Menanti Hari Esok...


Esok mungkin hari yang SYURGA atau NERAKA bagi kami kat sekolah.
Tuhan je la yang tahu. Kenapa?

Sebab esok akan berlangsung 2 acara serentak, Mesyuarat Agung PIBG kali ke 19 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2008 (MAK2008)...
Hanya mereka yang menjadi GURU tahu apa yang tersirat dan tersurat dalam meeting PIBG ni...kan??

Tu dia...
Tapi dek kerana bajet yang keciputan, kami sekadar bersederhana sahaja...Itu yang sebaiknya kan?

Sebelum tu, kami kenalah buat preparation sebagai persediaan hari tu. Semua AJK dah dilantik, buat itu dan ini, dari hadiah, nama penerima anugaerah, pendaftaran tetamu dan penerima hadiah, pengacaraan majlis dan juga persediaan backdrop dan tempat.

Semua guru terlibat. Semua guru memberikan komitmen. Bukan untuk siapa2 pun, untuk sekolah jugak kan?

Pengacaraan majlis; aku ngan cikgu MS dah setelkan, semoga akan berjalan lancar tanpa insiden tersyasyul yang terlampau. InsyaAllah...

Untuk backdrop; baru je petang tadi Cikgu R [yang baru me-launch-kan blognya itu] and the geng dah siapkan...
Bertungkus-lumus...sebab depa memang tak biase buat. Tambah2 pulak yang buatnye orang laki...Bukan setakat orang laki, tangan pun pengkor tak berape nak berseni...kan??? haha...

Tapi berkat komitmen dan kesabaran, siap jugak backdrop yang simple yet nice itu.

Kalau ikut hati, macam nak bagi sarat lagi backdrop tu, nak gantung lampu kelip2, nak gantung bunga plastik yang murah2 itu, nak letak gold dust tu...dan lain2 lagi...
Haha...Macam zoo la jadinye kang...

Hasilnya...Lihatlah Dunia!

Semoga esok segalanya akan berjalan dengan lancar seperti yang dicanangkan oleh GB kami yang dedikasi itu. InsyaAllah...


Esok, hari yang same, budak2 kompang ni akan bertanding untuk pertandingan Kompang Selawat bawah bimbingan Ustaz T. Mereka sangat bersungguh berlatih+bermain untuk sekolah. Budak2, biaselah kalau kuat MAIN...kan??
huhu...

Nasib baik Ustaz T tu seorang yang baik hati dan susah nak marah, kalau chekguBH la yang jadi JU untuk korang, memang aku buat gulai...haha...
Actually, pasukan ni dilatih oleh orang luar, kalau perati gambar tu betul2, akak yang sihat pakai baju blue-black tu...
Haaa...tu la jurulatih dorg ni, dier sangat ber-sukarela dan berbesar hati nak jadi tenaga pengajar Akademi Fantasia untuk budak2 kompang ni...

Ape2, my very best wishes for the competition ye! Menang atau kalah belakang kire, janji buat yang terbaik...kan??

And the last thing is, Ceramah Motivasi Tahun 6. Ceramah ni diadakan semalam. Sebagai satu alternatif yang dilakukan oleh pihak sekolah untuk memberikan sedikit kesedaran dan membuka hati dan minda budak2 ni supaya lebih bersungguh dan tekun dalam tahun ni terutamanya.

Kredit untuk Cikgu Ummi yang banyak bertungkus-lumus...kami yang lain ni sekadar pendukung dan side-kick yang setia. Setia berkhidmat demi memajukan anak2 kami...

Ceramah entitled "Permata Hati" by Cikgu Saiful Anuar of SK Telok Panglima Garang

Kalau dah ceramah genre sebegini, haruslah ade satu elemen ni untuk membuka mata mereka. Tak kisahlah membuka mata dorg sekejap atau selamanya. Elemen sedih.
Dah biase pun penceramah menggunakan teknik "menyentuh" hati dan nurani mereka, terutama mereka yang still muda lagi.

Sekeras mane pun dorg ni, bile bab kesedihan tu melibatkan keluarga, ibu-bapa dan orang sekeliling yang dekat dengan diri dorg, pastinya akan sedikit sebanyak menyentuh.

Tak caye?? Aku sendiri yang dok kat depan tu sebab nak menjaga mic selaku MC utk hari tu, dalam sembunyi dan tidak, bergenang gak air mata jantan aku ni....Haha...
Cover habis dowh...
Nak2 aku dok depan, aku bulih nampak budak2 ni dah start melalak sorang demi sorang. Ade yang cover muke ngan tudung, cover ngan buku laaa...habis lencun...haha

Pulak tu, sepanjang sesi menyedarkan mereka ni lagu2 kesedihan dan syahdu-syahdan yang memang "makan dalam" tu dimainkan macam lagu:
  • Ayah dan Ibu - Sudirman
  • Syurga di Telapak Kaki Ibu - Aisyah
  • beberapa lagu nasyid yang sayu je bile kite dengar, tajuk pun aku tatau...
Dengan iringan kata-kata perangsang menangis (?) yang diucapkan...Huhu...Tangkap leleh la beb...
Sungguh...

Ape2 pun, tak kisahlah kesedaran tu datang sekejap atau berpanjangan, yang penting kite berusaha untuk menyedarkan dorg ni akan pentingnya untuk berjaya dalam ape2 ujian hidup...kann??

Okla, tak de lagi kut aku nak ceritakan kat sini. Semoga majlis kami akan berlangsung selancar yang mungkin.
Doakan kejayaan kami...
Haha, macam nak amik exam PTK je...

ps: entry sebelum ni kan ade gambar yang disnap dari celah bedah tingkap tu kan? kalau nak berkenalan, itulah gambaran dari sisi belakang Puan GB kami...
selamat berkenalan... :)

Comments

  1. time mesyuarat PIBG nih aku get ready time cabutan bertuah je,

    ReplyDelete
  2. penyapubaru
    uiks, ade cabutan bertuah ke??
    tapi kalau ade pun, maybe aku tak dpt kut..
    tak pernah lagi bertuah...
    uhuhu

    ReplyDelete
  3. seronoknye aktiviti macam ni..lagi2 yang melibatkan budak2..tp yang melibatkan mak ayah budak sedikit menyeramkan la..hehe
    tapi nak wat camne kan..relationship tu perlu wujud demi kepentingan anak2/pelajar.. : )

    *good luck chekgu BH~

    ReplyDelete
  4. Nadine Zuharra
    good luck utk seisi sekolah aku...huhu

    ReplyDelete
  5. selamat berfoya-foya di majlis itu...
    tk nk ambik akak jd mc? kira bayaran kengkawan je....he...he...he

    ReplyDelete
  6. hari ni aku meeting pibg gak. aku nk lepak2 kt bilik guru sambil layan tenet. bila cabutan bertuah, baru aku nk turun. :))

    ReplyDelete
  7. kasih ibu membawa ke syurga,
    kasih ayah takdok tolok bandingnya.. hi cekgu tewww..

    ReplyDelete
  8. Semoga mjd mc dgn jayanya pd hari ni, bukn senang nk jd mc..:f
    all da besshh..

    ReplyDelete
  9. harapan, semoga intipati mesyuarat dan aktiviti tu dapat memuashatikan semua orang tanpa ada umpatan yang menusuk dari belakang kita.. :)

    ReplyDelete
  10. xiiinam
    takmo la amik akak, saya amik diri sendiri je jadik MC...
    susah senang telan sendiri je...haha

    cikgu jawe
    ini tak aci ni, aku repot ngn boss ko...
    aku repot ko curik tulang...
    siapla ko...haha

    en_me
    wah, giteww en me ittew...
    amvooii...

    ibnmasir
    huhu...
    nk kate senang tak, susah pun tak...
    tp sib baik dah lepas...

    al-hussaini
    kalau dah meeting gitu musti ade pro and cons nye...
    beselaa, dah lali...

    ReplyDelete
  11. Fuhhh... dah lega kot skrg nih.. aku ingat dulu ayah aku masa meeting PIBG, dia jd tukang ckp sebab ramai mak ayah yang tak berani nk kuarkan suara... hik hik

    ReplyDelete
  12. cuitnazz
    kalau tukang ckp yg membina takpe,kritik pun membina...
    ini kelau nk menghentam dan buat2 tak paham...
    aje je bende yg nk dikondem...
    lgsg tak mo dan buat2 tak paham..
    geram jugak...

    ReplyDelete
  13. tak suka tgok setengah ibu bapa yg tunjuk lagak..bercakap itu ini.... tak fikir panjang..seolah-oleh semua masalah boleh diselesaikan oleh cikgu. Biarlah cikgu fokus dan bincang ttg akademik pelajar dgn ibubapa waktu mesyuarat, tak perlu nak bangkitkan masalah yang mmg berpunca dari RUMAH.

    pengsan cikgu!

    masalah handphone, masalah motor, masalah merokok,masalah perangai murid, masalah murid bercouple...itu semua bukan masalah guru...itu tanggungjawap ibubapa!

    ibubapa yg beli kredit, beli hp, ibubapa yg bagi anak2 naik motor, bapa yg merokok depan anak2.....bila anak2 jadi nasi yg ditumpahi kuah......susah !

    tandas...hahahaha..ini topik top. Pernah ibubapa cadangkan kenakan bayaran mcm masuk tandas awam..... Tugas ibubapa didik anak2 gunakan tandas dan sayangi harta benda. Cakap je direct dgn anak2...ko kencing jgn merata2....siram..... bla...bla....tu tugas ibubapa utk ajar anak2 ttg kebersihan.

    tiap tahun pergi mesyuarat....ramai yg pandai bercakap..bagi cadangan itu ini tapi bila minta komitmen, minta sumbangan ( tenaga @ dana )
    semua diam.


    tak nak ckp byk arr.......sesapa yg selalu aktif kat PIBG tau arr

    ( suami kak jie bekas penaja dan ajk PIBG sekolah )

    ReplyDelete
  14. insyaAllah semua akan berjalan lancar dan menjadi syurga kerana dilihat dari persiapan mmg rapi.

    ReplyDelete
  15. Kujie
    amboi, kakjie...panjang yea...
    mmg btul ape yg akak cakap nih...
    mak ayah ade sstgh tu mmg komplen membute tuli..
    ikut sgt ckp anak...
    mengadu pasal kene buat sifir smpi 99..

    bukan kite suh dorg buat sifir smpi 99 tu dlm satu hari, kite bg 3 bulan...
    tak cukup ke??
    byk lagi la kak, mcm yg akak ckp psl komitment tu, mmg dorg ni pandai cakap. suruh menyumbang, hampeh!

    Yunus Badawi
    dah habis dah pun...alhamdulillah...

    ReplyDelete
  16. wah... meriah nya bermesyaurat tu.. ada karipap tak.. he he

    ReplyDelete
  17. lama aku tak dengar perkataan "pengkor"...loghat mana tu?

    cikgu org phg juga ke?

    ReplyDelete
  18. hrp berjalan dgn lancar...

    mesy pibg mmg mengujakan! huhu...

    ade ke contact penceramah tuh? leh gak sedarkan budak2 kat skolah su tuh...hehehe..

    ReplyDelete
  19. benludin
    aku org sgor je...
    pengkor tu dr pahang ek??
    err...aku main petik je sebut...
    makne lebih kurang je kut...

    su
    huhu...mengujakan dan menjengkelkan kalau bende yg tak berapa penting pun nk pertikaian..
    rase mcm malas nak layan je...

    su nk ke contact?? kalau nk, gitau btol2 laa..bleh je bagi...

    ReplyDelete
  20. backdrop jangan la bling2 sangat cekgu
    sakit mata nanti
    tuh dan cun dah tuh. hehe :)

    ReplyDelete
  21. KNizam
    hahaha...saje nk over...
    mmg dah cun dah tuh...tgk tangan laa...:P

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood