MINAL AIDIL WAL FAIZIN 1428H



Dua jenis sampul duit raye yang ternyata punyai isi yang berbeza....My first time ever being the duit rayer giver....Hmmm...Agak kekok tapi ok laaa...



Duit elaun bulanan yg Cekgu dapat tuh tak salah rasernyer kalau nak bersedekah sesen dua pada budak2 nih....Kalau lain kali Cekgu ader banyak, banyak la dapat..Inila yang dikatakan rezeki anak2...muahahaha...

Semalam kami sekeluarga sebelah Abah berkumpul di rumah Atuk di Pantai Dalam. Bende nih actually jadi kelaziman kami tiap2 tahun...Kami akan berkumpul dan memeasak bersama menanti hari RAYA keesokkannya. Kebiasaan seorang daripada adikberadik Abah akan jadi hos untuk rumah yang akan kami berkampung untuk masak2 dan berhari raya sehari sebelum sehinggalah pagi raya....Tapi tahun ni yang sepatutnya dibuat di rumah Pak Lang Cekgu tak jadi atas sebab2 yang tak dapat nak dielakkan...

Jadi tahun ni kami cuma bermalam raye di rumah atuk just untuk acara bermaafan dan lepas tu kami blah ke rumah masing2....
Kami telah punyai perancangan masing2, macam famili Cekgu semua dah mask2 pelbagai juadah, tu yang semalam tu memang hari paling memenatkan sepanjang sebulan tahun ni berpuasa...Tapi alhamdulillah, Cekgu dapat mencukupkan genap sebulan berpuasa, tak macam tahun lepas Cekgu telah ditimpa bencana aka musibah yang disebabkan Cekgu dah berapa nak berhari raya..
Kaki kanan yang terbelah dek kerana mesin grinder yang jatuh menimpa memang satu bala yang Allah balas pada Cekgu, dan disebabkan itu Cekgu tak cukup sebulan berpuasa...Tahun nih Alhamdulillah....

Semalam kami sebuk buat itu dan ini, bakar lemang yang paling memenatkan...Ayyooo...Bile dak2 amatur yang buat api dan bakar lemang nih memangla berejam2 nak jadi objek yang dinamakan lemang...Makan memang nak sedap jer, tapi nak buat sikit punya payah...MasyaAllah, tuhan je yang tau azab dibakar dek api bahang dunia...Terpikir gak kalau dibakar hidup2 dek api neraka tu macammanala agaknya....

Oklaa, buat semua rakan2 Cekgu yang sememangnya mengenali diri Cekgu bermula daripada:

SRK Seksyen 17, Shah Alam>SMKA Simpang Lima>Kolej Chermai,n9>KUSTEM>Penang SDC>IPTEKNIK KL

di mana semua kawan2 Cekgu nih yang mungkin terpernah terdi"lazer" terdi"sindir" terdi"sinis"kan dan terkasar bahasa terlanjur budi bicara termakan terminum terlebih terkurang...Diharap dimaafkan dan dihalalkan sebab Cekgu manusia biasa sahaja tapi bermulut bencana...Bukan niat dan kadang2 memang niat Cekgu begitu sebab Cekgu hanya insan biasa....Kita merancang tuhan yang menentukan....

Kawan2 semua yang tak tersebut namanya mungkin ada salah silap harap diampuni...Raya nih kalau free jemput datang rumah di Shah Alam...Calling2 jer....

Comments

Popular posts from this blog

Ultra UNGU...The Parade...

Trip Sabah Episod II : Pasar Malam Sinsuran + Syurga Seafood