:: Gi Candat Sotong :: Part 2
Menyelusuri Sungai Marang menggamit kembali kenangan yang dulu dengan Tiha, Ija, Amri untuk mengambil sampel sedimen dasar sungai....Waktu tu aku sempat berangan mengimbau balik kenangan yang cukup manis tuh...Tapi itu cerita lama, sekarang aku berada di tempat yang sama untuk tujuan yang berbeza.....




Berbalik kepada aktiviti mencandat kami tu, sebelum kami bertolak, semua orang sibuk shopping sakan nih, bukan beli baju tapi beli makanan!! Yellaaa, takut nanti kebulur atas bot buleh la buat kudap2 sambil candat. Tak cukup dengan tu, kami turut diberi makan pil tahan mabuk...Aku kalau diikutkan tak mau makan pil tu, tapi atas desakan member2 candat yang lain, aku "dipaksa" makan jugak, takde pilihan makan jer...Aku bukan tak biasa naik2 bot segala bagai nih....Tapi aku merendahkan ego aku dengan menelan 2 biji pil tahan mabuk nih...huhu...
Bagi aku, cuma pil yang dikatakan boleh tahan mabuk, tapi benda tu seakan mainan psikologi jer, buat meng"kaya"kan tokei pil mabuk jer.....Dan ternyata aku "A" ok jer atas bot...Bukan boasting tapi aku memang ok...Dan beberapa ahli bot yang lain yang dari awal2 lagi dah menelan pil tu. alih2 bila sampai tengah laut jer, suma dah flat...Pulak tuh ditambah dengan suasana air laut yang tak setenang selalu dan bot kami dilambung ombak!! Maunye tak mabuk...Uwwweekk!!!

Suasana dalam bot memang sama dan seakan2 dalam bot UNIPUTRA dulu...dengan bau diesel yang cukup buat menyengit lubang hidung, bunyi ekzos kapal yang semput...Memang mirip...Dengan kelajuan yang agak perlahan kami berdikit2 meninggalkan jeti Marang dan keluar ke laut melewati Pulau Kapas dan akhirnya kami berlabuh sauh di situ...Kelihatan banyak bot2 candat yang lain berlabuh berhampiran dan semasa itulah, kira2 jam 6 petang kami dah mula menurunkan alat candat...Masa mula2 biasalaah kalau semua orang bersemangat....
Dan selepas beberapa minit menurunkan alat candat dan pancing masing2, brader yang mencandat sekali dengan kami telah mendapat habuan sulung untuk dia hari tu...Seekor sotong yang sederhana besar dinaikkan dan masa tu la riuh satu bot sebab habuan sulung dah mengena dan secara automatiknya kami yang lain rasa tercabar dengan brader tuh...Keadaan laut pada masa tuh tak berapa tenang sebenarnya, agak berangin dan bot kami terumbang-ambing...Masa tu la mula ada yang dah terasa2 nak mabuk....




Memang gembira tak terkata laaa...Bukan kecik2 anak sotong yang aku naikkan, tapi sotong yang agak dewasa dan panjang..Masa tu hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku...Buat pertama kali dalam hidup aku dapat menaikkan sotong yang agak besar...Seronoknyer...Penantian aku memang berbaloi...Yang lain pun turut mengagumi aku, tapi aku tatau macam maner nak express perasaan aku masa tuh..Aku buat2 la cam tak ada perasaan..huhuhhehehe....
Lepas daripada saat berharga tu selang masa untuk dapat sotong kedua memang lama...Dan aku pun nak try la mencandat pakai joran, nak mencuba nasib dengan mekanisme yang lain pasal dah naik lenguh aku menarik2 gelung candat tuh berapa kali aku sendiri pun tatau dan bertukar2 port beberapa dengan alasan nak mendapatkan sotong kedua....Bila dah bertukar pakai teknik joran, lagi senang la kerja mencandat aku, cuma agak kekok sebab aku bukan kaki pancing...Pegang jorang pun entah berapa kali sangat...Naik sengal2 dan cramp jugakla tangan aku...Selang masa yang agak lama barulaa aku dapat sotong yang ke-2, ke-3, ke-4, ke-5 dan ke-6...Sampailah tengah malam...
Time tu bukan ramai sangat pun yang tinggal untuk mencandat, 2-3 orang jer out of 10 orang...Yang lain ramai yang dah landing, ke-flat-an dek mabuk laut...Aku an 2-3 orang brader yang lain sumer steady lagi...Nak-nak lagi malam tuh hujan turun dengan lebat 2-3 kali ditambah dengan laut yang bergelora...Aku tak kisah sangat, cuma jangan sampai bot terbalik sudah...Sebab dah tengah malam, mata aku dah naik mengantuk nih, tapi gagah gak nak mancing sampaikan aku terlayang sekejap2 sambil tangan masih lagi pegang joran...Last2 aku ambil keputusan nak tidur sebab memang aku dah letih pun disebabkan banyak aktiviti dilakukan di siang hari...
Bila nak tidur aku tercari2 port yang sesuai tapi malangnya tak jumpe sebab sumer tempat dah dipenuhi gelimpangan manusia yang tak tahan gelombang laut a.k.a mabuk laut...Last2 aku amik tempat yang masih kosong kat depan bot dengan berbantalkan lengan berbumbungkan langit aku terus lelap...Tapi tak lama, kire2 dekat jam 2 lebih, pasal sejuk sangat atas bot tuh, tengah laut pulak tuh, dengan aku yang cuma berseluar "steng" jer dengan baju T lengan pendek, sejuk yaamatzz....huhuhu...Tak boleh tidur la ini macam...Aku terjaga dan nampak Abah tengah sibuk dok mancing, tengah ngantuk2 tuh...Last2 aku take-over tempat Abah...Abah sambung tidur...
Aku tak ada pilihan lain dah teruskan memancing sebab tak ada benda lain boleh dibuat...Masa tuh la banyak binatang pelik2 aku nampak...Nampak ular air laa, ketam berenang2laaa, ikan alu2, binatang kilat2 kaler biru, ikan leper laa...Macam2...Aku risau gak masa ternampak ular air tuh datang dekat, mane la tau tetiber jer ular tuh menerkam ke aku, tak ke naya...Tapi nasib baik ular tu tak cukup berani...hehehe...Legaa...Masa tu la aku rasa masa yang syok nak memancing, masa tu la joran aku banyak mengena. Selang beberapa minit sekali aku dapat naikkan seekor demi seekor sotong, Seronok sussah nak describe dan sampaila pagi aku dok ralit memancing...
Sedar tak sedar masa berlalu terlalu cepat dan sedar2 dah pagi rupenyaa..Punyela syok memancing kalau umpan mengena...Tak sedar langsung masa berlalu...Dapat tengok sunrise pagi tu memang mendamaikan dan bagi aku hasil candat aku untuk hari tu okla for a beginner like me...Ok What!!

Dalam pukul 8.30 pagi barula kami bertolak pulang ke jeti pasal semua dah tak tahan dan kelaparan sebab belum breakfast lagi...Kami pulang dengan pelbagai pengalaman yang suka bagi yang dapat habuan dan duka pada merka yang mengahbiskan masa dengan tidur sebab mabuk laut...Kalau aku diberi peluang pergi lagi, akan aku buat persiapan yang lebih baik sebab nak dapat hasil yang lagi banyak lagi...Aku tamak...hahahahahaha....
Oklaaa, banyak lagi backscene story actually to tell u, but it's ok for now...
Till then, see u in another space...Maassalamah!!
[Credit to Pakcik Azhar, Abg Mat, Mejar (B) Man, Abg Fauzi, Abg Mat Sehat, Abg Adi and OF COURSE my Abah]
Comments
Post a Comment
Terima kasih atas kunjungan
Tinggalkan komen?