Akademi Nasyid TV9, Tersentuh!


Syabas TV9 di atas penganjuran Akademi Nasyid (AN) yang bersiaran pada setiap Sabtu, 8.30 malam. Aku tak ketinggalan mengikuti perjalanan rancangan "realiti" ini yang memaparkan perjalanan sepanjang seminggu persediaan tentang peserta-pesertanya.

Hari ni, aku tak ketinggalan menonton Konsert AN ke-2, di mana penyingkiran Kumpulan Sofieya....Rasenye memang mereka selayaknya disingkirkan untuk memberi laluan kepada peserta yang lebih layak menang...Malas nak ulas banyak, cume ceduk itu dan ini...

Petikan ni aku ceduk dr blog karangan peserta "Istimewa" ini...

"TV9 memperuntukkan RM1 juta bagi merealisasikan program realiti Akademi Nasyid. Sebanyak RM100,000 daripada jumlah itu dikhaskan sebagai hadiah utama kepada seorang daripada 12 peserta yang bakal bertanding di peringkat akhir selaing peluang merakamkan album.
.............................................
Berkenaan peserta AN ini, Azhan:
Katanya...

"Saya bersyukur terpilih sebagai 12 peserta peringkat akhir .Walaupun saya mengalami kecacatan penglihatan, namun mereka betul-betul menilai kepada bakat. Ini juga program pertama saya ceburi dan berharap dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberikan TV9 sebaik mungkin," katanya."

nak baca selanjutnya, klik sini.


Dan aku nak tarik perhatian tentang seorang pesertanya yang cukup "istimewa"....Bukan sahaja istimewa fizikalnya, tapi ade roh dalam alunan lagu-lagunya...Peserta tu namenya Azhan, seorang peserta yang kurang penglihatan atau buta matanya (?), aku kurang pasti...

Tapi yang pasti, alunan lagunya, cukup menyentuh, terutama konsert malam ni. Azhan membawa lagu dendangan asal M. Nasir (kalau xsilap aku)..Tajuk pun kurang pasti; tapi intronye begini.."Padamu kekasih....Aku serahkan..."

Whooooaaaa...satu lagu yang bagi aku cukup dalam maknenya dan menyentuh...
Kirenya menyentuh dalaman aku laaa...Kire tangkap syahdu syahdan la lagu dendangan Azhan ni...
Lagu alunan Azhan tak sumbang, ade jiwa, dan ade sesuatu pada Azhan sendiri...
Harapnya akan ada sinar harapan untuk Azhan lebih lama kekal dalam AN..InsyaAllah...
Keep up ur good work Azhan...!

Jangan lupa ikuti Akademi Nasyid di TV9, setiap Sabtu, 8.3omlm yek???

Comments

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood