It's your day, Teacher! HAPPY TEACHER'S DAY...
Aku juga seperti insan yang pernah bergelar kanak-kanak sedari umur 6 tahun sehinggalah dewasa menjangkau 22 tahun telah menuntut ilmu dan mengalami alam persekolahan yang penuh dengan segala macam peristiwa dan pengalaman bersama dengan "ii" ini...
Sewaktu di Tadika Kemas Seri Kenangan, Seksyen 17, Shah Alam....
Waktu persekolahan "main-main" ini agak pendek dan aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh persekolahan adalah lebih menumpu kepada pengembangan minda awal bagi membentuk insan intelek suatu hari nanti. Aku yang masa itu berumur lebih kurang 6 tahun seronok mengikuti kelas tadika bimbingan Cikgu Ummi Kalsom (kalau aku tidak silap) entah apa la agaknya berita Cikgu Ummi yer....Sesi pembelajaran yang diselangi dengan nyanyian dan sesi bermain begitu mengasyikkan sekali.
Bukan setakat belajar sahaja, kami turut di ajar untuk makan bersama yang disediakan oleh "Ibu" - cuma makanan ringan cam bubur kacang, air cicah biskut etc... dan selepas makan kami akan beratur panjang untuk mengambil peralatan untuk memberus gigi...It's Gosok Gigi Time!!!
Seronoknya aku rasa masa tu, sebab kami aku memegang cawan murah kaler merah berisi dengan air dan berus gigi comel kami akan dicalit dengan ubat gigi Colgate yang memang mendominasi pasaran ubat gigi sedari dulu lagi...Kami akan duduk mencangkung beramai2 di tepi longkang dan Cikgu Ummi akan mendemonstrasikan cara-cara untuk memberus gigi dengan betul..Masa tu taktau apa2, just follow the demo, bila dah besar ni rasa cam malas lak nak gosok gigi cara gitu, too complicated..Lambat lak tu... Masih ternyiang2 lagi segala peristiwa tu, dan aku masih ingat sampai ke hari ini...
Bukan setakat mengajar kami memberus gigi sahaja, malah kalau ada antara kami yang mengalami masalah "gigi goyang" dan perlu dicabut...Waahh, sakitnyerr, tapi aku tak boleh lupa pasal bende tuh. Asal Cikgu tau jer ada yang giginya goyang, cikgu akan offer untuk cabutkan gigi tradisional way...Korang tau ke camner...???
Cikgu akan baringkan pesakit tuh atas riba dia; aku laa (waa, cam dentist lak)...dan aku kene nganga besar2 dan Cikgu akan masukkan benang yang dah disimpulkan seperti tali untuk menambat lembu tu, dan akan dimasukkan ke dalam mulut terus ke gigi yang nak dicabut...Kalau tak sampai Cikgu akan joloko dengan pen dan bila sumernya dah ready...Tanpa ubat bius, tap!!!...Dah tercabut....Naik berair mata aku menahan sakit tapi kejap jer, then sumernya lega...Gigi yang tercabut tuh Cikgu bagi bawak balik dan buat kenang-kenangan...hahaha....
Terima kasih cikgu, kalau tak kerana cikgu tolong cabutkan gigi saya, dah tentu gigi saya akan berlapis2 cam sesetengah artis tu...huhu..Silap2 nak lawa kene pakai braces lak...wakakaka...Lihat gigiku, cantik tak????heee....huhu....
Aku bersekolah hampir 6 tahun di SRK Seksyen 17, dan aku hampir lupa tapi masih ingat nama2 Cikgu yang pernah mendidik aku...
Aku senaraikan kelas aku dan cikgu kelas aku...Nama kelas nih aku tak beraper ingat pasal aper? Pasal aku dah tua laa...huhu...
Darjah 1: 1 Ros : Cikgu Mardiana
Banyak lagi nama2 cikgu yang telah mengajar aku sepanjang 6 tahun aku habiskan kat sekolah tu..belum campur dengan cikgu sandaran and cikgu praktikal memang banyak sekali...Tak tersebut kat sini...
Cikgu yang mampu aku nyatakan kat sini, Cikgu Maimunah, Cikgu eh Puan Enon (tak sebut Cikgu Enon sebab rase cam kelakar, ampun CIkgu!!), Cikgu Hashim, Cikgu Ahmad, Cikgu Razali (guru besar), Cikgu Misbah, Cikgu Reza (Cikgu disiplin merangkap cikgu English yang terpaksa berlagak Garang, think soo...), Cikgu Mahayon; cikgu muzik yang sporting dan akan memberikan ganjaran berupa wang kepada muridnya kalau dapat banyak bintang untuk hasil kerja yang baik dalam subjeknyer..( yang juga kakak pada The Famous Mazuin)....Mrs Ong; yang kerap kali jadi bahan ejekan pasal bunyi nama seakan2 bunyi cik kodok jer...Sian kat Mrs Ong...Cikgu Baizura, Cikgu ape lagi??? Banyak laa...Banyak yang dah lupa, tapi aku tak pernah melupakan jasa Cikgu2s semua dan jutaan terima kasih yang mampu saya ucapkan...Thanks Teacher...
Tapi most memorable teacher yang bawak kesan pada aku adalah all the teacher's below:
- Cikgu Muslimah Jabar ; aku ada kes dengan cikgu nih..Bukan setakat dengan dier jer, dengan anak dier sekali pun ader; Aidy Anuar nama anak dier...Begini ceritanya yang telah dipendekkan oleh BaniHassim - aku suka la makan chewing gum kat sekolah, dah habis manis chewing gum tu, aku pun campakla merata dan bila dah baling tuh, terbaling terkena kepala anak cikgu nih...Dah tu melekat la kat rambut dia...Mampus aku...Terus dier repot kat mak dier...
Dalam hati aku cakap "Mampus aku ni, dia terus repot kat mak dier laa.."...tau je la kalau dah lekat kat rambut bukan boleh tarik keluar, kene potong sikit rambut yang terkena tu...Last2 aku ingat kene marah tapi tak pasal maybe cikgu Muslimah ni paham, BUDAK-BUDAK!!!....Nasib baiklaa...Sebab mase mak dier tanya sape buat, dier cakap aku yang buat, tapi aku tak kene apa, maybe pasal aku tak larikan diri, tapi buat muka seposen mengadap cikgu tu dengan muka bersalah dan buat2 nak tolong tanggalkan chewing gum yang dah melekat kuat tuh...Sengal sungguh!!!
Ada satu lagiu kes, kes aku tulis bende2 kejadah love2..eg: Hazren love Hani ke Farhana (somebody; yang aku tak ingat)....Aku conteng bukan kat mana, kat belakang buku...buku latihan subjek dier pulak tuh...Haa, amik penangannyer, kecik2 dah nak main2 puppy love, Mak aku kene panggil mengadap cikgu nih kat sekolah...Mampus aku...
Tapi Cikgu Muslimah ni memang aku puji pasal dia penggil mak aku datang bukan setakat nak blame aku jer, tapi ada gak puji2 aku...dier cakap aku rajin laa, aku bijak laa, aku pandai melukis laa, selalu tampal lukisan air terjun aku tu kat dinding kelas laa...huhu...terharu sungguh aku...Terima Kasih Cikgu Muslimah... - Cikgu Faezah ; aku pun tak berapa ingat pasal aper..and maser tu aku darjah 5...erm, maybe pasal aku ader ponteng kelas ker, tak buat kerja sekolah...tapi yang pastinya, aku ingat aku kene panggil kat library masa tengah kelas...Slow talk jer Cikgu Faezah nih..Tutur kata dier memang lembut tapi penuh dengan hikmah dan sarat dengan kesedaran...tak ada unsur kemarahan langsung dalam slow talk tu..tapi yang peliknyaa...
Mungkin timbul rasa sesal dan insaf dalam diri aku, dan dari situlah, menitik air mata aku satu persatu dan basah atas buku yang aku pura2 baca tu...Dari situ aku berazam untuk belajar bersungguh-sungguh sebab ilmu satu-satunya cara untuk berjaya dalam hidup...
Banyak lagi perkara yang berlaku sepanjang tempoh 6 tahun tu, termasuk mak aku dipanggil berkali-kali mengadap cikgu kelas sebab tak mau buat kerja sekolah, tak mau pergi sekolah sebab tak buat kerja sekolah...dan paling jahat aku tak pergi sekolah aka ponteng pasal dah lambat nak masuk kelas...Bukan aku sajer2 nak buat gitu, tapi atas hasutan abang aku..cess, memang pengaruh negatif abang aku...
Abang aku : "Alamak, gate dah tutup laa"....
Aku : " Ye ker...camner nih bang??..."
Abang aku : " Camner ek, kita ponteng jer, kalau masuk gak nanti kene tulis nama..."
Aku tak membantah dan terus ikut telunjuk bengkok abang aku tuh...Bende tu berlaku 2-3 kali jugak laa..sampaila kami kantoi dek jiran kami yang terserempak dengan kami kat kedai dekat dengan sekolah tu...Mampus kami kene belasah dengan Mama sebab hal tuh...Natang!!
Dengan keputusan UPSR 3A 1B atas hasil usaha cikgu2 yang bersusah payah membuat kelas tambahan bersempena menjelangnya UPSR, aku meneruskan pengajian ke SMKA Simpang Lima, itu pun atas usaha menggunakan orang dalam dan aku masuk di dalam 2nd intake...Belajar dan tinggal di hostel untuk pertama kalinya seringkali menyebabkan aku selalu menitiskan air mata..mungkin pasal sebelum tu memang tak pernah berenggang dengan mama dan abah...Bagi aku itu biasa laa...hehe..Mungkin luar biasa bagi sesetengah orang...
5 tahun aku habiskan masa di sana dan banyak tunjuk ajar yang diberikan dan dicurah tanpa jemu oleh semua tenaga pengajar di sekolah desa tu...Disebabkan sekolah tu memang terperosok jauh ke dalam kawasan kampung dan ladang kelapa adalah subjek yang menghalang kami daripada dapat berhubung terus dengan jalan besar, kami rasa perjalanan hidup kami di sana agak "reserve" selain daripada asuhan dan didikan nadi utamanya yang tak pernah jelak dengan muka kami semua...
Kalau di asrama putera aka Aspura, orang yang tak boleh kami lupakan semsestinya warden2 kami yang bersusah payah membahagikan masa di antara kebajikan anak isteri sendiri dengan anak didiknya. The most unforgetten back bone of Aspura of caourse UStaz Mohd. Noor...keikhlasan dan kesanggupannya untuk tinggal sekali bersama kami di dalam asrama satu pengorbanan yang patut kami puji...Tapi manusia, biasalah kalau budi yang baik disalah erti...Padahal, Ustaz Md. Noor la yang menjadi "jam loceng" utama kepada kami sepanjang kami berada di sana dan peranannya saling tak tumpah macam ayah pada kami...
Waktu subuh memang waktu paling "panas" dan liat untuk kami...Bunyi ketukan kayu pengetuk beduk aka kelentong tu yang mengisi waktu pagi kami yang hening...Kalau nak ikutkan rase amarah memang seperti nak dimaki jer orang yang buat bising pagi2 nih, tapi Ustaz tak pernah peduli tentang rasa kami, Ustaz tetap menjalankan amanahnya sperti biasa, biar ada orang yang mencemuhnya, sama ada didengarinya atau sekadar dalam hati, Ustaz memang gigih dan tak pernah jemu mengejutkan kami...
Dan bila bunyi ketukan pintu dorm tak mencukupi dan tak cukup kuat nak bangunkan kami, tiba2..."zaapp!!!!"...Bingkas bangun kami dek kerana tersentap dengan sebatan berbalau dek kerana rotan yang menyinggah di kaki...masa tu nak menggelabah bangun dan barula nak bergegas ke musolla...Baru ko tau, aku kejut elok2 takmo bangun, ambik penangan...hahaha...Tapi sepanjang pengalaman aku, aku tak pernah kena libasan rotan subuh Ustaz tu, pasal aku baik dan beriman...HAHAHA, puji diri sendiri nampak!!! Perasan nak mampus...Kalau jenis yang "terlalu anjing" dan malas nak solat di musolla, buat2 pergi mandi even dah lama azan dan buat2 mandi lambat2...BIla dah cemtu, boleh sembahyang di dorm, dah Ustaz tak duk diam je, Lepas jer solat Ustaz akn pi ronda sekali lagi nak pastikan semua solat berjemaah di musolaa, nak kalau nasib tak baik kantoi sembahyang di dorm, merasalah penangan sebatan berbalau Ustaz...Tapi kami tak kisah sebab kami tahu tujuan Ustaz memang ikhlas nak mendidik kami supaya menjadi insan soleh..Terima kasih Ustaz!!
Jasa2 warden kami;
Ustaz Fauzi (the head warden, yang lembut tapi berhikmah), Ustaz Hafidz, Cikgu Halim Sairi (the garang one), Cikgu Mutalabisin, Ustaz Kamaruzzaman, Cikgu Pahuddin aka "Pagutdin"; the most hard to understand person, Puan Habibah; deepest condolence to her late husband...
Akak2 Bebek Dewan makan yang dok memasak even dia sendiri mungkin tau kami tak berapa suka dengannya dan sering mengata kat dia, tapi dia tak kisah pun...
Selain itu, aktiviti ko-ku kami tak pernah sunyi, semua kelab dan persatuan kat sekolah bersaing secara sihat untuk menonjolkan persatuan badan beruniform masing2 dan cuba untuk menjadi "the chosen one" di sekolah...Aku dulu bergiat aktif gak dalam Kadet Remaja Sekolah dan mungkin aku terpilih atas ciri2 kepimpinan yang ada untuk mengepalai persatuan atas bimbingan dan tunjuk ajar pioneer KRS kat sekolah aku; Ustaz Rahim...Orang Ganu yang berwajah garang dan kadang2 sukar nak paham tapi bagi aku his ok...Takde masalah langsung dan aku tak susah nak faham dia...Kitorang kamceng jer...haha...Ustaz Rahim nih merangkap warden kami di hostel dulu, dan kalau ada masalah lebih2 lagi kalau ader masalah dengan impromptu outing aka nak outing tiba2 pasal nak beli tiket ker, beli barang yang nak sgt2 pakai ( nak outing bukan boleh suka2, tapi kalau dapat outing bukan masanya seronoknyer...; 1 week boys the others for girls - in order to separate the boys & boys from doing anything "haram" - kami jumpe la Ustaz Rahim nih...Tapi reason kene kuat, kalau tak memang kene bambu jer dan lastly takleh kuar, PADAN MUKA!!!
Kalau bercakap pasal Kelas aku, aku dulu dalam aliran PENGAJIAN ISLAM SAINS TULEN sebab semua subjek Sains cam Add Math, Fizik, Kimia and Biologi ditambah dengan Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Al-Quran dan Assunah plus Pengajian Syariah Islamiah aku ambil for 2K SPM...Our class patron is Cikgu Siti Jamiah (btul ke spelling nih)...Cikgu yang ada turun dan naik graf emosinya, tapi kami semua dilayan seperti anaknya sendiri dan bagi aku CIkgu Siti agak garang jugak dan itu menanam rasa takut sekaligus hormat kat dia...Tu yang elok, sebab kalau jadi guru ni terlalu "lembik" atau lenient sgt takut lak dak2 nih pihak kepala...Langsung tak buat apa yang disuruh kan lagi susah!!
Cikgu Siti mengajar kami Kimia dengan penuh dedikasi sebab Kimia memerlukan details di dalam skema menjawab soalannya kalau nak score subjek nih...Thanks Cikgu Siti sebab mengajar kami dengan penuh minat even soo--suddenly kami tertidor dalam kelas, pasal kelas kami agak mendung thus the atmosphere of the class will drive us to be soooo sleepy and kalau the syaitan is much more powerful to seduce us to sleep, most of the classes will be driven to "melayang"...Sebelah kelas tu memang ada pokok rendang yang haunted skit, tu yang jadi redup skit klas aku tuh...Dan kadang2 ada jer yang kene "Duster Melayang" hadiah dari Ckgu Siti pasal tidor atau tak tumpu perhatian, ha amik ko!!!
Kalau cakap hal mengantuk nih, kalau lecture subjek agak mellow, memang senang sangat nak tido...Bukan nak mengata, tapi memang lumrahnya begitu, Cikgu Latifah, Cikgu Mat Som, Cikgu Turasima, Cikgu Zabaidah, Cikgu Alim Marjunid, Ustaz Asmawi, Ustaz Sabri yang juga merangkap PK HEM masa tu, kebanyakan daripada subjek2 yang diajar memang agak mudah nak mengundang kengantukan...hahah, even subjek tu sukar dan mencabar cam Add Math, Fizik and etc....Tapi memang tabik la semua cikgu2 aku nih, memang penyabar sungguh mengajar kami yang kengantukan nih...hahaha....
Malas nak cakap banyak tapi aku cuma boleh senaraikan nama guru2 yang pernah menabur jasa mengajar aku dengan penuh dedikasi dan tekun; Terima Kasih cikgu...
Ustaz Samuri (the principle), Cikgu Mokhtar Manijo, Ustaz Sabri, Ustaz Fauzi Ustaz Rahim, Cikgu Jelani Kamar, Cikgu Jelani Paniran, Cikgu Mutalabisin, Cikgu Alim Marjunid, Cikgu Halim Sairi, Ustaz Azhar, Ustazah Ramlah, Cikgu Fauziah Kamaruddin, Cikgu Fauziah (English), Cikgu Norashikin, Cikgu Fatimah Sham, Ustazah Fatimah, Ustaz Kamaruzzaman, Uztaz Hatimul Ahsom, Cikgu Jaharah Awang, Mr. Tee (the only chinese), Cikgu Nazir, Cikgu Najib and others that I can't remember your name, but I can't forget your dulies upon us...Thank u very much, May Allah bless All of the Teacher's in the World...
"Guru Penjana Modal Insan Gemilang. Terima Kasih Cikgu!"
Comments
Post a Comment
Terima kasih atas kunjungan
Tinggalkan komen?