Bulan Rejab Datang Lagi...

Pejam celik, celik pejam...
Macam-macam dah berlaku.
Macam-macam dah kita lalui.
Semua kuasaNya, tergantung kepada kita bagaimana kita menghadapinya.

Masa berlalu dengan cepat sekali.
Jadi, entry kitarsemula ni mungkin boleh kite manfaatkan bersama.

Bulan Rejab datang menjenguk kita semula...
Ini bermakna dah tak lama lagi bulan Rahmat dan Pengampunan iaitu Ramadhan akan datang kejap je lagi...

Jadi sebelum itu, ayuhlah kita mempersiapkan diri kita menjelang datangnya bulan baru kita, Rejab.

Di dalam bulan ini terdapat banyak kelebihan dan amalan2 yang digalakkan untuk diamalkan....

Jadi kat bawah ni adalah panduan untuk kita sepanjang bulan Rejab ini...

Ada 3 perkara yg dituntut oleh Nabi Muhammad saw untuk dilakukan oleh umatnya didalam bulan Rejab:
  1. Kembali/berbalik kpd Allah Taala iaitu menunaikan perintahNya dan menjauhi laranganNya.
  2. Membanyakkan bertaubat dan beristighfar.
  3. Jangan bercadang lagi hendak melakukan perkara2 yg dilarang oleh Allah Taala.

Menurut keterangan hadis, siapa yg melakukan 3 perkara diatas dikurniakan Allah Taala 3 kelebihan:
  1. Dimudahkan dia menghadapi mati.
  2. Dimatikan dia dalam keadaan beriman
  3. Dilepaskan dia dari tipu daya syaitan.
Mengikut As-Syeikh Abdul Rahman As-Safuri, ada 7 perkara yg disuruh kita lakukan didalam bulan Rejab ini:
  • Berpuasa pada hari pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima dalam bulan Rejab.
Mengikut keterangan hadis, siapa yg berpuasa dalam bulan rejab dikurniakan Allah Taala
3 perkara:
  1. Diampunkan segala dosanya yang lalu.
  2. Dipeliharakan Allah umurnya yg tinggal dari melakukan maksiat
  3. Dimudahkan menghadapi perhitungan di Padang Masyar.
  • Mandi sunat pada awal Rejab (1 Rejab) , pertengahan (15 Rejab), dan akhirnya (29/30 Rejab), niatnya “ Sahaja aku mandi sunat rejab kerana Allah Taala”
  • Membaca istighfar “ Allahummaghfirli warhamni watub’alaiya (70x pagi & 70x petang) pada setiap hari dalam bulan rejab sambil menadah tangan.
  • Bersedekah.
  • Menyukakan hati orang beriman.
  • Membaca Surah Al-Ikhlas 12x setiap hari
  • Membaca tasbih sebanyak 100x setiap hari seperti berikut:

  1. SubhanallahilHaiyilQoyyum (1-10 Rejab)
  2. SubhanallahilAhadisSomad (11-20 Rejab)
  3. SubhanallahirRauf (21-30 Rejab)
Antara peristiwa penting yang berlaku dalam bulan ini ialah:

1.Hijrah Pertama
2. Isra' dan Mi'raj

3. Perang Tabuk
4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
5. Lahirnya Imam Syafie RH.


Info tambahan tentang bulan Rejab, klik sini dan sini.

Sikit update tentang Azam..
Azam was getting ok, tapi masih perlu beberapa operation untuk membaiki apa yang masih belum betul. Kakinya pun belum dioperate lagi...

Salam peace-peace dari Azam, dari HSB...



Comments

  1. lama tak baca coretan cikgu BH.
    alhamdulillah adik cikgu beransur pulih.
    sy doakan semuanya selamat

    :)

    ReplyDelete
  2. nampak adik tu semakin bersemangat.. salam rejab...

    ReplyDelete
  3. aku pun baru tau kemarin yg bulan Rejab dah mula..tu pn mmbr aku cakap...dah x lama dah...huhu

    ReplyDelete
  4. Ko ada bakat jadi ustaz. Elok kita berkongsi peringatan agama ni. Dapat jugak pahala.

    Alhamdulillah Azam dah bertambah sihat. Tolong sampaikan salam kau kpdnya.

    ReplyDelete
  5. salam cikgu.

    syukur Alhamdulillah si Azam dah nampak ada kepulihan.

    Rejab menyediakan diri untuk Ramadhan

    ReplyDelete
  6. Ya Allah. Pantasnya waktu berlalu.

    REJAB, SYAABAN. RAMADHAN.

    ReplyDelete
  7. boleh la siap-siap baju raya utk anak-anak.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah...
    semakin hampir dengan bulan Ramadhan...bulan yang penuh berkatan.
    Semoga Azam sembuh dengan cepat!

    ReplyDelete
  9. Bini aku pun belum keluar wad lagi sbb anak aku tak cukup berat.Nanti aku nak melawat adik kau boleh :f

    ReplyDelete
  10. NuR
    terima kasih atas doa...

    zino
    salam rejab...

    ~attahrel~
    dah dekat dah bahang ramadhan tu...
    kite bersdia je laa...

    Yunus Badawi
    ustaz ke??
    huhu...malu laa...
    nak jadi ustaz tak jadi...
    terima kasih atas doa...

    AyKay
    same2 la kite bersedia...

    ALAF21FC
    ye laa...
    kite sgt bertuah, alhamdulillah...

    Abang Long
    mmg pantas...
    cepat sgt...

    ONE ZABA
    baju raye sendiri pun dah kene ade gak...
    hehe

    cikgu_math
    terima kasih CM...

    haritz
    eh, boleh2....sile2...takde hal...
    katil 26...

    ReplyDelete
  11. azam dah sihat yey..cepat sembuh azam!!

    selamat berpuasa sunat!

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum ,
    bagus kita tahu pasal bulan2 islam ni.. kadangkala terdetik untuk mencari adakah ia sunnah nabi atau tidak.. memang tidak berdosa kalau dilakukan bahkan menambah pahala inshaAllah .. mari sama-sama membaca entry dari seorang mufti ini .. bekas mufti .. http://drmaza.com/home/?p=646

    ReplyDelete
  13. http://datoksirkronik.blogspot.my/2017/03/mari-kita-berpuasa-3-bulan-direct.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Jangan fikir lama-lama nanti dikebas orang...