Ujian Allah...

The new look of my workstation.
Ini nikmat.

Sebelum workstation ini berwajah baru, inilah rupa lamanya.



Bercakap berkenaan dengan Ujian Allah..ia akan datang dan pergi semahunya.
Siapa yang tahu.
Hanya DIA yang tahu.
Ujian boleh datang dalam 2 bentuk.
Nikmat juga salah satu ujianNya. Kesusahan, kesukaran dan waktu sakit adalah ujian jugak.

Kenapa kita diujiNya?
Sebab Allah sayangkan kita.
Allah nak uji tahap ketakwaan kita kepadaNya.
Kan?
Sebagai manusia yang dilahirkan secara fitrahnya LUPA, besar kemungkinan kita akan lupa padaNya tatkala kita diuji dengan Nikmat.
Bila kita ditimpa musibah dan bencana, barulah kita kembali kepadaNya.
Barulah ketika itu, hanya DIA menjadi tempat mengadu, meminta diberikan petunjuk.

Sekarang ini pun kita memang sedang diuji. Macam2. Malapetaka, bencana alam, kejatuhan ekonomi, pergolakan politik.
Wallahualam.
Salah satu lagi sebab kenapa kita diuji bencana, kerana mungkin kita semakin melupakanNya.
Buat diri sendiri dan kita semua, beringat sebelum kena, berhenti sebelum parah.

Bukan apa, aku sekadar mengingatkan diri sendiri dan kengkawan semua.
Sebab aku juga diuji.
Nikmat kesenangan dan kemalangan yang tak pernah diduga.

Sabtu lepas, aku dibukakan pintu untuk kembali bertaut silaturahim dengan kawan yang dah terlalu lama tak jumpa.
Hampir 8 tahun, selepas aku berdiam diri. Sombong barangkali.:mHurm:
Bukan sombong, tapi aku sebab tersendiri.

Dengan bertemankan teman lama, aku kembali menunjukkan diri.
Selama ni aku bersembunyi.
Menyendiri, melayan hati, jiwa2 pulak aku nih...:mHihi:
Dengan pergi ke kenduri kahwin kawan lama aku, Syafiq Mahful dan kekasih hatinya.
Seronok sebenarnya bertemu kembali.

Walaupun tak ramai yang aku jumpe, tapi tautan tu aku dapat kembali.
Seronok jugak meluangkan mase walau sementara.
Masa ni, semua kawan2 aku dah ade haluan sendiri.
Yang dah kawen, dah beranak-pinak..dan yang masih solo-molo
:mNo:

Seronok jumpe kembali, selepas lama tak bersua.
Dan ini nikmat.

Ini pula ujian yang kurang nikmat.


Sebelum bende ni berlaku, aku dah pun mengalami malang yang same, dengan kete yang sama...

Benda ni berlaku, sebelum kami bertolak ke Sungai Nibong untuk ke rumah kawen kawan aku tu.
Aku rasa bersyukur sangat2 kerana Allah tu bagi petunjuk yang bende macam ni berlaku mase aku tak jauh dari rumah.
Kalau korg biasa dengan Shah Alam, aku dalam perjalanan ke Klang, maset uh aku kat Tol Padang Jawa/Rasah.

:mThinking:Cuba korang bayangkan...

Dan dengan tiba2, mase aku tengah syok driving, bonnet ni terangkat dan menghentam windvisor aka cermin kete aku ni..
Astaghfirullah...

Daripada penglihatan stereoskop, kepada penglihatan monokular..
Pandangan yang SELUAS LADANG GANDUM menjadi SESEMPIT KANGKANG KERA!
Habis terhalang penglihatan depan keta aku...

Chejah yang duk belakang mase tuh dah cuak gile. Ingat aku crash somthing ke...
Ejad yang dok sebelah aku pun terkesima cam aku...
Nasib baiklah, aku still nampak jalan depan melalui celah bawah bonnet tu...


Dan Tuhan tu memang sangat2 sayang dengan aku. Diberikan petunjuk mase aku belum jauh lagi dari rumah. Aku trauma jugak la mase tuh, sebab sepanjang perjalanan pergi ke rumah kawan aku tu, aku teringat2 kalau2 tetiba je bonnet tu terbukak, dan terbang menghempap cermin aku...
Seriau ooo....

TU laa...
Yang pasti ade hikmah disebaliknya. Bezanya kita tahu atau tidak je.

Tuhan tu memang Maha Adil. Sebab sebelum tu aku diberi nikmat dapat duit elaun, beli itu dan ini. Seronok.
Dan Tuhan nak uji lagi, kesusahan macam ni yang diduga.
Apa2 pun, aku bersyukur kerana masih bernafas sehingga ke titik ini, diberikan keluarga yang masih sayangkan aku, ayah dan ibu yang masih sihat, pekerjaan yang mulia dan sebagainya.
Terima kasih Allah.

Dan sebagai balasan atas kurniaanNya, aku akan mencuba menjadi hamba yang Taat dan Setia.
Taat kepada Pencipta.
Berkorban demi ayah dan bonda.
Kerana tanpa mereka, siapalah kita.:mSad:

SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA.
Selamat Berkorban, seikhlasnya.


ps: Terima kasih kepada En Senapang di atas award ini.
:mSurrender: Cuma maafkan aku kerana berkorban untuk tidak menjawab tag tersebut.
Lain kali barangkali??
Ikhlas hatinya memberikan aku pengiktirafan atas nukilan si picis ini.

*Edited
bonnet aku terbang sebab selak utk kunci bonnet tu dah tertanggal..almaklum kete dah tua..
Tapi syukur tak ade kemalangan jiwa.
:mPeluh:
Dan hari ni tak i tgk pun org tumbangkan lembu...sebab ujan tak benti2 turun nih...
Layan tido pun sedap nih...
Tapi sempat kire bape ekor yg nak ditumbangkan...:mHihi:

Comments

  1. Nice changes...hope u'r comfortable with it...salam eiduladha ...

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Aidiladha..
    Kenapa dengan kereta tu eksiden?

    ReplyDelete
  3. salam eid ul adha....berhati2 yer...semoga dilindungi ALLAH selalu...

    ReplyDelete
  4. ujian untuk insan2 yg terpilih....yg selalunya nikmat dgn kesenangan...


    selamt ari raya aidiadha cikgu...ehhh...dah balik surau ke?

    kt sini belum sampai lagi daging...rumah kak jie riuh...mak mertua, adik kakak ipar anak sedara berkumpul...

    hahahhah...kak jie hilang dlm bilik jengok kawan2 online

    ReplyDelete
  5. cekgu...
    selamat hari raya aidil adha...
    ujian tu tandanya Allah sayang sama kita...:)

    ReplyDelete
  6. BurungBelatuk
    Lagi seronok nk online skg nih...

    Ecah
    bonnetnye terterbang ke windscreen tu...
    habis..
    sebab sesendalnya dah rosak...
    dah nak jadi... :(

    arsaili
    Terima kasih ye Bro.. :)

    Kujie
    saye tak pi tlg2 kak..
    skg ni tgh hujan, tak henti2 dri smbyg raya tadi..
    tatau le dah tumbang belum tu..
    Ujian utk uji kita..
    saya paham..

    mala_yusof
    Salam eiduladha...
    Btol tu... :)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, takde kemalangan jiwa..
    mungkin dia mintak ganti baru tu :D

    cantik workstation baru ni..puas hati kan.. at least nampak lah jugak duit tu kemana..

    ReplyDelete
  8. hi cekgu BH ittewww..
    selamat aidiladha ..

    ReplyDelete
  9. maya setuju dengan apa yang cikgu katakan...



    dalam hidup nie...
    apa yang kita dapat.. x kira nikmat atau kesusahan... semua tu adalah ujian daripada Allah... Allah uji kita dengan kesenangan untuk melihat sama ada kita bersyukur atau tidak...


    Allah uji kita dengan kesusahan untuk melihat sejauh mana kita dapat menghadapi nya dengan sabar dan tabah.. disamping meletakkan ia sebagai dugaan dan juga nikmat dari Allah...



    Sabar lah .....
    walau sabar itu adakala menjadi 'UJIAN'...
    orang2 yang sabar dan dapat mengatasi dugaan dengan penyelesaian terbaik sebenarnya orang2 yang menang di sisi Allah...


    Hidup ini tidak pernah surut dari dugaan... selagi nyawa di kandung badan..

    ReplyDelete
  10. Bahaye tu... 19zim penah experience benda ni sekali... tapi tak drive laju la... pastu berlaku tepi kubur plak... tak rosak tapi kena kuar pegi tutup bonet depan...

    Latest blog Saggitarius

    ReplyDelete
  11. Neeza Shahril
    bile lagi nk shopping2 Msia kak... :D

    en_me
    Salam Eiduladha En Me itteww... hehe...

    μάγά
    yg penting, redha dan tabah menghadapinya...InsyaAllah
    Terima kasih atas nasihat.. :)

    19zim
    seramnye citer...

    ReplyDelete
  12. salam aidiladha..

    wah..aku leh bayangkan mcm mana keadaan ko masa tu. sbb aku pun pernah experience benda mcm ni. masa tu thn 2004, kat highway dlm perjalanan nak balik ke destinasi selepas habis kursus. keta kwan aku. alhamdulillah, takde yang cedera. dan alhamdulilah ramai rakan lain yg lalu jalan yang sama, dan bantu kitorg.

    kata² motivasi:
    "kita mintak kebijaksanaan, maka kita diuji dengan masalah supaya kita bijak untuk menyelesaikannya, kita mintak kesabaran, maka kita diuji dengan dugaan agar kita dapat bersabar, kita mintak kesihatan, maka kita diuji dengan kesakitan agar kita bersyukur dengan nikmat kesihatan"

    p/s: pnjng komen aku...huhuh..

    ReplyDelete
  13. kapallayar
    Salam fadz..
    ujian utk hambaNya, tanda Dia masih menyayangi kita...
    terima kasih atas nasihat

    ReplyDelete
  14. cikgu..thn dpn jgn lupa, buat korban..:)
    ambil sdkt kata2 dr kawan saya..

    "i do my qurban at masjid dalam kat upm tu. boyfriend gimme money n said we have to do qurban cos Allah give us so much blessing. betul jugak ape yg dia ckp tu..Alhamdulillah tahun ni banyak rezeki yg Allah dh bg. so setakat satu bahagian lembu tu sgt kecil berbanding ngan rezeki yg Allah dh bg.rezeki doesnt mean duit dan harta saje right..happiness...great family...even got to meet zain dis year also is a rezeki from Allah...saya sgt bersyukur dgn kurniaan Allah ini.Allhamdulillah..."

    ReplyDelete
  15. snm
    Terima kasih atas ingatan...
    insyaAllah...
    saya bersyukur sgt2 atas apa yang dah dikurniakanNya..
    setiap baik dan buruk tu, pasti ade hikmah disebaliknya.

    "Blessing In Disguise"

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood