Tak Sedor Diri....

Ini petikan artikel yang aku amik kat Harian Metro tentang tua kutuk tak sedor diri...

Pak cik terlampau

Oleh Muhd Izawan Baharin dan Jaafar Mulup

GEMAS: Umurnya 52 tahun, tapi sanggup menjadi pelakon aksi seks bersama seorang gadis berusia 21 tahun menggunakan telefon bimbit dalam sebuah pondok dalam kebun getah di Felda Jelai 3 dekat sini, dipercayai bulan lalu, untuk simpanan peribadi.

Dia yang juga peneroka di Felda terbabit meminta bantuan seorang rakan berusia 21 tahun sebagai jurukamera serta pengarah merakam tiga adegan seksnya itu.

Bagaimanapun, tiga rakaman bertajuk ‘Budak Jolai’ itu tersebar meluas hingga ada penduduk membuat laporan polis kerana malu dengan perbuatan meloyakan peneroka terbabit.

Tiga rakaman berasingan yang keseluruhan mengambil masa kira-kira 10 minit itu memaparkan adegan jijik lelaki tua itu bersama pasangannya.

Apa yang mengejutkan, lelaki itu dikatakan hanya membayar RM20 kepada wanita berkenaan untuk membeli kad prabayar telefon bimbit sebagai balasan melakukan zina.

Berdasarkan rakaman itu, ‘pengarah’ yang memanggil peneroka itu sebagai ‘pak cik’ memberi arahan kepada kedua-dua ‘pelakon’ terbabit supaya bergerak mengikut kemahuannya.

Pasangan itu tanpa segan silu melakukan pelbagai aksi, tetapi wanita itu dikatakan mengeluh bosan kerana rakaman mengambil masa lama.

Menurut sumber, susulan laporan penduduk, anggota dari Balai Polis Gemas menahan dua pelakon utama rakaman lucah itu di rumah masing-masing di Felda Jelai 3 dan Felda Jelai 4 pada 26 Mei lalu.

“Mereka ditahan mengikut Seksyen 60 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana mengedar barangan lucah.

“Polis turut menahan seorang lelaki di Felda Jelai 3 yang bertindak selaku ‘pengarah’ rakaman lucah terbabit pada hari sama kerana merakam menggunakan telefon bimbit gambar pasangan dalam keadaan telanjang yang boleh mengaibkan seseorang,” katanya.

Menurutnya, ketika disoal siasat polis, peneroka itu mendakwa dia baru pertama kali melakukan hubungan seks dengan wanita terbabit.

“Justeru, saya meminta penduduk dan pengurusan Felda mengambil pendekatan segera dalam membendung masalah sosial di tempat mereka,” katanya.

Mengulas kes terbabit, Pemangku Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Mohd Isa Ujang yang dihubungi mengesahkan penangkapan pelakon dan pemuda yang merakam adegan lucah berkenaan.

“Mereka sudah disoal siasat dan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Seremban dan Mahkamah Syariah dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu, beberapa penduduk Felda Jelai yang ditemui kesal dengan perbuatan peneroka terbabit yang mencemarkan nama baik kawasan mereka.

“Kami terkejut dan tidak menyangka dia boleh melakukan perbuatan tidak senonoh seperti itu hingga menjadi buah mulut penduduk,” katanya.

******************************************
Yang aku highlightkan merah tu antara beberapa statement yang memeranjat....
Astaga....

p/s: Ingat-ingatla mati....

Comments

  1. Harap2 janganlah ada lagi perkara macam nih... jauhkan lah dari diri kita, anak, cucu, saudara mara, sahabat hadai dan seluruh umat Islam.... Amiiiinnnn

    ReplyDelete
  2. org felda....

    aku dah lama taw org org felda nih teruk gak...

    anak anak dorg aku dah tau mmg ramai yg perangai xsenonoh.. ni pulak bapaknye...

    eee... memalukan sungguh..

    hukuman jenayah kt malaysia nih longgar sangat.. daripada sibuk menaikan harga minyak lbh elok naikkan denda hykuman maksiat...

    kerajaan skrg longgar sgt lah..

    ewww..

    allah huakbar..
    rasenye kita dah hampir ke akhir zaman..

    ReplyDelete
  3. sgt meloyakan tekak bila baca..
    eiii...tak sedar diri tau!

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood