Entri Terkini

May 31, 2007

It's Time to Improve Myself

Biler sebut pasal being menonjol dalam kelas, aku mencuba sedaya boleh nak jadi participant paling aktif dalam kelas
Kalau muka aku nih yang tak menonjol, dak2 lain seems to be dull...
Sometimes I should be more serious in certain situation and time because I just dont want they assume me as clown...
My class consisted of only 11 pax now after the addition of 5 new classmates...
Most of my classmates were Penangian exception me, Hisham and the Kedah man/boy, Azizan...
This new kid has been graduated the same year as me...

Tomorrow I have to make a presentation, not just me, but all of us...
We were given the chance to choose any topics and mine is about "slimming products"..
Topic that I get used of it...Easier for, and just to back up the presentation skills and the slaid to be potrayed...
Since I've been taken this course, most of the class was connected and became a dejavu for me...
By then, pray for my excellent in tomorrow presentation ok??

Maassalamah...
Sehingga di lain blog.

May 26, 2007

It came to an end of my 1st subject...

Yesterday was the last day of my first subject taken at PSDC; Communication English.
The subject was teached by Miss Annie Yew, a brilliant and good lecturer in her field that inclusive of all aspects of English...
Actually she's done well in her mastered subject and the objectives were reached to us..
Aku pun quite happy that we finished one subject already..
But
for the last day of this subject, not all of the class attended..
Hisham has gone to Kelantan for his MTest; a test which I didn't had the chance to take it anymore...(got blacklisted I Think...)
Khairil is gone for his graduation in Uitm Shah Alam...
Finally, only 5 of us are left to finish the subject..actually it should be 4, but so suddenly the Mamak girl that I've met on the orientation day came back and jopin the class and that made us 5...
Thank God, Ima finally has her own company...Not lonely anymore...
And her company named Natrah; a Penangian too..
That's would be fine for her, at least kalau dier lonely, AKU jugak yang kene teman..haha...

In the end of the session, we were given our grade and thank God we got all A's for the grading..
The grades are based on our Attitude, Aptitude and Participation..
Since we done well in her class, A's will be in ourn hand unhesitatingly...
Next week, we'll be having class on Technical Report Writing and we'll see what would happen then..
Ok, I shall stop here...
Till then,
See u soon ok...

May 23, 2007

A Bit Update

A new living at a new place wasn't a tough if u got a good preparation...
Aku sekarang dah ada di Bumi Nasi Kandar ni baru beberapa hari...
Bermacam2 perasaan bercampur-baur aku sebelum aku datang ke sini,tapi sekarang aku rasa lega...
Perasaan negatif yang dulu dah tak ada lagi dan aku tak perlu merisaukan apa-apa lagi sekarang ni..

Aku dah menghadiri kelas Communication English teached by a sweet lecturer - Miss Annie Yew.
Her class was quite interesting and never easy for the audience to get caught sleepy...
Her class was handled properly because she had sooo....much experience in this language field...
We were advised to converse in English as a "live" training in order to enhance our English communication skills...
And we tried our best to speaks English even sometimes we got tired of it...
The class session is just like the office hour...nine to five and we're given 3 slot time for breaking; in the morning for 1/2 an hour, afternoon for lunch for 1 hour and evening for 1/2 an hour as it's the only time for us to perform prayer...
So far seems like so good but it just feel like she expected more from us in her class and absolutely we will give our best shot besides improving our soft-skills especially in communicating...


Briefly about my coursemate...
Now I am in the 2nd Batch of INSEP of Management at PSDC...
There are only few classmates in the batch..Just 6 pax...
Actually there are only 5 pax in the class perviously and all of them all boys...
Hahaha...No Girls!
All of us are from different background and we absolutely had different and own version of history..
Just a short and brief infos of them:
  • Hisham ; a Kelantanese, hailed from Pasir Mas, graduated in 2005 at UTM in land planning (kot!!!)
  • Fariz; a Penangian of Sungai Dua and just graduated at UUIM in degree of Political Science...
  • Teck Lai; a Penangian too and a graduate from USM in Chemistry and he's got a variety version of his own history...Just angguk2 when we heard his story...
  • Khairil; Penangian also from "seberang" at Bukit Mertajam and he used to travel across the Penang Bridge everyday and will graduate at UiTM Shah Alam this coming Friday in Biology...
  • The rest is me that i should not introduce my self here... =)

    Finally there is a "flower" appeared so suddenly yesterday and I caused us a shine again...haha again!!!
The only girl in the class in quite tall (taller than me) and a slender-person...
Nice and sweet girl i think...but the best thing is I had the first time experience of sharing the textbook with her due to shortage of textbook supply...
I just acted like normal...BUT don't know yet...

Oklaa, aku pun dah berceloteh panjang lebar nih...
I promise I'll keep it update as i have the time...
Seeyaa...
Maassalamah...


May 20, 2007

Finale AF5 : Mila Pecah Tradisi...

Congratz tu Mila...
She managed to end up to be the champion..
Sorry to say to Ebi, but he can't beat Mila at all...Just look at his performence yesterday night...
Haru-biru dan seperti Kak Ogy cakap, "It's Only physical"...
Mila, I saluted u because U has Improved a lot from day 1...
The ordinary has became the extraordinary...
The others, congrats for gone through the past 9 weeks and good luck guys...
Akademi Fantasia :: No More :: and Ikon Malaysia will be taken over the stage...
Aznil also :: No More :: in AF and it's nice to have Aznil in AF for these past 5 years ago...
Oklaa, AF tutup kedai malam ni dan tiada lagi cakap2 AF lepas ni...

May 19, 2007

AKADEMI FANTASIA 5: Who Will be the Champion?


Hari ini akan menjadi detik penentu kepada calon bakal Juara pilihan SMS semata-mata ini...
Siapa akan jadi juara, Terpulang kepada komuniti Malaysia...
Sanggup berhabis, bergolok-gadai demi orang yang tiada kaitan dengannya...
Jari Jadi Juri...What ever!!
"Viva Rakyat Malaysia"...
Nantikan keputusannya dan nantikan jumlah keuntungan Astro selepas ini...
Tunggu...

Langsung dari
Stadium Putra Bukit Jalil,
Sabtu, 19 Mei 2007, 9.00 malam.

May 18, 2007

It's your day, Teacher! HAPPY TEACHER'S DAY...

Menjelang setiap 16 Mei setiap tahun adalah hari di mana sedunia meraikan hari ini sebagai hari yang istimewa bagi meraikan insan yang bergelar "Guru", "Cikgu", "Ustaz", "Ustazah", "Sir", "Madam", "Teacher" atau apa jua panggilan dijolokkan kepada mereka. Mereka yang berkerjaya di dalam bidang yang cukup mencabar tambahan lagi di zaman sekarang ini di mana tahap dah peringkat pemikiran anak-anak generasi baru jauh sudah dianjak paradigmanya. Anak-anak yang akan diasuh dan dididik bukanlah jenis yang menurut perintah semata-mata tanpa bertanya jawab kenapa dan apa perlunya menurut arahan...Mereka akan menyoal dan barangkali mengingkari arahan yang diberikan dan di sinilah "insan istimewa (ii)" ini diuji tahap profesionalisme mereka...

Aku juga seperti insan yang pernah bergelar kanak-kanak sedari umur 6 tahun sehinggalah dewasa menjangkau 22 tahun telah menuntut ilmu dan mengalami alam persekolahan yang penuh dengan segala macam peristiwa dan pengalaman bersama dengan "ii" ini...

Sewaktu di Tadika Kemas Seri Kenangan, Seksyen 17, Shah Alam....

Waktu persekolahan "main-main" ini agak pendek dan aktiviti yang dijalankan sepanjang tem
poh persekolahan adalah lebih menumpu kepada pengembangan minda awal bagi membentuk insan intelek suatu hari nanti. Aku yang masa itu berumur lebih kurang 6 tahun seronok mengikuti kelas tadika bimbingan Cikgu Ummi Kalsom (kalau aku tidak silap) entah apa la agaknya berita Cikgu Ummi yer....Sesi pembelajaran yang diselangi dengan nyanyian dan sesi bermain begitu mengasyikkan sekali.

Bukan setakat belajar sahaja, kami turut di ajar untuk makan bersama yang disediakan oleh "Ibu" - cuma makanan ringan cam bubur kacang, air cicah biskut etc... dan selepas makan kami akan beratur panjang untuk mengambil peralatan untuk memberus gigi...It's Gosok Gigi Time!!!

Seronoknya aku rasa masa tu, sebab kami aku memegang cawan murah kaler merah berisi dengan air dan berus gigi comel kami akan dicalit dengan ubat gigi Colgate yang memang mendominasi pasaran ubat gigi sedari dulu lagi...Kami akan duduk mencangkung beramai2 di tepi longkang dan Cikgu Ummi akan mendemonstrasikan cara-cara untuk memberus gigi dengan betul..Masa tu taktau apa2, just follow the demo, bila dah besar ni rasa cam malas lak nak gosok gigi cara gitu, too complicated..Lambat lak tu... Masih ternyiang2 lagi segala peristiwa tu, dan aku masih ingat sampai ke hari ini...

Bukan setakat mengajar kami memberus gigi sahaja, malah kalau ada antara kami yang mengalami masalah "gigi goyang" dan perlu dicabut...Waahh, sakitnyerr, tapi aku tak boleh lupa pasal bende tuh. Asal Cikgu tau jer ada yang giginya goyang, cikgu akan offer untuk cabutkan gigi tradisional way...Korang tau ke camner...???

Cikgu akan baringkan pesakit tuh atas riba dia; aku laa (waa, cam dentist lak)...dan aku kene nganga besar2 dan Cikgu akan masukkan benang yang dah disimpulkan seperti tali untuk menambat lembu tu, dan akan dimasukkan ke dalam mulut terus ke gigi yang nak dicabut...Kalau tak sampai Cikgu akan joloko dengan pen dan bila sumernya dah ready...Tanpa ubat bius, tap!!!...Dah tercabut....Naik berair mata aku menahan sakit tapi kejap jer, then sumernya lega...Gigi yang tercabut tuh Cikgu bagi bawak balik dan buat kenang-kenangan...hahaha....

Terima kasih cikgu, kalau tak kerana cikgu tolong cabutkan gigi saya, dah tentu gigi saya akan berlapis2 cam sesetengah artis tu...huhu..Silap2 nak lawa kene pakai braces lak...wakakaka...Lihat gigiku, cantik tak????heee....huhu....
Meningkat ke Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 17, Shah Alam....

Aku bersekolah hampir 6 tahun di SRK Seksyen 17, dan aku hampir lupa tapi masih ingat nama2 Cikgu yang pernah mendidik aku...

Aku senaraikan kelas aku dan cikgu kelas aku...Nama kelas nih aku tak beraper ingat pasal aper? Pasal aku dah tua laa...huhu...

Darjah 1: 1 Ros : Cikgu Mardiana
Darjah 2: 2 Ros : Kurang pasti...mungkin Cikgu Hashim..entahlaa tak hingat...
Darjah 3: 3 Melur : Cikgu Muslimah...aku ada kes dengan Cikgu Muslimah...Ampun cikgu...huhu
Darjah 4: 4 Kenanga : Cikgu Roslina
Darjah 5: 5 Melur : Cikgu Faezah....Cikgu Faezah memang seorang yang selalu bagi motivation kat aku...Sampai menangis2 aku teresak2 kat depan dier...Malunyerr...
Darjah 6: 6 Anggerik : Cikgu Rosita Jono...cikgu ni Jawa....Sama cam si World tu...(cess tak nak ngaku anak Jawa kunun aku nih...)

Banyak lagi nama2 cikgu yang telah mengajar aku sepanjang 6 tahun aku habiskan kat sekolah tu..belum campur dengan cikgu sandaran and cikgu praktikal memang banyak sekali...Tak tersebut kat sini...

Cikgu yang mampu aku nyatakan kat sini, Cikgu Maimunah, Cikgu eh Puan Enon (tak sebut Cikgu Enon sebab rase cam kelakar, ampun CIkgu!!), Cikgu Hashim, Cikgu Ahmad, Cikgu Razali (guru besar), Cikgu Misbah, Cikgu Reza (Cikgu disiplin merangkap cikgu English yang terpaksa berlagak Garang, think soo...), Cikgu Mahayon; cikgu muzik yang sporting dan akan memberikan ganjaran berupa wang kepada muridnya kalau dapat banyak bintang untuk hasil kerja yang baik dalam subjeknyer..( yang juga kakak pada The Famous Mazuin)....Mrs Ong; yang kerap kali jadi bahan ejekan pasal bunyi nama seakan2 bunyi cik kodok jer...Sian kat Mrs Ong...Cikgu Baizura, Cikgu ape lagi??? Banyak laa...Banyak yang dah lupa, tapi aku tak pernah melupakan jasa Cikgu2s semua dan jutaan terima kasih yang mampu saya ucapkan...Thanks Teacher...

Tapi most memorable teacher yang bawak kesan pada aku adalah all the teacher's below:
  • Cikgu Muslimah Jabar ; aku ada kes dengan cikgu nih..Bukan setakat dengan dier jer, dengan anak dier sekali pun ader; Aidy Anuar nama anak dier...Begini ceritanya yang telah dipendekkan oleh BaniHassim - aku suka la makan chewing gum kat sekolah, dah habis manis chewing gum tu, aku pun campakla merata dan bila dah baling tuh, terbaling terkena kepala anak cikgu nih...Dah tu melekat la kat rambut dia...Mampus aku...Terus dier repot kat mak dier...

    Dalam hati aku cakap "Mampus aku ni, dia terus repot kat mak dier laa.."...tau je la kalau dah lekat kat rambut bukan boleh tarik keluar, kene potong sikit rambut yang terkena tu...Last2 aku ingat kene marah tapi tak pasal maybe cikgu Muslimah ni paham, BUDAK-BUDAK!!!....Nasib baiklaa...Sebab mase mak dier tanya sape buat, dier cakap aku yang buat, tapi aku tak kene apa, maybe pasal aku tak larikan diri, tapi buat muka seposen mengadap cikgu tu dengan muka bersalah dan buat2 nak tolong tanggalkan chewing gum yang dah melekat kuat tuh...Sengal sungguh!!!

    Ada satu lagiu kes, kes aku tulis bende2 kejadah love2..eg: Hazren love Hani ke Farhana (somebody; yang aku tak ingat)....Aku conteng bukan kat mana, kat belakang buku...buku latihan subjek dier pulak tuh...Haa, amik penangannyer, kecik2 dah nak main2 puppy love, Mak aku kene panggil mengadap cikgu nih kat sekolah...Mampus aku...

    Tapi Cikgu Muslimah ni memang aku puji pasal dia penggil mak aku datang bukan setakat nak blame aku jer, tapi ada gak puji2 aku...dier cakap aku rajin laa, aku bijak laa, aku pandai melukis laa, selalu tampal lukisan air terjun aku tu kat dinding kelas laa...huhu...terharu sungguh aku...Terima Kasih Cikgu Muslimah...
  • Cikgu Faezah ; aku pun tak berapa ingat pasal aper..and maser tu aku darjah 5...erm, maybe pasal aku ader ponteng kelas ker, tak buat kerja sekolah...tapi yang pastinya, aku ingat aku kene panggil kat library masa tengah kelas...Slow talk jer Cikgu Faezah nih..Tutur kata dier memang lembut tapi penuh dengan hikmah dan sarat dengan kesedaran...tak ada unsur kemarahan langsung dalam slow talk tu..tapi yang peliknyaa...

    Mungkin timbul rasa sesal dan insaf dalam diri aku, dan dari situlah, menitik air mata aku satu persatu dan basah atas buku yang aku pura2 baca tu...Dari situ aku berazam untuk belajar bersungguh-sungguh sebab ilmu satu-satunya cara untuk berjaya dalam hidup...

    Banyak lagi perkara yang berlaku sepanjang tempoh 6 tahun tu, termasuk mak aku dipanggil berkali-kali mengadap cikgu kelas sebab tak mau buat kerja sekolah, tak mau pergi sekolah sebab tak buat kerja sekolah...dan paling jahat aku tak pergi sekolah aka ponteng pasal dah lambat nak masuk kelas...Bukan aku sajer2 nak buat gitu, tapi atas hasutan abang aku..cess, memang pengaruh negatif abang aku...

    Abang aku : "Alamak, gate dah tutup laa"....
    Aku : " Ye ker...camner nih bang??..."
    Abang aku : " Camner ek, kita ponteng jer, kalau masuk gak nanti kene tulis nama..."

Aku tak membantah dan terus ikut telunjuk bengkok abang aku tuh...Bende tu berlaku 2-3 kali jugak laa..sampaila kami kantoi dek jiran kami yang terserempak dengan kami kat kedai dekat dengan sekolah tu...Mampus kami kene belasah dengan Mama sebab hal tuh...Natang!!

Dipersekolahkan di sekolah agama, SMKA Simpang Lima, Sungai Besar....

Dengan keputusan UPSR 3A 1B atas hasil usaha cikgu2 yang bersusah payah membuat kelas tambahan bersempena menjelangnya UPSR, aku meneruskan pengajian ke SMKA Simpang Lima, itu pun atas usaha menggunakan orang dalam dan aku masuk di dalam 2nd intake...Belajar dan tinggal di hostel untuk pertama kalinya seringkali menyebabkan aku selalu menitiskan air mata..mungkin pasal sebelum tu memang tak pernah berenggang dengan mama dan abah...Bagi aku itu biasa laa...hehe..Mungkin luar biasa bagi sesetengah orang...

5 tahun aku habiskan masa di sana dan banyak tunjuk ajar yang diberikan dan dicurah tanpa jemu oleh semua tenaga pengajar di sekolah desa tu...Disebabkan sekolah tu memang terperosok jauh ke dalam kawasan kampung dan ladang kelapa adalah subjek yang menghalang kami daripada dapat berhubung terus dengan jalan besar, kami rasa perjalanan hidup kami di sana agak "reserve" selain daripada asuhan dan didikan nadi utamanya yang tak pernah jelak dengan muka kami semua...

Kalau di asrama putera aka Aspura, orang yang tak boleh kami lupakan semsestinya warden2 kami yang bersusah payah membahagikan masa di antara kebajikan anak isteri sendiri dengan anak didiknya. The most unforgetten back bone of Aspura of caourse UStaz Mohd. Noor...keikhlasan dan kesanggupannya untuk tinggal sekali bersama kami di dalam asrama satu pengorbanan yang patut kami puji...Tapi manusia, biasalah kalau budi yang baik disalah erti...Padahal, Ustaz Md. Noor la yang menjadi "jam loceng" utama kepada kami sepanjang kami berada di sana dan peranannya saling tak tumpah macam ayah pada kami...

Waktu subuh memang waktu paling "panas" dan liat untuk kami...Bunyi ketukan kayu pengetuk beduk aka kelentong tu yang mengisi waktu pagi kami yang hening...Kalau nak ikutkan rase amarah memang seperti nak dimaki jer orang yang buat bising pagi2 nih, tapi Ustaz tak pernah peduli tentang rasa kami, Ustaz tetap menjalankan amanahnya sperti biasa, biar ada orang yang mencemuhnya, sama ada didengarinya atau sekadar dalam hati, Ustaz memang gigih dan tak pernah jemu mengejutkan kami...

Dan bila bunyi ketukan pintu dorm tak mencukupi dan tak cukup kuat nak bangunkan kami, tiba2..."zaapp!!!!"...Bingkas bangun kami dek kerana tersentap dengan sebatan berbalau dek kerana rotan yang menyinggah di kaki...masa tu nak menggelabah bangun dan barula nak bergegas ke musolla...Baru ko tau, aku kejut elok2 takmo bangun, ambik penangan...hahaha...Tapi sepanjang pengalaman aku, aku tak pernah kena libasan rotan subuh Ustaz tu, pasal aku baik dan beriman...HAHAHA, puji diri sendiri nampak!!! Perasan nak mampus...Kalau jenis yang "terlalu anjing" dan malas nak solat di musolla, buat2 pergi mandi even dah lama azan dan buat2 mandi lambat2...BIla dah cemtu, boleh sembahyang di dorm, dah Ustaz tak duk diam je, Lepas jer solat Ustaz akn pi ronda sekali lagi nak pastikan semua solat berjemaah di musolaa, nak kalau nasib tak baik kantoi sembahyang di dorm, merasalah penangan sebatan berbalau Ustaz...Tapi kami tak kisah sebab kami tahu tujuan Ustaz memang ikhlas nak mendidik kami supaya menjadi insan soleh..Terima kasih Ustaz!!

Jasa2 warden kami;

Ustaz Fauzi (the head warden, yang lembut tapi berhikmah), Ustaz Hafidz, Cikgu Halim Sairi (the garang one), Cikgu Mutalabisin, Ustaz Kamaruzzaman, Cikgu Pahuddin aka "Pagutdin"; the most hard to understand person, Puan Habibah; deepest condolence to her late husband...

Akak2 Bebek Dewan makan yang dok memasak even dia sendiri mungkin tau kami tak berapa suka dengannya dan sering mengata kat dia, tapi dia tak kisah pun...

Selain itu, aktiviti ko-ku kami tak pernah sunyi, semua kelab dan persatuan kat sekolah bersaing secara sihat untuk menonjolkan persatuan badan beruniform masing2 dan cuba untuk menjadi "the chosen one" di sekolah...Aku dulu bergiat aktif gak dalam Kadet Remaja Sekolah dan mungkin aku terpilih atas ciri2 kepimpinan yang ada untuk mengepalai persatuan atas bimbingan dan tunjuk ajar pioneer KRS kat sekolah aku; Ustaz Rahim...Orang Ganu yang berwajah garang dan kadang2 sukar nak paham tapi bagi aku his ok...Takde masalah langsung dan aku tak susah nak faham dia...Kitorang kamceng jer...haha...Ustaz Rahim nih merangkap warden kami di hostel dulu, dan kalau ada masalah lebih2 lagi kalau ader masalah dengan impromptu outing aka nak outing tiba2 pasal nak beli tiket ker, beli barang yang nak sgt2 pakai ( nak outing bukan boleh suka2, tapi kalau dapat outing bukan masanya seronoknyer...; 1 week boys the others for girls - in order to separate the boys & boys from doing anything "haram" - kami jumpe la Ustaz Rahim nih...Tapi reason kene kuat, kalau tak memang kene bambu jer dan lastly takleh kuar, PADAN MUKA!!!

Kalau bercakap pasal Kelas aku, aku dulu dalam aliran PENGAJIAN ISLAM SAINS TULEN sebab semua subjek Sains cam Add Math, Fizik, Kimia and Biologi ditambah dengan Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Al-Quran dan Assunah plus Pengajian Syariah Islamiah aku ambil for 2K SPM...Our class patron is Cikgu Siti Jamiah (btul ke spelling nih)...Cikgu yang ada turun dan naik graf emosinya, tapi kami semua dilayan seperti anaknya sendiri dan bagi aku CIkgu Siti agak garang jugak dan itu menanam rasa takut sekaligus hormat kat dia...Tu yang elok, sebab kalau jadi guru ni terlalu "lembik" atau lenient sgt takut lak dak2 nih pihak kepala...Langsung tak buat apa yang disuruh kan lagi susah!!

Cikgu Siti mengajar kami Kimia dengan penuh dedikasi sebab Kimia memerlukan details di dalam skema menjawab soalannya kalau nak score subjek nih...Thanks Cikgu Siti sebab mengajar kami dengan penuh minat even soo--suddenly kami tertidor dalam kelas, pasal kelas kami agak mendung thus the atmosphere of the class will drive us to be soooo sleepy and kalau the syaitan is much more powerful to seduce us to sleep, most of the classes will be driven to "melayang"...Sebelah kelas tu memang ada pokok rendang yang haunted skit, tu yang jadi redup skit klas aku tuh...Dan kadang2 ada jer yang kene "Duster Melayang" hadiah dari Ckgu Siti pasal tidor atau tak tumpu perhatian, ha amik ko!!!

Kalau cakap hal mengantuk nih, kalau lecture subjek agak mellow, memang senang sangat nak tido...Bukan nak mengata, tapi memang lumrahnya begitu, Cikgu Latifah, Cikgu Mat Som, Cikgu Turasima, Cikgu Zabaidah, Cikgu Alim Marjunid, Ustaz Asmawi, Ustaz Sabri yang juga merangkap PK HEM masa tu, kebanyakan daripada subjek2 yang diajar memang agak mudah nak mengundang kengantukan...hahah, even subjek tu sukar dan mencabar cam Add Math, Fizik and etc....Tapi memang tabik la semua cikgu2 aku nih, memang penyabar sungguh mengajar kami yang kengantukan nih...hahaha....

Malas nak cakap banyak tapi aku cuma boleh senaraikan nama guru2 yang pernah menabur jasa mengajar aku dengan penuh dedikasi dan tekun; Terima Kasih cikgu...


Ustaz Samuri (the principle), Cikgu Mokhtar Manijo, Ustaz Sabri, Ustaz Fauzi Ustaz Rahim, Cikgu Jelani Kamar, Cikgu Jelani Paniran, Cikgu Mutalabisin, Cikgu Alim Marjunid, Cikgu Halim Sairi, Ustaz Azhar, Ustazah Ramlah, Cikgu Fauziah Kamaruddin, Cikgu Fauziah (English), Cikgu Norashikin, Cikgu Fatimah Sham, Ustazah Fatimah, Ustaz Kamaruzzaman, Uztaz Hatimul Ahsom, Cikgu Jaharah Awang, Mr. Tee (the only chinese), Cikgu Nazir, Cikgu Najib and others that I can't remember your name, but I can't forget your dulies upon us...Thank u very much, May Allah bless All of the Teacher's in the World...

"Guru Penjana Modal Insan Gemilang. Terima Kasih Cikgu!"

May 17, 2007

What's the meaning behind your name ?

Instructions:
What you do is find out what each letter of your name means.
Then connect all the meanings and it describes YOU. (Its TRUE) & (Is'nt it GREAT !!) - BH says; Isn't it???...It's ok tp try, how knows it suits u....
If you have double or triple letters, just count the meaning once.

example: HAZREN

H= You are not judgmental. ( Think soo...)
A= You can be very quiet when you have something on your mind. (sometimes I'll be the quitest person...)
Z = You're always fighting with someone. ( I always fighting in opinion and I was want to be the champs!!!)
R =You are a social butterfly. (rama-rama by Ella...hahaha...)
E =You are a very exciting person. (teruja too....)
N = You like to work, but you always want a break. (That's not so-really me...)

A = You can be very quiet when you have something on your mind.
B = You are always cautious when it comes to meeting newpeople.
C = You definitely have a partier side in you, don't be shy to show it.
D = You have trouble trusting people.
E =You are a very exciting person.
F = Everyone loves you.
G = You have excellent ways of viewing people.
H =You are not judgmental.
I =You are always smiling and making others smile.
J =Jealously
K =You like to try new things.
L = Love is something you deeply believe in.
M = Success comes easily to you.
N = You like to work, but you always want a break.
O = You are very open-minded.

P =You are very friendly and understanding.
Q = You are a hypocrite.
R =You are a social butterfly.
S = You are very broad-minded.
T = You have an attitude, a big one.
U = You feel like you have to equal up to people's standards.
V = You have a very good physique and looks.
W = You like your privacy.
X = You never let people tell you what to do.
Y = You cause a lot of trouble.
Z = You're always fighting with someone.

CHECK YOUR NAME MEANING AND YOU WILL FIND THAT THIS IS
TRUE...

May 15, 2007

Iklan Jawatan Kosong

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim,perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dariarasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad SAW dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad SAW itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu :

Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

May 14, 2007

PENGUMUMAN: Henset baru Amri....

Motorola V3i
Sajer jer nak advertise aka kecoh2 kat sini...Henset terbaru Amri....Lawa gak!!!! Kalau yang limited edition tu lagi lawa wooo.....

Detik-Detik Rasulullah Dijemput Sakaratul Maut

Kisah ini dicopy-paste kan dari seorang sahabat yang acapkali mem"forward" email pada aku...Thanx to Norhisham Nordin, even aku tak kenal dia, tapi dia selalu forward email berguna pada aku...Jom kita baca dan renungkan bersama...

" Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.

Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.

Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia.

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilLah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat Penghantar Wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat rasa maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku" - "Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi... Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Karena sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. "

May 13, 2007

Kembali ke Penang...

Gerbang Bernam Jaya..Marvellous!!

Hari Rabu lepas aku dah bertolak ke Bayan Lepas, Penang disebabkan aku akan menyertai Skim Latihan Graduan dalam kursus Management sepertimana yang aku telah ceritakan dalam post yang lepas. Disebabkan person yang incharge bahgian kemasukan tu terlupa nak call aku untuk confirmkan hari kemasukan ke PSDC tu berserta dengan orientasi sekali, aku ambil keputusan terus pergi ke Penang nak menghantar barang aku yang melambak2 nih, macam orang dah ada family jer (bak kata mak aku, haha)...Semua barang aku angkut ke sana. Al-maklumlaa aku pun ade bawak transport sendiri..

Kami bertolak dari rumah dalam pukul 8 lebih dengan suasana yang agak hujan dan lembap, aku driving melalui highway Bukit Jelutong untuk ke Utara. Ini first time aku ke sana sendiri (actually bukan bersendirian sangat)..Mama ngan my youngest bro ikut sekali...Aku tak kisah pun kalau aku kene ke Penang bersendirian, lagipun I'm grown up skang..Bukan budak2 lagi...Mak aku sebenarnya seperti berat ke nak lepaskan aku, sebab aku dah ada lama kat rumah, kalau hari cuti, aku yang meneman jadi kawan gaduh dier kat rumah...Tak ada aku, senyap sunyila rumah nih, pasal abang and adik2 aku manerla nak berborak2 ngan mak aku, sumer nyaaa BERAT MULUT....Terrnyata kalau aku pergi minggu depan sunyi gelita la rumah nih...wakakaka...

Out of topic jap: >>>> [Ruangan ini adalah zon mengkritik dan pandangan peribadi BH tentang AF; tak puas hati, pergi mati!! ]

Semalam tengok Konsert AF minggu ke-9 dan ternyata memang SMS menjadi juri dengan keciciran Shawal di tangga terakhir sebelum mendapat peluang untuk ke final...Minggu depan je Final dan dengan tersingkirnya Shawal tinggal2 3girls + 2boys in Final....3 wanita nih takkan tak dapat nak kalahkan 2 ekor "burung" ni...Sebab yang tinggal bukan calang2...Mila, Candy dan the underdog Heliza dah boleh mengetepikan 2 ekor penagih simpati yang kononnya seorang penjual ikan yang tiada elektrik di rumahnya serta model sambilan dan juga atlet negeri dan seorang lagi memang yatim piatu yang tak memberikan persembahan yang diharapkan even kalau dia sihat bukan seperti semalam...

Pendapat peribadi aku, Shawal tak sepatutnya tersingkir sebab dia punya karisma yang mampu menghiburkan semua orang dengan attitude yang mampu menari sambil menari dan bagi aku itu sudah cukup menghiburkan. Tapi kontra bagi Aswad yang hanya kene dengan sesetengah genre lagu dan akan hancuss kalau mendapat genre yang terlari atau terkeluar dari "makanan" atau fortaire nyeerr....Sebab semalam Astro beberapa kali menayangkan kedudukan SMS dari semasa ke semasa mungkin dengan beberapa sebab-musabab untuk menaikkan lagi rating undi dan menarik lebih ramai pengundi untuk memastikan favourite mereka menempah tiket ke final...Kayo la Astro lagi lepas nih...Pakcik Kayyooo!!!!

Reputasi AF5 ni bagi aku hampir setaraf dengan AF3 dahulu tetapi kegemilangannya dicapai berdikit2 dari seminggu ke seminggu dan akhirnya semua warna sebenar dan ciri2 penghibur dapat ditonjolkan dan ini berlainan dengan AF3 yang mendapatkan populariti dan menjadi buah mulut orang dengan cepat dan melonjak dengan cepat dengan adanya beberapa individu yang menjadi BINTANG sebelum waktunya....Tak kisahlah apa2 pun, yang penting kita tengok jer saper yang menang nanti dan pastikan HERO/HEROIN pilihan anda adalah yang deserve menang bukan simpati semata-mata....
<<<<< [ Tamat pandangan peribadi BH! ]

Kembali ke topic asal: Kami bertolak ke Penang dan hujan berhenti bila kami menghampiri Bukit Beruntung dan kami jarang berhenti semasa di dalam perjalanan, kalau berhenti pun cuma untuk melepaskan "hajat" jer pasal kalau tembolok nih penuh nak berjalan jauh pun tak selesa. Kami sampai ke Penang dengan menaiki Jambatan Pulau Pinang yang menjadi antara yang terpanjang di Asia dan kami dapat menikmati sekejap view dari atas jambatan sebab kami jarang2 dapat sampai ke Penang. Kalau orang Penang mesti dah jelak agaknya dengan Jambatan PP nih...Tatau laa...Kami sempat snapping beberapa shot dengan camera cikai N6600 aku sebagai kenang-kenangan...huhu...



Penang tu bukan besar mana pun, kalau ko round2 ker, hampir tersesat ker bukan susah, ko akan balik ke tempat asal ko sebab everything is in an island...What goes around comes around...Pusing2 dok situ gak....And seperti biasa la kalau kaki kecik aku jejak jer Penang memang carik tempat makan jer la kerja aku, dan kerja mencari favourite spot untuk makan ini difasilitasikan oleh sepupu aku yang dah bermaustautin kat Penang nih hampir 5 tahun atau lebih; Si Ariel...At first sebelum kami singgah di kedai car wash kepunyaan ayahnye dengan seorang rakan kongsi ca-ya-nun-alif tu, kami merayau sekitar Penang nak isi tembolok pasal dah lewat tengahari dah, lagipun memang lapar pasal baru jer lepas angkut barang naik ke tingkat 4 mendaki tangga dengan berbekalkan barangan yang kedabak banyak nak mamp**....Naik baik tak terkluar t**k hijau angkut barang naik tangga yang entah berapa puluh anaknya agaknyer....

Nasib baik my youngest bro ader ikut skali, kalau tak memang aku terkucil laa...And for the 1st time aku jumpe Anuar; my new housemate and roomate too for my new rumah sewa in Penang, sebelum ni memang belum pernah jumpe pun, cume cakap telefon jer...Tu pun Minah Intiey PSDC tu yang tolong arrange-kan tempat tinggal and finaaly aku jadi roomate Anuar...Memula jumpa dia agak shy2 cats dengan Mak aku...Ajak makan pun dier takmo and aku tak kisah laa...Lagipun kami nak berjalan2 masa tuh, nak pergi carik tiket balik malam tu dan pergi carik tempat nak lunch...Rumah yang akan aku sewa tu rumah flat 5 tingkat dan aku di tingkat 4...Kiri-kanan macam penuh dengan bangsa lain (intiey + ca-ya-nun-alif) and a bit smelly sebab kawasan kejiranan begitu memang begitulah keadaannya...Keadaan rumahnya memang biasa dan cuma ada basic accomodation jer...Tak kisah ler, sebab tujuan aku nak cari ilmu jer....Kereta yang aku bawak tu seakan ok, tapi harap2 janganlah buat perangai sebab aku totally bluurr about vehicle matter nih....Aku tau naik jer...Matilaa kalau aper2 jadi...

Then lepas uruskan kemasukan barang aku yang menimbun tu ke atas rumah aku mintak diri dulu pasal ada benda lain nak dibuat. Kami sembahyang jamak qasar di Masjid Sg. Nibong dan terus pergi cari tempat makan....Pusing punya pusing tak berhasil sebab aku manalaa tau pasal Favorite spot makan kat Penang, sebab kalau diikutkan aku, makan fastfood is ok...tapi Mama yang request nak makan something special and yang expert bende2 gini cume sepupu aku tuh...And lepas jenuh memusing2 kat town, aku putuskan ke Gurney Drive je...
Dan terserempak dengan kedai makan Muthalib yang menurut Ariel memang glemer dengan pasemboq dengan mee gorengnya...Aku raser mee goreng, mama rase pasemboq dan Olien rase kueytiew goreng instead of his requestion for chaukueytiau..Halloo, maner la ader chaukueytiau kat Mamak la Olien, sengal sungguh!!! Dan ternyata mee goreng dan pasemboq dier sedap!! Kuewtiau jer yang kurengg skit and Olien request nak sos cili laks!! SENGAL!!
Lepas makan lebih kurang kami bertolak nak jumpe Ariel kat Tanjung Tokong tempat carwash abah dier...Sajer nak jumper..Sambil2 jalan kami terleka sampai terlepas dan tak prasan dengan carwash tuh dan terlepas sampai ke Tanjung Bungah and sampailaa terlajak ke Batu Feringghi...Jauh tuh nak patah balik, tapi sempat kami singgah kat Masjid Terapung Tanjung Bungah dan snapping beberapa shot sebab memang sengaja nak men"tourist"kan diri instead bukan selalu ke
sini...huhu...Masjid terapung tuh memang masjid baru, dan masa kami sembahyang jamak maghrib dan siyak kat sana pun jemaah berapa kerat sangat... Bile dah habis pose2 kat Masjid Terapung tuh kami call Ariel dan tanya arah ke carwash dier, and memang dah terlajak jauh sebab carwash tu dekat sangat dengan Island Plaza; antara shopping complex yang ada kat Penang di Tanjung Tokong tuh...Lepas sampai je carwash terus jumpa Ariel and berborak sikit2 dan mintak diri pasal saje jer nak jalan2 pi Batu Feringghi atas dasar nak relaks sekejap sebelum malam dan untuk dinner ingat nak mintak tolong tourist guide tak berbayar kami; Ariel untuk tumjuk tempat makan best...

Kami meneruskan perjalanan ke B.Feringghi (BF) atas sebab nak shopping di pasar malam kat sana tapi malangnya masih terlalu awal dengan hampir tiada gerai pun yang dah dibuka dan kami mengubat kehampaan dengan lepak2 kat pantai berhampiran...Pusing2 kat pantai BF tu tak ada pulak spot boleh lepak2...then kami meneruskan perjalanan dengan misi untuk melepak nak melepaskan rasa penat memandu jauh and finally sampai ke Pantai yang dipanggil MIAMI Bay...Tatau naper dipanggil gitu tapi tempat tuh memang agak lengang...Tak kisahlaa, dan aku pun takmo buang masa terus melelapkan mata yang dah kuyu2 stim nih dan lena dibuai mimpi seketika sementara Olien gi layan sorang2 diri merayau kat Pantai tu sampailaa masuk waktu Maghrib dan kami sembahyang di Masjid Terapung Tanjung Bungah....

Selesai solat, kami pi jemput Ariel dan menuju ke Balik Pulau sebab Mama teringin merasa chaukuewtiau yang cam sedap tu...Merasalah kami mendaki bukit sebab jalan nak ke tempat tuh di Balik Pulau agak berbukit, nasib baiklaa kereta tak semput dan masih mampu lagi....huhu....dan nasib tak baiknya tempat tuh tutup dan kami putuskan untuk patahbalik ke town nak carik makan kat situ...Lagi sekali menurun bukit dengan jalan yang bengkang-bengkokbank macam ular kena palu....Dan kami singgah di restoran yang agak famous dengan set naan dengan tandoori dan beriyani claypotnya....Aku dan Ariel memesan Naan Set with Tandoori, Olien dan Mama dengan Beriyani Claypot....Aku dah pernah makan tanddori dan memang sedap dan takmo try benda lain sebab takmo kenyang sangat....

Mine....

Olien's Dish...

Ariel's Dish...

Mama's dish...

Dah habis melantak, komen mama yang beriyani tu tak berapa sedap dan mama tak habis makanyer aku terpaksalah menjadi "detritus feeder" dalam kes tuh...wakakaka...Aku dapatla merasa Beriyani CLaypot dan bagi aku ok jer...Takda masalah sama seperti Tandoori aku...huhu...Sedap nyer...Lain kali boleh try lagi....dan kami bertolak pulang hari tu dengan perut yang kenyang dan aku akan kembali ke Penang dalam masa seminggu lagi...Perjalanan bas ekspress kami pulang ke Shah Alam diiringi dengan hujan yang agak lebat tapi tu yang syok boleh tidur sepanjang jalan...

Oklaa, sampai disini celoteh panjang BH...Lotih dah pokcik nih...

Sehingga di lain blog, Maassalamah....

May 11, 2007

PhD In Candat...Don't Play2....


:: Gi Candat Sotong :: Part 2

Menyelusuri Sungai Marang menggamit kembali kenangan yang dulu dengan Tiha, Ija, Amri untuk mengambil sampel sedimen dasar sungai....Waktu tu aku sempat berangan mengimbau balik kenangan yang cukup manis tuh...Tapi itu cerita lama, sekarang aku berada di tempat yang sama untuk tujuan yang berbeza.....




Beberapa shot gambar2 kat atas nih antara yang mengingatkan aku kembali masa zaman sampling untuk final year projek kami...Lokasi gambar ni di jeti Marang....Masa mula2 bot yang membawa kami mencandat nih datang menghampiri, aku teringat dengan bot kepunyaan KUSTEM yang sentiasa setia menemani kami membawa ke semua destinasi bagi tujuan pembelajaran kami...Bot ni sama buruknya dengan bot UNPUTRA I & UNIPUTRA II....Tapi sama2 berjasa....


Berbalik kepada aktiviti mencandat kami tu, sebelum kami bertolak, semua orang sibuk shopping sakan nih, bukan beli baju tapi beli makanan!! Yellaaa, takut nanti kebulur atas bot buleh la buat kudap2 sambil candat. Tak cukup dengan tu, kami turut diberi makan pil tahan mabuk...Aku kalau diikutkan tak mau makan pil tu, tapi atas desakan member2 candat yang lain, aku "dipaksa" makan jugak, takde pilihan makan jer...Aku bukan tak biasa naik2 bot segala bagai nih....Tapi aku merendahkan ego aku dengan menelan 2 biji pil tahan mabuk nih...huhu...

Bagi aku, cuma pil yang dikatakan boleh tahan mabuk, tapi benda tu seakan mainan psikologi jer, buat meng"kaya"kan tokei pil mabuk jer.....Dan ternyata aku "A" ok jer atas bot...Bukan boasting tapi aku memang ok...Dan beberapa ahli bot yang lain yang dari awal2 lagi dah menelan pil tu. alih2 bila sampai tengah laut jer, suma dah flat...Pulak tuh ditambah dengan suasana air laut yang tak setenang selalu dan bot kami dilambung ombak!! Maunye tak mabuk...Uwwweekk!!!


Bot yang kami sewa dengan kadar RM600 semalam tuh dinaiki oleh 10 orang pencandat wannabe dan pencandat sejati...hehehe...Hampir kesemua pencandat tu lebih berusia dari aku dan ada seorang jer yang lebih muda dari aku...Yang tu pun mabuk laut jugak...Abah, Pakcik Azhar, Pakcik Mat, semuanya mabuk...Memang diorang dah flat awal2 lagi dan surrender dengan masa dihabiskan untuk menghilangkan mabuk dengan tidur jer....huhu...Rugi laaa duit bayar naik bot ni tapi memang diorang tak boleh buat aper2...

Suasana dalam bot memang sama dan seakan2 dalam bot UNIPUTRA dulu...dengan bau diesel yang cukup buat menyengit lubang hidung, bunyi ekzos kapal yang semput...Memang mirip...Dengan kelajuan yang agak perlahan kami berdikit2 meninggalkan jeti Marang dan keluar ke laut melewati Pulau Kapas dan akhirnya kami berlabuh sauh di situ...Kelihatan banyak bot2 candat yang lain berlabuh berhampiran dan semasa itulah, kira2 jam 6 petang kami dah mula menurunkan alat candat...Masa mula2 biasalaah kalau semua orang bersemangat....

Dan selepas beberapa minit menurunkan alat candat dan pancing masing2, brader yang mencandat sekali dengan kami telah mendapat habuan sulung untuk dia hari tu...Seekor sotong yang sederhana besar dinaikkan dan masa tu la riuh satu bot sebab habuan sulung dah mengena dan secara automatiknya kami yang lain rasa tercabar dengan brader tuh...Keadaan laut pada masa tuh tak berapa tenang sebenarnya, agak berangin dan bot kami terumbang-ambing...Masa tu la mula ada yang dah terasa2 nak mabuk....


Brader kat sebelah ni yang pertama dapat sotong untuk hari tu...Gambar habuannya kat atas nih...Tak la berapa besar sangat, tapi ok laaa....Bermula dari situ saat kegemilangan brader tuh...Memang makan hati jer tengok acapkali mata kail dier disambar sotong...Kejap2 asyik muka dier jer yang mengena...Nak kata benci pun ader gak...Tapi takper, aku try jer, sebab sebelum nih bukannya aku tak pernah mencandat, cuma belum ada pengalaman umpan mengena...Ini tak boleh jadi nih...Aku kene gak candat sampai dapat...Aku memotivasikan diri aku...hehehe....Maner boleh putih mata jer tengok orang lain mancing dapat, aku tak dapat...Sungguh2 nih aku memotivasikan diri aku sendiri...

Memang memancing nih memerlukan kesabaran dan nasib...Nasib yang baik memang menambahakan lagi rasa nak memancing nak mendapatkan lebih lagi umpan yang mengena....Dan dengan kesabaran menunggu lebih beberapa jam, waktu hampir ke senja menghampiri malam...AKHIRNYA...Aku terasa umpan aku ditarik2..."Ini macam mengena nih"....Aku pun konfius sebenarnya, nih sebab terkena arus ker memang dah mengena umpan aku....Ish...Aku tak mahu ambik lebih banyak masa dan terus menarik umpan untuk dinaikkan umpan melihat kalau2 ada sotong "bodoh" yang memakan umpan aku...Tarik punya tarik...Hah! Mengenaa!!!


Memang gembira tak terkata laaa...Bukan kecik2 anak sotong yang aku naikkan, tapi sotong yang agak dewasa dan panjang..Masa tu hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku...Buat pertama kali dalam hidup aku dapat menaikkan sotong yang agak besar...Seronoknyer...Penantian aku memang berbaloi...Yang lain pun turut mengagumi aku, tapi aku tatau macam maner nak express perasaan aku masa tuh..Aku buat2 la cam tak ada perasaan..huhuhhehehe....

Lepas daripada saat berharga tu selang masa untuk dapat sotong kedua memang lama...Dan aku pun nak try la mencandat pakai joran, nak mencuba nasib dengan mekanisme yang lain pasal dah naik lenguh aku menarik2 gelung candat tuh berapa kali aku sendiri pun tatau dan bertukar2 port beberapa dengan alasan nak mendapatkan sotong kedua....Bila dah bertukar pakai teknik joran, lagi senang la kerja mencandat aku, cuma agak kekok sebab aku bukan kaki pancing...Pegang jorang pun entah berapa kali sangat...Naik sengal2 dan cramp jugakla tangan aku...Selang masa yang agak lama barulaa aku dapat sotong yang ke-2, ke-3, ke-4, ke-5 dan ke-6...Sampailah tengah malam...

Time tu bukan ramai sangat pun yang tinggal untuk mencandat, 2-3 orang jer out of 10 orang...Yang lain ramai yang dah landing, ke-flat-an dek mabuk laut...Aku an 2-3 orang brader yang lain sumer steady lagi...Nak-nak lagi malam tuh hujan turun dengan lebat 2-3 kali ditambah dengan laut yang bergelora...Aku tak kisah sangat, cuma jangan sampai bot terbalik sudah...Sebab dah tengah malam, mata aku dah naik mengantuk nih, tapi gagah gak nak mancing sampaikan aku terlayang sekejap2 sambil tangan masih lagi pegang joran...Last2 aku ambil keputusan nak tidur sebab memang aku dah letih pun disebabkan banyak aktiviti dilakukan di siang hari...

Bila nak tidur aku tercari2 port yang sesuai tapi malangnya tak jumpe sebab sumer tempat dah dipenuhi gelimpangan manusia yang tak tahan gelombang laut a.k.a mabuk laut...Last2 aku amik tempat yang masih kosong kat depan bot dengan berbantalkan lengan berbumbungkan langit aku terus lelap...Tapi tak lama, kire2 dekat jam 2 lebih, pasal sejuk sangat atas bot tuh, tengah laut pulak tuh, dengan aku yang cuma berseluar "steng" jer dengan baju T lengan pendek, sejuk yaamatzz....huhuhu...Tak boleh tidur la ini macam...Aku terjaga dan nampak Abah tengah sibuk dok mancing, tengah ngantuk2 tuh...Last2 aku take-over tempat Abah...Abah sambung tidur...

Aku tak ada pilihan lain dah teruskan memancing sebab tak ada benda lain boleh dibuat...Masa tuh la banyak binatang pelik2 aku nampak...Nampak ular air laa, ketam berenang2laaa, ikan alu2, binatang kilat2 kaler biru, ikan leper laa...Macam2...Aku risau gak masa ternampak ular air tuh datang dekat, mane la tau tetiber jer ular tuh menerkam ke aku, tak ke naya...Tapi nasib baik ular tu tak cukup berani...hehehe...Legaa...Masa tu la aku rasa masa yang syok nak memancing, masa tu la joran aku banyak mengena. Selang beberapa minit sekali aku dapat naikkan seekor demi seekor sotong, Seronok sussah nak describe dan sampaila pagi aku dok ralit memancing...

Sedar tak sedar masa berlalu terlalu cepat dan sedar2 dah pagi rupenyaa..Punyela syok memancing kalau umpan mengena...Tak sedar langsung masa berlalu...Dapat tengok sunrise pagi tu memang mendamaikan dan bagi aku hasil candat aku untuk hari tu okla for a beginner like me...Ok What!!


Dalam pukul 8.30 pagi barula kami bertolak pulang ke jeti pasal semua dah tak tahan dan kelaparan sebab belum breakfast lagi...Kami pulang dengan pelbagai pengalaman yang suka bagi yang dapat habuan dan duka pada merka yang mengahbiskan masa dengan tidur sebab mabuk laut...Kalau aku diberi peluang pergi lagi, akan aku buat persiapan yang lebih baik sebab nak dapat hasil yang lagi banyak lagi...Aku tamak...hahahahahaha....
Oklaaa, banyak lagi backscene story actually to tell u, but it's ok for now...
Till then, see u in another space...Maassalamah!!
[Credit to Pakcik Azhar, Abg Mat, Mejar (B) Man, Abg Fauzi, Abg Mat Sehat, Abg Adi and OF COURSE my Abah]

May 6, 2007

:: Gi Candat Sotong? Seronoknyerrrr....Tapi Penat!!! Part 1 ::

Seperti yang aku dah war2-kan dulu...Aku pi candat sotong di tempat yang pernah aku tinggalkan dulu...Setelah beberapa tahun aku tinggalkan KT, kini aku kembali untuk tujuan yang jauh berbeza dari yang dulu....Kira-2 3 hari 2 malam aku habiskan dengan berlibur seboleh dan semahunya sebab aku sendiri pun tak tahu bila lagi aku boleh dan akan jejakkan kaki ke negeri keropok lekor nih...Kalau diikutkan mahu sahaja aku berjumpa kawan2 lama yang dah bermaustautin dan berkerjaya ataupun masih mencari segulung lagi pengiktirafan akademik di sana, tapi faktor kekangan masa yang dibandingkan dengan bilangan aktiviti yang hendak dihabiskan di sana memang tak mencukupi...Takpelaa maybe lain kali...

Waktu perjalanan yang agak panjang memang menjerihkan samada kita menjadi pemandu atau yang dipandu...masa berjam2 dihabiskan di dalam kenderaan memang sesuatu yang panjang dan itulah lumrahnya...Pulak tuh untuk perjalanan ni aku yang jadi pemandu mungkin faktor usia aku yang lebih muda daripada penumpang yang lain yang agak berusia dan aku dikatakan mungkin "orang muda"; mata terang, kuat lagi, boleh driving malam2...tapi bagi aku sama jugak tak kira tua atau muda, semua akan merasa letih, tenaga yang dihabiskan untuk memandu diakhiri dengan "revitalize' dengan tidur yang cukup...Tu la pasal sampai2 jer kat Ajil; rumah mak kepada Pak Cik Azhar; kawan abah yang nak memandu kami ke semua aktiviti di Ganu nih, kami terus basuh muka ala kadar dan _krooohhh_ terus tidur cam orang pengsan..!!!

Bertolak dari KL tengahari selepas sembahyang Jumaat, pergi ambik Pak Cik Azhar, Si Berahim, gedebak-gedebuk selesai bertolak ke Terengganu pukul 3 lebih....Aku driving pun tak berani nak tekan laju2 pasal roadblock memang berlambak2 on the way ke sana...Paling tinggi aku berani tekan pun 120-130 km/j ikut tempat, sebab polis skang nih bukan pakai perangkap halaju, rekod gambar dan hantar surat ke rumah. Tapi polis akan pakai kamera perangkap halaju kat favorite spot dier dan tangkap no kenderaan dan report kat polis yang buat roadblock kat depan skit...Dan-dan maser tuh jugak ko kene saman kalau ko ditangkap memandu laju...Aku bernasib baik la pasal aku ader tekan laju jugakla, tapi sebab maybe ralat ape, I ain't got caught laa...Tapi berdebarnya masa roadblock tuh Tuhan jer yang tahu, dan bila lepas jer roadblock, fuhh....lega gilaa....Sebab memang aku ade tekan laju skit sebab kalau bawak kereta berat cam Storm tu tak shiok lak bawak slow...
LAJU barula sedap!!!



Dipendekkan cerita pagi tuh, pagi2 lagi kami dah keluar nak pergi memancing kelah di Tasik Kenyir. Aku actually tak berapa nak berminat sangat memancing kelah nih...Kalau candat tuh ok laa...Tapi disebabkan aku tak ada pilihan yang banyak, aku tak kisahlaa...Kalau aku nak memancing, aku pancinglaa, paling tidak pun aku jadi "pemerhati" jelaa....

Lama jugak diorang memancing kelah nih...Kami memancing actually bukan dalam the tasik itself, tapi kat sungai
yang mengaliri ke Tasik Kenyir tu...Tapi mungkin nasib dan rezeki belum lagi menyebelahi kami, bilangan ikan kelah yang diperolehi agak sedikit berbanding dengan hasil pancingan yang terdahulu yang pernah Abah dengan kawan2nya pergi...

Gambar kat sebelah nih adalah gambar lokasi di mana kami pergi memancing kelah yang tak seberapa...Kelah kat sini agak jinak gak, sebab masa aku bermandi manda kat dalam tuh, boleh ikan2 nih jadi friendly sesangat?? Bulih pulak aku kene gigit2 dek anak2 ikan nih...Nasib baikla aku tak jadi makanan anak2 ikan nih..hehehe...Lokasi tempat memancing nih agak tersorok dan sunyi tapi syok, sebab deruan air sungai yang mengalir menyusuri batuan sungai memang mendamaikan...Lepas tensen aku kat sana...Bila dah agak lama aku dok memerhati all these anglers nih mancing, Pakcik Azhar (my abah's friend) ajak aku pi carik rebung...Carik rebung!!!Haaa??!!!Aku tak pernah buat benda2 gitu tapi aku ikut jer...sebab kat sepanjang tebing sungai tu berlambak2 rimbunan pokok buluh dan takkan tak ada rebung...Pakcik Azhar dah ajak, aku ikut jer...

Kami menyelusuri sepanjang sungai menaik menuju ke hulu sungai dan mencari2 rebung....Tapi malang tak ada rebung lagsung! Memang pelik pasal semua rebung dah tak ada pasal mungkin dah ada orang yang dah ambil sebelum nih, jadi kami cuma mengambil daun palas je, buat ketupat palas...Tau ker mak haku buat ketupat palas??? Satu tanda tanya besar bermain di benak fikiran aku...huhuhu...Masa Pakcik Azhar masuk dalam hutan sekejap dan aku dok menunggu kat tepi sungai sementara dia pi carik rebung. Masa aku dok termenung menunggu kat tepi sungai tuh, rasa seram2 sejuk pun iye, pasal aku sorang2 jer kat saner, Abah dan kawan2 pemancingnya yang lain jauh kat hilir sungai...Aku risau2 gak manala perginye orang tua nih, rasa lama jugak dier masuk hutan manatau kalau tersesat jer...Meremang jugak aku dok sorang2 kat situ, tapi lepas a while barulaa Pakcik Azhar keluar...Ada lagi rupanya...Legaaa...

Setelah hampir 3 jam memancing inilah hasilnya....
Hasilnya memang tak banyak tapi tak kisahlaa...sebab Abah aku nih memang obsess skit untuk membela kelah nih pasal potensi harga kelah nih di pasaran memang tinggi. Sepanjang pemerhatian aku, ikan kelah nih kalau yang kecil pun harga dah RM 7-8!!! Kelah yang kami perolehi nih kami bungkus dalam plastik bag elok2 dan kami masukkan oksigen, dengan harapan boleh bertahan lama sampai petang Ahad esoknya...

Lepas habis je mancing kat Sungai Kenyir tuh, kami terus bertolak balik naik 4 wheel drive abah aku tuh merentasi sungai dan balik ke rumah untuk bersiap nak ke laut pulak untuk mencandat sotong...Masa tuh badan semua orang dah lenguh dan penat2 tapi masih bersemangat nak ke laut...huhu...Kami singgah makan tengahari kat satu kedai yang so-called "famous" dengan masakan ikan baungnya yang konon2 sedap...Bagi aku, mungkin bagi mereka sedap tapi bagi aku, biasa saja dan macam tak sedap langsung. Sebab nak jaga hati Abang Mat yang nak entertain kami, aku telan jer masak tempoyak ikan baung yang serba tak cukup rasa tuh...Kalau korang raser sendiri la, aku tatau nak komen aper, tapi pengalaman aku makan masak tempoyak paling tak sedap...

Masakan cenggitu aku raser baik tak payah panggil masak tempoyak, tapi panggil jer masak singgang ker, pindang ker pr what ever laas..sebab raser dier tak derserve langsung diberi nama "masak tempoyak"...aku actually bengang sebenarnye masa tuh, sebab lepas balik mancing for sure la lapar tapi bila dapat makan, makanan yang cam hampeh!!! Memang double-horroble betuii!!!
Pulak tuh, dihidangkan dengan ulam2an yang agak pun tak pernah nak makan sebelum nih sepanjang hidup aku!!! Ni segala ulam ada, ulam daun tenggek burung laa, ulam raja, daun pegaga and entah apa2 lagi entah...Semua ulam2an tuh akan dicicah dengan budu...Lagila aku tak makan, bukan pasal aku tak makan budu ker cencaluk or whatever bende2 yang cenggitu, tapi masakan tempoyak tuh buat kembang tekak aku dan hialang selera makan...Sebab tak berapa nak selara makan, aku habiskan cepat2 dan cuci tangan...huhu...bila disua untuk tambah lagi nasi, TAKPE laa...huhu!!

Bukan aku tak biasa makan tempoyak, cencaluk, budu sumer, padahal makanan tuh laa yang aku dok telan hari2 lagi2 masa bulan puasa dulu maser kami bersahur sama dengan Amri, Hilmi, Razif, Sai and Epul...Kalau la korang ingat balik macamaner kite ratah jer cencaluk dari pemberian dak Eija Kecik yang diimport khas dari Melaka yang dimakan dengan telur dada goreng dengan nasi panas2...pehh!!! And on the other morning masa ader kuliah tuh, bau cencaluk tu melekat tak mau hilang....hahahaha...Masa kuliah tu terbau2 lagi bau cencaluk kat tangan, masa siang hari bulan puasa lak tuh....Bayangkan!!
Lupakan pasal makanan yang tak sedap tuh dan proceed ke cerita mencandat sotong..

:: Bersambung Part 2 ::

May 3, 2007

Going To Terengganu Was Like a Revive !!!

Hi Everyone!

Tomorrow I'll be headed to Terengganu with my Abah, and few of his friends for a few days of holidays/vacation/trip or whatever it might been called...I really feel so excited for having the chance again to be visited my old skool playground since I was young before during my study day...Aaarrr, missing u all guys and all the sweeties of memories a few years ago...(Am I so "Oldies" now?) hahaha...

Either Abah or me might be the driver for tomorrow and I'll pray for the peacefulness of our journey back and forth...Risau jugak sebab malang tu memang tak pernah yang berbau...Kalau boleh mintak simpang [malaikat 44] dan kami akan pulang dengan membawa pulang hasil tangkapan yang lumayan!! Yaaa!!!Huhu...Aku bukan pandai mancing ikan pun, tapi buat2 pandai jer...

Maybe kami akan mencandat sotong pada sebelah malam dan memancing kelah di sungai pada waktu siang....Aku terfikir gak ader ker stamina nih nak marathon memancing for twice sebab sebelum memang tak pernah buat pun..Whatever it is, I'll take this a "new experience" for a dummy fisherman like me hahaha!!

Malas nak kecek banyak sangat tapi aku sajer nak letak gambar dulu maser pi field trip kat Pulau Redang, Terengganu; few years (3 years ago - think soo)...Take a look, rememberize and flash back ok???
Till then...Maassalamah...Sehingga di lain blog....








Miss U Guys SoooooooooooOOOOoooooOOOOOO MucH!!!

May 2, 2007

SELAMAT HARI PEKERJA

1 Mei setiap tahun mungkin hari ni adalah hari yang santai untuk semua makhluk yang bergelar pekerja....Perkataan buruh mungkin agak rough bagi sesetengah pihak tapi itulah hakikat sebenar pekerja a.k.a buruh ni nak-nak lagi di zaman sekarang yang serba-serbinya memerlukan duit. Sampaikan ada yang jadi "hamba duit" semata-mata untuk hidup senang.

Bercakap tentang Hari Pekerja ni tema tahun ini di Malaysia khususnya adakah "Pekerja Produktif, Negara Kompetitif" ...Memang bertepatan la dengan Malaysia sebab sekarang ni Malaysia sedang "berusaha gigih" untuk mencapai taraf negara maju dan itu bukanlah satu misi yang dapat dicapai dengan mudah dan isu kemiskinan merupakan salah satu aspek yang diambil kira untuk mencapai misi nasional nih..Cewahh hari I Talk seriously pullekk...

Berkisar dengan kerja, bukan semua orang bernasib baik punyai kerja dan kalau aku tak silap statistik bilangan pekerja di Malaysia nih cuma 11 juta out of 26M of Malaysian (the current number of citizenship) and keep counting. Golongan umemployed ini bertungkuslumus di dalam mencari mana2 lubang yang sesuai untuk meneruskan hidup sebab hidup ini mesti terus....Macam situasi aku nih yang masih mencari2 lubang yang sesuai atau pun tak kisah janji apa2 yang menjanjikan duit aku sanggup tempuh...Even aku pernah berkerja kerja-kerja dalam kategori "buruh kasar" ni yang mungkin tak seangkatan dengan kelayakan "U" aku tapi beberapa bulan menempuhi kerja yang tak tentu masa dengan gaji yang rendah dan jarang sekali ada increment aku tak kisah.


Sebab dari situ aku dapat belajar tentang apa erti hidup sebenar dan betapa perit-jerihnya untuk mencari rezeki untuk menyuap mulut sendiri dan belum lagi kalau aku dah berkeluarga nanti. Dan pendapat aku, bukan semua orang sanggup melakukan kerja-kerja kasar yang tiada cuti hujung minggu seperti yang aku pernah alami nih...Bile aku tanya adik aku yang ala-ala malas nak belajar tuh lepas ambil result SPM nak kerja apa...dia cakap tatau dan aku suggestkan kerja jer yang "senang-senang" atau "biasa-biasa" dulu cam kerja yang aku pernah buat dulu then baru la cari kerja elok & dia boleh cakap dengan berlagaknya "TAK MINAT"...aku pun hangin la dengan adik aku tuh dan memulakan cermaha hujung minggu aku tuh..Dah la belajar tak jalan ko nak kerja senang jer...mula-mula nak bekerja kenalah kerja yang susah2 dulu...Ni ko nak kerja goyang kaki jer banyak cantik...!!!

Harapan aku untuk masa depan yang lebih cerah dan promising adalah tinggi kerana aku tahu Yang Maha Esa lebih mengetahui segalanya dan aku percaya setiap manusia di bumi ini telah ditentukan rezekinya dan menjadi susah dalam mencari pekerjaan mungkin satu ujian untuk aku dan aku perlu cekal dan strong sebab kalau aku tak kuat tak dapat mencapai apa yang diimpikan, sebab hidup nih realiti dan bukan fantasi dan bukan mudah menyusur tangga ke angkasa. Bukan mudah menggapai mimpi jadi realiti...Bak kata bait2 lirik Menuju Puncak...

Berkenaan dengan mimpi malam tadi aku bermimpi yang agak pelik dan seakan Drama Minggu Ini. Mimpi aku berkisar tentang nenek aku dan seorang budak perempuan kecil yang meninggal dunia bersama dalam satu hari, dan kedua-dua jenazah dikebumikan di hadapan rumah atuk aku di kampung di Melaka. Masa aku mimpi tergambar jelas yang ada batu nisan di depan rumah tuh untuk 2 buah kubur...Yang peliknya, memang nenek aku dah meninggal dunia 6 tahun dulu dan atuk pun dah kahwin lain...Selain tu kami seisi keluarga seakan "meraikan" kepergian arwah dengan kenduri dan nyanyian nasyid dan aku menjadi salah seorang daripada vokalis utamanya...menyanyikan laungan zikir munajat yang syahdu-syahdan tuh...Memang feeling tangkap nangisla masa tuh...

Dan persoalannya, ada maksud ker di sebalik semua mimpi aku tuh...???Tak kisah laa...

Dan sampai di sini dan sehingga di lain blog...Maassalamah...

SELAMAT HARI BURUH, SELAMAT HARI WESAK & SELAMAT HARI ASMA SEDUNIA...Daa!




BH@Instagram