Biarku Terbang Bebas...

Prelude:
Entri ini berkaitan dengan Majlis Persaraan Pn. Rakayah Jamil.


Biarkan merpati itu terbang bebas, sebebasnya.
Jika ia pulang mencari sejolinya, bukan salah kita...


Haha, bersasteras lagi kite...Macam bagus...Bukan ape, badan, otak dah letih semuanya. Rase macam nak terbongkang je atas katil sambil berlenggeng, tapi macam ade bende yang belum setel je. Memang ade, tapi kalau aku wat derk je bulih ke?

Okla, back to main story. Selesai sudah banyak bende dalam minggu ni, dan terasa kepanjangan minggu ni, sungguh! Dan majlis persaraan ni adalah klimaks untuk minggu ni, walaupun esok masih ade kelas tambahan tahun 6, hari Sabtu. Itu lain cerita.


Kredit ni aku nak kalungkan kepada semua AJK yang meringankan tulang membantu aku, sebab asalnya majlis ini bukan seliaan aku, aku dah serahkan kepada seseorang. Tapi takpe, dah memang gini laaa, aku terima je la. Yang pasti, majlis tadi aku anggap berjaya. Berjaya sebab semuanya berjalan lancar dengan kerja keras semua AJK yang dilantik dan me-sukarela-kan diri mereka.

Terutama geng-geng ustazah Hizrin; Kak Ayu, Kak Fiza, Kak Ani dan yang lain yang banyak membantu. Kak Sue, Kak Maria, Akak2 penyelaras setiap tahun, pentadbir dan sesiapa yang terlibat. Kawan2 yang lain pun banyak membantu, bezanya nampak secara zahir atau tak je. Takpe! Aku dah biase....



Backdrop kitar semula.

Berguna jugak hasil kerja kite kan Abang Besar??? Kat sini kite dah dapat pahale sebab mudahkan keje orang, nice pun ye jugak...

Kalau dah majlis persaraan, tak sah kalau tak ade makan2 kan? 3-4 petang, masa yang diperuntukkan untuk makan. Makan berlangsung kat Pusat Sumber. Kredit utk Kak Akma & Kak Sura sebab tolong sediakan tempat. Dan jugak untuk Kak Fiza and the geng sebab uruskan semuanya.

Saya orang laki ni manelah cekap sangat hal makan-memakan nih...Nasib baik ade kamu2 semua...Lagipun I kan bujang lagi...Single-mingle lagi...Haha..Takde kaitan!


Tersenyum simpul Pn. Yang Dirai, Pn. Rakayah Jamil...
Selamat la lepas ni ye?? :)


Kek sempena persaraan - tengok live lebih lawa.

Asalnya memang nak buat simple je, sebab kekangan aku. Tapi pentadbir tetap mahukan sesuatu dan mereka turut membantu dengan memberikan idea yang bernas, ape salahnya kite berhabis sikit. Bukan selalu kan?

Perjalanan keseluruhan majlis aku tak dapat rakamkan sebab aku antara tonggaknya; meaning that aku terpakse memaculkan diri aka mencapap sepanjang acara berlangsung. aku tak nak. Tapi dah tanggungjawab kan? Kalau nak tengok gambar yang lebih lagi, bulihla pi blog Abang Besar aku dan Cikgu "DSLR" Halim tu. Mungkin ade mungkin tak de. entah! Pi la skodeng kejap.

Takpun mungkin Cikgu MS atau Cikgu PD ade butiran. Entah la.

Roughly, acaranya bermula di Pusat Sumber untuk makan2 sambil membuncitkan diri. Lepas tu baru acara dewan. Dalam dewan tu ade la Pengkisahan Semula Seorang Rakayah, persembahan pelajar, penyampaian hadiah dari setiap tahun dan acara penutup.

Nanti aku publishkan text yang aku karang untuk dibacekan semasa pengkisahan semula tu. Macam pengkisahan semula Mahsuri pulak. Hahah...Macam haraammm...

Untuk penutup, kite cube buat seminima dan seringkas mungkin (kite cube laaa). Tapi u know la, mane bulih simple je. Kene buat grand jugak. Okela, but simple dan simbolik.


Kredit untuk Kak Azlina Mohd untuk kereta mewah yang dipinjam itu. Makin cun pulak kete akak hari ni, haha.


Cun gile kan? Gabungan hijau lumut dengan bunga-bungaan rona merah jambu. Wah, memang kreatif la Kak Sue dan Kak Aisyah. Tabik! Kereta ni akan membawa orang yang diraikan sehingga ke muka pintu rumahnya. Merasalah feeling2 pengantin baru kan?? huhu

Dan acara simbolik terakhir yang (mungkin) mastermind-nya aku, ialah majlis pembebasan burung merpati comel ini. Kredit untuk Cikgu Nasuha yang sempat mencuri mase cutinya kerana isteri kurang kasih sayang sihat :) dan pergi untuk mencari burung merpati ni.

Nasib baiklah burung ni bagi kerjasama untuk terbang semasa dilemparkan ke udara oleh Pn. Rakayah sendiri. Risau jugak dier takmo bagi kerjasama sebab sebelum tu burung ni dah mengalami peristiwa ngeri digodek dek kucing2 yang banyak berkeliaran dalam bilik guru aku tu. Habis diguling2kan dan diperkotak-katikkan sangkar emasnya itu.

Nasib baik panjang lagi umurnya. Dan dan lepas bebas dah pun. Dan Pn. Rakayah dah tak perlu pening kepala lagi untuk memikirkan tentang kedegilan anak2 muridnya lagi. Beshnya kalau aku jadi macam Pn. Rakayah, tapi muka still nampak muda macam sekarang, boleh? Memang gemukla kalau dok umah goyang kaki....Seronok, hati pun senang je...

Okla, dah banyak kut aku bebelkan kat sini. Harapnya kalau aku bersara jugak dari bidang ni suatu hari nanti, akan ade mereka yang akan kenang dan rindu aku, buat sambutan untuk aku atau pun menangisi pemergian aku. Sedihnya. Tapi tu semua jauh lagi di depan. Apa yang kita ade pada hari ni, teruskan dan berjuanglah, selagi ada daya.

ps: Abang besar, banyak tangkap gambar hari ni? Semangat pun makin besar nak berbelog ni..
Baguih laaa noo....

Comments

  1. walaupun backdrop kitar semula. tapi tetap menawan.hehe

    Grand sungguh majlis kali ini. Satu usaha yang begitu komited dari kalian. Siap dengan hiasan kereta mewah dan pemikiran di luar jangka dengan pembebasan burung merpati tu. Hebat!

    ReplyDelete
  2. rasa ....
    semacam nak bersara jugak lah...
    tak payah nak fikirkan kelas tambahan petang, kelas tambahan malam & 1001 kerja yang menanti tu...

    ReplyDelete
  3. al-hussaini
    kite meraikan orang, lain kali orang lain yg raikan kite pulak...

    ReplyDelete
  4. cikgu_math
    sabar kak, akan tiba mase kite nanti...
    selagi termampu, curahkan semahunya...
    Pahala banyak ni kak...

    ReplyDelete
  5. wah..memang grand abis..hehe

    ReplyDelete
  6. haahla..kreatif ya amat..kalau saye jadi pn.rakayah tu mau sambung kontrak sementara lagi sebulan..yela,terharu punye pasal..hihi..

    *ntah ke mane ye terbangnye burung merpati tu..harapnye selamat dn sihat sejahtera la hendaknye.. :D

    ReplyDelete
  7. Grand giler ler majlis untuk persaraan tu. Alhamdulillah sekurang2nya sebelum bersara terasa diri dihargai oleh rakan2.


    Emmm...agak2nya tahun berapa cikgu banihassim akan bersara kelak.... hikhikhik.

    ReplyDelete
  8. aman
    ok laa...

    Nadine Zuharra
    bulih ke sambung kontrak...??
    huhu
    burung tu tak pi jauh...

    TokNabe
    tu laa, kalau ikut mmg cikgu tu tak harap, tapi itu laa...
    seronok kalau dihargai...

    ReplyDelete
  9. Ni kira dah jadi blog sekolah engkau lah.....
    errrr...tiba-tiba akak jadi malu-malu nak masukkk...isk...isk...isk.....


    Sebelum bersara nanti, akak nak ambil cuti tanpa gaji sebulan. Bila diorang call akak untuk majlis raikan akak, akak akan jawab begini;
    "Maaflah...saya di Adelaide ni, temankan anak konvo"
    Atau begini;
    "Laaa....saya tengah jalan-jalan kat Beijing ni....sorry tak dapat datang.."
    Errrr...tapi jangan begini;
    "Hok alah....saya di rumah orang2 tua ni.....tak laraaattt nak pi sekolah balik dah!"
    Nauzubillah...tapi, kalau jadi pengurus rumah orang tua tu...mungkin!

    ReplyDelete
  10. seronoknya bila diraikan macam tu.. akak ingatkan korang bagi hadiah kereta kat dia.. kalau betul, akak berusaha nak jadi cikgu besar sekolah tu hahahah!!!

    ReplyDelete
  11. xiiinam
    harapnye kite akan kekal sihat kak, smpai bile2..
    insyaAllah..
    semenjak dua menjak ni je jadi blog sekolah, sikit hari lagi kembali la ke normal...huhu...

    Neeza Shahril
    haha, saye pun nk gak la gitu...huhu

    ReplyDelete
  12. kalau bersara dr blog ada sambutan mcm tu gak tak?. :)

    ReplyDelete
  13. cikgu jawe
    herm...bulih je kalau nak buat...
    tp secara maya je laa...
    bulih ke?? :)

    ReplyDelete
  14. aku bangga kat ko.. majlis smlm sgt berjaya..
    taniah..
    aku lps mkn tu kelam kabut gi satle satu keje yg menanti.. judge prtndingan melukis poster!!
    zam nk nama pemenang on monday. apa lagi.. kelam kabut la nak judge semua poster dr tahun 4,5 dan 6.
    tp aku kecik ati.. ada yg bkata2 n ckp kt blkg psl aku.. ada la... kita ada keje, tp org sangka lain.. cedih aku.. biasa la.. mulut org, kita tak leh nak kawal..

    ReplyDelete
  15. princess damia
    semua tu atas pertolonga lgsg ngan tak lgsg org2 sekeliling aku...
    kalau aku buat sorg2, tak jadinye...

    pasal org ckp ko tu, biaq pi laa...ko tak mintak duit org, ko tak kaco idup org, biar je laa...
    lame2 dier diam la kut...

    tp kalau ko tau ape yg dorg ckp tu, cubela timbang2kan, kalau2 betul...
    kan???

    kalau betul, kite carik cara nak betulkan kesalahan tu...
    kan?

    ReplyDelete
  16. mademoiselle azieshakespeare
    kan backdrop recycle tu...senang je...

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood