Trip Sabah Episod III : Rumah Terbalik

Lokasi Rumah Terbalik (Upside Down House) ni dah well-known di kalangan local tourist atau orang luar yang berkunjung ke Sabah.
Terletak di Talibong, Tamparuli. Tak jauh dari KK. Gunalah teknologi yang ada untuk cari. Tak susah pun nak cari tempat ni. Ada tepi jalan je. Parking agak susah kalau time ramai orang. Wajib singgah untuk pengalaman lain dari lain.


Ini tiket masuknya.


Ada dua option tiket. Kalau nak masuk dan bergambar di sekitar rumah, RM 10 (ini rate 2013).
Tapi kalau sekadar nak bergambar luar rumah, RM 5.
Masuk dalam rumah - no photography pelissss....

Di luar rumah ada platform untuk ambil gambar....

Signboard menunjukkan mereka ada di sana....

Acah-acah terbalik di kebunan....

Kalau takde tiang tu, atau tiang tu disuperimpose lagi real kann?
Mimik muka dah ada...

Pose di jambanan yang dibenarkan bergambar....di luar rumah.

Foto berjemaah....bersama jambanan...

Macam tak real sangat kan?

Hujung tahun of coursela Merry Xmas....


Muka takdak perasaan ja En. ZE ni....

Gong yang boleh dipalu sebelum masuk, kalau nak...nak berpose pun boleh, pun boleh....

Kesimpulan : Tempat ni menarik juga. Cuma tak dapat bergambar di dalam tu yang kureng sikit. Maybe sebab nak mempertahankan hak eksklusif supaya orang akan masuk dalam rumah bila datang sini untuk tahu lebih lanjut. Bukan sekadar membaca di belog-belog je kot.
Bagi aku ape de hal....sebab kalau orang ambik gambar kat dalam tu, orang sebarkan apa yang ada dalam tu, orang suka dan orang masih akan masuk. Orang akan masuk dan bergambar dalam tu, mesti lebih syiok!

Dan, sebenarnya dah ada rumah yang buat konsep yang sama di Semenanjung - di Melaka. Dan fotografi tak dilarang sama sekali! Di kawasan kedai dekat Mahkota Parade katanya. Tiketnya mahal sikit tapi boleh bergambar.
Info selanjutnya sila lawati belog Ibu Ayu di Rumah Terbalik di Melaka..jom singgah
Ape de hal? Aku pun akan ke sana dan akan bayar untuk masuk untuk bergambar. It's worth for money guys!

Sehingga di lain belog.
Jangan lupa CONTEST!
Kbai!

Comments

  1. Tengok gambar ni kena teleng-teleng sket kepala hahaha....

    ReplyDelete
  2. kena datang sabah ya..ada lagi tu lum pergi tengok..Karambunai resort ada tak pergi..best sana tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah cikgu...kalau sy sampai sana sy calling2 cikgu ye....

      Delete
    2. kalau pegi sabah boleh bertandang kerumah cikgu Etuza la ya..hihi

      Delete
  3. kepala JM pun turut 'terbalik' bila tgk aksi2 korang nih

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood