Selamat Datang, Rejab!

Bulan Rejab datang menjenguk kita semula...
Ini bermakna dah tak lama lagi bulan Rahmat dan Pengampunan iaitu Ramadhan akan datang kejap je lagi...

Jadi sebelum itu, ayuhlah kita mempersiapkan diri kita menjelang datangnya bulan baru kita, Rejab.

Di dalam bulan ini terdapat banyak kelebihan dan amalan2 yang digalakkan untuk diamalkan....

Jadi kat bawah ni adalah panduan untuk kita sepanjang bulan Rejab ini...
Ada 3 perkara yg dituntut oleh Nabi Muhammad saw untuk dilakukan oleh umatnya didalam bulan Rejab:
  1. Kembali/berbalik kpd Allah Taala iaitu menunaikan perintahNya dan menjauhi laranganNya.
  2. Membanyakkan bertaubat dan beristighfar.
  3. Jangan bercadang lagi hendak melakukan perkara2 yg dilarang oleh Allah Taala.

Menurut keterangan hadis, siapa yg melakukan 3 perkara diatas dikurniakan Allah Taala 3 kelebihan:
  1. Dimudahkan dia menghadapi mati.
  2. Dimatikan dia dalam keadaan beriman
  3. Dilepaskan dia dari tipu daya syaitan.
Mengikut As-Syeikh Abdul Rahman As-Safuri, ada 7 perkara yg disuruh kita lakukan didalam bulan Rejab ini:
  • Berpuasa pada hari pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima dalam bulan Rejab.
Mengikut keterangan hadis, siapa yg berpuasa dalam bulan rejab dikurniakan Allah Taala
3 perkara:
  1. Diampunkan segala dosanya yang lalu.
  2. Dipeliharakan Allah umurnya yg tinggal dari melakukan maksiat
  3. Dimudahkan menghadapi perhitungan di Padang Masyar.
  • Mandi sunat pada awal Rejab (1 Rejab) , pertengahan (15 Rejab), dan akhirnya (29/30 Rejab), niatnya “ Sahaja aku mandi sunat rejab kerana Allah Taala”
  • Membaca istighfar “ Allahummaghfirli warhamni watub’alaiya (70x pagi & 70x petang) pada setiap hari dalam bulan rejab sambil menadah tangan.
  • Bersedekah.
  • Menyukakan hati orang beriman.
  • Membaca Surah Al-Ikhlas 12x setiap hari
  • Membaca tasbih sebanyak 100x setiap hari seperti berikut:
  1. SubhanallahilHaiyilQoyyum (1-10 Rejab)
  2. SubhanallahilAhadisSomad (11-20 Rejab)
  3. SubhanallahirRauf (21-30 Rejab)
Info tambahan tentang bulan Rejab, klik sini dan sini.

2 Superb Comments!:

  1. wa.. tak sangka masa pergi begitu cepat..

    thanks 4 d info..

    ReplyDelete
  2. MY pleasure...
    Kalau dpt sesuatu dan boleh dikongsikan, kan lebih manis...

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

 

KRIK KRIK KRIK...

10 Terbaik !

Ads

TONE PLUS

 photo BANNERCONTESTSMALL.png