Camne nak dapatkan FULL COVERAGE...U Shud Try This!

Handphone ataupun telefon bimbit secanggih mana pun tidak berguna
sekiranya coverage tak ada kan. Di dalam lif dan basement tempat
parking kereta merupakan antara kawasan 'pantang' bagi handphone (hp).
Ini kerana di tempat-tempat tersebut coverage hp amat rendah sehingga
1 bar dan kadang-kadang tiada langsung!

Bayangkan sekiranya anda berada dalam situasi yang yang cemas dan
amat memerlukan pertolongan. Tetapi hp mahal anda itu tidak dapat
melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Tentu anda mempunyai sebab
munasabah untuk berasa kecewa dan menyesal bukan???

Ini satu informasi untuk anda dan sesiapa sahaja yang menggunakan hp
1G, 2G ataupun 3G. Dengan menggunakan wang kertas RM2 sahaja anda
boleh mendapatkan full bar untuk hp walaupun di mana sahaja anda
berada.

Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen untuk 'boost up'
coverage hp anda. Mungkin anda berasa sedikit hairan. Tetapi
percayalah ini merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan!!!


Kaedah ini sesuai untuk semua pengguna 013, 016, 019, 012, 017 dan sebagainya.


Caranya ( Perhatian sila baca dan ikuti langkah-langkah ini dengan teliti) :

Langkah 1 : Off atau matikan hp anda.

Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri hp anda.
Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri hp anda.

Langkah 3 : On atau hidupkankan semula hp. Periksa bar pada hp anda.
Semasa hp anda on, pastikan kod 'ID. 10T' tertera pada skrin hp anda.

Sekiranya kod 'ID. 10T' tertera di skrin, hp anda tidak akan mengalami masalah coverage lagi!


*Sila ambil perhatian;

Sekiranya kod 'ID.10T' tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut.

Pastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.
Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk-ketuk sikit hp anda dengan
duit RM2 tu sekali. Sila periksa samada tengkolok Agong jatuh ataupun
tidak. Kedudukan tengkolok yang tidak stabil mungkin penyebab mengapa
kod 'ID.10T' tidak muncul di skrin hp anda.

Kalau masih tidak berjaya hentakkan hp di dahi anda 10 kali.

Mungkin kod 'ID.10T' dah bertukar menjadi 'IDIOT' ! Sape tahu yer tak??

*********************************************

Jgn marah kalau dah terkena...... Nasib baik duit RM2 tak dicetak lagi. Kalau tidak, lagi ramai yg fikir benda ni betul-betul...tapi cobaan.....

6 Superb Comments!:

  1. Aiyooo Cikgu cikgu... kelakar sangat.. hahahahaha... kalau lah ada yg buat dan jadi... ko menanggung malu menaibkan orang lain ....tapi cool lah...

    ReplyDelete
  2. ingatkan formula betul...nak kena ni??

    ReplyDelete
  3. Adusss... sampai abis aku baca... terkono den...

    ReplyDelete
  4. Bagus murid-muridku semua...
    Anda memang anak murid yang rajin membace smpai habis ye....
    Bagus ye...
    Ini yang buat cekgu syang kat kamu semua nih..
    Muahahahaha...

    ReplyDelete
  5. hahahaha !!
    sabar jek laa cikgu nih
    nak kena nih
    :P

    ReplyDelete
  6. Terkene gak ek???
    Muahahaha...
    Elok la...

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

 

KRIK KRIK KRIK...

10 Terbaik !

Ads

TONE PLUS

 photo BANNERCONTESTSMALL.png