Chekgu BaniHassim

Bani+Hassim = Aku Anak Lelaki Haji Hassim. Anak kedua dari empat saudara lelaki. Punya personaliti yang tersendiri. Juga seorang detail-observer, intuitive.
Aku Bangga Menjadi Seorang BaniHassim.


Loading...

Salam.
Semalam. Aku menyibukkan diri untuk bagi sokongan kepada pasukan peserta sekolah aku untuk Majlis Tadarrus Al-Quran (MTQ) peringkat Firqah 2 Petaling Perdana di SK Sri Muda sebagai tuan rumah.

Aku takde kaitan dengan guru agama pun, cume Ustaz T tu memang kawan aku laa. Dan aku datang sebagai memberikan sokongan moral kepada anak2 murid aku, untuk buat yang terbaik. Bukan tak ade guru pengiring lain. Ade. Ramai pulak tu.


Kite ade Ustat Ayap, Ustazah Fatimah, Ustazah Fiza, Ustazah Ani, Ustazah Shobehah, Ustazah Aisyah dan Ustaz T. Dah cukup ramai kan? Tapi tu laa, abang aku tu dok gesa datang gak bagi sokongan...Memula macam berat nak gi sebab malam sebelum tu, dokla ngechat ngan abang dan cik bjorx yang memang insomniac tu. Kol 3 baru nak lelap. Maunya tak liat nak bangun pagi...

Abang, cikgu Suria, cikgu Nasuha pun ade datang sekali, bagi sokongan. Semata2 nak tengok wakil sekolah sendiri mencatatkan kejayaan untuk sekolah. Semangat kan??

Keputusannya, bolehlah aku ringkaskan kat bawah ni. (Pok-pek)2 banyak2 pun tarak guna kan?

  • Tilawah (L) - Tempat ke-3
  • Tilawah (P) - Tempat ke-3
  • Hafazan (L) - Tempat ke-3
  • Hafazan (P) - Penyertaan
  • Bercerita (L) - Johan
  • Bercerita (P) - Penyertaan
  • Nasyid - Penyertaan

Tu je. Huhu...Biasalah, kalau dah namenya pertandingan. Adatnya memang tak lari la. Ade menang dan ade yang kecundang. Cume macam biasalah,

sambil tangan dihayun ke atas dan ke bawah ala2 KSW,
Rumah sudaa siap, pahat masih lagi berbunyi.
Ibarat kucing patah gigi, tikus masih berlari2...
ahaks...

Mesti ade la keputusan yang tak dipuas hatikan. Sebab kita rasa budak tu boleh la sangkut tempat ke-2 atau ke-3 atau paling kurang JOHAN. haha...Tapi ini, langsung tak sangkut. Dan ini boleh menimbulkan marah.

Takpela, dah takde rezeki di situ. Ayat nak sedapkan hati. Kita cuma kesian kat budak tu. Tu je. Dan jugak jurulatih kepada budak tu. Mungkin ade kekurangan kat sana-sini yang kite terlepas pandang. Mungkin la...Kita bukan tau.

Pasukan nasyid sekolah pun kalau ditengok, dicongak2, memang susah nak menang. Sebab bende ni terlalu subjektif, dan sangatlah melibatkan elemen seni muzik yang sangat2 universal dan subjektif. Kadang2, kita yang tak berapa nak celik seni ni tengok persembahan nyanyian nasyid satu kumpulan ni macam bagus je, alih2 tak menang...

Yang kite tengok sempudal dan kureng, tengok2 boleh menang....Erm...Entah laa...
sekali lagik,

sambil tangan dihayun ke atas dan ke bawah ala2 KSW,
Hanya johari yang mengenal maniam...
Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya.

Tak pela.

Ape2 pun, sekalung tahniah dan terima kasih untuk tenaga pengajar yang tekun mendidik anak2 berbakat ini demi untuk mencapai kejayaan untuk sekolah. Tenaga pengajar akademi fantasia yang bertungkus-lumus melatih anak2 ni haruslah diberikan pujian. Sanggup stay back untuk latih budak2 sampai ke petang, korban sedikit masa rehat untuk datang berlatih dsb.

Sesungguhnya kita dah berjaya, cuma tahap kejayaan itu bukan hak mutlak kita untuk tentukannya, ye dak??

Tahniah sekali lagi untuk pasukan MTQ SK Seksyen 24 di atas kejayaan yang dikecapi...Kita cuba lagi tahun depan, ok?

Untuk mendownload gambar, klik link Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) 2009 di Picasaweb.

Petangnya, kunun2nye cadang nak merayap pi Jalan TAR. Ustaz T ngan abang la yang ajak. Diorang bawak famili bahagia masing2, aku je yang dilanda sindrom M dan sindrom KT (Kuat Tido) menolak mentah2 tak mo gi. Kuat sungguh kuasamu bantal ku. Huhu...

Semoga seronok mereka sekeluarga di jalan TAR itu, ok? Lagipun ai kan tak shuke KL. KL kan sesak, jam, kadang2 banjir dan susah nak parking. Malanglah mereka yang terpaksa bekerja di KL. KL itu jam. Huhu...

ps: abang, takkan takdak bawak balik awek jalan TAR kut semalam, untuk chekguBH...??

34 Superb Comments!

hayad said... on Sunday, March 08, 2009 9:29:00 AM

tahniah buat sek ko. ada jugak la yg mng tu. ape2 pun yang penting KERJASAMA :)

Malang ek sape yg bekerja di KL? hehehe. dulu aku kata gtu jgk kat kwn aku. dan mentah2 aku menolak KL sbg tempat aku bekerja. tup2 dpt keje kt KL ni.

Masa aku kutuk kwn aku tu, dia bls balik, kata dia, org keje di KL ni adalah org yg kuat fiz dan mental. bygkan lah dgn jam, perbelanjaan kos hidup dll. semua tu hanya boleh dihadapi oleh org yg kuat je. dulu aku gelak kat dia bila dia ckp gtu.

tapi sekarang aku paham maksud dia :)

arsaili said... on Sunday, March 08, 2009 9:36:00 AM

salam...awek jalan TAR...bole pulak bawa balik ek..dalam sehari mana cukup nak bawa anak dara org..ahahaha

al-hussaini said... on Sunday, March 08, 2009 10:16:00 AM

awal erk majlis MTQ sekolah rendah...

btw, tahniah pada yang Johan bercerita tu...

asah lagi...

Chekgu BaniHassim said... on Sunday, March 08, 2009 10:54:00 AM

hayad
ko memang wanita KL yang tabah..
aku salute la ko...
aku tak gelakkan ko ye...
aku cume tak suke KL, tu je...

arsaili
mane la tau kalau2 bulih ke...hehe

al-hussaini
entah, dier nk buat awal, kite ikut je laaa...

hayad said... on Sunday, March 08, 2009 11:47:00 AM

hahaha, aku wanita KL? mana ada. aku wanita kampung la. dr kg padang rengas yg terletak dalam daerah kuala kangsar di Perak :p

Chekgu BaniHassim said... on Sunday, March 08, 2009 11:51:00 AM

hayad
dah keje sini, jadi wanita sini laa...
ko kan keje kat salah satu sekolah tersohor kat kl..
jadi, kenelah ngaku wanita kota...huhu

Chekgu BaniHassim said... on Sunday, March 08, 2009 1:44:00 PM

Faris Ibrahim
lorr...taktau ek??
len kali kitorg gitau lak...
tp u kan sibuk dating ngn org tu...huhu

~attahrel~ said... on Sunday, March 08, 2009 3:50:00 PM

kalau ada kategori guru pengiring ter'semangat'..dah tentu2 ang menang chekguBH...siap upload dlm blog lg tu...PPD pun x up dlm web ..hahaha..tahniah wat chekguBH dan skolahnya...

Chekgu BaniHassim said... on Sunday, March 08, 2009 4:40:00 PM

Abang Long
nak jugak tempias KSW..idola tu..

~attahrel~
oke gak title tu...
aku sekadar mmberi semangat...nak suh train budak2 ni malas ngn tak berapa reti...
moral support oke la tu...

Neeza Shahril said... on Sunday, March 08, 2009 4:47:00 PM

teringat masa kecik2 masuk aktiviti.. tapi akak masuk menari je.. hehee...
besar2 eh! tua-tua ni takleh la menari..
nak kena piat???

Jard The Great said... on Sunday, March 08, 2009 4:50:00 PM

budak2 patut sentiasa terlibat dgn aktiviti2 camnih.. utk elak dari aktivit2 yg tak sihat.. hehe

Chekgu BaniHassim said... on Sunday, March 08, 2009 4:52:00 PM

Neeza Shahril
tau xpe...
menari dlm bilik tidur dah le kut...
utk suami je kak...
hehe

Jard The Great
ye la..btol..
aik, kate away???
ade nih...

:: Cikgu Wiween :: said... on Sunday, March 08, 2009 5:18:00 PM

comei anak murid ko pakai baju melayu kaler oren. hehehe anyway, congrats ;)

bjorx said... on Sunday, March 08, 2009 5:28:00 PM

congrats team MTQ 24,

BOLEH BAH, KALAU KAU!
(baca dengan pekat!)

Chekgu BaniHassim said... on Sunday, March 08, 2009 5:32:00 PM

bjorx
terima kasih bagi pihak mereka..
baca dengan PEQAT!
HUHU...
gila bah...

Ibn Hajar said... on Sunday, March 08, 2009 5:45:00 PM

Terima di atas sokongan anda semua Guru SKS24 memamng best tahun ni. Terima juga buat promosi MTQ ni....i am very appreciated

NuR said... on Sunday, March 08, 2009 6:28:00 PM

bersemangat ke main si baju oren tuh! apepun ucapan tahniah utk sekolah cikgu BH.

sekolah sy akan jadi tuan rumah pertandingan mcm ni bulan 4 ni. alamatnya makin sibuk la kami.huhu!

mademoiselle azieshakespeare said... on Sunday, March 08, 2009 7:51:00 PM

best ar budak2 neh...
x menang pun, dapat la jalan2
(ayat kami masa sekola dolu, uhuhu)

Chekgu BaniHassim said... on Sunday, March 08, 2009 8:10:00 PM

mademoiselle azieshakespeare
ini belum lagi lawatan smbil belajar nih..akan datang ade lagik..
musti seronok...

Muslimahsolehah said... on Sunday, March 08, 2009 9:07:00 PM

hidup ni mcm roda...jap atas jap bwh..takkan sekolah kite jer asyik menang..hehe..sekolah lain pun nk merasa...ape2 pun tahniah kepada guru2 pengiring yang membawa budak dan bg semangat kat diorg

xiiinam said... on Sunday, March 08, 2009 9:07:00 PM

KAKRAM tak sangka cikgu peminat Karam Singh...ha..ha..


Sebenarnya, kami cikgu2 BM bengang dgn si karam ni...merosakkan peribahasa sehingga ada murid terikut dalam peperiksaan...sesuka hati dia....

Kalau roboh kota Melaka...
Errr...lain kota kasi bikin lah machaaaa...dey!!

chi am said... on Sunday, March 08, 2009 9:19:00 PM

wah cikgu.. bersemangat abis dah ha.. cani la jiwa pendidik.. tahniah cikgu.

~Cinta Cukulet~ said... on Sunday, March 08, 2009 9:50:00 PM

tahniah la kepada anak-anak murid cikgu...menang kalah tak penting yang penting berani mencoba..time ni la nak latih sikap yakin diri(dah masuk U esok2 tak la ketar lutut bila org suruh present heheheehe)

Chekgu BaniHassim said... on Sunday, March 08, 2009 10:06:00 PM

Muslimahsolehah
akak tgh berseronok berpoye2 kat jusco kan mase nih??
mencari2 ke kak??
huhu

xiiinam
saye peminat ke-2nye...
KAKRAM same KARAM...
2-2 pun hebat jugak..
:P

chi am
aku sekadar memberi sokongan je...

~Cinta Cukulet~
harapnye dorg ni belajar sampai ke menara gading la ye...
bulih praktikkan ape yg dorg dah belajar skg nih...

lillies said... on Sunday, March 08, 2009 10:43:00 PM

salam...
tahniah kerana budak2 tu berani mencuba...jangan putus asa...tahun depan insyaAllah ada rezeki menang...

en_me said... on Monday, March 09, 2009 4:06:00 AM

tahniah chekgu ittewww.. cuberr lagikkks.. tawon depan takyah panggil karam singh walia k..

Chekgu BaniHassim said... on Monday, March 09, 2009 7:42:00 AM

en_me
tahun depan kasik juara...
tahun depan karam singh retire dah...haha

haritz
i\ok, tenkiu...

Post a Comment

Usah Melukut Tepian Gantang