Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak...

Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak...
Boleh ke??? Entah...
Kita dengar malam ni....

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kaedah beliau bagi mengurangkan harga minyak akan diumumkan pada Selasa ini semasa debat beliau dengan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

"Bukan nak turun sama harga (minyak) dengan Venezuela tapi turun sekurang-kurangnya agar rakyat boleh hidup. Kita bukan janji kosong, takbur atau bohong untuk mengatasi masalah ini," katanya pada satu ceramah di Seremban Khamis malam.

Katanya kerajaan Barisan Nasional telah menyalah urus ekonomi sehingga rakyat dibebankan dengan harga minyak dan barang.

"Negara ini hendaklah diselamatkan untuk faedah semua rakyat. Ini soal kita, bukan soal masa depan Anwar," katanya.

Debat itu dianjurkan oleh portal berita AgendaDaily diberi tajuk "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" dijadual berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anwar sebelum ini dilaporkan pernah berjanji akan menurunkan harga minyak sebaik sahaja jika partinya membentuk kerajaan.

Petikan dari AgendaDaily


Kalau aku tak silap, malam ni akan ada siaran langsung perdebatan di antara Pemimpin2 Pro-pembangkang dan Pro-Kerajaan...
Debat ini akan dipengerusikan oleh Datuk Johan Jaafar, dan aku percaya debat ini akan berjaya dikawal olehnya dan bukan menjadi satu lagi wadah politik semata2...
Bukan ape, sebagai rakyat ada perkara yang jelas, kabur dan tidak jelas dari sebelah pihak...

Jadi Jelaskan...LOUD and CLEAR...Biar semua orang tahu...


Kita dengar point-of-view from both sides dan kali ni ia bukan lagi satu hala...
Yang pasti malam ni bukan soal DSAI, tapi soal negara...

Sebab rasenye, sebelum ni DSAI pernah dok kempen bende ni sebelum PRU 12dulu dan mungkin sampai la ni masih lagi berkempen tentang masalah minyak naik ni..dan mungkin sebelum ni tak ade org yang nak bidas balik apa yang diperkatanya...

Kerajaan versus Pembangkang

Jadi malam ni kita tengok dan jadi saksi pihak mana yang akan berdiri dengan pendirian masing2....

So, jangan lupe saksikan malam ni secara langsung di TV9 dan astro Awani jam 9.00 malam dan ulangan di TV3 jam 12 (mungkin, aku tak sure, sebab aku dgr kat MHI pagi tadi dlm keadaan mamai je, hiks)...

Ojo klalen yo...!!

Okla, salam perguruan...

Comments

  1. smlm dengo2 ckp anwar tu ada betolnye gak...

    pastu ckp ahmad shabery pun ada betol gak...

    x tau la mane yg betol betol...

    ReplyDelete
  2. Kene pikir sendiri laaa...
    Sbb masing2 dah tunjukkn fakta masing2...
    Tapi aku lebih setuju dgn Shabery lagi...

    Dgn kisah2 DSAI yg lampau xtermasuk kes liwat yg kunun2 dibuat2 tu, aku hilang percaya dgn kredibilitinye...

    ReplyDelete
  3. mcm makcik marry ckp " ” something was goes wrong somewhere?”

    kakjie dah tgok kt web tv3

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood