Hari Pertama; Cabaran Pertama.

Entri tertangguh.
Sebenarnya saya nak post entri ni semalam. Dah masuk draft, tapi rasa penat dan lemau mengatasi segalanya. Almaklumlah hari pertama di tahun baru. Dan kali ke-7 menghadapinya sejak 2008 dulu.

Ditambah pula, tahun ni ada sedikit perubahan dalam tahun aku mengajar. Selalunya dapat kelas tahun-tahun atas je; tahun 5/6. Tahun ni, aku sendiri mencari nahas mintak nak mengajar peringkat lebih rendah setelah sekian lama. Dan, permintaan tu dimakbulkan.

Sesi pagi sekolah aku ada 4 aliran; tahun 3, 4, 5 & 6. Anggaran dalam 1200 orang.

Cabaran berdepan dengan kanak-kanak lebih kecil ni menduga kemahiran mengendalikan "klien" kecil ni. Bukan tak pernah alami, pernah. Tapi masa tahun pertama di sini dulu. Tu dah lama dulu.

Jadi, aku anggap ini cabaran pertama di tahun baru. Dan semoga aku diberikan kekuatan dan kesabaran yang menebal untuk bantu anak-anak ni. Ditakdirkan tahun ni aku diberikan kelas-kelas hujung untuk 2 aliran tahun yang aku ajar. Semoga diberikan kekuatan dan kelancaran...mudah-mudahan...



Ibubapa yang meluangkan masa untuk menghantar anak sendiri ke sekolah..untunglaaaa....

Ketua guru bertugas mingguan untuk minggu pertama; Ustaz Mohd. Asyraf.

Senyuman manis Sang Ketua Disiplin Sekolah, En. Azwar....

Comel-comel dan berseri semua geguru wanita....

Barisan pentadbir 2015. 1 missing.... :)








Semoga aku dapat harungi semuanya dengan baik dan lancar. Harapan tahun ni memang nak capai bidang kurikulum yang lebih baik dengan moderasi yg dibuat dalam portfolio yang disandang aku tu.

Anak-anak semua, belajarlah bersungguh-sungguh demi masa depan yang lebih cerah. Inshaa Allah....

OK. Bai.
 ps: TQVM kepada 2 sahabat maya blogger ini: Zarul Farhana dan Jari Manis yang berlumba-lumba berkomen di laman BH yang biasa-biasa ni. Segan kite wak..!

Comments

  1. Sesi persekolahan baru...
    Pastinya semangat baru..

    ReplyDelete
  2. insya Allah...cikgu boleh handle semuanya..
    semoga dipermudahkan

    ReplyDelete
  3. Boleh tahan ramai student ya..Selamat berjuang...

    ReplyDelete
  4. Selamat menjalankan tugas yer cikgu. Semoga dipermudahkan urusan tugas mendidik anak bangsa :-)

    ReplyDelete
  5. Selamat bertugas di tahun 2015 ini. Semoga segalanya berjalan lancar & berjaya... aamiin.. :)

    ReplyDelete
  6. semoga urusan di permudahkan..u can do it..

    ReplyDelete
  7. don worry BH..JM mmg suka BW..bukan kerana 'habuan' tetapi it's my style :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood