The DOs and DON'Ts...

Salam.
Ewah2, jarang2 aku tulis pasal soal hati, cinta dan perasaan. Tapi bila aku tulis, berduyun2 menunjukkan minat nak jadi penasihat pada aku...
Terima kasih. Korang prihatin sungguh lah dengan kisah cinta di awangan aku ni kan?

Aku bersyukur sebab masih ramai yang amik berat dan sayangkan aku. Korang semua, jiran meja sebelah aku, jiran belakang meja aku, jiran sebilik guru aku, parent aku dan semua laa. Semua ambik berat pasal aku. Kawan2 blogger dan pelawat baru pun makin ramai. Kena update link-list aku, nanti la ye.


Hari ni muka aku memang macam N*JIS. Memang masham mencuke, campur kerut seribu kat muka, dahi segala sudut. Dalam hati aku sama kerutnya dengan muka aku. Dah ramai yang tegur. Abang aka jiran aku ni dok la nasihat pok-pek-pok-pek...Aku dok senyum je....Senyum pakse.
Senyum ikhlas + tidak.
Abang aku ni suke sangat bercerita, dan berkongsi. Dan banyak soalan dier yang berbau lucah provokasi. Aku pun nak tanak je menjawab. Takut terperangkap pulak...haha

Biasalah, bile banyak bebanan keje, dan kite dikejar dek si pengejar due date keje kite; maunya tak tekanan. kan? Hari2, si Dia dok tanya bende yang sama pada kite, maunya nak crack kepala? Bukan salah Si Dia, sebab itu memang keje dier. Kalau dier tak ingatkan aku, aku mudah lupa, kan?

Okelah, aku cume nak highlight ade satu bende yang menggelikan hati dan nurani aku.
Ni haa...
The DOs and DON'Ts for teacher to student...
Ade satu handout yang di distribute oleh bahagian Disiplin sekolah...
Berkenaan dengan apa hukuman yang boleh dan tak boleh dibuat oleh guru kepada pelajar.

Aku teliti dan baca satu persatu. Memang kelakar. Semua tak boleh. Ade beberapa statement yang cukup menggelikan hati.

Aku takpayah lah nak senaraikan semuanya, cuma nak quote-kan beberapa yang menarik perhatian aku; antaranya ialah:
The DON'Ts
  1. Di larang menunjukkan air muka marah kepada pelajar.
  2. Di larang memerli/menyindir pelajar.
  3. Di larang menyuruh pelajar berdiri di dalam atau di luar kelas atau di atas kerusi/meja.
  4. Di larang mencubit.
  5. Di larang mengherdik pelajar.
  6. Di larang menghenjut pelajar/ menyuruh ketuk ketampi.

dan lain2 lagi yang basic yang aku rase memang tak berapa patut nak dibuat oleh guru. Itu aku terima.

ketuk ketampi? no no no no.....

dan ini pulak senarai hukuman yang DIBOLEHKAN kepada para pelajar.

The DOs
  1. Membersihkan kelas, kerja amal yang lain dsb
  2. Menyuruh pelajar membetulkan meja atau kerusi semasa rehat.
  3. Menyuruh pelajar untuk menulis beberapa perkataan berkaitan kesalahan dsb.

Ape ni?
Ini semacam mengehadkan tugas pendidik. Bukan aku nak membantah ke ape. Tapi yang mengeluarkan arahan tu benar2 tahu tugas cikgu ke? Aku tak nafikan memang ade segelintir cikgu yang memang naik hantu, garang segarang singa lapar, dan pelbagai lagi bende lain yang tak sepatutnya di buat ketika marah....Memang ade, tapi kalau aku laa...

Kalau aku, aku akan buat yang sepatutnya. Selalunya budak2 kelas hujung2 nih, bende2 hukuman fizikal ni tak jalan. Jangan berharap la nak bagi diorang ni terkesan walau sekelumit daripada hukuman klise kite (ketuk ketampi, berdiri dsb) sebab tak behave dalam kelas.

Aku akan lebihkan nasihat kepada diorang dan lebih kepada buat air muka yang sedih supaya mereka tahu yang dorg dah buat orang lain susah hati. Dan sedikit ketinggian dalam tone suara aku yang selantang guruh ni untuk wujudkan rasa gerun pada diorang dan nak address dorg supaya tak akan buat lagi lain kali.

Maksudnya aku cuba bermain dengan psikologi budak2 ni. Aku bukan reti sangat, tapi aku buat2 reti je.

Itu cara aku. Selebihnya aku tak boleh nak cerita kat sini, takut2 ade yang nak buat naya kat aku, mati. Tapi so far, aku belum pernah over the line laa...

Kalau kite tak ambik tindakan pada mereka ni, kite sekadar menunjukkan muka yang manis ketika marah (rujuk the DON'Ts no. 1) korang rase akan berkesan ke pada mereka yang ketegaq nih? Korang rase kecenderungan mereka untuk ulang balik kesilapan yang sama tu berkurang ke bertambah?

Kalau mak ayah ni jadik cikgu, bulih ke, cukup sabar ke nak mendidik anak mereka dengan penuh hikmah? Cakap dengan penuh tata sopan dan susila ketimuran, tanpa meninggikan suara dan berharap anak mereka akan patuh. Buleh?

Boleh, kalau anak anda memang semulajadi atau sejak azali adalah mereka yang mendengar kata dan bijak sana serta soleh dan solehah. Kalau jenis yang tak makan saman dan kureng IQ nye, degil dan bersikap kurang ajar dengan orang sekelilingnya, berkesan ke The DOs yang aku highlight-kan kat atas tu?

Tolong lah. Tolonglah berfikir dengan wajar dan waras. Bukan kami nak mengeluh, tapi kami mendidik lebih daripada 40 orang murid sekurang2nya. Kalau semuanya anak2 yang soleh dan solehah, tindakan di dalam The DOs memanglah wajar.

Itu je la. Luahan hati seorang guru.
aku tak pasti sape yang keluarkan arahan, dan aku sebagai penjawat jawatan awam, Yang Menurut Perintah je laa...

Tapi, korang pikir sendiri la ye. Timbang2kan....

ps: Kami akan akur, tapi akur dalam erti kata yang tak sebenar. Pandai makan, pandai simpan. Demi kebaikan anak2 kite jugak.

Comments

  1. betul3x..

    dgn adanya undang2 mcm ni la yg budak2 makin naik kepala.. kita yg stress. takde cikgu yg nak marah tanpa sebab.

    kan cikgu BH??

    ReplyDelete
  2. mmg pun. byk sgt DONT sekarang ni. menyampah betul.

    ReplyDelete
  3. NuR
    btul tu...
    cikgu ting-tong je yg buat cenggitu...

    hayad
    tu ar, tapi aku amalkan konsep Pandai Makan Pandai Simpan...

    ReplyDelete
  4. kalo x boleh hukum pelajar...bagaimana guru nak mengawal pelajar2nya yg pelbagai ragam...

    sekolah tempat pertama untuk mendisiplinkan pelajar .. dan guru2 perlu di beri kuasa untuk melaksanakan denda atau hukuman ringan ke atas pelajar dan bukannya hanya kuasa di beri kepada Guru Disiplin.

    Ibubapa perlu sedar kelakuan anak mereka...jika mereka sendiri tidak mampu memantau perlakuan anak2 di rumah... jgn minta guru2 untuk menatang anak2 mereka ketika di sekolah.

    Kementerian Pendidikan hendaklah konsisten dalam keputusan mereka dan membantu guru2 di sekolah dengan menyediakan garis panduan yg lebih praktikal... jika tidak..kes budak2 bergaduh, tak buat kerja sekolah, meniru, merokok dsb tidak boleh di ambil tindakan oleh guru2 biasa. Banyak sgt diplomasi juga tak membantu perkembangan pelajar2.

    [Istilah guru ibarat Lilin x oleh di gunakan lagi, sebaliknya guru ibarat lampu minyak gas, perlu diisi dan boleh diisi agar terus dapat menyala!]

    ReplyDelete
  5. hydir
    pandangan yang kritis...
    terima kasih. kalau semua org paham, baguslah.
    kalau tak paham, tu yang masalah...

    ReplyDelete
  6. wah chekgu sekarang ni dah ade si Dia la..
    huhuhu.... impressive beb.

    first impression aku kat checkgu ialah:-
    hang memang seorang lelaki... keh keh keh
    tapi sape kah die? mungkin terlalu awai kot
    untuk diceritakan... tak pe ar.. pelan pelan

    *silap betoi aku banyak dah miss episode
    checkgu nih.. ekeke~

    ReplyDelete
  7. wahh bebudak skang manja sungguh ye..
    yg don't nye tuh zaman aku dulu2 adalah hukuman yang selalu aku dapat..
    setakat ketuk ketampi ape la sangat..
    berdiri lua kelas lagi syiokkk tengok orang lalu lalang..hehehe
    hmm payah ye jadik cekgu zaman abad 21 neh

    ReplyDelete
  8. Mr. Azman @ Kreuger
    oit, sebelum ko merapu byk, maafkan aku kerana mencelah...
    haha...
    si Dia tu PK aku laa...
    Dia tu yg selalu kejar aku, utk segala kerja pengkeranian tu...
    tu je...
    dont get me wronged ye en krueger...

    ReplyDelete
  9. apa? don't? aku peduli apa. bdk pompuan pun aku rotan. tp kena le bgtau mrk apa sbb kena rotan. kalau x puas hati, sila buka hadis yg membenarkan rotan sbg satu kaedah didik anak utk solat.

    ReplyDelete
  10. CJ
    mak ayah ramai tak boleh terima tindakan kite...
    tu je msalahnye CJ.
    Aku pedulik ape, aku buat ape yg patut. Kite pun tau mane yg patut mane yang tidak...

    ReplyDelete
  11. Ha..ha..
    The DONT's are my favourite punishment ..
    tak lulus...ketuk ketampi!
    tdor dlm kelas...bdiri atas meja
    tak buat homework...cubit perut..or tarik ekur rambut..
    kalau tidak...gaji buta le cikgu..tak ada sape nak dengar cikgu mengajar.
    pandai-pandai lah...jgn naik mahkamah sudah!

    ReplyDelete
  12. cikgu_math
    tu arr kak, pandai makan pandai simpan...

    ReplyDelete
  13. Saya tabiklah dgn kebanyakan cikgu2 ni. Sanggup jaga anak2 orang. Kami ni anak sendiri pun kadang2 hilang sabar.

    ReplyDelete
  14. sebab tu lah akar tak nak jadi cikgu. Akak dah rasa betapa susahnya nak mengajar sorang adik (tu baru sorang). Kalau 40 orang, mahu tercabut kain dibuatnya...

    ReplyDelete
  15. Yunus Badawi
    kami terima cabaran utk didik anak2 ni, bukan ape yg kami harapkan, cuma paham kerja kami. tu je...
    kami mencuba sedayanya...

    Neeza Shahril
    saye pun dulu tak sabar nk ajar adik saya. tp skg saye cube belajar utk lebih bersabar..
    ish, ape ni kak, cakap pasal tercabut2 kain nih...haha...

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. hukuman plg hard-core penah aku kena is berdiri luar kelas + sebat pungg*ng ngan pembaris cikgu yg pjg tu :s ..tp ramai2 r..siap patah lg pembaris kayu tu..last2 dengan cikgu yg menyebat tu la kami plg kamceng...ketuk ketampi + berdiri atas kerusi tu toksah cerita la,xtvt wajib...skang dah lain..hoho

    ReplyDelete
  18. Sepatutnya cikgu2 yang gubal undang2 dan hukuman utk budak2 tu. Baru ler berkesan.... ini tah sapa yang tak tau langsung pasal sekolah yang gubal..ish..ish..tak patut..tak patut.

    ReplyDelete
  19. salam ukhuwah.
    baca entri kat sini..
    macam best je jadi cikgu eh.

    ReplyDelete
  20. Pakcik ko asal.. mcm org perempuan datang bulan je bad moodnya... Relaks ler.. Susah2 ko ajak ler Abg besar, Ustaz, Shadi ke g makan kat mana2 lepas perasaan tapi jgn ler mahat hashim ent lak.. kalau ko nak pot best g pak li kat 18 tu pot kami dulu... kat situ ko sembur je tapi pastikan ada org dengar ler jgn sorang2 tak pasal2 pakai baju keras..

    ReplyDelete
  21. huahuahuah..
    mmg i geli hati menbaca senarai yg kita dpt tuh..
    bkn mempertikai, tp byk sgt yg nmpak tak relevan n tak praktikal..
    bila nak wat sesuatu, kena fikir la masak2 dlu.. arahan sebegini mmg tak leh pakai.. itu pendapat i lah..
    apa la nk jadi pd anak bangsa kita nanti..? i risau sgt nih.. kalau cikgu da tak boleh nak mengajar murid sebaliknya hanya mendidik sahaja, akan lahirkah seorang insan yg bkualiti kelak? jgn kata nk tgk anak org lain, tgk anak sendiri pun i da risau.. anak i n murid2 kita yg lain nih mmg nakal2 juga.. kalau cikgu da tak leh nak menegur, naik minyak la gamaknya nanti..
    aku rasa kalau susah sgt, eloknya suruh kementerian wujudkan jer sekolah dirumah msig2.. maksudnya, guna online jer..
    anak ko nak belajar ke, tak nak ker, mak bpk la yg tanggung.. cikgu cuma ngajar online, nak jentik bdk pun tak dpt.. so, kita biarkan mak bpk dia handle pembelajaran anak2nya sendiri.. tgk la sendiri anaknya pandai ke, bengap ke, baik ke, malas ke.. ish.. geram nih.. i geram..

    ReplyDelete
  22. bnyk songeh depa skang neh...
    dulu2 slumbe jek kena denda ngan cikgu,
    siap jadi 'yang menurut perintah' lagi untuk di denda (ahaha kantoi di sini, aku student tidak b'etika :)) )
    nak pk ape yg 'the DOs' untuk student skang ni :?

    ReplyDelete
  23. ~attahrel~
    mmg lain sgt...
    sgt mengade2...
    hampeh!

    TokNabe
    kite ni menurut perintah je...
    tp pandai2 kite laa....

    Sufi Idany
    tu arr...byk sgt...
    pandai makan, pandai simpan...

    famia
    besh kalau P&P kite berjaya...
    tak besh kalau byk sgt kekangan cemni...

    CIK FARAH
    pak mahat tak sedap!
    baik aku makan kat umah je...
    dorg sibuk ngn anak bini, bz kut...

    princess damia
    bagus idea ko...
    buat kelas online je...

    mademoiselle azieshakespeare
    tp ini arahan org atasan...yg menjalankan perintah adalah kite...
    jadi semua terletak atas kite....

    ReplyDelete
  24. erkk.. mungkin org tu tak nak keganasan berlaku dlm bilik belajar kot... kalo kita denda pelajar buat xtra homework atau denda kena buat persembahan kat dpn tak bole ker?? nyanyi ker?? hehe

    ReplyDelete
  25. itu ler lumrah cikgu2...
    di luah mati emak, di telan mati bapak
    nak ambil tindakan kang kena tindakan lak dgn Pengetua...

    makan hati sebenarnya cikgu2 yg berdedikasi ni...
    kalo cikgu yg ambik mudah takper ler...semua nampak senang je...

    cikgu banyak dibebankan kerja2 perkeranian dan ditambah kerja ko-kurikulum, persatuan .. campur lagi dgn masalah disiplin bebudak..boleh sakit jiwa juga... especially kalo anak murid dr bangsa yg berlainan...buat boh layan je...

    kadang2 nak tolong karate je bebudak camtu...
    hnnssss...

    ReplyDelete
  26. Peraturan2 itu hanya indah di atas kertas dan mata mereka yg xmengerti..

    Realitinya,hanya guru yg tahu..

    ReplyDelete
  27. Errrr...
    cklah dah masuk kategori cikgu veteran...
    Dah 18 tahun dah....
    Dah lali dengan segala sepak terajang dan titik bengik....


    tapi...
    itulah jalan yang kita pilih....
    cintai kerjaya kita, kerja dengan rasa cinta...
    kita akan rasa kemanisan cinta itu.....sungguh...

    ReplyDelete
  28. aiyyyoookkk..

    manyaknya peraturan...
    sabar cikgu... sabar...

    murid2 skrg lebih KEBAL berbanding cikgu...
    mesti mau ingat tu...
    mcm melukut di tepi gantang plak...

    ehhh... tp ko bukan melukut di tepi gantang kan??

    aduyaiiii... makpak skrg dah tak syg anak...
    syg anak tgn2kan...

    tp depa sayang anak menang2kan...
    tu yg tak berapa nak jadi org

    ReplyDelete
  29. Jard The Great
    erm...kalau denda nyanyi cam buang mase sket laa...

    Ir. hydir
    relaks bro...

    en_me
    tau xpe...

    Faris Ibrahim
    btol3x...

    xiiinam
    tu la kak, saye cube menyentuh hati dorg supaya dpt berubah.
    berubah sbb dorg boleh dan kene berubah. kekerasan bukan segalanya...

    ku tak sempurna
    sayangkan anak sampai rosak semuanye...

    ReplyDelete
  30. tiap tahun time serahkan anak2 kat cikgu kelas...kak jie dah pesan awal2

    cikgu buatlah apa2 utk anak saya...saya serahkan dia utk cikgu ajar

    ReplyDelete
  31. Kujie
    bagus kalau mak ayah macam akak nih...
    senang keje kite mengajar...

    ReplyDelete
  32. aku rotan je murid aku... sbb kebanyakan parents diorg dah bg greenlight... hehehe...tapi, rotan tu bertempat la. dan sebelum rotan, mesti mau kasitau dulu apsal aku nak rotan. supaya diorg tak memputarbelitkan fakta.

    kata-kata parents murid aku:
    "cikgu, kalau anak saya ni degil..cikgu rotan jer.."

    ReplyDelete
  33. kapallayar
    Ade jugak mak ayah yg faham cemnih...
    yg jenis tak paham dan anggap anak dorg btol..tu yg pyh...

    ReplyDelete
  34. haku pon rotan jer...

    pastu psiko bg kuar air mata...suara menten lantang ler! hehe..

    niat ikhlas nk jaga disiplin anak2 diorg...bukan nak mendera...

    1 skolah haku kene jaga! bukan takat 1 kelas jer...

    kalau x dirotan...naik lemak laa diorg...

    ReplyDelete
  35. nur sokong kak su ckp..hehe

    nur rasa sejak nur jadi cikgu ni, suara makin lantang... dah sure ni pitching tak lari pasni.

    kalo hukuman salin atau buat latihan byk2 ni rasanya tak bagi kesan ape2.. lagi kita sakit mata ada la rasanya. :O tulisan bersepah, jawapan tah ke mana.. huhu!

    disebabkan campur tangan ibu bapa dan pihak yg tertentu buatkan peranan dan hak guru dlm mendidik disisihkan.

    ReplyDelete
  36. ape pendapat korang klo ckgu tu ckp name pljr perempuan kt perhimpunan??slh pljr tu bkn bsr pon,cume xdtg kls tmbhn je wktu cuti skolah..
    bygknlh air muka pljr tu..

    so,tlg la bgi pendapat ye...

    ReplyDelete
  37. constaspon_fu-Peoria James Wagner Crack
    backviwino

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood