DariNya dan KepadaNya Kita Kembali...
Salam Takziah buat keluarga Mak Long aku yang baru kehilangan Pak Long yang telah menderita pelbagai penyakit moden hari ni, kira-kira jam 4.00 pagi.
Awal pagi tadi, aku seakan dikejutkan dari tidur lebih awal dari biasa. Biasanya, kalau aku tidur pukul 12-1 pagi, aku akan bangun pukul 6-6 suku pagi. Tapi pagi ni lain sikit. Rupenya ade berita duka ini yang nak disampaikan.
Pemergian Pak Long menamatkan penderitaan mereka sekeluarga. Pak Long yang dah menjadi buta akibat komplikasi kencing manis, menjalani hemodialisis dan tak mampu nak menjalankan kebajikan diri dengan sendiri tanpa bantuan anak2 yang 7 orang itu.
Aku jarang2 pi melawat Pak Long, tapi kali terakhir kami jenguk Pak Long mase kenduri kawen anak sulungnya, Saiful. Masa tu, sedih aku tengok keadaan Pak Long. Pak Long yang perangainya dah seperti kebudak-budakan, akan terjerit2 dari bilik meminta nak minum itu, nak makan ini walaupun memang Pak Long tak boleh makan dan minum semua tu.
Nasib baiklah, Mak Long dan anak2nya tidak jelak dan jemu melayan karenah Pak Long. Dan kesabaran tu berakhir hari ni. Ada hikmahnya. Sekurang2nya, kuranglah dosa yang terhasil tatkala mungkin hati kecil berkata2 kerana "cemuih" melayan orang yang sakit. Itu biasa.
Anak arwah Pak Long bukan sikit, 7 orang kesemuanya. Cuma kalau dalam keluarga tu, biasalah kalau ada yang ambil berat dan lepas tangan dalam hal berkaitan keluarga. Mak Long yang dah tak bekerja cuma mengharapkan sumbangan kebajikan bulanan daripada pihak tertentu untuk menanggung kos rawatan Pak Long.
Untuk hidup, Mak Long mengharap belas ikhsan anak



Bukan aku nak buruk2kan keluarga orang lain, tapi keluarga belah abah aku ni selalu sangat buat majlis makan2, masak makanan2 yang berkolesterol tinggi eg. kambing. Kalau dapat makan kambing tu, habis disohor dan dibangga2 satu dunia. Dengan sup tulangnya, dengan soto lemaknya dsb. Nasib baik lah keluarga aku duduk jauh dari kelompok famili sebelah abah. Diorang duduk dekat2, dalam satu kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kg Limau dan bila buat pesta makan cemni, haruslah join sekaki kan?
Sedap memang sedap, tapi implikasinya? Kalau dah sakit, sape yang susah?
Semoga kita yang masih segar-bugar dan sihat ni dapatlah menjaga kesihatan diri, dapat memastikan apa yang masuk di dalam tembolok kita ni adalah yang baik2 sahaja. Zaman moden ni, kalau keturunan kita sudah ada sejarah penyakit 3 atau 4 serangkai tu, maka berhati2lah. Makan memang sedap, tapi jangan sampai tak ingat dunia.
Kita adalah apa yang kita makan.
Doa aku semoga Roh Pak Long akan dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang2 yang solihin. Amin.
Dan, semoga kedua ibubapa aku akan sentiasa sihat dan mendapat rahmat serta lindungan dariNya. Amin.
Ya Allah, peliharalah kedua ibubapaku.
Kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani aku sewaktu umur kecilku.
Al-Fatihah buat arwah.. Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan hamba2Nya yg beriman, amin.
ReplyDeleteal fatihah.
ReplyDeletetakziah...
ReplyDeletetakziah.
ReplyDeleteInnalillahi wainna ilaihi rojiuun
ReplyDeleteari ni je ada dua cite org kembali rahmatullah dari blog
Salam takziah dr su....
ReplyDeleteAl Fatihah...
takziah
ReplyDeletesalam takziah dari nur..
ReplyDeletemanje
ReplyDeletebjorx
kuIna Jentayutiara
fiezabaiduri
mademoiselle azieshakespeare
su
cikgi
NuR
terima kasih atas ucapan takziah kalian semua.
sama2 kite doakan yang terbaik utk arwah dan seisi keluarganya.
al-fatihah.
alfatihah wat pak long ittewww..
ReplyDeleteAlfatihah buat Pak Long. Yang masih ada ni..hidup harus diteruskan. Jaga kesihatan sesempurna yang boleh. Supaya tak mengesal di kemudian hari.
ReplyDeleteInnalillahiwainnailaihiroji'un..
ReplyDeleteSetiap yang hidup pasti akan mati...muhasabah terbaik untuk diri yang mudah alpa..salam takziah buat keluarga saudara chekguBH...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan org2 yg beriman dan beramal soleh...amin.
al fatihah
ReplyDeletekencing manis...
mati itu pasti
en_me
ReplyDeleteShaffik
Muslimahsolehah
terima kasih atas doa semua...
vy
mati tu bile2 pun boleh kak...
penyakit tu asbab je...
al fatihah untuk arwah..
ReplyDeletebetoi la cekgu. ape kite makan kite kene jaga la...
org skang senang kene penyakit..
Takziah... semoga kita bersedia ke arah itu
ReplyDeletemenziarah orang mati
ReplyDeletemengingatkan kita tentang mati