Pabila Pencari Cahaya Menemui Syurga Cahaya....

Salam.
Selepas beberapa hari berfikir di mana tempat terbaik untuk mendapatkan lampu dan cahaya serta sumber angin untuk Villa BH ku itu, aku putuskan untuk ber-shopping di Houses Lightings di Puchong. Di mana lokasinya, aku takyah cerita kot sebab dah ramai blogger bercerita pasal kedai ni.

YT Lightings, Top Ten Lightings dah pi tengok, tapi di Houses Lightings ni memang thorbaek.
Dan siap dah pun shopping lelampu yang blink-blink. Jenuh mendongak....
Hampir putus tengkuk...eh, acah mat labu. Haha
Mana sampai putus leher, cuma lenguh je laa...

 
Lampu ni sangat futuristik...tak sesuai dengan tema umah ai yang simple tu...
Dongak, test suis on-off.
Cantik.
Dongak dan buka suis yang tu.....Yang tu pun cantik.
Harga pun cantik.
Semua pun cantik.
Matilaaa rambang mata...huhu
Nak bayar kena ada nombor....ikut giliran....

Dah selesai bayar, dia akan bawa keluar kedai untuk loading masuk dalam kereta

Semua depa yang uruskan. Ini sesi double check barang yang kita beli untuk verify takde masalah barang tertinggal dan tercicir.
Semuanya sangat sistematik dan efisien.

Ok lah, selebihnya layanlah gambar di bawah ni untuk lebih cerita.









Antara lampu yang jadi pilihan hati.



 
Sesi memuatkan barang dalam perut Cik Anje ai....sib baikla muat...kalau tak jenuh.....

Oke. Puas hati kot dengan semuanya. Kalau ada yang tak cukup, aku akan kembali lagi ke sini.
Kbai!
 
Menunggu masa untuk dipasang.

Jumpa lagi!

Comments

  1. wowww cantik..betul2 rambang mata...

    service bagus ni

    ReplyDelete
  2. Salam Chegu..kitz singgah sini..Wahh seronok laa duk kt kdai lampu..klau pergi rasa cam tak nak blk sbb syokk tgk lampu yg menarik kt dlm kedai

    ReplyDelete
  3. cantik semuanya ..pilihlah antara yang paling digemariu..kualiti bagus dan harga sesuai ..tu ja petua nak beli...rambang mata bukan ya sebab kita nak pilih yang terbaik untuk milik kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye laa....yg terbaik utk diri kita...kita yg nak pakai...huhu

      Delete
  4. Udah namanya kedai lampu, nak shopping memanglah kena dongak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...kalau lampu letak kat bawah camne la pulak kan? hehe

      Delete
  5. salam kenal sahabat...

    dh 5-6 kali kesini...kali terakhir pergi pinjam triton adik, penuh belakang...bbaloi pergi walau masa perjalanan 2 jam setengah...

    follow u bro #227...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Sham....tq follow saya...

      Banyak kali jugak tu ko pi sana....dok jauh kat mana?
      apepun, mmg kedai lampu terbaik!

      Delete
  6. Hmm.. Memang cantik la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah byk sgt pilihan, jadi rambang mata takut salah pilih...huhu

      Delete
  7. Salam CBH ..Lya singgah sini lagi ..Takde entri baru lagi ..Terus komen kat sini...

    ReplyDelete
  8. banyak shopping tu...mesti untuk rumah bru kn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah...alhamdulillah...
      apa yg termampu untuk rumah tu....inshaAllah....

      Delete
  9. Terpesona tengok lampu2 mcm tu.. mmg seronok.. tahniah kerana dpt memilih yg berkenan di hati.. :)

    ReplyDelete
  10. tak pernah lagi pegi kedai lampu ada no giliran utk bayar ahaha..mmg ada kelainan...mesti ramai customer kedai ni

    ni beli lampu kerana masuk rumah baru ke...nanti kongsi dekorasi rumah selepas lampu di pasang..nak juga ahu jenis lampu yg di beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...saya bukan reti sgt nak deko rumah....
      malulaaa nak share...huhuhu

      Delete
    2. allololo...ehehe...cer try rujuk majalah ANJUNG SERI tu

      Delete
  11. berkenan lampu putih bulat tu.... ada rumah sendri nanti..leh deko2 sndri...

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood