, mmg lain...
    ko ngajar budak dah pandai..
    aku ngajar budak nk jadi pandai..
    tu pon kalau dorg nk...

    manje
    nak pikul tanggungjwb besar nih...
    semoga kite same2 tabah kak...

    ~attahrel~
    chaiyok2...

    fiezabaiduri
    btol2..setuju!

    Kak Long
    trst kemahiran berbahase..
    kang jgn smpai bahase disampaikan oleh anggota lain selain drpd mulut kang...

    kuIna Jentayutiara
    tak baik anggap dier bengap, walaupun mmg bengap..
    haha

    Kujie
    kalau semua mak-mak kat dunia cam kakjie, ok laa..
    tp sygnye tak semua...

    hey azyan!
    dorg tak terbukak lagi mate...
    tu la masalahnya...

    ku tak sempurna
    bahasa siam pun siam laa...

    ReplyDelete
  21. aku pernah mengajar budak2 5c 6j. aku paham sangatlah perasaan kau.

    pada pandangan aku, bilangan A bukan penanda aras kejayaan seorang cikgu yang mengajar kelas belakang. bagi aku, peningkatan prestasi budak dari segi percentage,gagal ke lulus, C ke B lebih bermakna.proses pendidikan budak2 bukan setakat A je. pada aku usaha dan pendekatan yang diberikan untuk meningkatkan prestasi lebih penting.

    kalau kau harap bilangan A dari kelas2 belakang, sakit jiwa nanti.

    percayalah! dengan keikhlasan dan usaha serta inisiatif budak, aku percaya falsafah pendidikan kebangsaan boleh dicapai!

    ReplyDelete
  22. hahaha!!! baru akak tahu pelajaran sains diajar dalam bahasa siam ya sekarang...
    akak pun mungkin buat gitu kalau dah tak reti ak jawab.. biarlah pening kepala cikgu kejap.. asalkan akak tak hantar kertas kosong.. huhuuu... :D

    ReplyDelete
  23. bjorx
    btol la tu..
    cume aku kesal, kelas C tu tak dpt mcm ape yg aku harapkan...
    aku ambitious sgt kut...
    thanks for the advice...

    Neeza Shahril
    haha...bhasa siam masuk ke dlm PPSMI??
    PPSMI nnti jadi PPSMS pulek...haha

    ReplyDelete
  24. CBH.. ko kena ingat budak2 ni ada tahap pencapaian mereka, kita bleh letak harapan yang setinggi langit tapi kalau tiada inisiatif dari parents N murid2 sendiri ko letak kerusi letrik sebagai denda pun tak guna. Belajar meletakkan harapan berdasarkan keupayaan budak bukan untuk kepuasan kita sendiri.. kadang2 kesian kat budak sejak kecik lagi dah ditekan dengan A dalam exam.. sedangkan budak umur tu dalam proses pembelajaran lagi.. kalau tahun 5 6 tu bukan setakat sek, tuisyen lagi kadang2 sampai 2 3 buah tuisyen diaorg kena gi.. datang sek setiap hati dimomokkan dengan 5A dari guru2 yang masuk ke kelas, belum lagi ceramah2 motivasi yang dari pakar dan saja nak tunjuk bakat. bayangkan masa bila budak2 umur begini nak ekspresikan emosi, pemikiran dan tingkah laku mereka.
    Aku tau cikgu2 pun ditekan oleh org atasan bila prestasi murid tak menunjukkan peningkatan, semua kesalahan diletakkan diatas bahu guru.. soalan yang diberi susah ler, cikgu2 tak ajar soalan mcm tu kat budak2 tapi kita kena ingat kita mengajar, mendidik dan memberi ilmu kepada harapan negara masa akan datang, apa yang penting kualiti bukan kuantiti!!!
    Ikhlas dari kaunselor yang belum ada sijil..

    ReplyDelete
  25. Salam cikgu.
    Sabarlah wpun sebenarnye kite mmg tak dpt sabar kdg2 dgn entah apa2 jawapan yg diberi dlm ujian atau peperiksaan [seolah2 student tu tak belajar apa langsung dalam kelas kite]..
    Mmg lumrah seorg ckg agaknye membebel sendirian ketika menanda. Usahkan kertas2 exam, tanda buku latihan atau nota pun dh geram kdg2 klu kerja tak lengkap atau cakar ayam..
    Wallahu alam..

    ReplyDelete
  26. Lagi dasyat dari sebelum PPSMI nih, langsung tak jawab apa, kot jawab dalam BM takpe jugak

    ada yang tak reti baca darjah 5 ish sekolah mana ni

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

 

KRIK KRIK KRIK...

10 Terbaik !

Ads

TONE PLUS

 photo BANNERCONTESTSMALL.png