New RM 50 Note...


Article taken from BNM website...

Bank Negara Malaysia mengumumkan pada hari ini pengeluaran reka bentuk baharu bagi wang kertas RM50 untuk memperingati Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia. Reka bentuk baharu wang kertas RM50 ini merupakan denominasi yang pertama reka bentuk baharu dalam Siri Keempat wang kertas mata wang Malaysia yang akan menggantikan siri sedia ada secara berperingkat-peringkat.

Reka Bentuk Baharu Wang Kertas RM50

Reka bentuk baharu wang kertas RM50 ini mengekalkan warna utama hijau-biru. Tema utama reka bentuk ini ialah Misi Nasional yang teras pertamanya ialah meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara, yang menggambarkan transformasi ekonomi Malaysia kepada aktiviti yang mempunyai nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan ekonomi negara.

Bagi bahagian hadapan wang kertas RM50 baharu ini, potret intaglio Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, dikekalkan pada sebelah kanan dan bunga kebangsaan, bunga raya, pada bahagian tengah. Corak reka bentuk daripada tenunan songket pada bahagian latar dan bahagian tepi wang kertas menggambarkan kraf tangan tekstil dan sulaman tradisional rakyat Malaysia.

Pada bahagian belakang bagi 50 juta keping wang kertas RM50 baharu ini yang pertama, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, digambarkan dalam perisytiharan bersejarah kemerdekaan Malaya dan logo Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke-50.

Ciri-ciri Keselamatan

Ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada wang kertas RM50 dalam Siri Keempat adalah seperti yang berikut:



  • Potret Tera Air dapat dikenal pasti melalui pancaran imej warna yang lebih terang atau gelap berbanding dengan warna kertas di sekitarnya. Potret tera air ini yang memberi kesan tiga dimensi kelihatan tanpa garis-garis yang jelas. Di bahagian bawah tera air ini dapat dilihat dengan jelas angka 50.

  • Benang Keselamatan terbenam di dalam kertas dan kelihatan seperti garis putus-putus berwarna perak pada permukaan sebelah belakang wang kertas. Apabila wang kertas ini dilihat pada cahaya, ia akan kelihatan seperti garis lurus kehitam-hitaman dengan teks yang berulang BNM RM50 dapat dilihat dengan terang. Apabila dilihat di bawah cahaya ultra ungu, benang keselamatan ini akan bertukar warna dikenali sebagai "kesan pelangi".

  • Huruf Mikro "BNM RM50" yang dapat dilihat di bawah kanta pembesar.
    Unsur Cahaya Pendarfluor Limunan boleh dilihat melalui pelbagai elemen reka bentuk latar pada bahagian hadapan dan belakang wang kertas dan akan berpendarfluor (berkilau) dengan warna yang berbeza-beza apabila dilihat di bawah cahaya ultra ungu.

  • Tanda Pandang Telus apabila wang kertas ini dilihat pada cahaya, reka bentuk grafik songket pada bahagian hadapan wang kertas akan kelihatan selari dengan reka bentuk grafik songket yang sama pada bahagian belakang.

  • Imej Pendam Pelbagai Warna denominasi 50 dapat dilihat apabila wang kertas disengetkan sedikit dan akan bertukar warna apabila kedudukan wang kertas tersebut dipusingkan.

  • Jalur Holografik memaparkan denominasi 50 dan bunga raya, dengan warna yang belau dan kesan struktur yang pusam.

  • Imej tersembunyi dengan kesan moiré yang beberapa bahagian tertentu reka bentuk wang kertas ini akan kelihatan berubah apabila disalin.

    Orang ramai dinasihatkan supaya memberi perhatian kepada ciri-ciri keselamatan dan reka bentuk wang kertas RM50 baharu ini seperti yang dinyatakan di atas. Siri ketiga wang kertas RM50 sedia ada akan terus sah diperlakukan.

    P/S: Amacam ok ker design???

In response to jie, this is the remaining article included:

Sale of RM50 banknote with Special Packaging

The new RM50 banknote with a special packaging will be available for sale to members of the public. It will be priced at RM60 per set. Twenty thousand (20,000) sets will be available for sale from Wednesday, 26 December 2007 at Bank Negara Malaysia's Head Office, and at Bank Negara Malaysia’s branches in Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu and Kuching. The availability of these banknotes will be on a first come first served basis and will be limited to one
set per person.

The new RM50 banknotes without special packaging will be available through commercial banks on 30 January 2008 onwards.

Bank Negara Malaysia21 December 2007
© Bank Negara
Malaysia

Comments

  1. Saya dengar berita tadi, wang RM 50 ini akan di jual RM 60, betul ke?

    ReplyDelete
  2. itu for special packages la jie...limited edition la kunun-kunun...braper unit pun tak sure...
    other than that will be distribute to the public normally...hehe...

    ReplyDelete
  3. ooo....terimakasih, mgkn sy terlepas dengar berita keseluruhan..maklum prime time mcm tu bersilat dgn periuk belanga kat dapur :p

    ReplyDelete
  4. Bersilar ek...??Almaklumla org pompuan...Nak raye lak tuh ek???
    Huhu...
    Sye org laki pun tak dok goyang kaki gak kak...
    Sian kat Mak sye...:p

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood