Tenang Ketika Gawat

Source : deviantart by Ksatria Malam

Pelbagai kesan dirasai impak kegawatan ekonomi yang berlaku ketika ini. Di Malaysia, sudah 10,000 pekerja hilang pekerjaan sejak 1 Januari 2009 dan dijangkakan dalam tiga bulan pertama dalam tahun ini lebih ramai yang akan diberhentikan kerja. Dilaporkan di USA, seorang pekerja yang baru diberhentikan kerja telah bertindak nekad membunuh isteri dan 5 orang anaknya sebelum membunuh dirinya sendiri!!! Peristiwa yang tragic ini adalah sebahagian fenomena sosial akibat tekanan hidup yang berat kerana kegawatan ekonomi yang sedang berlaku.


Bagi seorang Muslim, kegawatan yang berlaku adalah satu ujian yang ditakdirkan oleh Allah SWT. Muslim yang percaya kepada qada’ dan qadar akan mengharungi segala ujian dengan tabah dan optimis betapa di sebalik ujian dan dugaan ini pasti menyusul kesenangan dan kemanisan.

Rasulullah SAW bersabda:

Allah SWT berfirman; Aku berasa kagum terhadap hamba-hambaKu yang beriman….. apabila mereka diuji dengan kesenangan mereka bersyukur dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka dan apabila mereka diuji dengan kesusahan maka mereka bersabar dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka.

(riwayat Muslim)

Antara amalan yang patut kita laksanakan dalam keadaan yang gawat ini adalah seperti berikut:

1. Berjimat cermat dan merancang perbelanjaan sebijaknya. Berbelanja hanya pada perkara yang perlu;

2. Banyak berdoa memohon dimurahkan rezeki. Sebahagian ulama juga mengatakan bahawa solat dhuha antara amalan untuk murah rezeki. Tapi janganlah nawaitu untuk solat dhuha “kerana Ringgit Malaysia”.

3. Menjaga hubungan silaturrahim kerana menjaga hubungan silaturrahim adalah antara amalan yang menjadi punca murah rezeki.

Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim
(riwayat al Bukhari dan Muslim)


4. Konsisten dalam bersedekah. Nampak pelikkan, dalam susah pun kena konsisten bersedekah??? Terdapat pelbagai hadith yang sahih yang menjelaskan betapa orang yang banyak bersedekah takkan jatuh miskin dan dilipatgandakan rezekinya.

Disebutkan dalam sebuah hadith:

Setiap kali menjelang Subuh, turunlah dua Malaikat ke langit dunia. Salah satu di antara mereka berdoa: “Ya Allah kau gantikan (dengan banyaknya) kepada hambaMu yang banyak memberi (bersedekah)” manakala malaikat yang satu lagi berdoa: “Ya Allah kau hilangkan (dengan banyak) bagi orang yang menahan harta mereka (kedekut)”
(riwayat Bukhari dan Muslim).


Again, ikhlaskan niat kerana Allah jangan sampai sedekah kita kerana “Ringgit Malaysia”;

5. Sentiasa bersangka baik kepada Allah samada ketika diuji dengan kesenangan atau kepayahan. Jangan terlintas di hati kita perasaan betapa Allah tidak adil dan tidak kasih kepada kita. Yakinlah, apa pun ujian dari Allah pasti ada hikmah yang tersirat. Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya.

Wallahualam.

ps: Aku hanya menyampaikan apa yang aku rasakan baik, sebagai renungan kita bersama.
Beringat sebelum terkena, Cegah sebelum parah.

Comments

  1. chekguB, klu rajen belanja org mkn, insyaAllah rezeki bertambah murah :)

    ReplyDelete
  2. snm
    btol tu...tp jgn belanje makan kepsi, mekdi dan sekutu israel yg lain dah ler... :)

    ReplyDelete
  3. jgn kedekut..org kedekut neh pintu rejeki tertutup...

    ReplyDelete
  4. Nih tajuk Khutbah jumaat minggun nih ker CikguBH?...Salam Jumaat CikguBH..makanlah buah-buahan tempatan ketika gawatnih...hi..hi..hi..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah setakat ni cikgu2 terjamin pendapatannya kan.... Alhamdulilah, syukurlah.

    ReplyDelete
  6. Tak lama lagi saya pun takde kerja jugak. Kesiankan org2 mcm saya ni huhuhu

    ReplyDelete
  7. akak dengar satu ceramah atau baca artikel ke.. zakat=bertambah.. zakat atau sedekah lah.. bila bersedekah, rezeki bertambah..
    tapi jangan pulak ada yang niat.. nak sedekah sebab nak duit bertambah hehee..

    ReplyDelete
  8. tapi mmg berat la utk org yg diberhentikan keja..

    teringat aku masa menganggur dulu..makan hati tuu

    takde cara lainla kena cuba cari keja lain secepat mungkin utk cover sume perbelanjaan

    dan byk kan berdoa..

    ReplyDelete
  9. adoi laa.. aku nak keje apa laa niee.. :((

    ReplyDelete
  10. wah..sampai membunuh isteri & lain-lain...

    mesti dia sangat tertekan...

    ekonomi gawat..tapi students still lagi berebut2 n berpusu2 ke kantin sekolah berbelanja sakan...nak bawa bekal ke sekolah..erm..malu kata diorg..

    ReplyDelete
  11. juelee
    nk belanja aku ke nih??haha
    kate pemurah...

    HABIHA69
    huhu...ini namenye E-Tazkirah ustaz habiha...
    org fwd dlm email, kite sebarkan je...
    Makan buah2?? diet ke??

    kuIna Jentayutiara
    "Every cloud has a silver lining"

    TokNabe
    ye la cikgu, aku syukur sgt2 berada di kedudukan nih...
    keje sungguh2, even dah secured...

    Yunus Badawi
    YB dah bahagia kan sekarang???
    buat bisnes ke...???

    Neeza Shahril
    LillahiTaala kak...semoga dimurahkan rezeki...

    Zamz
    ye la tu zamz...zaman susah dan senang...kena ingat DIA...

    iEn
    sabar la ein...doa byk2...InsyaAllah DIA mendengar...
    dan berikhtiar...

    ReplyDelete
  12. al-hussaini
    dorg tak biase susah kut cikgu...
    aku dulu lain, belanja sekolah pun bape sgt laa...
    mak ayah bukan org senang...

    kite bulih nasihatkan dorg mase relief class kan???
    aku suke bercerite mase relief...dan dorg suke dgr...

    ReplyDelete
  13. huhu... amatlah bermanafaat entri cekghu nih... kepada yg tau pn leh dijadikan peringatan... berpesan-pesanlah kita ke arah kebaikan... :)

    ReplyDelete
  14. zariel
    saling ingat-mengingatkan kan baik...huhu...
    manusia itu pelupa...kan???

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood