Trip Sabah Episod X : Air Panas Poring + Canopy Walkway

Salam pengembaraan dari Sabah.
Kita teruskan perjalanan ke satu tempat yang ada lebih dari satu tarikan.
Nama tempat tersebut adalah Poring Hot Spring yang terletak di Ranau. Kalau dari Kinabalu Park ni kita kena memandu dalam lebih kurang 40 minit untuk sampai ke lokasi.

Tiket masuk yang dikenakan setiap kali masuk ke Taman Negara.
Tempat ni memang tempat tumpuan, jadi memang ramai orang. Jadi kalau nak mudah dapat parking, datanglah awal. Kalau tak silap tempat ni dibuka seawal 9.00 pagi.
Masa masuk tu, kita akan menempuh kawasan kolam air panas yang disediakan di kawasan terbuka dan berbumbung. Jadi, pilihlah ikut kekosongan dan kehendak.

Kalau pilih yang berbumbung, dia dah siapkan 4 kolah untuk takungan air panas ni bawah satu bumbung. Ada banyak lagi kolah berbumbung yang lain.
Kalau perlukan kolam/tempat mandi air panas tertutup untuk lebih privacy memang ada disediakan. Cuma kena bayar lebih sikit. Kena tanya dengan petugas yang ada di sana.

Hahah....kami tak mandi pun. Main rendam-rendam manja ja kaki....
Aku ingat nak mandi, tapi kawan aku ni takmo lak. Terus tak jadi...

Berlatarbelakangkan kekolam air panas....

Kat bawah tu mengalir sungai yang jernih airnya....pandangan dari atas jambatan gantung menuju ke Canopy Walkway.
tapi dah ada signboard amaran: Dilarang Mandi....

Tengok dari atas memang cantik sungai ni. Tapi masih berasap-asap lah, menandakan yang ia adalah air panas. Satu lagi ada bau "telur busuk" yang agak kuat kat kawasan ini. Bau tu sebenarnya bau sulfur yang terkandung dalam air tu. Sebab tu agaknya kami tak boleh mandi. Nak bergambar bolehla....hehe

Peng peng!!

Kalau diperhatikan, kawasan air panas Poring ni bukan sahaja air panas. Dari signboard ni ada tertulis, dua kawasan air terjun, taman kupu-kupu, dan tujuan kami : Canopy Walkway. Dengarnya kawasan air terjun tu kena berjalan lebih jauh dan lebih dalam lagi. Tak kuasa kot. Jadi, kami cuma singgah di Canopy Walkway tu. Taman kupu-kupu macam tutup je....

Ni posing apekah? Ni timer punya pasal la ni...hahaha. 
Posing "membontoti" kot....ahahaha

Jauhnya lagi la haii....beribu-ribu meter di hadapan. Kita pergi dekat-dekat ni je la ek?

Sikit pendaftaran sebelum masuk ke Canopy Walkway. 
Ada bayaran sikit. Aku tak berapa ingat....Tak mahal pun...

Muka letih ye bang???

Sebelum kita dapat menaiki jambatan gantung ni, kita perlu mendaki sejauh beberapa ribu meter (sila baca beberapa meter, hehe). Tapi, akibat memang kita tak biasa mendaki, mengah la kan? Tapi selamat sampai jugak. Tengoklah kita bawak beg besar mana....kan berat tu? hehe. Alasan je.

Dah sampai, apa lagi. Ayuh la berposing. Gambar itu penting. Itu kan kenangan....bukan selalu dapat. Cuma kalau kat atas jambatan ni sebab ia sangat tinggi, tak stabil dan bergoyang-goyang....jadi, pada mereka dan "orang tu" yang gayat tu kena fikir 2-3 kali la ye....apa pun, permandangan dari atas jambatan tu memang menenangkan.....

Ok, layan koleksi gambar ni....





OK. Sehingga di lain postingan.
Daaa....

Jangan lupa Contest BH ek...

Comments

  1. Memang menarik tempat ni, sedap berndam badan kat jeram tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak jugak yang boleh dibuat selain berendam kat sini....

      Delete
  2. Belum merasa lagi tempat ni walaupun dah ke Kundasang. Sebabnya rasa malas nak drive 40 km



    Tapi macam menarik. Next time lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena merasa....sebab rasa rugi kalau tak singgah bila sampai area ni....

      Delete
  3. Air panas mcm ni sgt bagus utk kulit kan.. terutama klu yg ada gatal2 atau jenis2 sakit kulit yg berkaitan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak sakit kulit pon bagus jugakkk...cuma ada org yg tak biasa laa....

      Delete
  4. YE..kalau ke Sabah harus sunggah sini then satu tempat lagi adalah kolam ikan kelah..boleh gigit2 kaki

    ReplyDelete
  5. kat kedah ada kolam air panas legong, baling... mai la cuba

    ReplyDelete
  6. rajin nya Zarul..1 entri 2 kali komen..nk tinggalkan komen kat sini jgk lah ahahaah

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood