Kenapa Saya Tak Nak UPSR Mansuh...

Salam semua.
Sihat?
Chekgu pon semakin gemuk sihat sekarang...
Almaklum laa...hati senang kut.

Ikut kiraan, tak sampai pun 3 bulan lagi pelajar tahun 6 seluruh negara akan menghadapi satu hari BESAR yang MUNGKIN cukup mendebarkan mereka. Mereka akan duduk di kerusi dan meja yang diasingkan dan disusun di dalam jarak hampir 1 meter di kiri-kanan-depan-belakang meja mereka.


Perasaannya; Tuhan saja yang tahu. Berdebar, seram sejuk, tak tentu hala. Masing2 sama ada sudah bersedia atau tak, akan masuk ke dalam bilik atau dewan peperiksaan untuk "berperang" dengan soalan2 yang telah dinukil dan dirancang untuk menguji mereka.

Kadang-kala bukan pelajar sahaja yang gentar untuk menghadapinya, tapi guru2, ibu-bapa, guru besar malah tukang sapu sekolah pun turut merasakan gentarnya. Sekolah akan menjadi sangat hening dan bukan bingit dengan derai tawa atau hilaian suara pelajar bergurau senda.

Pelajar akan duduk dan menghabiskan masa yang diperuntukkan untuk menghadapi segala dugaan yang datang. Guru dan para ibubapa mendoakan dari jauh kejayaan mereka. Semoga mereka akan berjaya....

Itu situasi yang bakal dihadapi tahun ini.

Tapi, katakanlah UPSR tu tiada lagi...
Jadi, apalah agaknya ertinya kalau selama hampir 6 tahun belajar, tapi tiada satu penanda aras bahawa mereka mendapat sesuatu buah tangan untuk dibawa di masa hadapan.
Dialognya jugak mungkin berubah.


Kalau dulu, macik Kalsom ngn macik Peah akan bertandang ke rumah macik Kujie untuk bertanya:

macik Kalsom: weyh, anak kamu dapat ape weyh untuk UPSR nih??
macik Peah : haah laa...anak kite pon amik UPSR jugak tahun nih...anak kamu dpt berapa Kujie?
macik Kujie : alaa...anak kite oke2 je...dapat 5A je...skg ni tengah isi borang nak masuk MRSM ngn skolah berasrama penuh...
macik Kalsom: oooo...baguslaa tu Kujie ooiii....pandai la anak kamu yea...hah, Peah. Anak kamu dapat ape UPSR ni?
macik Peah : anak kite tu malas belajar. Asyik sibuk dengan Koko je kat skolah. dapatla ....tuuttt....


Ha, itu kalau UPSR masih wujud.
Tapi kalau UPSR dah takde lagi dalam dunia ni? Dialog UPSR tu akan digantikan dengan ape yea?? UPSR digantikan dengan Pernilaian-Berasaskan-Sekolah (School-Based Assessment)...hmmm...camane ek?

Persoalannya. Mereka nak mansuhkan sebab katanya UPSR hanya mengajar pelajar kite menghafal semata2 (rote learning). Katanya lagi ia tak menguji kepetahan dan kebijakan pelajar kita berfikir. Betul ke?
Bukan ke ade elemen dalam soalan peperiksaan tu sendiri menyuruh kita menjawab berdasarkan kefahaman pelajar itu kepada sesuatu topik atau perkara.

Sebagai contoh: dalam soalan Penulisan, pelajar disuruh menulis nilai2 murni yang tersirat di dalam sesebuah petikan. Mereka akan mendapat markah yang baik kalau mereka menguraikan mengikut skema yang disediakan.

Dulu: kita hendaklah mengucapkan terima kasih kepada orang yang memberikan sesuatu kepada kita.

Sekarang: kita hendaklah menghargai pemberian dengan mengucapkan terima kasih kepada orang yang menghadiahkan sesuatu kepada kita.


Kalau budak tu kurang bijaknya, boleh ke dia nak fikir/mengingat sesuatu yang macam tu, dengan ayat yang berjela kalau tak berkemampuan?
Hanya mereka yang berupaya sahaja boleh berfikir macam tu.

Dalam subjek Sains pun, kadang2 soalan yang ditanya memang tak diajar dalam latihan di sekolah. Tapi mereka telah diajar konsep dan cara menjawab. Berbekal apa yang dipelajari, mereka masih diuji untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Mereka bukan diuji dengan apa yang sudah sedia ada. Mereka kena berfikir di luar kotak (out-of-the-box).

Itu kelemahan pelajar2 sekolah aku yang aku nampak. Kebolehan untuk berfikir sesuatu yang tak diajar tu yang agak sukar nak diajar. Mereka kena ade kebolehan dan kepandaian untuk berfikir sendiri.

Pasal Pernilaian-Berasaskan-Sekolah (School-Based Assessment)
tu, masalahnya di mana kayu pengukur tentang ketelusan penguji untuk memberikan markah yang berbaloi untuk prestasi anak murid mereka?
Rasa2nya laa, agak2 si penilai tu akan memberikan markah yang mengikut standardnya ke? Macamane pulak tentang reputasi sekolah yang mesti dijaga? Ade ketelusan ke?

Bagi aku, sistem yang sedia ada dah cukup baik. Tak payah nak ubah2. Buat sahaja penambahbaikan. Percayalah, bahawa UPSR ni boleh dijadikan sebagai "matlamat" budak2 ni di usia yang sangat muda; kurang 12 tahun.


Kejayaan yang mereka kecapi pastinya akan jadi satu kenangan yang sangat manis selepas berhempas-pulas pada usia yang masih hijau. Ini akan menjadi kayu pengukur bahawa inilah titik tolak mereka untuk melonjak diri mereka lebih tinggi, lebih jauh, dengan cabaran yang lebih besar.

Lompat lebih tinggi, opss...jgn tinggi lagi, malu ahh....

Masalah pasal rote learning ke, pasal budak2 ni kurang pintar berfikir ke, pasal kite lebih berorientasikan peperiksaan ke, pasal kite terpaksa berbelanja lebih untuk beli buku rujukan ke, tuisyenkan budak ke...

Ish, hello...kita kalau nak berjaya pastinya ada yang mesti kita korbankan. Sama ada dari segi wang ringgit atau jiwa-raga kita atau masa sekali pun.
Zaman makin berubah, budak2 makin bijak, persaingan semakin sengit.
Hanya yang betul2 mahu berjaya selepas berkorban sahaja akan terus kekal.

Kalau UPSR kita diubah kepada sistem pernilaian yang baru nanti, tak payah la nak bersusah-payah berbelanja untuk beli buku rujukan da tuisyen? Pembelajaran di sekolah dah memadai? Berkembangkah minda anak2 kita, dan adakah mereka tahu mereka adalah antara survivor seantero Malaysia yang telah diuji dengan sistem standard yang telus?

Come-on laa. Ini two-cent aku pasal pemansuhan UPSR ni. Harapan aku adalah jangan la ia terjadi. Kita kekalkan apa yang ada. Kita buat "PENAMBAIKAN"...

Mereka masih muda, biarkan mereka merasa nikmat hidup macam kanak2 yang lain. Merasa yang mereka kena berusaha beria2 untuk menghadapi UPSR dan gembira dan "merdeka" sementara menunggu result keluar. Debaran menghadapi peperiksaan dan menunggu result peperiksaan tu sesuatu yang manis untuk dikenang.

Comments

  1. sy pon tak setuju UPSR dan PMR dimansuhkan...nnt budak2 takda daya saing, macam takda fokus untuk berjaya. adanya UPSR dan PMR ni bukan saja dapat mewujudkan daya saing budak2, mereka akan dapat mengembangkan lagi tahap pemikiran diorg di luar jangkauan mereka dan mereka dapat menguji tahap pemikiran, IQ, pembelajaran mereka dan lain2...

    harap2 kerajaan tak mansuhkan peperiksaan ni...

    ReplyDelete
  2. cik panadol
    ye laa...saya hrp ia dikekalkan...
    ia adalah penanda aras pencapaian budak2 nih...
    buat penambaikan je...

    ReplyDelete
  3. secara jujurnya, aku tak follow sgt isu ni.sebab aku dah masak aa dgn perubahan sistem pendidikan kat msia ni.tukar menteri tukar sistem pendidikan.yg pening budak² sekolah.mak bapak cam aku pun pening gak.apa kata jadikan sistem pendidikan negara luar yg berjaya sbg acuan tuk sistem pendidikan kita.ok, ini aku punyer 2 sen.hee

    ReplyDelete
  4. Mr PenyuBiru
    erm...kite pakai acuan kite je...
    skg ni dah oke, buat penambaikan je...
    btol la tuu, semua yg naik nak tinggalkan "signature" dorg...
    budak2 yg jadi mangsa...

    ReplyDelete
  5. tudiaaa... apabila cikgu sekolah sudah menulis.. inilah jadinya.
    UPSR oh UPSR

    ReplyDelete
  6. Luth Textile
    erm, aku kesian ngn budak2 nih...tu jea..
    jgnla berubah...

    ReplyDelete
  7. hhhhmm...
    sokong... kalau xdee semua ni... mcm mana nk kesan kelemahan budak2??? xkan tgu spm br ko nk susun hala tuju budak2 ni?????

    ReplyDelete
  8. hahaha.... lawak cikgu!

    pendapat Kak Jie - UPSR perlu ( maksud di sini peperiksaan awam tahun 6 ) sebelum ke sekolah menengah. Mungkin sistem dan tahun persekolahan yang perlu diubah.

    Kalau isu peperiksaan perlu dimansuh atau tidak, jawapan kak jie tidak perlu.

    bab sistem bab sekolah - itu isu lain

    ReplyDelete
  9. Pasni makcik kiah tak boleh lah kembang2 kan hidung dia sbb anak dapat 5A. Aku yakin budak akan malas belajar sbb dah takder periksa watpa nak belajar.

    ReplyDelete
  10. zonaku
    btol, btol...jgn dah terhantuk baru nk terngadah kan?

    Kujie
    sokong kak! buat penambaikan je...
    tahun 6 boleh jadi tahun 5, kan??
    macam dulu2, amik exam drjh 5...

    haritz
    ye laa...kirenye macam takde motivasi nak blajar...
    kalau ade exam barula dorg akan ade target...

    ReplyDelete
  11. Cg,
    anak saya (th2 - disleksia) x tau membaca tp ada markah utk kertas2 pprksn. Bantai je tuh! Jd saya lebih suka anak2 begini belajar kemahiran dari usia yang muda, iaitu selain belajar membaca, menulis, mengira n mengaji. Bl sampai ke sekolah menengah, kemahiran dikembangkan n dipesatkan lg. Ini lebih baik dari terus2an menyeksa dia dgn akademik yg x mampu dia kejar.

    ReplyDelete
  12. Mas... dan usaha untuk bahagia
    puan,tu laa...kes anak puan mmg istimewa.
    cume skrg ni sistem ni perlu dirombak, bukan dimansuh.
    sbb mmg kene ade pernilaian utk mereka, sebgai target atau tujuan mereka bersekolah rendah...

    rombak, bukan mansuh.

    ReplyDelete
  13. tertanya-tanya anak kita bila UPSR dimansuhkan nanti...
    UPSR tu apa?

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood