Ya Allah, Kau sihatkanlah atuk ku...Amin..

Lepas bertungkus-lumus berkemas kat umah Bangi, aku headed trus ke HUKM for visiting my atuk...
Actually he was really unwell for this few weeks and caused lots of difficulties to his wife and his children...
Aku yang mendengar pelbagai cerita pasal atuk itu dan ini kesian dengan atuk...
Sebab atuk yang sekarang nih dah berusia hampir 78 tahun seusia dengan Tun DR. M, dah bermacam bende yang jadi....
Orang tua almaklum je laa, semua bende yang berkaitan dengan makan-pakai dan welfare atuk nak kene jage..
Orang tua tau2 je la, perangai pun dah kembali ke zaman budak2 balik dan semua tu memang satu dugaan dan cabaran yang besar buat semua anak2nya....
Tuhan sahaja yang tahu, dan semua yang berlaku ni kami anggap sebagai ujian dari Allah...
Sama ada boleh menahan karenah orang tua macam atuk nih...


Aku sampai HUKM dalam pukul 4 lebih, sorang2 je, sebab aku dari Bangi, kalau dari rumah bolehla together wif my mum...
Mama dah datang awal skit dari aku sebab Mama pi dengan Azam dan Olien...
Sampai2 je atuk ngan nenek je yang ade, nenek tgh bace Yassin..
Atuk aku tgk tidur, tapi macam orang yang tersangat penat...
Bile aku sampai, nenek habiskan cepat2 bacaan Yassin dan aku berborak dengan nenek...


Nenek memang nampak letih menjaga atuk...Atuk pun nampak letih jugak...
Atuk kene masuk ke HUKM nih pasal atuk nih tak boleh nak bangun for the past few weeks ago...
Asyik terbaring dan mata tak boleh nak buka...
Nenek la yang bertungkus-lumus uruskan semuanya, hak berak-kencing tu dah jadi kebiasaan laa..
Mase kat rumah mase atuk tak larat nak bangun dan bile mase nak ke tandas tu kadang-kadang tak sempat dan tercicir...


2 hari sebelum ni, nenek cerita yang atuk meracau, menjerit2...
Meminta tolong, nak cabut tiub yang dipasang kat leher tu laa...
Macam2...sampai nurse naik panik jugak, ingat ape bende...
Mase tu turn yang jage atuk, nenek...Sampaikan tangan atuk terpaksa diikat...
Bile nenek tanya, atuk cakap dier bermimpi yang nenek accident tersempit dalam kereta dan atuk berhempas nak tarik nenek...
Macam2 laa...Entahlaa...


Lepas aku duk berborak dengan nenek, kol 5 lebih ada la pelawat yang datang...
Semua jiran-jiran dan kawan-kawan atuk datang...
Mak Ndak yang dari Melaka pun ade kat sini..dan dier memang anak faveret atuk...
Bukan pasal ape, sebab Mak Ndak jenis orang yang hampir mirip macam Arwah nenek..
Ape atuk suruh buat, Mak Ndak akan buat, even masak lauk yang memang dier pantang, tak boleh makan tapi nak makan jugak...
Mak Ndak nih datang dari kampung di Melaka, datang melawat atuk takut2 la....
Dan atuk kalau diberi pilihan nak duk rumah siapa di antara anak2 dier yang 10 tuh, memang Mak Ndak calon feveret dier...
Dan biler mase melawat dah habis, bile Mak Ndak nak balik, sebab hari ni dah nak balik Melaka, time salam dengan atuk tu atuk buat2 diam jer...
Maybe tak bagi Mak Ndak balik...
Dan lepas mintak kebenaran nurse kat sane, Mak Ndak stay back jage atuk dengan nenek...
Pandai jugak atuk buat helah ek???Hehe....
Posted by Picasa

Comments

  1. Thanks Cikgu Reen...The good and the worse is always from HIM...
    We have to accept the destiny choosen for us..
    My atuk was getting better now..
    Hopefully he will discharge soon...

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Aku Jawa Saduran...Sambutan Hari Guru SK Seksyen 24.