we're proud of you!

Serba sedikit biografi tentang our first ANGKASAWAN ever; Dr. Sheikh Muszaphar yang dipetik dari wikipedia.com:

" Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha (lahir 27 Julai 1972) merupakan doktor bedah ortopedik dari Malaysia dan dijadualkan akan menjadi angkasawan Malaysia yang pertama dapat menjejakkan kaki ke angkasa lepas setelah diumumkan oleh Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 25 September 2007 (Selasa) tepat jam 12.00 tengah hari.

Beliau akan berlepas ke angkasa pada 10 Oktober 2007 dengan menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Beliau menyertai program ini di bawah perjanjian bersama Russia menerusi program Angkasawan, dan akan kembali ke Bumi bersama ahli-ahli Ekspedisi 15, Fyodor Yurchikhin dan Oleg Kotov selepas sembilan hari berada di stesen berkenaan.

Misi ini selama 11 hari dari 10 Oktober 2007 jam 9.21 malam waktu Malaysia hingga 21 Oktober 2007. Beliau orang Islam pertama akan sembahyang dan berpuasa dan menyambut hari raya Aldilfitri di angkasa lepas.

Semasa sidang akhbar NASA dengan ahli-ahli Ekspedisi 16 pada 23 Julai 2007, Shukor menyatakan bahawa beliau berharap untuk membawa pelbagai kultur sel hidupan untuk dipelajari semasa penerbangannya.

Dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia, Sheikh Muszaphar berjaya menamatkan pendidikan sekolah tinggi di Maktab Rendah Sains MARA di Muar. Beliau kemudian melanjutkan pelajarannya melalui ijazah perubatan MBBS di Kolej Perubatan Kasturba, Manipal.

Beliau merupakan doktor ortopedik, dan sedang mengikuti pengajian Master (kepakaran ortopedik)dalam bidang perubatan di Fakulti Perubatan UKMUniversiti Kebangsaan Malaysia. Sebelum itu, beliau berkhidmat di Hospital Seremban (1998), Hospital Besar Kuala Lumpur (1999) dan Hospital Selayang (2000-2001).

Beliau juga merupakan model di kebanyakan iklan komersial.

Kerajaan Malaysia telah mengadakan Program Angkasawan Malaysia bagi memilih calon angkasawan yang sesuai. Seramai 11000 calon telah mendaftarkan diri dengan pelbagai kelayakan akademik , ketahanan fizikal , emosi dan mental. Mereka menjalani latihan terakhir di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan.

Kerajaan Malaysia telah bekerjasama dengan kerajaan Russia.Peluang ini sebahagian daripada pakej pembelian jet pejuang Russia bernilai AS$1 bilion (RM3.44 bilion).


Muszaphar dan tiga calon akhir yang lain dipilih pada awal tahun 2006 daripada Program Angkasawan Malaysia. Setelah selesai menjalani latihan di Star City, Russia, Sheikh Muszaphar dan Faiz Khaleed akhirnya dipilih untuk latihan 18 bulan di Russia. Akhirnya, beliau dipilih sebagai calon utama Angkasawan Pertama Malaysia, sementara, Faiz Khaleed dijadikan calon simpanan.

Putera Arab Saudi, Putera Sultan Salman Abdel Aziz Al-Saud merupakan angkasawan pertama negara Islam ke angkasa lepas pada 1985. Beliau bertindak sebagai pakar muatan dalam kapal angkasa Amerika , Discovery STS-51-G pada 17 hingga 24 Jun 1985 .Beliau berbangga dengan misi Malaysia ini dan berharap misi angkasa lepas dari dunia Islam sendiri akan terlaksana.

Angkasawan Islam dari Syria ialah Mohammed Faris dari Syria berada di Stesen Mir selama 8 hari serta angkasawan Afghanistan, Abdul Ahad Mohamad berada di Stesen Mir pada 1988.

Dengan kejayaan Dr Sheikh Muszaphar Shukor ini , dunia Islam akan berbangga dengan kejayaan angkasawan Malaysia yang akan membuat pemerhatian dari sudut agama ketika berada di orbit. "

Kejayaan Dr Sheikh ini sedikit sebanyak menunjukkan Malaysia sebelum ini yang hanya menyimpan hasrat dan cita-cita sahaja. Dengan realisasinya impian ini, negara lain mungkin akan memandang kita selangkah lagi ke hadapan...Aahh, bosan la cakap bende2 cam nih..

Cekgu cume nak mengekspresikan rasa bangga menjadi anak MALAYSIA, itu sahaja. Dengan pencapaian Malaysia ini, turut bertambahla cita-cita anak bangsa Malaysia yang lazimnya kalau ditanya bila dah besar nanti nak jadi ape, Angkasawan akan menjadi salah satu daripadanya, sebab kita tahu kita mampu mencapainya...

Hasrat murni Malaysia ini digalas sepenuhnya oleh Dr. Sheikh sebab ini adalah harapan dan ditanggung akan kesemua rakyat jelata. Dana yang dilabur bukan kepalang dan tanggungjawabnya sangatlah besar. Cekgu yang merupakan salah satu dalam 26juta Rakyat MALAYSIA plus 2 juta PATI (campur PATI+unPATI) yang mungkin menyaksikan peristiwa bersejarah ini berasakan satu perasaan yang luarbiasa apabila menjadi salah seorang daripada mata-mata yang merakamkan detik bersejarah dan cukup bermakna pada Malaysia...

Cekgu bangga, bangga, tersangatlah bangga...Dan tak tau nak kate ape lagi, semasa Dr. Sheikh bersiaran secara live dari ISS ke Malaysia berkomunikasi dengan Datuk JJ, Cekgu rase Dr. Sheikh semcam seronok je berada di ATAS saner...Komunikasi dan tutur bahasa Dr. Sheikh seakan girang dan boleh siap pusing2 lagi dalam ISS tu...Anyway, Cekgu dan jutaan rakyat Malaysia yang lain sentiasa mendoakan kejayaan Dr. Sheikh menggalas harapan dan cita-cita rakyat Malaysia di atas sana.

Beberapa shot yang Cekgu snap dari TV semasa siaran langsung tu ke udara:

Sewaktu mula-mula ke udara langsung daripada ISS...


Kesukaran di dalam mengimbangi badan di dalam graviti mikro menyebabkan Dr. Sheikh jadi tak tentu hala...Payah ooo nak control balancing...

Dan, akhirnya berpusing jua....Cam best jer....



Kembali untuk membetulkan kedudukan songsangnye itu....Bestnyer bile berat badan tak dipengaruhi oleh graviti nih...

Dah okeh daaa....

Semoga Dr. Sheikh dan krew selamat pergi dan balik...Aminn...

Comments

  1. I Like Malaysia use the word ANGKASAWAN instead of Astronaut...Some of us misinterprete is as Astro-NOT...Nakal betul!!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kunjungan

Tinggalkan komen?

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood