Progress si Anak Dara...

Lebih 10 hari lepas, Cik Omok & Cik Ompok aku bawa untuk surgeri untuk dikembirikan di Vet.

Dan semalam, dah selesai pun tempoh berpantang Doublel O ni selama 10 hari. Jadi, kami melawat Vet untuk buka jahitan tu. Budak-budak ni kucing remaja, of coursela lincah, aktif dan tak reti duduk diam.
Nak-nak time kita bagi dia keluar cage untuk bersenam.
Habis semua benda dilanggar, jahanam!

Dan, untuk memudahkan aku mengangkut dua beradik ni ke Vet, sepatutnya kena ada carrier macam dalam gambar ni. Sebab kami bukan pembela kucing yang selalu ke Vet atau nak bawak haiwan ni travel jejauh, jadi aku rasa takde keperluan untuk memilik satu.
Rupanya aku silap. Kena ada satu bagi memudahkan kita mengangkat dan mengurung si bulus ni. Pernah satu masa aku bawa dua beradik ni ke Vet, sebelum sampai pintu masuk je dah meronta-ronta mintak dilepaskan dan nak lari. 

Akibat taknak bagi lepas, natijahnya tangan kita pulak dicakarnya....
Kurang asam.
Jadi, untuk ke Vet kali ni aku nak berterima kasih pada Kak Yati yang bermurah hati meminjam carriernya....cantik dan comel je.
Siap ada bebola loceng lagi...Meowww....!

Vet yang banyak bantu Triple O sejak jadi yatim dulu sampailah sekarang ni. I-Vet Petcare.

Terletak di Seksyen 23, dan semakin berkembang dengan satu lagi cawangan di Alam Avenue Seksyen 16, Shah Alam.

Bukan taknak ke Vet kerajaan, tapi susah nak jumpa Vet kerajaan di Shah Alam ni.
Kalau ikutkan, kosnya lebih murah berbanding Vet swasta. 
Kalau nak tau, check link kat bawah ni....

Senarai harga rawatan di Vet Kerajaan di link ini :
Tq Kak Kujie. :)

Double O sebelum dibawa untuk dibuka jahitan.
Memang curious cat sangat....sebab tak biasa..

Ni perut si Ompok. Jahitan dah terbuka sendiri akibat terlalu aktif dan nakal. Nasib baik luka ko tak terbuka nak oiii....

Ni jahitan di perut si Omok. Masih ada benang hitam tu. 

Dan sekarang mereka berdua dah sihat. Lepas ni kamu bebas lah untuk meronda-ronda serata kawasan ye....
Dah kena pandai jaga diri dan bawa diri ye...
Nampak je Kucing Jantan lain berhidung belang, larikan diri ye. Jangan mudah termakan pujuk rayu si hidung belang tu...hehehe

Ok. Sekian. :)

Comments

  1. Wah.. Canggih nama kucing tu. Salam tahun baru 2015 chekgu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...tak canggih mana lah..biasa2 je...
      salam tahun baru kak Kathy Rbain.... :)

      Delete
  2. Si hidung belang memang suka bulus2 yang coei2 camni hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah hidung belang, dia belasah je tu rasanya....huhu

      Delete
  3. ingat anak dara manalah yang dikatakan..hehe
    comel, tapi saya suka tengok aje
    membelanya minta maaflah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu sy pon xsuka bela. Lps dah berduit sendiri bru berani nak bela...
      Kalau tak mmg takla...
      Kena rajin sket time bela dorg ni...byk songeh...kena byk bersabar...

      Delete
  4. Saya sgt suka kucen.. comelnya kucen tu.. semoga sihat selalu.. :) :)

    ReplyDelete
  5. heheheh..ingat tu jgn mudah termakan pujuk rayu..

    seriau tgk..kena jahit

    ReplyDelete
  6. Kagumnya ngk chekgu pelihara kucing...diana tak sabar bela2 binatang ni. Nak jaga anak sendiri pun tak terjaga....

    ReplyDelete
  7. alalala...so cute...jgn termasuk pujuk rayu di hidung belang? ahahahaa

    ReplyDelete
  8. kucing ni saya tak minat nak bela.. tapi kat rumah ada ja dok dtg makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe Zarul..kalau beri kucing mkn tanpa bela pun dah kira 'bela' gak tu..tambah rezeki Zarul nanti

      Delete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood