Jom Makan Makan Bersama BH (JMM) : Char Kuey Teow Bang Chik

Salam semua!
Dah weekend ni. Mesti masa dihabiskan dengan family untuk bershopping dan mungkin keluar makan-makan.
Dah tak tau nak makan kat mana?
 
Segmen JMM kali ni aku nak rebiu sikit pasal kedai makan yang menghidangkan hidangan utamanya iaitu Char Kuey Teow dan Maggi Ketam.
Lokasi : Taman Sg. Besi Indah, Selangor.
Nama Kedai : Bang Chik Char Kuey Teow Penang
Lokasi dalam Google Maps boleh klik di sini :  Bang Chik Char Kuey Teeow Penang Map

https://www.google.com.my/maps/place/Jalan+Sb+Indah+1%2F16,+Taman+Sungai+Besi+Indah,+43300+Seri+Kembangan,+Selangor/@3.0279971,101.7223995,17z/data=!3m1!4b1!4m2!3m1!1s0x31cdcab1677207bb:0x63a60b4ea10d11fa
Kalau sampai je ke kedai ni, kita akan nampak banner depa yang ni.
Kedai ni serba kuning....dan baru dibuka. Sangat selesa dan ada disediakan surau jika nak bersolat.

Haaa....dah tak sabar ke nak tengok gambar hidangan yang menikam qolbu?
Hehehe...
Baik. Kita teruskan.

Sebenarnya, kedai ni banyak hidangan lain. Dan kami ke sini untuk bantu sebarkan dan berkongsi tentang TONE PLUS ni je. Bukan kami, tapi kawan aku tu....aku ni temankan je. Entah macamane, ter-review pulak pasal makanan kat sini.
Takpe. Kita teruskan. Hehe

TEH DANGDUT
  Dibuat daripada campuran beberapa jenis teh, dengan susu. Rasanya tak berapa manis, lemak-lemak manis lite-lite je. 

Kenapa namanya Teh Dangdut?

Masa dihidangkan, kita boleh nampak air dalam cawan tu bergoyang-gerudi menari-nari ala dangdut lagi. Nampak tak? Haaa....dari situ la ia dapat nama....

ROTI HOTDOG CHEESE LELEH
Dibuat daripada 2 keping roti slice "Bai Roti" tu, dibakar dan dilapiskan dengan telur di atasnya.
Di atas telur tu, diletakkan 2 keping sosej, di samping kepingan cheese.
Selepas selesai, disudahkan dengan mayo dan sos.
Dihidangkan bersama baked bean...
Yummeh!

MAGGI KETAM...... ^_____^
Yang ni memang best! Mee maggi tu sangat pejal walau lama terendam dek kuah kari tu.
Karinya sedap, cuma agak pedas. Tapi sesuai sangat dengan taste aku. 
Kalau nak order untuk anak kecil yang tak tahan pedas, boleh request untuk kurang pedas....

Ketam tu. Hmmm...masa memula hidangan ni sampai, aku dah terpikir, mesti susah nak makan ketam ni. Nak kena kepak sikit, gigit-sikit sebelum dapat rasa isi ketamnya. Rupanya sangkaan aku meleset.

Rupanya tak susah pun nak bukak cengkerang atas tu, just tarik cengkerang dia dari belakang ke atas...settle.
Lepas tu, memang non-stop la dok sruttt-sruttt isi ketam dengan jus-nya tuu....fresh, manis!

Overall, memang yummehhh!

CHAR KUEY TEOW (CKT) PENANG "BANG CHIK"
Yang ni secara peribadinya, aku rasa sedap. Dan En ZE selaku "pakar merasa" CKT Penang, dia pun admit yang sedap CKT ni.
Tengoklah udang segar tu.....
Ada bersama kerang yang bersembunyi dibalik kuey teow halus tu....

 THE DUET.....PERFECTO!

  

En ZE dan owner of the Makan Place.



Abam Demok....

Suasana petang di kedai tersebut. Malam ramai orang dengarnya....
Kedai baru. Baru 3 minggu dibuka ketika tu...

En ZE dan owner Bang Chik Char Kuey Teow Penang; Bro Maizury.

Jadi, kalau berminat untuk mencuba tempat baru...dengan hidangan yang baru dan lain dari lain, bolehlah berkunjung ke kedai ini.

Walaupun terletak agak tersorok, tapi kalau gunakan Waze atau GPS, pasti akan ketemu. Takde masalah punya....
Sekali lagi....

Nama Kedai : Bang Chik Char Kuey Teow Penang

Lokasi dalam Google Maps boleh klik di sini :
Bang Chik Char Kuey Teow Penang Map 

InshaAllah kedatangan anda akan disambut mesra untuk staf yang ada di sana.

Kepada peminat CKT dan Maggi Ketam,
Selamat menjamu selera!



Comments

  1. ha tulah..teh dangdut gitu rupannya kena bagi nama..mula2 baca nama teh dangdut..pelik terbayang dangdut..mujur air tu yang berpusar ..)

    ReplyDelete
  2. Piewwww... tak tahan tengok hidangan2 tu.. mula2 ingat gambar char kuey teow je yg ada rupa2nya banyak hehee... mmg menyelerakan. Tempat yg mmg kena singgah nanti ni. Thanks sharing BH.. :)

    ReplyDelete
  3. baru balik dari kelantan semlm tapi sebelum tu singgah makan di Melor kelantar..ada order maggie ketam sekali waiter tu cakap ada 2 ekor je ketam yg order 3 orang so x merasalah JM maggie ketam tu tapi yg pasti ketam di potong x lah sekor tergoleh spt di restoran bang chik ni..waduh..jauh bonar ke Penang sana..x de ke area KL sinun

    ReplyDelete
    Replies
    1. alololoh...siannya kempunan...
      ni kat Sg. Besi Indah je ni. Selangor.....bukan kt penang....jemputlaa datang...

      Delete
    2. Sg Besi Indah...ohh x jauh tu boleh lah cari :-)

      Delete
  4. Ishh ishhh nampak semuanya sedap! Nak2 teh dangdut tu, lepas makan ada gendut x? hahahahaaa

    ReplyDelete
  5. fuh terlior iols pepagi hari tgh megi ketam tu, pekat likat nampak sedapppp... neway, selaamt bertugas kembali cikgu!!!!!!

    ReplyDelete
  6. Alahai sedapneyrrr ..Sakit hati pulak kita tgk makanan ni sebab kita dah terliur tapi tak dpt makan sebab kita tgk gambar jer huhuhu.......... Nampak sedap dan menyelrrakan la CBH..

    ReplyDelete
  7. Maggi ketam tu alahai buat kita tergoda la pulak ... Hehehe nampak sedap dan ketam pon besar tuuu

    ReplyDelete
  8. rasanya pernah dgr kedai area penang lah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood