A Morning Interview with KPLI at Institut Perguruan Teknik

Hari ni mungkin hari yang agak menjerihkan dan hampir2 memutuskan semangat aku....

Bukan ape, sumenye pasal satu bende yang begitu complicated prosedurnya dan ditambah dengan additional factor yang hampir2 membuat aku give-up...
Seperti yang aku dah war2kan semalam yang aku ada interview untuk KPLI di IPT Cheras dan itu yang pasti dah aku lalui hari ini.
Untuk memastikan aku sampai ke tempat interview nih dalam masa yang ditetapkan, aku setkan alarm clock untuk bangun awal; agak2 dalam pukul 530 pagi aku dah bergegas nak bersiap ke IPT Cheras. Mak aihh, bukan main awal aku harini, tapi memang tak boleh nak keluar awal sebab tau-tau je la KL nih, kalau lambat skit JAM la habuan ko...

Dan dalam pada aku dok driving menuju ke tempat interview tu, jalan pun agak lengang dan ok mase tuh, aku hampir2 terlayang mase driving pasal ngantuk dek sebab aku bangun awal pagi tu, tapi nasib baikla tak de ape2...then at about 715 pagi aku dah sampai IPT Cheras, dan masa aku sampai tak ramai pun yang dah sampai dan aku antara orang pertama dan terwal sampai. Wahwah, bersemangat betul la aku nih...dan sebab aku sampai awal, perut aku pun macam biasa pagi2 nih for sure meragam, so aku melilaula carik ruang termenung nak qada' hajat...melilau cari sign tandas, ternampak aku satu sign board yang tertera perkataan yang agak "akademik" menggantikan tandas - BILIK KEMAS DIRI - hahaha...kreatif sungguh pemikiran para guru nih, nama tandas yang cam hina tu dah dimuliakan dengan nama yang agak tinggi statusnya....

Dan selesai melepaskan hajat, aku bersiap memakai tie dan berhias sikit sebab masa tak banyak lagi untuk interview, so aku bersiap2 dan nak menuju je bilik interview. Sebelum tuh, aku jumpa dengan beberapa girls yang datang untuk interview seperti aku gak, kami berborak2 sikit dan masa tu la sumer nak kuarkan skill dan knowledge yang diorang ada dan kite discuss, mane tau untuk tambah2 maklumat yang dah sedia ada...Mase tu la aku jumpe ngan ex-kustem dak biologi yang aku tak kenal tapi dier kenal ngan aku; Noraini namenyer, tapi panggil AIn jer...kami ice-break skit sebab aku totally no idea saper dier...sambil-sambil tu kitorang discuss la skit pasal isu keguruan nih, isu semasa sikit...

Dalam jam dah nak dekat pukul 8 baru kami bergegas nak ke bilik interview..sampai2jer, interviewer bagi name tag nak memudahkan untuk kami dan dier untuk memanggil kami sepanjang tempoh interview tu...Lepas kena susun sijil ikut order yang dier dah tetapkan, tak boleh takder, dan kene ikut seperti yang diarahkan, siap warning awal2 lagi kene peka dengan peraturan pekebende entah....Merapu sungguh, dan kami dibuat cam budak2...Siap boleh kondem lagi tuh " Camaner la kamu datang interview cenggini...persiapan langsung tak mantap..." Lebih kurang cenggitula komen interviewer pompuan tuh...

Kami dalam hati dan berbisik-bisik, belum pape dah tunjuk belang nampak...!!Tapi kami akur jerlaa...lepas erahkan segala sijil, surat penyataan hasrat dan butir2 diri, kami dok menunggu turn untuk masuk for the 1st session - Session group discussion....Kami diinterview atau dievaluate oleh 2 orang ; lelaki yang agak soft-spoken - sore dier memang agak sentimental dan aku nih jadi cam orang pekak lak sebab kena tanya 2-3 kali sebab tak dengar apa yang dier nak tanyer....another one pompuan yang agak firm maser mule2 pagi tu maser nak mintak sijil2 kami....Perempuan kalau jadi interviewer memang leceh, tapi itulah kerja dier...kene terima laa...

Masa sessi group discussion tu kami diberikan dua stimulus untuk kami bincangkan dan masa tu la sumer nak tunjuk skill dan knowledge yang dorg ader...same la ngan aku =) dan perbincangan tu berjalan dengan ada sikit argument dan berlaku dengan agak meleret dan aku yang kadang2 suke sangat mendominasi nih cuba nak kontrol supaya tak terlalu mendominasi dan aku memberikan jalan pada orang lain untuk bagi idea..dan disebabkan si interviewer nih nak tengok kami semua bercakap dan tak ada yang hanya kutip idea orang lain, tak ada PENGERUSI yang dilantik dan semua berpeluang menjadi participant....

Dengan tu kami dah diuji di dalam kumpulan dan aku dah cube buat yang terbaik dan markah yang aku dapat bergantungla pada mata pengadil...entahlaa, aku tak boleh nak jangka prestasi aku, tapi so far mase tu aku raser aku dah buat yang terbaiklaaa...Entah la, NO COMMENT!!!

Lepas selesai interview berkumpulan tu kami diberi rehat for few minutes before proceed ke individual interview...dan saat individual interview tu la aku tak rase cam konfidensi sangat tapi aku cube bertenang dengan bergurau senda ngan dak2 yang interview skali ngan aku...kami dah ice-break dah sebelum nih, sajer nak kenal2...dan dalam group aku tu ader 2 lelaki, aku ngan dak Kelantan yang dah kerja kat company fertilizer, ngan 4 girls...sume dah kenal gitu2 jer masa ice-break tu laa...so kami berborak2 la...

Aku orang yang ke-3 diinterview, so lepas orang pertama dan kedua habis interview aku sempatla kutip dan korek ape yang diorang tanya kat dalam...dan biler dah sampai turn aku, aku tarik nampak panjang dan bergegas masuk dalam bilik...Masuk2 je dalam bilik interviewer tu sempat tegur aku ...

"Hazren kamu belum sarapan lagi yer....?"....tanya interviewer pompuan tuh...
"Haah...."...aku jawab dengan nada agak nervous...almaklumlaa....
"Patutla kamu nampak macam masam jer, muram jer....kamu biasa ker sarapan lambat nih???"

"Erm...saya biasa macam nih...saya muram ker...??tak laa, saya ok jer...Sarapan lambat, tak la, biasa pukul 10 pagi baru saya sarapan..." Aku auta jer sebab aku tak raser pun aku tengah muram maser tu, maybe aku tak perasan kot....

" Tak elok amalkan gitu...lain kali better kamu sarapan awal..."...Sempat bagi nasihat kesihatan kat aku pagi2 nih...huhu...


Biler dier mulakan sessi interview jer, kami cam berborak..aku cam tak sedar dengan penggunaan language ku yang gak berterabur dan bersepah dek kerana tak biasa nak bercakap formal nih...Rase begitu hampeh sekali...dan sepanjang sesi interview tu, ia berjalan mungkin dalam suasana yang agak tegang dan kadang2 aku tengok interviewer lelaki tu dok gosok2 leher maybe ngantuk...hampeh btoll!!!

Dalam semua soalan yang dikemukan pada aku tuh, kebanyakkan nak menguji aku....dan kadang2 aku tak berapa nak cautious dalam keluarkan jawapan membuatkan jawapan aku tuh questionable...haha...mampus aku kena explain cam nak mampus sampai idea aku kering langsung, dan kadang2 ada satu tahap tuh aku raser cam aku dah jawap dengan merapu dan aku cam dapat rase peluang auku cam dah tipis sangat...dan aku ended up cam loser lak...tapi aku tak tau aper impak dan hasilnya...sama ada positif atau negatif aku serahkan pada Allah...Kalau ada, adalaa...kalau takde aku teruskan belajar kat PSDC...Tapi aku lagi suke kalau dapat habiskan PSDC aku dan lepas tu kalau dapat KPLI nih seronok laa....Entahler...

Dan interview tu aku tak dapat nak agak aper resultnyer..dan itu tak memenatkan aku sebenarnya, tapi yang lepas tu yang cukup menjerihkan aku...Dan sebab dah banyak aku menceceh kat sini..I think I should stop here...Sambung nantilaa....

Sehingga di lain blog...

Comments

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Jangan fikir lama-lama nanti dikebas orang...